Posts

Showing posts from March, 2013

JANGAN PERGI CINTA 13

Image
              Lissa memulakan kerjanya di syarikat milik Fariz.Sebagai setiausaha Fariz,Lissa perlu mengatur segala jadual Fariz dan melaporkan semua agenda yang perlu dilakukannya setiap hari.Dia juga harus mengemas pejabat Fariz dan menyediakan air mineral dan secawan kopi untuk Fariz setiap hari.Semua kerja-kerja itu harus dilakukan sebelum Fariz tiba di pejabat dan dia juga harus mematuhi setiap arahan Fariz. Walaubagaimanapun,Lissa berasa sungguh gembira kerana semua pekerja di situ amat mesra dan dapat menerimanya dengan hati yang senang.malah mereka lansung tidak membezakan antara dia dengan orang lain.Mereka menerima kegemukkan Lissa.

JANGAN PERGI CINTA 12

Image
“Ya Allah,Lissa!Kau ke ni?”Lissa mendengar suara jeritan sebelum dia tersedar dari lena yang panjang.Lissa yang mamai mengenyeh-genyeh matanya yang kabur.Erah memeluk badan Lissa.             “Apa yang kau buat kat sini?”tanya Erah.

JANGAN PERGI CINTA 11

Image
             “Lissa,keluar sebentar.Aku ada benda nak cakap dengan kau,”kata Fariz sambil mengetuk pintu bilik Lissa dengan kuat sekali.Lissa yang sedang leka membaca komik tersentak.Dia menyarungkan tudung ke kepalanya dan keluar dari bilik.Lissa melihat Fariz sedang duduk di atas sofa di ruang tamu bersilang kaki.Like a boss! Lissa menghampiri Fariz.             “ Ada apa Tuan Fariz?”tanya Lissa sopan.              “Duduk dulu,”arah Fariz .             “Lissa duduk di atas kerusi di hadapan Fariz. “Aku nak kau berhenti kerja di Shah Marketing,”ucap Fariz.Air muka Lissa berubah.

JANGAN PERGI CINTA 10

Image
Lissa bangun untuk menunaikan sembahyang Subuh dan kemudian menyambung  balik lenanya.Dia bangun semula pada pukul 7.00 pagi dan menyediakan sarapan pagi. Roti bakar dan tea‘o’panas, ringkas dan senang untuk disediakan.Lissa membuka stereo milik Fariz.Dia mencari stesen radio kegemarannya,Hitz.fm.Setelah menjumpainya,Lissa bangun menuju ke biliknya dan mencapai novel Sambutlah Cintaku yang dibelinya semalam ketika bershopping bersama Erah.Lissa bersila di hadapan stereo itu.Dia membetul-betulkan kain tudung dan baju kurungnya.Dia akan sentiasa memakai pakaian begitu kerana dia menganggap Fariz mungkin tidak mahu melihat tubuh dia yang berlemak dan gemuk tu.Bagi dia juga,Fariz itu bukanlah muhrimnya.

JANGAN PERGI CINTA 9

Image
            Lissa berpindah ke rumah kepunyaan Fariz yang terletak di Kuala Lumpur.Kini dia tiada sesiapa di sisi.Tiada keluarganya,tiada Erah dan tiada keluarga mertuaya.Lissa masih ingat betapa sedihnya mak dan ayahnya untuk melepaskan dia pergi.Hari ini adalah kali pertama Lissa menjejakkan kaki ke rumah itu.Lissa menganggumi reka bentuk rumah banglo yang besar dan mewah itu.Hiasan dalamannya juga indah dan sangat mewah sememangnya sepadan dengan status Fariz.             “Apa yang kau tercegat kat situ lagi tu?Nak aku jemput macam Tuan puteri ke?”suara Fariz yang garang menyapa telinga Lissa.Lissa tanpa kata mengangkat begnya masuk ke dalam rumah itu.

JANGAN PERGI CINTA 7 & 8

Image
BAB 7             Jam menunjukkan sudah pukul 11.30 malam.Lissa melangkah menuju ke biliknya yang dijadikan sebagai bilik pengantin.Dia berhenti sebentar di hadapan pintu biliknya,berselawat dan berdoa supaya Allah menenangkan jantungnya yang berdegup kencang dan hatinya yang tidak keruan.Lissa mengetuk pintu bilik dan setelah mendengar suara Fariz yang membenarkannya masuk,Lissa melangkahkan kakinya.Kelihatan Fariz sedang berbaring di atas katilnya sambil menghadap sebuah notebook.Fariz melihatnya sekilas pandang dan kemudian mengalihkan tumpuan ke notebooknya semula.Lissa tidak menghiraukan Fariz,dia masuk ke dalam bilik mandinya untuk mengambil wuduk dan kemudian solat Isyak.Setelah selesai solat,kedengaran suara Fariz.

JANGAN PERGI CINTA BAB 5&6

Image
BAB LIMA             Lissa melabuhkan punggungnya di atas sofa yang berada di ruang tamu.Kelihatan  pelbagai jenis barangan yang disediakan di atas par persis seperti hantaran orang meminang.Dibilangnya par-par tersbut.Ada 9 kesemuanya.Cantik pula tu gubahan di atas setiap par itu. Ha,aku tahu ni mesti ada orang yang masuk meminang Linna ni.             “ Ada orang masuk meminang Linna ke mak?”Tanya Lissa tak sabar.Lissa lihat air muka Puan Aishah dan Encik Amir agak muram dan sedih.Maafkan mak dan ayah Lissa.

JANGAN PERGI CINTA BAB 4

Image
        “Jom,Lissa perkenalkan Ezma kepada parents Lissa,”ajak Lissa.Ezma angguk setuju.Selepas meminta kebenaran dengan mak dan ayahnya,mereka berdua berjalan menuju ke tempat Puan Aishah dan Encik Amir berada.Kelihatan Encik Amir dan Puan Aishah sedang minum di sebuah bangku di situ.

JANGAN PERGI CINTA BAB 3

Image
            Sudah sepuluh bulan mereka bersekolah,kini  mereka menduduki SPM yang sememangnya adalah penentu masa depan mereka.Cemerlang result, cemerlanglah kos yang boleh diambil di universiti dan cemerlanglah masa depan.Pada hari ini kertas terakhir SPM melayang. Semua pelajar tingkatan lima SMK Kandis bersorak. Merdeka!!!

JANGAN PERGI CINTA BAB 2

Image
  Lissa berjalan bersama-sama Erah keesokkan harinya ke sekolah.Memang,seperti yang dijanjikan oleh Erah semalam,mereka bertolak ke sekolah pada jam tujuh pagi.Erah masih lagi terguap-guap mengantuk.             “Cepatlah Erah,nanti ada orang ambil key-chain tu,”gesa Lissa kepada Erah. Akhirnya mereka sampai di kelas mereka.Lissa terus meluru masuk tanpa menyedari ada seseorang di dalam kelas itu.

Lukisan Cintaku

Image
“Wahhh…handsome betullah dia ni,”mataku sudahpun terbuntang melihat gambar seorang jejaka yang sememangnya idaman aku. Fir atau nama sebenarnya Firsha merangkap teman baik aku dan juga roomate aku dan juga teman sekuliah aku yang sedang membaca novel di sebelah terkedu. Banyak pula pangkat Fir ni.Fir,kau patut berbangga sekarang dengan pangkat-pangkat kau tu.