JANGAN PERGI CINTA 11


             “Lissa,keluar sebentar.Aku ada benda nak cakap dengan kau,”kata Fariz sambil mengetuk pintu bilik Lissa dengan kuat sekali.Lissa yang sedang leka membaca komik tersentak.Dia menyarungkan tudung ke kepalanya dan keluar dari bilik.Lissa melihat Fariz sedang duduk di atas sofa di ruang tamu bersilang kaki.Like a boss! Lissa menghampiri Fariz.

            “Ada apa Tuan Fariz?”tanya Lissa sopan.

             “Duduk dulu,”arah Fariz .

            “Lissa duduk di atas kerusi di hadapan Fariz. “Aku nak kau berhenti kerja di Shah Marketing,”ucap Fariz.Air muka Lissa berubah.



            “Maafkan saya Tuan Fariz,saya tidak boleh buat begitu.Saya betul-betul suka bekerja di syarikat tu.”Lissa memberanikan diri  membantah.

            “Ada aku tanya kau suka atau tak kerja kat situ?Aku suruh kau berhenti kerja aje!”Fariz meninggikan suara.Fariz merenung wajah pucat Lissa.Fariz perasan,setiap kali Lissa berdepan dengannya pasti muka wanita itu berubah menjadi pucat walaupun riaknya tidak berubah.Takut kat aku la tu.

            “Tapi kenapa?”Lissa masih tak puas hati.Tak ada hujan,tak ada ribut tiba-tiba suruh aku berhenti kerja.Hatinya terasa sebal.Mahu sahaja dia melawan kata namun takut masih bersisa dalam hati.Ah..Fariz,bukan aku boleh jangka apa yang dia akan buat.

            “Papa aku yang suruh.Dia suruh kau kerja satu syarikat dengan aku kat syarikat kami.”Lissa serba salah.Dato’ Ismail menyuruhnya bekerja satu bumbung dengan Fariz? Alahai papa,nak suruh aku mati ke?Fariz berasa sungguh menyampah.Papanya mengugut tidak akan mewariskan sedikit harta pun kepadanya jika tidak menyuruh Lissa bekerja di syarikat mereka.Aku naik muak tengok muka dia kat rumah ni,nak suruh kerja sekali pula.Aku tak ada pilihan terpaksalah menurut.

            “Kalau saya tak nak boleh tak?”tanya Lissa takut-takut.Mata Fariz membuntang merenung Lissa. “Ba..baiklah.Nanti esok saya serahkan surat perletakkan jawatan,”Lissa terpaksa bersetuju apabila melihat wajah Fariz yang garang itu.Dalam diam Fariz tersenyum kemenangan.

            Keesokkan hari,Lissa memandu keretanya menuju ke syarikat Shah Marketing. Nasib baiklah Fariz tidak memarahinya kerana meletakkan keretanya di porch yang sama.Selepas memakirkan keretanya,Lissa melangkah masuk ke dalam bangunan syarikat itu.Setelah sampai di pejabatnya,Lissa terus menuju ke bilik ketuanya.Selepas mengetuk pintu Lissa melangkah masuk.

            Encik Azmi terkejut bercampur hairan menerima kedatangan Lissa. “Setahu saya,cuti awak belum tamat lagi,”kata Encik Azmi kepada Lissa setelah Lissa melabuhkan punggungnya di atas kerusi di hadapannya.

            “Memang cuti saya belum tamat lagi.Saya datang ni ada sedikit urusan.”Lissa menyeluk beg sandangnya dan mengeluarkan sekeping sampul surat bewarna putih bersih.Dahi Encik Azmi berkerut.

            “Saya nak letak jawatan,”kata Lissa sambil meletakkan sampul surat itu di atas meja.Encik Azmi mengambil sampul surat itu dan membaca isi kandungannya. Lissa nampaknya seperti benar-benar mahu meletak jawatan.Bukan notis sebulan yang diberi namun notis 24 jam.

            “Awak dah fikir masak-masak?”tanya Encik Azmi.Lissa mengangguk.Encik Azmi mengeluh,berat rasanya untuk melepaskan seorang pekerja yang rajin seperti Lissa. “Tapi kenapa Lissa,tiba-tiba aje ni?”Encik Azmi masih tidak berpuas hati.

            “Oleh kerana saya sudah berkahwin sekarang ni,saya rasa saya nak menumpukan lebih tumpuan kepada rumah tangga saya,”Lissa sekadar memberi alasan.Encik Azmi mengangguk.Dia faham,kebanyakkan wanita yang sudah berkahwin tidak mahu bekerja.

            Setelah bersalam dengan Encik Azmi,Lissa mengemaskan barang-barang kepunyaanya di atas meja kemudian dia bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal kepada kawan-kawannya.Lissa kemudian memandu ke rumah teres yang dia duduki bersama Erah sebelum dia berkahwin.Dia tahu Erah tiada kerana bekerja,jadi dia membuka rumah itu menggunakan kunci pendua yang masih berada dengannya.Lissa melangkah masuk ke dalam rumah itu dan menuju ke bilik yang dihuninya sebelum berkahwin.Apabila kakinya menjejak bilik itu,Lissa berasa sungguh terharu kerana kedudukan barang-barang dan suasana bilik itu lansung tidak berubah.

            Lissa membaringkan tubuhnya di atas katil empuk miliknya.Selepas puas melayan perasaannya dan tidak lama kemudian Lissa terlena.

Comments

Popular posts from this blog

KAU CINTA PERTAMA DAN TERAKHIR

Seketika Cuma

CINTA SANG PENGEMIS BAH. 1