JANGAN PERGI CINTA 12


“Ya Allah,Lissa!Kau ke ni?”Lissa mendengar suara jeritan sebelum dia tersedar dari lena yang panjang.Lissa yang mamai mengenyeh-genyeh matanya yang kabur.Erah memeluk badan Lissa.

            “Apa yang kau buat kat sini?”tanya Erah.



            “Aku baru aje pulang pejabat, aku kena beri surat kat bos aku then aku datanglah kat sini.Aku nak rehatkan badan dan fikiran aku yang keletihan ni,”jawab Lissa sambil menguap.Erah tersenyum senang. “Dah pukul berapa ni?”Lissa membaringkan semula badannya.

            “Pukul 5.30 petang,”Erah membuka kain tudungnya.Panas.

            Lissa yang sedang berbaring bingkas bangun seperti terkena kejutan eletrik.Pukul 5.30 petang?!

            “Alamak macam mana aku boleh tertidur sebegini lama?Mesti singa jantan tu naik angin.Nasib baiklah aku cuti,kan tak memasal berdosa,”Erah melihat dengan hairan gelagat kawannya  yang mundar-mandir di dalam bilik.Apa pula kenanya dengan dia cuti dan sapa pulak singa jantan yang Lissa sebut-sebutkan tu?

            “Oi..oi..calm downlah.Apa pulak kena mengena kau bangun lewat dengan kau cuti dan siapa pulak singa jantan tu?”Lissa berhenti mundar-mandir dan duduk di atas katil sebelah Erah.

            “Aku kata nasib baik aku cuti sebab aku terlepas sembahyang Zuhur.Singa jantan tu ialah tua.. err..Fa..Fariz,”Lissa hampir-hampir terlepas kata.Erah tergelak sakan mendengar jawapan Lissa.

            “Ala itupun kau nak gelabah.Walaupun dia tu suami kau tapi dia tak ada hak nak sekat kebebasan kau,”Erah memberikan kata semangat kepada Lissa.Kebebasan? Ha,sekarang aku dah ingat!Fariz pernah kata dia tak akan sekat kebebasan aku.

            “Tadi kau kata kau singgah sini selepas menyerahkan surat kat bos kau.Surat apa yang kau beri?”tanya Erah lagi.

            “Surat perletakkan jawatan,” jawab Lissa sambil membuka baju kurungnya.Dia nak mandi kerana badannya sudah mula terasa melekit dan berpeluh.Lagipun baju-bajunya masih ada di rumah ini.Dia sengaja tinggal sedikit supaya senang jika berlaku apa-apa dalam perkahwinannya,bolehlah dia bermalam di rumah ini.

            “Surat perletakkan jawatan?Tapi apasal kau nak letak jawatan?Setahu aku,kau suka sangat kerja kat syarikat tu?”Erah sedikit terkilan.Ni mesti kerja Fariz.

            “Fariz yang suruh.”Betul sangat tekaan aku.Hai Lissa,apasallah hati kau tu lembut sangat?

            “Kau tidur kat sini ke malam ni?”Lissa sudah pun hendak melangkah mesuk ke dalam bilik mandi.

            “Tak.Lepas aku mandi aku baliklah.Kalau aku tak balik,alamaknya jadi arwahlah kawan kau ni,”kata Lissa dalam ketawa sambil melangkah ke dalam bilik mandi.Selepas mandi dan makan malam bersama Erah,Lissa tergesa-gesa memandu pulang ke rumahnya.Dah macam pemandu profesional F1 dah Lissa pandu keretanya.

            Lissa melihat rumah banglo itu terang-berderang.Lissa menelan air liur.Alamak,takkanlah Fariz tak keluar malam ni?Kenapalah nasib aku malang hari ni? Setelah memakirkan keretanya di dalam porch,bersebelahan dengan kereta Fariz,Lissa mengatur langkah ke pintu masuk banglo itu.Setelah membuka pintu dengan anak kunci pendua,Lissa melangkah masuk.Buat seketika Lissa mengeluh lega kerana kelibat Fariz lansung tidak kelihatan dan suasana ruang tamu yang malap menyakinkannya Fariz berada di dalam biliknya.Namun begitu..

            “Ha,kau pergi mana sampai malam baru nak balik rumah?”suara Fariz yang melengking kuat menegurnya dari ruang tamu sekaligus mematikan semua perasaan leganya.Lissa mencari-cari kelibat Fariz,rupa-rupanya Fariz berada di atas kerusi sofa yang agak membelakanginya.Sanggup betul Fariz duduk dalam keadaan malap macam ni.

            “Oi,kau tak dengar ke aku tanya kau pergi mana sampai malam baru balik?”ulang Fariz lagi.

“Lissa sudah berubah pucat mukanya. “Sa..saya pergi ke rumah Erah,”jawab Lissa tergagap-gagap.

            “Siapa benarkan kau pergi rumah dia?”tanya Fariz lagi.Suaranya masih kuat melengking.

            “Ta..tapi Tuan Fariz ada kata yang Tuan Fariz tidak akan menyekat kebebasan saya ketika malam pertama kita berkahwin,”Lissa cuba mengingatkan Fariz.Fariz hampir tergelak dengan jawapan Lissa.Ha’ah betul juga aku pernah kata macam tu kat dia.Tapi mana boleh aku mengaku kalah macam tu aje!Jatuhlah ego aku kat depan budak gemuk ni.

            “Memanglah aku ada kata macam tu,tapi janganlah sampai tengah malam baru nak pulang.Selain tu,aku ada kata ‘kan kau ni milik aku dan aku bukannya milik kau?”Lissa mengangguk.

            “Jadi aku boleh pinda syarat yang aku buat sesuka hati akulah,”Fariz berkata angkuh.Lissa hanya mampu diam kerana sudah naik meluat dengan perangai Fariz yang selalu nak menang.

            “Dahlah,kalau kau nak buat apa-apa pun ikut suka kaulah.Tapi aku tak nak kau over sangat macam hari ni.Kalau kau nak tidur kat rumah kawan kau tu atau nak singgah kat rumah dia,kau kena inform aku dulu.Satu lagi,syarat-syarat aku sebelum ni kau tak boleh langgar.Kalau kau langgar juga,tahulah apa nasib kau.Kau faham?”Lissa hanya mengangguk.Malas nak bertengkar kerana sudah pasti dia juga yang akan kalah.

            “Satu lagi,hari Isnin minggu depan kau boleh start kerja kat syarikat aku.Kerja kau kat sana ialah setiausaha aku.Aku sebenarnya tak nak kau jadi setiausaha aku,tapi atas desakan papa aku terpaksa juga,”kata Fariz sebelum berlalu meninggalkan Lissa dengan hati yang luka.Hina sangat ke aku ni?Setitis mutiara mahal jatuh jua di pipinya sebelum dia perlahan-lahan menapak ke kamar tidurnya.

Comments

Popular posts from this blog

KAU CINTA PERTAMA DAN TERAKHIR

Seketika Cuma

CINTA SANG PENGEMIS BAH. 1