JANGAN PERGI CINTA BAB 2

  Lissa berjalan bersama-sama Erah keesokkan harinya ke sekolah.Memang,seperti yang dijanjikan oleh Erah semalam,mereka bertolak ke sekolah pada jam tujuh pagi.Erah masih lagi terguap-guap mengantuk.

            “Cepatlah Erah,nanti ada orang ambil key-chain tu,”gesa Lissa kepada Erah. Akhirnya mereka sampai di kelas mereka.Lissa terus meluru masuk tanpa menyedari ada seseorang di dalam kelas itu.


            “Ya Allah,syukur banyak-banyak.Nasib baik tak hilang key-chain ni,”kata Lissa kepada Erah.Dia mencium-cium key-chain itu sambil melompat-lompat gembira.

            “Woi,woi!Dahlah tu,kalau ya pun nak lompat-lompat,tengoklah sekeliling kau dulu,”nasihat Erah sambil memberi isyarat mata.Lissa melihat sekeliling kelas dan amat terkejut melihat Ezma yang turut berada di situ dan sedang merenungnya.Alahai,mesti dia tengok lemak aku yang bergegar time aku melompat tadi.Malunya!!Lissa menjerit di dalam hati.Terus dia senyap dan duduk dengan sopan di atas kerusinya.

            “Ehem,ehem,”Lissa berdehem.Nak cover malu beb.Erah yang berada di sebelahnya tersengih-sengih cam kerang busuk.Aku bagi sekali kang,terus kiok.Kata Lissa dalam hati.        

            “Oit,boleh aku tanya sikit?”Tanya Erah.Lissa yang sedang menilik-nilik key-chainnya menggangguk.

            “Apa yang istimewanya sangat pasal key-chain tu?”Erah menanya sambil menggosok-gosok dagunya, seolah-olah sedang berfikir.

           

            “Entah,aku pun tak tahu dari mana datangnya key-chain ni.Tapi yang aku tahu key-chain ni amat bermakna kat aku.Emak aku kata ni tanda aku sudah dimiliki.Aku pun pelik juga,time bila pula aku ada bertunang atau apa-apa.Bila aku tanya, mak aku mengelak,macam-macam alasan yang dia buat nak mengelak dari menjawab soalan aku.Nak tanya ayah aku,dia tu 24 jam sibuk kat hospital.So,aku simpanlah key-chain ni.Tapikan Erah,aku rasa macam ada something speciallah pasal key-chain ni,”kata Lissa.

            “La,tu je ke.Eh,kau duduk kat sini ok.Aku nak pergi tandas jap,”kata Erah sambil terus bangun tanpa menunggu persetujuan dari Lissa.

            Lissa kaku di tempatnya.Dia mengambil buku Sejarah dari laci mejanya dan menatapnya.   

            “Em,Lissa,”sapaan suara yang begitu dekat dengan Lissa membuatkan Lissa hampir terjerit.Subahanallah,apa yang tak kena dengan Ezma ni?Kemarahan yang datang kerana ditegur secara tiba-tiba membuatkan Lissa berasa panas hati.Namun,perasaan itu hanya disimpan sahaja.

            “Ya,ada apa Ezma?”tanya Lissa sambil cuba menjauhi Ezma yang berada terlalu hampir kepadanya.

            “Saya sebenarnya ada benda yang nak dicakap kat awak,”kata Ezma sambil terus menghampiri Lissa.Tidak diendahkan Lissa yang berada dalam kegelisahan.

            “Ya,ada apa yang awak mahu beritahu kat saya?”tanya Lissa sambil mengesot menjauhi Ezma.Apa yang tak kena dengan dia ni?Dia dah gila ke?

            “Saya sebenarnya…”Ezma berhenti sejenak.Teragak-agak untuk meneruskan kata-katanya.Tapi,tidak lama selepas itu,dia menyambungnya, “Saya cintakan awak,”luah Ezma menamatkan persoalanan yang sedang  bermain di fikiran Lissa.

            Lissa mati beruang,eh tak mati kutu.Mulut Lissa ternganga.Dia cinta kat aku?Aku?Nur Lissa Aissya?Lissa bertubi-tubi menyoal dirinya.Nak tergelak pun ada,nak marah pun ada.Semuanya bercampur macam nasi kerabu.

            “Apa yang awak cakap ni?Nonsense!Saya rasa awak ni dah demam atau awak ni dah gila?”terluah kata-kata itu dari mulut Lissa.Lissa menyesal meluahkan kata-kata itu.Tulah,cakap ikut sedap mulut aje.Ezma diam tanpa kata.Dia terus menghampiri Lissa sehinggalah Lissa tersandar di dinding.Alamak,mampus aku.Mak….tolong.Jerit Lissa dalam hati.Ezma meletakkan kedua-dua tangannya di kiri dan kanan Lissa sekaligus membuatkan Lissa terperangkap.Kau kalau lebih-lebih,jaga kau.Apa,kau ingat aku tak pandai pertahankan diri?Aku nak tendang kau kat mana ya?Lissa berkira-kira dalam hati.

            “Ezma,please.Lepaskan saya,”Lissa merayu.Bergetar suara Lissa.Ezma begitu hampir kepadanya hinggakan dia dapat merasakan nafas Ezma yang hangat menampar-nampar pipinya.

            “Katakanlah yang awak pun cintakan saya,Lissa.Please,”rayu Ezma.Fuh,hampir cair aku mendengarnya.Ezma semakin menghampiri Lissa.Kini jarak yang memisahkan mereka berdua hanya seinci.

            “Saya rasa memang betullah awak ni dah gila,”kata Lissa.Kali ni dia tidak menyesal mengutarakan kata-kata itu.Mana Erah ni?Apasal lama sangat dia pergi tandas hah?Dia basuh tandas ke?

            “Ya,memang saya gila.Saya gilakan awak,”ujar Ezma.Aduh,aku pun dah nak jadi gila ni.Dah sah Ezma dah gila.Dia ni tak makan ubat ke atau terlebih dos?Lissa yang lemas diperlakukan begitu,cuba melepaskan diri.Diletak tangannya ke atas dada Ezma dan menolaknya.Namun,tak bergerak langsung.

            “Lissa,please.Answer me.Adakah awak juga mencintai saya?”tanya Ezma lagi.Tak putus asa.Lissa diam.Angguk tidak,gelang kepala pun tidak.Wajah Ezma semakin menghampiri wajah Lissa.

            “Saya tak cintakan awak,”jawab Lissa dengan gugup.Bibir Ezma semakin ingin bersentuh dengan bibir Lissa.Tak boleh jadi ni.Nampaknya kegilaan Ezma dah sampai takat tak dapat diselamatkan lagi.Aku mesti buat sesuatu.Lissa menolak tubuh Ezma dengan segala kekuatan yang dia ada sebelum bibir Ezma sempat menyentuh bibirnya.Tolakkan itu menyebabkan Ezma terdorong ke belakang.Ezma tergamam. Fuh,selamat.Alamak,muka dia kelatnya kalah buah plum.

            “So..sori,”ucap Lissa dengan rasa bersalah.

            “Tak apa.Sepatutnya saya yang minta maaf,”Ezma terasa malu dan menyesal dengan tindakkannya tadi.Dia tidak dapat  menahan dirinya daripada mencium bibir Lissa yang kecil dan cute tu.

            “Ezma,saya betul-betul rasa bersalah kat awak.Tetapi saya memang tak dapat menerima awak.Memang saya suka sangat kat awak,tapi suka saya ni hanyalah sekadar kawan sahaja,”Lissa menjelaskan duduk perkara sebenar.

            “Tapi Lissa,saya memang ikhlas mencintai awak.Saya memang suka sangat kat awak,”Ezma cuba untuk memujuk Lissa.

            “Ezma,awak sedar tak apa yang awak lafazkan ni?Masih ramai lagi perempuan yang cantik kat luar sana,malah mereka semua lebih baik daripada saya tapi apasal saya juga yang menjadi pilihan awak?Ezma,sedarlah.Awak tu kacak,baik dan bijak.Nanti apa pula kata orang kalau kita berdua berkasih.Mesti mereka kata kita ni seperti gajah dengan semut kan?”Kata Lissa panjang lebar.Dia tergelak dengan kata-katanya sendiri namun tidak lama selepas melihat muka Ezma yang serius.Alamak,klon Hitler.

            “Lissa,mengapa awak cakap macam tu?Awak sedar tak apa yang awak ucapkan tu?Sepatutnya awak bersyukur dengan apa yang awak ada sekarang ni dan awak juga kenalah bersyukur dikurniakan tubuh badan yang sihat dan anggota tubuh badan yang sempurna.Ha,satu lagi benda yang awak perlu benar-benar bersyukur kerana memilikinya iaitu akal fikiran.Cuba awak bandingkan diri awak dengan orang gila atau orang OKU.Mesti awak akan rasa bersyukur sangat-sangat dan rasa cukup bertuah,”kali ni giliran Ezma pula bersyarah panjang lebar.Macam mak nenek.Bakal pensyarah masa depan ni.Lissa hanya menggangguk apabila mendengar syarahan Ezma.Kelu lidah beb.

            “Baiklah,”ucap Ezma tiba-tiba selepas mereka terdiam sejenak. “Oleh kerana awak dah cakap begitu tentang diri awak,saya nak awak jadi teman wanita saya.Tak kiralah awak setuju atau tidak,”Ezma berkata tegas.Apa?Mana aci main paksa-paksa macam ni!Aku tak nak jadi girlfriend dia.Sebelum sempat Lissa buka mulut nak protes,Erah masuk dengan tiba-tiba. Lissa terus cancel nak protes.Erah ni kacau daun betullah.Ezma dan Lissa  mendiamkan diri sehingga menyebabkan Erah terpingga-pingga.

            “Apasal dengan kau orang berdua ni,”tanya Erah kepada mereka.

              “Tak ada apa-apalah.Cuma berborak-borak dengan Lissa ni,”ujar Ezma menyelamatkan keadaan.Dia terus bangun dan duduk di mejanya.Ezma sempat memberikan satu jelingan kepada Lissa.

                “Eh,kau ada apa-apa ke dengan dia tu?”Tanya Erah kepada Lissa.Lissa cepat sahaja menggelangkan kepala. Pada waktu mata pelajaran Bahasa Melayu,Cikgu Rosmah dan seorang budak lelaki masuk ke kelas itu. “Baiklah pelajar semua,pada hari ini kamu semua akan mendapat seorang kawan baru.Namanya Mohd. Adam Syafiq.Dia bertukar ke sini kerana mengikut ayahnya bertugas.Saya harap kamu dapat menyesuaikan diri,”kata Cikgu Rosmah kepada Adam.Adam hanya menggangguk.

                 “Awak boleh duduk di sebelah Ezma.”Adam mengorak langkah dan melabuhkan punggungnya di sebelah Ezma.Mereka saling berbalas senyuman.

            Pada hari itu semua orang bercakap-cakap tentang ‘budak baru’.Lissa tak terasa apa-apa dengan kehadiran Adam.Apa yang dia tengah fikir sekarang ni adalah bagaimana nak bagitahu Ezma yang dia tak mahu menjadi kekasihnya.Tak sangka betullah,orang gemuk macam aku ni pun ada masalah bercinta.Keluh Lissa dalam hati.Pada masa itu dia berada di bawah sepohon pokok.Lissa makan di situ dan dia mulai membawa bekal sejak kejadian Anita versus Erah hari tu.Bukan dia takut,cuma dia tak mahu menimbulkan masalah lagi.

            “Alah,macam mana ni,nak cakap kat dia pun satu hal.Apasallah aku juga yang menjadi pilihan hati dia,hah?Kat manalah yang dia tengok boleh menarik hati dia?Pipi tembam aku ni kot?”Lissa bermonolog sendirian.Dia mengunyah nasi gorengnya dengan geram ibaratkan nasi yang dikunyahnya itu adalah Ezma.

            “Ha’ah,pasal pipi tembam awak tulah yang buat saya jatuh cinta kat awak,”suara Ezma yang tiba-tiba menyapa membuatkan Lissa tersedak.Dicapainya botol air mineral dan diteguknya.Setelah beberapa minit barulah keadaan Lissa menjadi normal semula.Wajah Lissa merona merah.

            “Dah berapa lama awak berada di belakang saya?”Tanya Lissa.Nak tutup malulah ni.

            “Sejak awak bercakap sendirian tadi,”jawab Ezma sambil melabuhkan punggungnya di hadapan Lissa.Makin merah wajah Lissa.Alamak,dia dah dengar semuanyalah.

            “Okey,baguslah awak dah dengar semua,”Lissa berkata.Dia mesti berterus terang dengan Ezma hari ini juga dan inilah masanya yang sesuai. “Apasal awak pilih saya?Kat mana yang awak nampak kat diri saya yang dapat buat awak jatuh hati kat saya?Apasal awak tak jatuh cinta kat Anita yang terhegeh-hegeh kejar awak tu?Kalau boleh saya tak nak jadi kekasih awak,boleh tak?”Tanya Lissa bertalu-talu.Ezma tergelak mendengar soalan Lissa yang bertalu-talu itu.Lissa terpana seketika melihat Ezma ketawa hingga menampakkan lesung pipitnya yang berada di kiri dan kanan pipi.

            “Okeylah,tadi awak tanya empat soalan,”kata Ezma selepas ketawanya reda.Amboi,siap boleh bilang lagi berapa soalan yang aku tanya. “Soalan satu,soalan tiga dan soalan empat saya akan jawab tapi soalan dua saya akan jawab selepas saya jawab semua soalan tadi.Pertama,sebab saya suka awak,ketiga,saya tak suka orang yang tergedik-gedik, keempat,tak boleh.Dan soalan kedua,sebab saya tertarik dengan awak adalah kerana budi pekerti awak.Lissa,awak amat merendah diri,awak tak mudah marah,ada sense of humor,tak berdendam dan yang paling saya suka pada diri awak adalah awak seorang yang sabar,”kata Ezma membuatkan Lissa terkedu.


            “Saya tak dapat buat apa-apa lagi.Saya tahu,makin ditolak,makin pulak awak nak kan? Nampaknya terpaksalah saya setuju dengan awak.Saya fikir,mungkin saya patut memberi awak satu peluang.The one and only okeh! Tapi ingatlah Ezma,kalau awak nak putus dengan saya,saya dengan kecil tapak tangan sebesar Malaysia saya tadahkan,”Lissa tergelak dengan kata-katanya sendiri. Ezma tersenyum lega,akhirnya dapat juga dia miliki perempuan pujaannya sejak tingkatan tiga lagi.

            “Hoi,apa yang korang berdua buat kat sini ni?”Tanya Erah yang sedang menuju ke arah mereka.Kelihatan Adam di sebelahnya.

            “Tak adalah,kami berbincang tentang SPM yang bakal kita hadapi nanti,”cepat-cepat Lissa menjawab pertanyaan Erah sebelum sempat Ezma bersuara.

            “Lissa,kenalkan nilah sepupu aku yang aku ceritakan kat kau semalam,”Erah memperkenalkan Adam kepada Lissa.Lissa hanya mengganggukkan kepala kepadaAdam sambil tersenyum.

            “Jom masuk kelas,nanti mengamuk pula singa betina tu karang,”kata Lissa sambil mengemas saki-baki bekalnya.Lissa memanggil cikgu Sains mereka,Cikgu Hasliza ‘singa betina’ kerana cikgunya itu seorang yang garang.Serentak dengan itu,mereka semua tergelak dengan kata-kata Lissa.Lissa hanya tersenyum.

Comments

Popular posts from this blog

KAU CINTA PERTAMA DAN TERAKHIR

Seketika Cuma

CINTA SANG PENGEMIS BAH. 1