Posts

Showing posts with the label Novel Jangan Pergi Cinta

JANGAN PERGI CINTA BAB 16 & 17

Image
 Kini sudah seminggu mereka balik dari ber‘honeymoon’ dan masing-masing juga sudah mula bekerja.Lissa membelek-belek dokumen yang perlu diserahkan kepada Fariz.Dia tidak mahu ada sebarang kesilapan.Sudah tahu apa yang akan ‘dihadiahkan’ oleh Fariz  padanya jikalau ada sedikit kesalahan kecil sekalipun,pasti hari itu pejabat akan bergegar dengan sumpah seranah Fariz padanya.Setelah berpuas hati,Lissa mengorak langkah ke bilik Fariz.Dilihatnya Fariz sedang berbual di telefon.             “Okey honey,lepas ni I call you balik.”Fariz meletakkan gagang telefon. “Ada apa?”tanya Fariz apabila dilihatnya Lissa hanya tercegat di hadapannya dan seperti biasa wajah itu berubah pucat.

JANGAN PERGI CINTA BAB 2

Image
  Lissa berjalan bersama-sama Erah keesokkan harinya ke sekolah.Memang,seperti yang dijanjikan oleh Erah semalam,mereka bertolak ke sekolah pada jam tujuh pagi.Erah masih lagi terguap-guap mengantuk.             “Cepatlah Erah,nanti ada orang ambil key-chain tu,”gesa Lissa kepada Erah. Akhirnya mereka sampai di kelas mereka.Lissa terus meluru masuk tanpa menyedari ada seseorang di dalam kelas itu.

JANGAN PERGI CINTA BAB 1

Image
              “Ya  Allah, besarnya budak tu,” itulah kata-kata  yang selalu keluar dari mulut  manusia yang terserempak dengan Lissa. Namun  Lissa sudah lali mendengarnya.Tapi  kadang-kala kata-kata itu bagaikan sembilu yang menusuk ke hati.Lissa tidak  menyalahkan takdir,dia memang dilahirkan sebagai budak gemuk. Ketika  dilahirkan, berat Lissa 4.2 kg dan sehinggalah sekarang beratnya tidak pernah susut  malah beratnya sudah mencecah 120 kg walaupun dia mempunyai ketinggian 170cm, namun dirinya masih lagi mempunyai berat berlebihan.Sudah pelbagai cara yang  dilakukannya namun tidak ada satu pun yang berhasil menyebabkan Lissa malas lagi  untuk memikirkan keadaan dirinya dan hanya menumpukan perhatiannya kepada  peperiksaan SPM yang bakal tiba tak lama lagi.