Google+ Followers

Tuesday, January 5, 2016

Kembali Dari Gua

Assallamualaikum.... Ya Allah lama gila Aina tak update blog ni. Baru lepas bertapa dalam gua. Hahhaha... Tak adalah Aina bz dengan intern dan sekarang Aina dah bebas!!! Alhamdulillah Aina dah berjaya habiskan perngajian Aina dengan jayanya. Hahhaha rasa bangga lak sebab tak sangka boleh tamatkan pengajian Aina ni dengan A+ dik non.... Memang tak sangka sangat sebab time present tu tergagap-gagap pastu dengan tak leh jawab soalan pensyarahnya dengan report tak staplernya. Fuhh bila tengok result rasa cam nak menangis sebab dapat A+. Moga Allah limpahruahkan lagi rezeki pensyarah yang baik hati tu. Hehehhehe... Puji mentang-mentang dapat A. 

In sya allah dah lama Aina tak berkarya dan Aina akan meneruskan berkarya dalam masa terdekat. I. Hidup sekarang ni masa semakin lama semakin cepat berlalu. Memang tak sempat nak buat banyak-banyak kerja dalam satu masa. Haish... Time management Aina sangat teruk >~<

Nantikan cerpen-cerpen terbaru Aina yang akan Aina masukkan dalam entri terbaru tak lama lagi. Ni lah passion Aina yang Aina rasa sangat puas kalau dapat siapkan satu-saru cerpen tu. Doakan Aina berjaya dunia akhirat tau Aina selalu doakan pembaca blog Aina sentiasa di bawah Rahmat Allah. In sya allah. :)

Tuesday, March 10, 2015

Should I?

Ya Allah..dah lama sangat Aina tak buka blog ni. Dah bersawang dah! Hahahaha.. Aina busy sangat sekarang. Busy dengan life...dengan problems...dengan macam-macam la.. Semakin kita dewasa semakin banyak masalah yang timbul sampaikan kadang-kadang Aina rasa macam tak mahu dewasa. Nak stay jadi kanak-kanak. *sigh*

Sekarang yang bermain di dalam hati Aina adalah...Should I stop writing? Aina punya skill ayat..Aina punya kecekapan dan kepantasan menaip da makin pudar..sepudar dan selunturnya! Dulu tutup mata pun Aina boleh manaip sekarang ni menaip sikit da start cramp tangan.Adoi!! Entahlah...Aina rasa Aina menulis pun sia-sia juga. Tidak ke mana juga. Mungkin Aina patut stop...dan cari something new untuk Aina cuba. I don't know...semuanya kabur...terutama masa depan Aina. I'm stuck in a deep hole without an end... Then.. Should I stop??

Thursday, June 19, 2014

THE RUNNING AWAY "PENGANTIN" PART 1

       
Sayang,bangun sayang. Subuh tinggal sikit je ni lagi,”terasa ubun-ubunnya diusap. Qistina mengeliat kecil sebelum membuka mata,dilihatnya ibunya duduk di sisi katilnya.


“Emm…letihlah bu. Semalam banyak sangat kerja yang Qis kena buat,”adunya dengan mata yang masih tertutup.

“Letih tak letih,tanggungjawab kita pada Allah kita tak boleh lupakan,”nasihat Puan Khadijah. Hendak tak hendak dia terpaksa memaksa dirinya bangun dan mengambil wuduk. Terasa segar saat mukanya bersentuh dengan air wuduk.

“Allahuakhbar,”takbir diangkat.Betul kata ibunya,tanggungjawab pada Allah mana boleh dilupakan. Tak berkat hidup ni,walau berjuta malah berbillion sekalipun harta yang kita ada,tapi kita harus sedar siapa yang memberikan kita semua tu,tak lain tak bukan Allah S.W.T yang Maha Kuasa,Maha Kaya.

Sunday, May 18, 2014

Aku Bukan Perampas!! Part 2


Maaf sebab lambat pulak update bahagian kedua ni. Well lepas lebih kurang dua minggu Aina kenal dia,kami cuma sms atau berbual di telefon. Itupun kepadang-kadang sangat sebab hati Aina sebenarnya menegah Aina dari terus berkawan dengan dia sebab dia dah berkeluarga. Aina tak mahu jadi perampas,itu bukan sifat Aina. Sebab apa yang kita buat dekat orang sekarang mungkin akan terjadi pada kita nanti. Jadi hari tu dia ajak Aina keluar makan. Lama Aina fikir nak keluar ke tak. Sebab Aina dah tahu yang dia ni suami orang jadi kejanggalan tu jelas sangat terasa. Walaupun dia tu jenis yang Aina suka sebab dia macam Teddy Bear (heheheheheh) tapi Aina kena sedar yang dia tu dah jadi hak milik orang lain.

Malam tu Aina keluar dengan dia temankan dia makan. Aina tenung je muka dia,tapi otak Aina berfikir sebenarnya. Berfikir macam mana mahu menamatkan hubungan kami. Aina kasihan kat dia sebab dia selalu mengadu kat Aina time kitorang bersembang di telefon. Katanya si isteri tidak ambik kisah dengan hal rumah tangga,anak-anak terabai. Haish...entahlah. Nak kata dia tipu pun takutnya betul sebab banyak kes rumah tangga retak disebabkan kealpaan si isteri dalam menguruskan rumah tangga. Tapi Aina tak nak terpedaya,balik jer dari keluar makan malam bersama dia Aina terus mesej dia. Aina tulis mintak maaf,Aina tak mahu jadi orang ketiga dan dia patut cuba betulkan dahulu keadaan keluarga dia,manalah tahu keadaan sebenarnya bukanlah rumit tetapi hanya perlu dibawa berbincang. Dia balas kat Aina,dia kata dia hormati keputusan Aina dan dia harap Aina berjaya dalam hidup. Sedih memang ada tapi Aina rasa itulah yang terbaik sebenarnya dan lepas sahaja Aina menerima balasan mesej dia dada Aina rasa lapang sangat. Rasa macam satu beban dah terlepas dari atas bahu ni. Sekarang Aina dah tak nak lagi ambik yang orang punya sebab yang single mingle tu ramai lagi kat luar nun.hehehe.. Lagipun memang rasa tak selesa bila kita tahu seseorang itu sudahpun berpunya. Sooo..make peace not war olrite!!

Tuesday, April 29, 2014

Aku Bukan Perampas!! Part 1

Kadang-kadang dalam hidup kita banyak perkara yang terjadi tanpa diduga kan? Hujan turun tanpa diduga,eksiden tanpa diduga dan berbagai-bagai lagilah kejadian-kejadian yang tak diduga nih. Dan untuk Aina,apa yang tak diduga terjadi adalah Aina jatuh cinta. Hahaha..bunyinya simple. Alahh..jatuh cinta pun nak kecoh ke? Sabar...sabar...Aina belum habis ayat lagi. Aina tanpa diduga telah jatuh cinta dengan suami orang.. Wait..what?!

Yup! Aina terjatuh cinta dengan suami orang. Perkenalan melalui wechat membuahkan perasaan senang Aina pada dia dan setelah lebih kurang dua minggu berbual di alam maya,kami membuat keputusan untuk berjumpa lagipun dia tinggal sekitar tempat Aina menyewa je. Jangan salah sangka,Aina tidaklah keluar sesuka hati dengan orang yang Aina baru kenali. Aina cuba menyelidiki perwatakannya,adakah dia ni jenis miang? Manalah tahu dunia zaman sekarang ni,macam-macam jenis orang yang kita boleh jumpa. Selepas hati ini yakin yang dia boleh dipercayai barulah Aina membuat keputusan mahu bertemu mata dengannya itupun kami berbual-bual di sebuah kedai di sekitar Pengkalan Chepa. Ketika berjumpa dia mengaku yang dia itu suami orang. Aahhh..Aina buntu. Apa yang patut Aina buat?

Sunday, March 16, 2014

No Title (draft purpose only)

Aku berjalan perlahan menapak ke bus stop itu. Hanya ada beberapa orang sahaja berada di bus stop itu. Sedang aku baru sahaja melabuhkan punngung tiba-tiba aku sebuah kereta mewah model ferrari berhenti tidak jauh dari bus stop. Aku hanya memandang sekilas. Alah di kota metropolitan ini berlambak kereta begitu. Hanya mereka yang bertuah sahaja mampu memilikinya. Tumpuan aku kembali dengan komik di tangan namun terganggu lagi bila kedengaran suara perempuan dari dalam kereta menjerit2 kecil menganggu deria pendengaran aku dan beberapa orang yang berada di pondok bas itu.  


"X nak lah" perempuan bertudung anggun keluar dari dalam perut kereta mewah itu.

"Jangan lah degil. Duk diam2." Jawab lelaki berkaca mata yang juga keluar dari dalam perut kereta itu.

"Janganlah! X nak lah mcm ni!" Perempuan itu menepis tangan lelaki itu yang merayap dipunggungnya. Di hadapan orang awam buat benda x senonoh? Aku mula berang. Aku paling benci orang lelaki yang mengambil kesempatan atas perempuan! Api kemarahan sudah sampai ke kepala... Aku berdiri dan menghampiri pasangan itu. Yang lelaki masih memegang2 bahagian belakang perempuan itu walaupun perempuan itu banyak kali merayu.
" Hey,ko wat per ni?" Aku memgang tangan lelaki itu yang rakus menjamah bahagian belakang perempuan itu. 

"Ko menyusah apa? Gi main jauh2! Jangan campur hal kitorang!" Marah lelaki itu pada aku dengan angkuhnya. Perempuan itu pula hanya melihat aku dengan mata kasihan.

Isk dia ni! Aku paling pantang tgk orang laki tindas pompuan. "Sialllah kau ni!" Sebiji penumpuk yang dari tadi aku kepal aku layangkan juga ke muka lelaki itu. Tepat ke bibrnya dan dia jatuh. Punggungnya terlebih dahulu menuembah tanah,bukan muka. Perempuan yang diraba lelaki itu serta orang2 sekeliling terjatuh rahang melihat aksi catwomen aku! Meowww!!

P/s: Guys...sorry cor this short cerpen. Final dah nak dekat. Idea nih datang time duk layan jiwang depan umah sambil tengok awan. Hehehe.. Tapi masalahnya dia datang sekerat jer. Geram betul! Ha.. Ada idea tak cmne nak teruskan cerpen Aina ni? Kindly leave some comments below okeyhs. *___^

P.p.s: abaikan kalau banyak typo, sebab ni draft jek. Hehe

Tuesday, February 4, 2014

Wangimu Semerbak Kasturi

Assalamualaikum... Apa khabar kawan-kawan Aina yang Aina selalu rindu. Sorry sebab lama dah tak pos karya-karya Aina tapi kat sini Aina bukan nak pos cerpen atau novel tapi harini Aina nak cerita pasal hobi Aina. Aina ni sukaaa sangat a.k.a maniac sangat kalau bab perfume ni. Tapi Aina tak pakai perfume biasa,Aina suka pakai perfume overseas original. First perfume Aina beli CK ONE SHOCK STREET EDITION (LIMITED EDITION) RM215 kat KB Mall pastu adalah dua atau tiga botol lagi perfume  yang Aina beli tapi tak ingat dah berapa harganya tapi memang RM200++ lah. Rasa menyesal sangat sebab beli dekat atas mall memang mahal habis!