Posts

Showing posts from May, 2014

Aku Bukan Perampas!! Part 2

Image
Maaf sebab lambat pulak update bahagian kedua ni. Well lepas lebih kurang dua minggu Aina kenal dia,kami cuma sms atau berbual di telefon. Itupun kepadang-kadang sangat sebab hati Aina sebenarnya menegah Aina dari terus berkawan dengan dia sebab dia dah berkeluarga. Aina tak mahu jadi perampas,itu bukan sifat Aina. Sebab apa yang kita buat dekat orang sekarang mungkin akan terjadi pada kita nanti. Jadi hari tu dia ajak Aina keluar makan. Lama Aina fikir nak keluar ke tak. Sebab Aina dah tahu yang dia ni suami orang jadi kejanggalan tu jelas sangat terasa. Walaupun dia tu jenis yang Aina suka sebab dia macam Teddy Bear (heheheheheh) tapi Aina kena sedar yang dia tu dah jadi hak milik orang lain. Malam tu Aina keluar dengan dia temankan dia makan. Aina tenung je muka dia,tapi otak Aina berfikir sebenarnya. Berfikir macam mana mahu menamatkan hubungan kami. Aina kasihan kat dia sebab dia selalu mengadu kat Aina time kitorang bersembang di telefon. Katanya si isteri tidak ambik kisah