JANGAN PERGI CINTA 7 & 8
BAB 7
BAB LAPAN
Jam menunjukkan sudah pukul 11.30
malam.Lissa melangkah menuju ke biliknya yang
dijadikan sebagai bilik pengantin.Dia berhenti sebentar di hadapan pintu
biliknya,berselawat
dan berdoa supaya Allah menenangkan jantungnya yang berdegup kencang dan
hatinya yang tidak keruan.Lissa mengetuk pintu bilik dan setelah mendengar
suara Fariz
yang membenarkannya masuk,Lissa melangkahkan kakinya.Kelihatan Fariz sedang berbaring
di atas katilnya sambil menghadap sebuah notebook.Fariz melihatnya sekilas pandang
dan kemudian mengalihkan tumpuan ke notebooknya semula.Lissa tidak menghiraukan
Fariz,dia masuk ke dalam bilik mandinya untuk mengambil wuduk dan kemudian
solat Isyak.Setelah selesai solat,kedengaran suara Fariz.
“Lissa,duduk sekejap.Aku nak cakap
sikit dengan kau,”pinta Fariz.Amboi,taksopan
lansung,main aku,aku aje.Lissa melabuhkan punggungnya di atas sofa yang terdapat
di dalam biliknya.Fariz bersila di atas katil Lissa,membetulkan duduknya.Hensem
juga dia ni,baju melayu warna peach tu sangat sesuai dengan dia.Hish! Lissa..apa
kau melalut ni.
“Biar aku berterus terang dengan
kau,sebenarnya aku tak setuju lansung dengan perkahwinan
ini.Kalau bukan sebab mama ugut aku,tak ingin aku nak kahwin dengan kau,”kata
Fariz.Ceh,kau ingat aku nak kahwin sangat dengan kau tu?Aku pun tak ingin nak
kahwin dengan kau.Hati Lissa berkata jengkel.
“Aku
nak kau patuh syarat-syarat yang aku kemukakan ni.Pertama,kau mesti panggil aku Tuan Fariz,”kemuka Fariz.Terlopong mulut Lissa
sekejap.Mak oi,aku tahulah kau tu anak Dato’ tapi takkanlah dengan isteri pun
mesti berTuan-Tuan? “Kedua,aku berhak buat sesuka hati aku,aku bebas.Kau juga
begitu,bebas.Tapi,kau mesti ingat,kau hak aku tapi aku bukan hak
kau.Ketiga,kalau ada orang tanya apa hubungan kau dengan aku,jangan sesekali
kau kata kau tu isteri aku,pandai-pandailah kau buat alasan lain. Keempat,bila
kita tinggal berasingan dengan keluarga kita,maksud aku di rumah sendiri
nanti,kita akan tinggal di bilik yang berasingan.Kelima,aku tak mahu ada kau
buat apa-apa aduan kat mama atau papa atau mana-mana orang asing.Kalau aku ada
dengar apa-apa pasal aku kat orang tua aku,siap kau.Kelima,bila berada dengan
ahli keluarga atau dengan mama dan papa aku,kau mesti panggil aku abang.Tapi
depan mereka aje,belakang mereka kau mesti panggil aku Tuan Fariz.Hmm..tu aje
syarat yang aku kenakan.Kau mesti patuh.Kalau tak,tahulah kau neraka kat dunia
ni,”Fariz mengemukakan syarat-syaratnya beserta bonusnya sekali iaitu amaran
keras untuk dirinya.Hatinya lega apabila semuanya berjalan lancar.
Fariz merenung wajah Lissa.Tenang
dan lansung tidak beriak,masih seperti tadi.“Okey,saya
setuju dengan semua syarat itu.”Akhirnya Fariz mendengar Lissa bersuara. Lissa
bangun dan menuju ke katil,dia mengambil sebiji bantal dan kain selimut. Kemudian
dia berjalan semula ke sofa yang didudukinya tadi dan melabuhkan punggungnya
di situ.
“Tuan Fariz tidurlah kat situ.Saya
ni jenis yang menghormati tetamu,jadi saya tak kisah
kalau tidur atas sofa ni pun demi keselesaan tetamu saya,”ucap Lissa sebelum merebahkan
tubuhnya ke atas sofa itu.
Fariz mendengus.Berlagak aje
lebih.Dia kemudian menutup notebooknya dan merebahkan
badannya ke atas katil yang lembut dan selesa itu.Fariz perasan Lissa tidak membuka
tudungnya semenjak tadi.Ah,biarkan.Sapalah yang nak tengok rambut dia tu. Tak
lalu aku.Terbayang di matanya lenggok tubuh buah hatinya,Sarah yang seksi dan Mengiurkan.Potongan
badan Sarah 36-24-38 itulah yang sentiasa menemani lenanya setiap
malam,yang ingin ditatapnya setiap masa.Bukan macam perempuan yang kat depan
mata dia ni,dah macam buah nangka kena balut dah aku tengok.Fariz terlelap bersama
pelbagai imaginasi tentang kekasih hatinya itu.
Jam
menunjukkan pukul satu pagi.Lissa bangun perlahan-lahan bimbang Fariz akan tersedar.Dia turut membawa bantal dan selimutnya
dan membuka pintu biliknya dengan perlahan.Lissa memboloskan dirinya keluar dari
bilik itu.Yeah,misi berjaya.Panjang sahaja langkah Lissa diatur menuju ke bilik
tetamu yang mana menempatkan Erah.Ketika kakinya masih melangkah menuju ke
bilik Erah,satu suara menegurnya dari belakang.
“Lissa!”Hampir terjerit Lissa dengan
teguran itu.Lissa berpaling perlahan-lahan. Lissa
menelan air liur.Alamak!Mak mertuaya tercegat di hadapannya sambil memegang segelas
air.Lissa tersengih-sengih.
“Lissa buat apa ni?Dah pukul satu
pagi dah ni,”tanya Datin Kamilah.Dia hairan melihat
menantunya berjalan menuju ke bawah pada pukul satu pagi.Sepatutnya Lissa berada
di dalam biliknya,yelah ni’kan malam pertama dia menjadi isteri.Jadi,dia
mestilah melakukan
kewajipannya.Datin Kamilah menyedari kehadiran Lissa ketika dia sedang minum
air di dapur.
“Tak adalah mama,Lissa turun ni nak
bagi Erah bantal dengan selimut ni.Kasihan dia
tak ada selimut,”Lissa memberi alasan.Peluh dingin memercik turun di dahinya. “Lagipun
Lissa nak minum air,panaslah pulak malam ni,”sambung Lissa lagi.Minta-mintalah
Datin Kamilah menerima alasannya.Datin Kamilah tersenyum penuh makna.
“Dahlah,cepat bagi Erah bantal dan
selimut itu.Tak baik tinggal suami berseorangan
dalam bilik,”pesan Datin Kamilah sebelum berlalu masuk ke dalam biliknya.Lissa
menghantar Datin Kamilah dengan pandangan dan hati yang lega.
Erah tersedar dari lenanya apabila
merasakan ada seseorang merebahkan badan di sebelahnya.Erah
bingkas bangun dan mendapati ada seseorang yang tidur di sebelahnya.
“Siapa awak ni?”tanya Erah
cemas.Dalam keadaan yang gelap gelita,Erah tak dapat
mengecam siapa empunya yang tidur di sebelahnya.Dia berkira-kira untuk menjerit jika
orang yang tidur di sebelahnya itu adalah lelaki.
“Yang kau cemas tak memasal tu
apasal?Ni akulah,Lissa,”kata Lissa.Erah mengeluh
lega.Ingatkan sapa tadi.
“Tapi kau ‘kan pengantin perempuan.Mana boleh kau tidur
dengan aku,”larang Erah.
“Ah,kalau kau nak membebel,kau
simpan esok boleh tak?Aku letih dan mengantuk
ni,”kata Lissa.Erah tersenyum dalam gelap.Dia kembali merebahkan badannya
di sebelah Lissa.Perangai Lissa yang tolol masih lagi tidak berubah,masih macam
dulu.Lissa,dah sampai masanya aku sErahkan kau kepada orang lain.
Fariz tersedar dari tidurnya pada
pukul 6.00 pagi.Matanya melilau mencari Lissa.Baru
Fariz menyedari Lissa tiada di dalam bilik itu.Aik,dia pergi mana?Semalam ‘kan dia tidur
kat sini?Hmm..biarlah.Aku lebih selesa jika dia tiada.Naik menyampah aku lihat muka
tembam dia tu.Fariz bangun untuk menunaikan solat Subuh.Tidak lama kemudian Lissa
masuk ke dalam bilik itu.Dia melihat Fariz sedang mengadap notebooknya.Amboi,rajinnya,anak
sapa la ni!
“Kau pergi tidur kat mana semalam?Kalau
ada orang nampak macam mana?”soal Fariz tiba-tiba.Lissa buat derk aje.Nasib
baik dia dah mandi,kalau tak…
“Woit,apasal tak jawab hah?!”Fariz
mula naik darah apabila pertanyaannya tidak dijawab
oleh Lissa.
“Saya pergi tidur kat dalam bilik Erah.Lagipun,semalam time saya
turun tak ada orang
nampak,”kata Lissa.Dia tak menceritakan tentang kejadian dia bertemu dengan Datin Kamilah semalam.Malas rasanya nak
memanjangkan cerita pagi-pagi ni,lagipun dia
tak nak ‘Gunung Api Merapi’ meletup pagi-pagi ni.
Fariz mendengus.Dia kembali menatap
notebooknya manakala Lissa menunaikan solat
Subuh.Kemudian Lissa keluar dari biliknya dan menuju ke dapur.Lissa nak menyediakan
sarapan pagi.Dia memasak bihun goreng.Sedang asyik memasak,tiba-tiba satu
suara menegurnya dari belakang.
“Lissa buat apa pagi-pagi ni?”tanya
suara itu dari belakang Lissa tanpa salam.Lissa
terlompat kerana terlampau terkejut.Lissa mengosok-gosok dadanya sambil perlahan-lahan
berpaling melihat siapakah yang menegurnya tanpa memberi salam terlebih
dahulu.Laa..Dato’ Ismail rupanya.
“Sedang buat breakfast papa,”jawab Lissa
dalam kegugupan.Dato’ Ismail ketawa kecil
apabila melihat muka Lissa yang pucat akibat terkejut dengan tegurannya tadi.
“Maafkan papa,ya Lissa.Papa bukan
sengaja nak buat kamu terkejut,”kata Dato’ Ismail.Lissa
menggangguk perlahan.Ceh,kalau aku ada heart attack,dah lama dah aku kiok.Semua
penghuni rumah banglo itu sudah mula bangun dan berkumpul di meja makan
untuk bersarapan.
“Lissa,pergi panggil Fariz,”arah Datin
Kamilah setelah menyedari anaknya itu tiada
di meja makan.Lissa akur.Lissa mendaki anak-anak tangga dan kemudian mengetuk pintu
biliknya.Lissa membuka pintu bilik itu setelah tidak mendengar suara Fariz membenarkannya
masuk.
“Ya
Allah,tertidur pula dia,”gumam Lissa geram setelah melihat Fariz sedang lena
tidur.Lissa mendekati Fariz.Ditelannya air liurnya yang terasa pahit.Alamak,nak
kejutkan dia macam mana ni?!
“Tuan Fariz,Tuan Fariz,”panggil Lissa.Namun,lena
Fariz lansung tidak terganggu dengan
panggilan Lissa itu.Lissa menyentuh hujung kaki Fariz.Ketika masih bersekolah, ustazahnya
mengajar untuk mengejutkan orang yang sedang lena tidur. Katanya kalau nak
kejutkan orang yang sedang lena tidur,sentuh hujung kaki orang itu,maknanya
sentuh jarilah.Fariz tersedar dari lenanya dan melihat Lissa sedang
tercegat di hujung katil.
“Nak
apa?!”kasar pertanyaan Fariz.Marah apabila lenanya diganggu.Lissa ingin sahaja mencebik
bibir kepada Fariz namun ditahannya.Tak baik buat macam tu kat suami walaupun
suami yang kita kahwin paksa.
“Mama panggil suruh turun sarapan,”kata
Lissa.Kita letih-letih naik kejutkan dia,dia
marah kat kita pula.Hati Lissa meradang marah.
“Oh,tu je ke.Hm,kau pergilah turun
dulu lepas ni aku turun,”kata Fariz.Lissa cepat-cepat
keluar dari bilik itu,menyampah melihat muka Fariz.Tidak lama selepas itu,Fariz
turun ke bawah menyusul Lissa dan melabuhkan punggung di atas kerusi di hadapan
Lissa.
“Hai,Riz.Letih aje papa
tengok,”tegur Dato’ Ismail.Ada makna la tu.
“Ha’ah,letihlah.Semalam seharian
melayan tetamu,”jawab Fariz selamba.Dia menyuapkan
bihun goreng ke dalam mulutnya.
“Letih layan tetamu ke atau..”Dato’
Ismail tidak menghabiskan kata-katanya kerana
dia sudah mula ketawa diikuti dengan ketawa penghuni rumah yang lain.
“Ish,papa
ni.Ke situ pula dia,”Fariz berpura-pura marah.Makin galak ketawa Dato’ Ismail. Fariz
merenung Lissa yang berada di hadapannya.Wajah itu tetap tenang.Lansung tidak
beriak.Fariz tidak dapat menyelami apa yang dirasakan oleh Lissa pada masa itu
kerana wajah itu tenang dan tidak menunjukkan reaksi.Fariz tidak peduli,dia
meneruskan suapannya.
Comments