Posts

Showing posts from February, 2013

LEMAH TANPA CINTA

Dia berteleku di sisi pusara itu.Manik-manik jernih luruh bagai tiada penghujung dari kolam air matanya.Dia berteleku lagi,sesekali tangannya menguis daun-daun kayu yang berselerakan di sekitar pusara yang masih merah itu. “Abang,”gemersik suaranya kedengaran.  “Kenapa abang pergi dulu?  Kenapa abang tinggalkan Atul sendirian?”dia mengusap batu nisan putih di atas pusara itu.  “Abang,bagaimana harus Atul hadapi ranjau duka kehidupan yang penuh gelora ni bang? Atul keseorangan kini.Gembirakah abang kini? Melihat hidup Atul terumbang-ambing tak berpenghujung?”Air matanya yang tadinya mula mengering kini jatuh lagi,hangat,menuruni lekuk-lekuk pipinya.Dia mengosok matanya yang bundar. Sunyi,hanya desiran angin yang kedengaran, menjatuhkan bunga-bunga kemboja yang tumbuh subur di situ.Satu tangan menyentuh bahunya,Atul mendongak.

JANGAN PERGI CINTA BAB 1

Image
              “Ya  Allah, besarnya budak tu,” itulah kata-kata  yang selalu keluar dari mulut  manusia yang terserempak dengan Lissa. Namun  Lissa sudah lali mendengarnya.Tapi  kadang-kala kata-kata itu bagaikan sembilu yang menusuk ke hati.Lissa tidak  menyalahkan takdir,dia memang dilahirkan sebagai budak gemuk. Ketika  dilahirkan, berat Lissa 4.2 kg dan sehinggalah sekarang beratnya tidak pernah susut  malah beratnya sudah mencecah 120 kg walaupun dia mempunyai ketinggian 170cm, namun dirinya masih lagi mempunyai berat berlebihan.Sudah pelbagai cara yang  dilakukannya namun tidak ada satu pun yang berhasil menyebabkan Lissa malas lagi  untuk memikirkan keadaan dirinya dan hanya menumpukan perhatiannya kepada  peperiksaan SPM yang bakal tiba tak lama lagi.

KAU CINTA PERTAMA DAN TERAKHIR

Dia menyeka air mata yang luruh di pipinya tanpa henti.Kenapa begini pengakhiran cintanya? Dan yang paling penting adalah hidupnya. “Aku terima nikahnya Nur Sidratul Muntaha binti Shahid Khaidir dengan mas kahwinnya RM300 tunai,”suara garau yang sedang melafazkan akad itu sangat jelas di perdengarannya sebelum disambut oleh saksi-saksi. Semakin laju air matanya turun.

Hye..Hye..Hye!!

Assalamualaikum semua. Harini merupakan first saya buat blog untuk saya letakkan karya saya. Saya memang sangaaatt sukka berkarya.Macam-macam pelan dalam otak ni nak tulis tapi kudrat yang tidak seberapa ini tidak mampu nak buat semua. Saya harap kawan-kawan semua akan enkjoy baca karya saya. Bacalah jugak ye novel saya yang masih dalam proses untuk disiapkan dan Insyaallah dalam tahun 2013 ni saya akan cuba siapkan.Doakan saya ye kawan-kawan. Insyaallah,saya akan cuba usaha lagi di masa hadapan untuk yang terbaik. ^_^