Posts

Showing posts from September, 2013

CINTA SANG PENGEMIS BAH. 1

Image
Dia memegang luka di lengannya. Darah masih mengalir walaupun tidak laju. Badannya yang sememangnya lemah semakin tidak bermaya.Dia duduk di anak tangga di lorong belakang deretan kedai itu,melepaskan lelah.Perutnya yang  berkeroncong ditahan.Nampaknya rezekinya tiada hari ini,tong sampah terakhir yang baru sahaja dia selongkar hanya ada plastik dan kertas,lansung tiada sisa makanan. 

JANGAN PERGI CINTA BAB 20 & 21

Image
          Lissa sudah siap untuk pergi kerja dan menuruni tangga perlahan-lahan menuju ke dapur. Sarapan diutamakan kerana kalau tak sarapan,berkoronconglah perut,pastu bergetarlah tangan nak buat kerja pastu kena marah kat MR.S sebab banyak salah.Ketika meneguk air kosong tiba-tiba Fariz menegurnya dari belakang.Tersedak Lissa dibuatnya. Hish..Fariz ni!! Kot ye pun,bagilah salam.Tak tahu adab betullah.Tetapi kata-kata itu hanya bergema di dalam hatinya sahaja.Takut pulak dia nak luahkan.Tak pasal-pasal kena karate nanti.Arwah awallah aku.             “Kau nak pergi kerja dengan apa ni?” Fariz bertanya sambil mengambil gelas dan menuangkan jus orange ke dalam gelasnya.

JANGAN PERGI CINTA BAB 18 & 19

Image
Tidak lama selepas Lissa siap menyediakan hidangan tengah hari,kedengaran enjin kereta Fariz di perkarangan rumah.Lissa agak berdebar kerana ini adalah kali pertama Fariz akan merasa masakannya.Lissa manyediakan lauk ikan tenggiri masak lemak,daging masak merah,dan sedikit sayur campur. Kedengaran Fariz sedang berbual mesra dengan Sarah.Lissa cepat-cepat menyediakan jus oren dan menghidangkan kepada Fariz yang sudah pun berada di ruang tamu bersama-sama Sarah.Fariz tersenyum melihat cara Lissa berpakaian.Sepatutnya dia ni duk kat rumah je jadi orang gaji.Sesuai sangat.

Haaahhhh???

Image