JANGAN PERGI CINTA 9


            Lissa berpindah ke rumah kepunyaan Fariz yang terletak di Kuala Lumpur.Kini dia tiada sesiapa di sisi.Tiada keluarganya,tiada Erah dan tiada keluarga mertuaya.Lissa masih ingat betapa sedihnya mak dan ayahnya untuk melepaskan dia pergi.Hari ini adalah kali pertama Lissa menjejakkan kaki ke rumah itu.Lissa menganggumi reka bentuk rumah banglo yang besar dan mewah itu.Hiasan dalamannya juga indah dan sangat mewah sememangnya sepadan dengan status Fariz.

            “Apa yang kau tercegat kat situ lagi tu?Nak aku jemput macam Tuan puteri ke?”suara Fariz yang garang menyapa telinga Lissa.Lissa tanpa kata mengangkat begnya masuk ke dalam rumah itu.



            “Mari aku tunjukkan bilik kau”kata Fariz.Lissa membuntuti Fariz.Mereka mendaki anak-anak tangga dan masuk ke dalam sebuah bilik yang serdahana besar. Kelihatan sebuah katil king size,sebuah almari dan sebuah meja solek terletak di dalam bilik itu.

            “Ha..ni bilik kau.Kau nak buat apa-apa dengan bilik ni,gasak kaulah.Kau nak hias ke atau apa-apa ke.Aku ada kerja sikit,jadi aku tak balik malam ni.Kalau kau nak makan kau call aku,lepas tu aku suruh orang hantar,”pesan Fariz sebelum keluar dari bilik itu.Namun tidak lama kemudian,dia masuk semula ke dalam bilik itu. “Nah,ini anak kunci spare rumah ni.Kalau kau nak keluar,kunci baik-baik,”pesan Fariz lagi sebelum keluar dari bilik itu.Tidak lama kemudian kedengaran deruman enjin kereta meninggalkan perkarangan rumah.

            Lissa membuka zip begnya dan mengeluarkan pakaiannya.Kemudian dia menyusunnya ke dalam almari.Setelah siap semuanya,Lissa membaringkan tubuhnya di atas katil.Tiba-tiba Lissa terpandang sebuah beg yang serdahana kecil berada di atas lantai.Lissa tersenyum.Dia mengambil beg itu dan kembali duduk di atas katil.Lissa mengeluarkan isi beg itu.Buku-buku dan komik anime kegemarannya berteraburan di atas katil.Lissa memang meminati anime-anime Jepun terutamanya Naruto,Bleach dan Eye Sheild 21.Lissa juga membeli komik Kreko yang mengandungi semua anime-anime ini.

            Tiada sesiapa yang mengetahui hobinya yang agak kebudak-budakkan ini melainkan ahli keluarganya. Bahkan Erah pun tidak mengetahui tentang hobinya ini. Kalaulah Fariz tahu tentang hobi aku ni,dah tentu dia gelak sakan.Lepas tu mesti dia kata aku ni tak padan dengan badan besar tapi perangai macam budak-budak.Minta-mintalah sampai kiamat pun dia tak akan mengetahui hobi aku ni.Malu siot la kalau dia tahu.Kata Lissa dalam hati.Perutnya sudah mula memainkan irama klasik.Lissa turun ke bawah dan
menuju ke dapur.Lissa membuka peti ais dan mendapatinya kosong.Lissa menepuk dahinya,barulah dia teringat pesanan Fariz tadi sebelum dia keluar.Lissa malas nak menyusahkan Fariz yang mungkin sedang berseronok dengan teman wanitanya.Tak apa! Aku pun nak keluar dengan ‘teman wanita’ aku jugak. Lissa mendaki anak tangga dan masuk semula ke biliknya.Dia mencapai handphonenya dan mendail nombor handphone Erah.Setelah beberapa lama,kedengaran suara Erah menyapa.

            “Erah,kau kat mana ni?”tanya Lissa.

            “Hmm,aku kat rumah kitalah.Kau pula kat mana?Kat Kelantan lagi ke?”tanya Erah pula.

            “Taklah,aku ada kat KL ni.Aku pindah ke rumah Fariz,”jelas Lissa.Erah menjerit keriangan.

            “Aku lapar ni,kau bawa kereta aku datang sini boleh tak?”pinta Lissa.Erah bersetuju dengan permintaan Lissa,lagipun dia teringin nak melihat rumah Fariz.Setelah memberikan alamat rumahnya,Lissa menekan butang berwarna mErah di handphonenya. Lissa bersiap-siap sementara menunggu Erah.Dilihatnya jam di dinding.Ala,baru pukul lima petang.Sempat lagi ni nak pergi shopping kat Lot 10 atau Sogo.Tambahan pula banyak barang yang aku nak beli ni.Nasib baiklah aku terima gaji sebelum hari perkahwinan aku.

            Setengah jam kemudian,Erah tiba dengan kereta Perdana V6 kepunyaan Lissa.Lissa mengunci rumah Fariz dengan cermat setelah memastikan semua pintu,tingkap dan suis ditutup.Lissa membuka lampu hadapan dan lampu ruang tamu.Kemudian dia memboloskan dirinya ke dalam kereta.Kereta mula bergerak.

            “Kita nak pergi mana ni?”Tanya Erah.

            “Mula-mula kita pergi Lot 10,lepas tu kita pergi Tesco kemudian kita pergi makan kat MacDonald,”beritahu Lissa,dia sudah rancang apa yang dia nak buat hari ini.Erah mengangguk,dah lama mereka tak kaluar shopping sama-sama.

            Mereka berdua membeli-belah di Lot 10.Lissa membeli almari kecil untuk meletakkan komik-komiknya.Setelah hampir dua jam berjalan sekitar shopping kompleks itu,mereka duduk di salah sebuah bangku yang disediakan.

            “Haduh,hampir patah pinggang aku ni.Eh,kau ada apa-apa lagi ke nak beli?Banyak betul kau beli ye,kau dapat bonus ke?”Erah mengurut bahunya yang terasa lenguh.

            “Alah,kau tahu ajelah,duit gaji aku tu tak luak lansung.Lagipun mana ada aku berbelanja sangat.Parents aku pulak masukkan duit tiap-tiap bulan dalam akaun aku,padahal aku tak minta pun.Pastu takkan duit tu nak duduk aje cam tu?Nilah masanya nak berbelanja sakan,”kata Lissa penuh semangat.Erah tersenyum mendengar kata-kata Lissa.

“Jomlah,kita shopping lagi,aku tak puas lagi ni,”ajak Lissa.Dia bangun dari bangku yang didudukinya tetapi sesaat kemudian dia duduk semula.

            “Kenapa ni Lissa?”tanya Erah kehairanan apabila melihat kawannya itu seperti kaku.Lissa berpaling memandang wajah Erah dan tersenyum.

            “Aku tak apa-apalah,Cuma aku rasa nak rehat sikit lagi sebab pinggang aku ni rasa lenguh.”Erah tersenyum lega.Ingatkan apa tadi.Lissa menelan air liurnya yang terasa kelat.Apa yang dilihatnya tadi betul-betul membuatnya tersentak.Dia melihat Fariz sedang berjalan dengan seorang perempuan seksi.Tangan Fariz memeluk pinggang ramping gadis seksi itu dengan mesra.Lissa cepat-cepat duduk semula takut jika Fariz melihatnya. Pelbagai perasaan yang dirasainya ketika itu.Malu ada,gembira ada.Malu kerana melihat kecantikan perempuan itu apabila dibandingkan dengannya ibaratkan langit dan bumi. Serasa seperti ingin menyembunyikan mukanya di dalam kain tudung Erah walaupun hanya muka.Kalau tubuh memang tak muatlah.Gembira kerana Fariz sudah mempunyai seorang perempuan yang lebih cantik daripadanya dan dia mungkin akan menjadi madunya atau Fariz mungkin akan menceraikannya dan mengahwini perempuan itu.Dia juga boleh membina hidup bersama Ezma yang dicintainya.Tapi peliknya tak ada perasaan sedih di dalam hatinya.Itu mungkin kerana dia tidak mencintai Fariz.

            “Jom,kita masih banyak lagi ni barang yang nak dibeli.Cepatlah,lepas ni aku nak pergi Tesco pulak nak beli barang dapur,”gesa Lissa kepada Erah.Erah dengan malas bangun dari bangku.

“Letihlah Lissa.Aku rasa macam punggung aku ada magnet,melekat kat kerusi ni,”Erah yang duduk semula mengomel.

“Hish kau ni.Ha..kau nak apa-apa hari ni,kau amik je.Aku belanja,”Lissa meng’offer’ kepada Erah.Terus sahaja Erah bangun dengan senyuman lebar di muka.Amboi..kemain kau ek Erah,Lissa tergelak dalam hati.Memaut lengan Erah.Lissa berasa sungguh gembira pada hari itu.Bershopping bersama Erah,hobi yang sudah lama tidak dilakukannya.

Comments

Popular posts from this blog

KAU CINTA PERTAMA DAN TERAKHIR

Seketika Cuma

CINTA SANG PENGEMIS BAH. 1