JANGAN PERGI CINTA BAB 3


            Sudah sepuluh bulan mereka bersekolah,kini  mereka menduduki SPM yang sememangnya adalah penentu masa depan mereka.Cemerlang result, cemerlanglah kos yang boleh diambil di universiti dan cemerlanglah masa depan.Pada hari ini kertas terakhir SPM melayang. Semua pelajar tingkatan lima SMK Kandis bersorak. Merdeka!!!



           Lissa sedang berbual dengan Ezma di sebuah bangku sambil menunggu Erah yang pergi ke tandas.Lissa merenung wajah Ezma yang asyik bercerita tentang rancangannya apabila cuti menunggu keputusan keluar nanti.Masih Lissa ingat betapa terkejutnya Erah apabila dia memberitahu tentang hubungannya dengan Ezma.Lissa rasa tidak rugi menerima Ezma.Ezma begitu menyayangi dan melindunginya.Dia masih ingat ketika mereka dan Erah study di sebuah bangku selepas sekolah,Anita datang menghampiri mereka. Kebetulan Erah ke tandas pada masa itu.Anita memarahinya dan menuduhnya merampas Ezma.Tangan Anita hampir sahaja menyentuh pipinya namun Ezma menghalang dengan memegang tangan Anita.Ezma mengatakan dia mencintai Lissa dan lansung tidak mencintai Anita.Anita menangis dan terus blah dari situ. Padan muka!

               “Lissa,”tegur Ezma setelah ditengoknya Lissa jauh termenung.

            “Ya,apa dia?”Tanya Lissa mamai.

            “Lissa dengar tak apa yang Ez cakap tadi?”Tanya Ezma pula.

            Lissa tersengih-sengih. “Tak,”jawab Lissa sepatah.Ezma menggelangkan kepala. Buat lenguh mulut aje cakap banyak-banyak.Geram je tangannya mahu mencubit pipi comle itu.

            “Lissa fikir pasal apa?”Tanya Ezma tak puas hati apabila Lissa tidak mendengar apa yang dicakapkannya.

            “Ezma,Ezma tak menyesal ke jadi kekasih Lissa?”Tanya Lissa tanpa menjawab soalan Ezma.Air muka Ezma berubah.Lissa mengetap bibir.Alamak!

            “Lissa,’kan Ezma dah cakap kat Lissa,Ezma tak pernah menyesal memilih Lissa jadi kekasih Ezma.Walaupun Ezma akan dipandang rendah,Ezma akan tetap mencintai Lissa sehingga hujung nafas Ezma.Apa salahnya kalau berkasih dengan orang yang tembam?Mereka jugakan manusia,punyai perasaan dan hati.”Luah Ezma sambil tangannya mencapai tangan Lissa dan diciumnya telapak tangan Lissa.Lissa merasakan dirinya sungguh dihargai.

            “Hoi,sini bukan tempat untuk berasmaradana,”suara Erah yang menyapa mereka tiba-tiba membuatkan Ezma melepaskan tangan Lissa serta-merta.Muka Lissa merona merah.

            “Sori,”pohon Lissa kepada Erah.Erah tergelak.Lissa kehairanan.

            “Kau ni Lissa,ada-ada aje.Time bila pula aku marahkan kau?Hari pun hampir petang ni,jom kita balik,”Ajak Erah.Mereka berkemas-kemas dan pulang ke rumah masing-masing.

            Empat bulan terasa begitu cepat berlalu.Hari ini result SPM keluar.Lissa sedang bersiap-siap di rumahnya.Selepas ini dia dan Erah akan ke sekolah untuk mengambil keputusan SPMnya.Alahai,jantung berhentilah berdebar.Ni tak dok dup-dap dup-dap dari tadi lagi.

            “Lissa dah siap dah ke?”Pertanyaan ibunya yang datang dari belakang  menyebabkan Lissa terjerit kecil.Siap dengan terlompat lagi.

            “Ya Allah,budak ni.Berdebar sampai macam tu sekali?”Tanya Puan Aishah sambil ketawa.Lissa memuncungkan mulutnya.Makin galak  Puan Aishah ketawa.

               “Mak sedaplah cakap.Jantung ni macam nak pecah tau,”kata Lissa sambilmenunjukkan ke dadanya.

            “Mak yakin Lissa akan mendapat keputusan yang cemerlang,”kata Puan Aishah sambil mencium dahi anaknya.Lissa tersenyum.Kata-kata semangat daripada ibunya membuatkan dirinya menjadi tenang. “Erah dok tunggu kat bawah tu.Tak nak suruh ayah hantar ke?Dia ambil cuti hari ni semata-mata nak tahu result Lissa tau,”tanya Puan Aishah.Lissa menggelangkan kepala.Puan Aishah akur.Lissa menyalami tangan ibu dan ayahnya sebelum ke sekolah.Dengan lafaz Bismillah,Lissa mengorak langkah ke sekolah bersama Erah.

            Semakin hampir ke sekolah,semakin terasa debaran di dadanya.Sampai sahaja di sekolah,kelihatan rakan-rakan mereka yang lain sudah tiba terlebih dahulu daripada mereka berdua.Ada di antara rakan mereka yang kelihatan sedih.Aduh,ni yang kuss semangat aku ni.

            “Lissa!”Ezma menegur Lissa dari belakang membuatkan Lissa sekali lagi terlompat dan sekali lgi disertai dengan satu jeritan.Ezma tergelak sakan di belakangnya. Lissa menarik muka masam.

               “Sorry,Ez tak tahu pun Lissa akan terkejut sampai macam tu sekali,”kata Ezma.

            “Dah ambik result?”Tanya Lissa kepada Ezma.Ezma menggangguk.

 “Tengok,”pinta Lissa.Ezma menghulurkan kertas resultnya kepada Lissa.Bulat mata Erah dan Lissa melihat result Ezma.8A1 1A2.Aduh  result aku pulak macam manalah agaknya.

            “Okeylah,kita orang pergi dulu ya,”pinta Lissa sambil menyerahkan kembali kertas itu kepada Ezma.Mereka mengorak langkah ke pejabat.Kelihatan beberapa orang kawan mereka sedang menunggu untuk mengambil result masing-masing.Kini sampailah giliran Lissa untuk mengambil resultnya.Apabila result itu berada di tanganya,Lissa tidak dapat menahan air matanya.Dia terus meluru keluar dari pejabat itu tanpa menunggu Erah.Erah terpingga-pingga.Tanpa melihat result yang diperoleh setelah mengambilnya daripada cikgu,Erah juga terus keluar untuk mengejar Lissa.

            “Apasal ni?”Tanya Erah kepada Lissa setelah menemuinya sedang menangis di sebuah bangku.Lissa tidak menjawab pertanyaan Erah.Dia mengambil handphone yang berada di dalam poket baju kurung yang dipakainya dan mendail nombor ayahnya.

            “Helo,ayah.Maafkan Lissa ayah,Lissa dah mengecewakan harapan ayah dan mak,”kata Lissa sambil teresak.Dia menamatkan panggilan.

            “Janganlah kau menangis lagi,”pujuk Erah sambil mendakap Lissa.Lissa yang berada dalam dakapan Erah hampir tergelak.

            “Meh aku tengok result kau,”pinta Erah.Lissa menghulurkannya dan disambut oleh Erah.Mata Erah tiba-tiba membulat.

            “9A1,jahanam kau Lissa!Aku ingatkan kau tak lulus tadi,”Erah menjerit kecil sambil memeluk Lissa yang kini ketawa gembira.

            “Aku saja je bagi gempak sikit kat parents aku.Kau pula dapat  berapa?”Tanya Lissa sambil mengesat air matanya.Erah menatap kertas di tangannya yang hampir dilupakan kerana gempak Lissa tadi.

            “Aaa,”Erah menjerit kecil. “8A1 1A2,”beritahu Erah kepada Lissa.Lissa memeluk Erah.Mereka pulang dengan senyum yang lebar di bibir .Sampai sahaja di rumah, Lissa kembali membuat muka sedih.Langkah sahaja kaki ke dalam rumah,ayah dan ibunya sedia menunggu di ruang tamu.Lissa duduk di sebelah ayahnya dan memeluk ayahnya.Encik Amir mengusap bahu anaknya.

            “Ayah percaya Lissa sudah membuat yang terbaik.Mana resultnya,ayah nak tengok,”pinta Encik Amir.Lissa meyeluk poketnya dan mengambil kertas resultnya lantas dihulurkan kepada ayahnya.Encik Amir menatap kertas itu.Matanya membulat seakan-akan tidak percaya.

            “Tadi kata dah mengecewakan ayah dan mak,tapi result ni amat menggembirakan kami,”kata Encik Amir kepada Lissa sambil mencium dahi anaknya.Puan Aishah kehairanan melihat gelagat suaminya.Takkanlah boleh result teruk pun boleh bergembira?


            “Apasal gembira sangat ni?”Tanya Puan Aishah kepada Encik Amir.Encik Amir menghulurkan kertas result Lissa kepada Puan Aishah.Terlopong mulut Puan Aishah melihat result anaknya itu.Tadi dalam telefon teresak-esak sambil kata dah mengecewakan mereka berdua.

            “Ooo,Lissa tipu kamilah ni ya,”kata Puan Aishah.Lissa hanya tersengih.

            “Alah,Lissa saje je nak beri gempak sikit,”jawab Lissa.

            Puan Aishah tersenyum nakal.Dia mengenyitkan matanya ke arah suaminya.Encik Amir faham akan isyarat isterinya itu.Lissa dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena setelah melihat gelagat ayah dan ibunya. “Sapa yang ajar Lissa menipu ni ye,”kata Puan Aishah sambil menggeletek Lissa.Encik Amir turut serta menggeletek Lissa.Lissa ketawa hingga nak pecah perut sambil merayu supaya mereka berhenti namun mereka tidak menghiraukan rayuan Lissa.Lissa berasa sungguh bahagia dianugerahkan keluarga sebegini bahagia. Lissa sangat berharap keharmonian ini akan berkekalan dan andai kata umurnya panjang dan bertemu jodoh,dia mahu kehidupannya seperti keluarganya sekarang.

************************************************************************

            Sudah tiga tahun berlalu.Kini Lissa sedang bersiap sedia untuk menerima ijazahnya.Hari ini adalah hari konvokesyennya.Lissa bakal mengenggam segulung Ijazah Sarjana Muda Perakaunan selepas berhempas pulas selama lapan semester yang sememangnya memerlukan banyak kerja keras. .Selepas mendapat keputusan yang cemerlang dalam  SPMnya, Lissa mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Kuala Lumpur selepas menamatkan program setahun di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dalam perakaunan.Lissa sangat bertuah kerana Ezma dan Erah juga mendapat tawaran di universiti yang sama.Walaupun Lissa sentiasa diejek kerana kegemukkannya, Lissa tetap tabah mengharungi segala dugaan tambahan pula dengan kehadiran Ezma yang sentiasa berada di sisinya dan Erah yang sentiasa menyokongnya.Rupa-rupanya Adam dan Erah dalah pasangan kekasih.Mereka berkasih apabila Erah berada di semesta pertama di UIA.Dengar kata,Adam sekarang berada di UiTM di Shah Alam.Ezma tetap mencintai Lissa walaupun ramai perempuan tergila-gilakannya kerana kekacakkannya. Pernah juga Lissa menyuruh Ezma mencari perempuan lain yang lebih baik dan yang lebih cantik daripada dia yang berlambak di kampusnya dan dia tidak mahu Ezma turut sama dicemuh kerana bercinta dengannya tetapi Ezma tidak setuju dan dia merajuk.Lissa malas melayan kerenah Ezma.Lebih kurang seminggu mereka tidak bercakap. Akhirnya, Ezma jugalah yang mengalah dan mula menegurnya.Hubungan mereka kembali terjalin seperti sedia kala malah setiap pergaduhan yang berlaku mengeratkan lagi hubungan  yang sedia terjalin.


            “Oii,dahlah melamun tu.Emak dan ayah kau sedang menunggu di bawah tu,”kata Erah memecahkan kaca-kaca lamunan Lissa.Lissa mencapai jubah dan topinya.Tak lupa juga beg duit dan sejambak bunga yang ingin dihadiahkan kepada Ezma.Walaupun Ezma masih belum grad tetapi dia sengaja mahu memberikan bunga itu kepadanya..Lissa keluar dari rumah sewanya dan melihat Puan Aishah dan Encik Amir sedang menunggunya di dalam kereta.Lissa menyalami tangan mereka dan masuk ke dalam perut kereta.Kereta Encik Amir bergerak menuju ke kampus.

            Majlis konvokesyen Lissa berjalan dengan jayanya.Dia dan lebih seribu orang lagi penuntut UIA menerima segulung ijazah.Lissa sedang mengambil gambar bersama keluarganya.Adiknya,Shahrul juga turut meraikan kejayaannya.Manakala adiknya yang bongsu,Linna tidak dapat datang kerana mengikuti rombongan sekolah.Adik-beradik  Lissa hanyalah tiga orang.Dia adalah anak sulung,Shahrul kini sedang menuntut di UTM Melaka dan adiknya yang ketiga dan yang paling bongsu masih lagi belajar di tingkatan lima di sekolahnya yang dia menuntut dahulu.

            Erah dan keluarganya mendekati keluarga Lissa.Lissa memeluk Erah manakala ibu bapa Erah bersalaman dengan mak dan ayah Lissa.Mesti ibu dan bapa Erah bangga dengan Erah.Yelah,Erah ‘kan anak tunggal Encik Hisham dan Puan Syahila.

            “Eh,kau tak nak perkenalkan ke Ezma kat parents kau?”Tanya Erah.

            “Ha’ahlah,mana dia?”Tanya Lissa.Erah menjungkitkan bahu tanda dia juga tidak mengetahui di mana Ezma berada.

            “Kau bagitahu kat mak aku,aku pergi jumpa kawan kejap,”pesan Lissa kepada Erah sambil mengenyitkan mata.Erah tergelak.

            Lissa mencari-cari Ezma.Setelah hampir sepuluh minit berlegar-legar di kawasan itu.Akhirnya Lissa menjumpai Ezma sedang bercakap-cakap dengan keluarganya.Dada Lissa tiba-tiba berdebar dengan hebat.Dapatkah keluarga Ezma menerimanya?Adakah Ezma malu nak mengakui dia sebagai kekasihnya?Kenapalah keluarga Ezma datang KL time dia konvo?  Ezma sudah maklumkan akan kedatangan keluarganya yang kebetulan menghadiri kenduri saudara di Kuala Lumpur. Pelbagai soalan bermain di benak Lissa.Lissa membetulkan topi dan jubahnya.Dengan muka kontrol ayu,Lissa melangkah menghampiri keluarga Ezma.Ezma yang menyedari akan kehadiran Lissa lantas bangun dari kerusi yang didudukinya dan menghampiri Lissa.Aduhai,Ezma.Apasallah muka kau tu cute dan hensem sangat hah sampai aku jadi semakin terjatuh cinta kat kau.


            Belum sempat Ezma membuka mulut,Lissa menghulurkan bunga kepada Ezma.Ezma menyambut huluran bunga dari Lissa. Nasib baiklah kedudukan mereka agak jauh dari keluarga Ezma.Itupun mereka tetap melihat gelagat anak teruna mereka dari jauh.Tanpa sepatah  kata Lissa ingin terus berlalu dari situ.Namun Ezma cepat-cepat mencapai tangan Lissa.Lissa tersentak,lantas dia merentap tangannya daripada tangan Ezma.Ezma mengeluh.

            “Jomlah,jumpa mak Ezma,”ajak Ezma.Lissa menggelangkan kepala.

            “Kenapa?”Ezma kehairanan.

            “Nanti apa pula tanggapan mak Ezma.Lissa malulah,”jawab Lissa.Ezma tidak menghiraukan alasan Lissa.Ditariknya tangan Lissa menghampiri keluarganya.Lissa cuba untuk merenggangkan cengkaman  tangan Ezma namun Ezma makin kuat menggenggam pengelangan tangan Lissa.Akhirnya mereka sampai juga di hadapan keluarga Ezma.Lissa hanya tersengih-sengih.Dia menyalami tangan mak Ezma,Hajah Aminah.Hajah Aminah kemudian memeluk Lissa tanpa Lissa duga.Merona mErah muka Lissa. Tergelak Ezma melihat muka Lissa yang merona mErah dan tersipu malu.

            “Pak cik apa khabar?”Tanya Lissa kepada ayah Ezma,Haji Rahman.

            “Baik.Lissa ni ambil jurusan apa?”Tanya Haji Rahman.

            “Perakaunan,pak cik,”jawab Lissa.Haji Rahman menggangguk.

            “Mana adik-adik Ezma?”Tanya Lissa.

            “Diorang pergi beli minuman,”jawab Ezma.Hajah Aminah memerhatikan diri Lissa.Walaupun gemuk namun Lissa manis orangnya.Cara bercakap,senyuman yang menawan hati itu.Hmm..Ada daya tarikan yang tersendiri.Patutlah anak terunanya itu tergila-gilakan Lissa.

            Hajah Aminah meminta diri dan melabuhkan punggungnya di sebelah Haji Rahman,memberi peluang kepada anak muda itu bercakap-cakap. “Cantik orangnya,bang,”kata Hajah Aminah kepada Haji Rahman.Haji Rahman menggangguk setuju dengan pendapat isterinya.Dia pun sudah mula tertarik dengan Lissa apabila kali pertama melihat wajah lembut itu tadi.

            “Sesuai sangatlah jadi menantu kita,”kata Hajah Aminah pula.Haji Rahman tergelak bergabung dengan ketawa isterinya.

            “Hah,tu dah datang pun adik-adik Ezma,”kata Ezma sambil menunjukkan ke arah tiga orang budak perempuan yang menjinjit beg plastik.Ezma memanggil ketiga-tiga adiknya mendekati mereka berdua.

            “Rina,Sally,Nana,salam tangan kak Lissa,”arah Ezma.Ketiga-tiga mereka menyalami tangan Lissa.

            “Ha,kalau nak tau ini Rina,Sally dan Nana,”perkenal Ezma sambil menunjukkan satu per satu adik-adiknya kepada Lissa.Lissa mengganggukkan kepala sambil tersenyum.Ketiga-tiga mereka kemudiannya meminta diri untuk duduk bersama-sama mak dan ayah mereka.Rina memerhatikan Lissa.Ooo,itulah perempuan bertuah yang selalu membuatkan abang angau sampai tak dapat diselamatkan.Hmm,not bad walaupun gemuk.Masih dia ingat betapa gelisahnya abangnya apabila tiba cuti semester.Kalau tak bergayut sehari,tak boleh duduk diam.Kejap ke sana,kejap ke sini.Abang,abang..

Comments

Popular posts from this blog

KAU CINTA PERTAMA DAN TERAKHIR

Seketika Cuma

CINTA SANG PENGEMIS BAH. 1