Posts

Showing posts from June, 2013

JANGAN PERGI CINTA BAB 16 & 17

Image
 Kini sudah seminggu mereka balik dari ber‘honeymoon’ dan masing-masing juga sudah mula bekerja.Lissa membelek-belek dokumen yang perlu diserahkan kepada Fariz.Dia tidak mahu ada sebarang kesilapan.Sudah tahu apa yang akan ‘dihadiahkan’ oleh Fariz  padanya jikalau ada sedikit kesalahan kecil sekalipun,pasti hari itu pejabat akan bergegar dengan sumpah seranah Fariz padanya.Setelah berpuas hati,Lissa mengorak langkah ke bilik Fariz.Dilihatnya Fariz sedang berbual di telefon.             “Okey honey,lepas ni I call you balik.”Fariz meletakkan gagang telefon. “Ada apa?”tanya Fariz apabila dilihatnya Lissa hanya tercegat di hadapannya dan seperti biasa wajah itu berubah pucat.