JANGAN PERGI CINTA BAB 5&6


BAB LIMA


            Lissa melabuhkan punggungnya di atas sofa yang berada di ruang tamu.Kelihatan pelbagai jenis barangan yang disediakan di atas par persis seperti hantaran orang meminang.Dibilangnya par-par tersbut.Ada 9 kesemuanya.Cantik pula tu gubahan di atas setiap par itu. Ha,aku tahu ni mesti ada orang yang masuk meminang Linna ni.

            “Ada orang masuk meminang Linna ke mak?”Tanya Lissa tak sabar.Lissa lihat air muka Puan Aishah dan Encik Amir agak muram dan sedih.Maafkan mak dan ayah Lissa.



            “Biar mak ceritakan sesuatu Lissa,”kata Puan Aishah tanpa menjawab soalan Lissa tadi. “Ketika mak muda-muda dulu,mak ada seorang kawan yang bernama Kamilah. Hubungan kami memang rapat seperti adik-beradik.Seperti hubungan kamu dengan Erahlah.Kemudian selepas tamat tingkatan lima,kami mendapat keputusan yang agak baik dan mendapat tawaran menyambung pengajian di universiti tempatan.Selepas tamat pengajian kami,kami mendapat kerja.Mak menjadi pensyarah di sebuah universiti manakala Kamilah menjadi setiausaha di sebuah syarikat.Kami tidak pernah berenggang,”cerita Puan Aishah sambil tersenyum.Dia menarik nafas sebelum menyambung kembali.

            “Selepas tiga tahun bekerja,Kamilah mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya di luar negara.Hubungan kami terus terputus.Selepas enam tahun Kamilah kembali.Pada masa itu mak sudah pun  berkahwin dengan ayah kamu dan sudah mendapat anak.Kamilah datang melawat kami.Mak sungguh gembira menerima kedatangannya.Kamilah juga sudah berkahwin dan mendapat seorang anak lelaki.Anak mak dan anak Kamilah berkawan rapat semenjak itu.Mereka tidak pernah berenggang dan sentiasa bersama walau ke mana pun mereka pergi,”Puan Aishah  menelan air liurnya.Ni mesti Linna ni.Fikir Lissa dalam hati.Tak cerita pun kat aku ye.

          Puan Aishah kembali menyambung ceritanya yang menjadi klu kepada perkara yang ingin dibincngkan dengan Lissa. “Tetapi setelah berada di Malaysia selama dua tahun, Kamilah terpaksa balik ke London kerana urusan kerjanya.Sehari sebelum pulang ke London,Kamilah berbincang dengan mak.Dia dan suaminya bercadang untuk menjodohkan anaknya dengan anak mak.Pada mulanya kami tidak setuju tetapi kemudian  kami terpaksa bersetuju dengan permintaan Kamilah.Katanya hubungan antara anaknya dan anak kami berdua adalah amat baik dan mustahil mereka berdua akan menolak jika ingin dijodohkan bersama.Lagipun hubungan antara kami bukan sahaja rakan baik tetapi akan menjadi besan.Dia tidak mahu persahabatannya dengan mak berakhir begitu sahaja.Dan pada hari ini Kamilah menuntut janjinya.Dia menghantar rombongan meminang.Walaupun mak cuba menolak dengan alasan anak mak tidak cantik tetapi
Kamilah tetap ingin menjodohkan anak mak dengan anaknya,”akhiri Puan Aishah.

            “Sapa insan yang malang tu?”Tanya Lissa dalam gurauan.Pada pandangannya orang yang dimaksudkan itu adalah Linna.

            “Lissalah,”jawab Puan Aishah.

            Lissa tergamam.Aku?Ta..Tapi Ezma ‘kan dah jadi pak we aku.Mana boleh aku kahwin dengan orang lain. “Tidak,mak bergurau ajekan?”Tanya Lissa lagi. Mak,katakanlah tidak,mak

            “Tidak Lissa,mak tidak bergurau.”Puan Aishah sudah mula menangis.Encik Amir menenangkan isterinya.Tidak,mana boleh ini semua berlaku.Macam mana dengan Ezma,mesti hancur luluh hatinya mendengar berita ini.Macam mana dengan impian-impian yang kami bina bersama?Macam mana aku nak jelaskan kepada dia tentang hal ini?Lissa terkedu di atas kerusi yang didudukinya.Wajahnya nampak tenang tetapi hatinya penuh dengan pelbagai soalan yang tak mungkin terjawab.Tak ada sesiapa yang mampu menyelami hati Lissa pada masa ini.Sedih dan marah bercampur baur.Sedih kerana mengenangkan perasaan Ezma yang akan hancur berderai,marah kerana ibu bapanya membuat keputusan yang melulu dan tanpa pengetahuannya.Sedih dan marah kerana ibu bapanya terlalu berlembut hati menerima tanpa memaklumkan padanya terlebih dahulu.

            “Macam mana dengan Ezma,mak?Macam mana dengan perasaannya apabila mengetahui tentang berita ini?Macam mana Lissa nak beritahu dia yang Lissa akan dinikahkan dengan orang lain?Mak dan ayah tak fikirkan ke apa perasaan Lissa?Mak dan ayah memang mementingkan diri sendiri!!”Lissa menjerit marah.Dia terus berlari masuk ke dalam biliknya.Ini rupanya perkara yang penting mereka ingin bincang dengannya. Lissa menyembamkan mukanya di bantal.Air matanya mengalir laju.Ezma maafkan Lissa.Lissa bangun dan bersila di atas katilnya.Tunggu,fikir dengan teliti dulu Lissa.Mak dan ayah kau bersusah payah membesarkan kau.Pengorbanan mereka amat besar,takkan kau tak boleh berkorban sedikit demi mereka?Mereka bukannya minta kau bunuh diri,mereka hanya mahu kau berkahwin dengan anak rakan mereka aje.Tidakkah kau  ingat  Rasulullah S.A.W mendahului emaknya daripada orang lain?Lagipun kau mahu ke mak kau tanggung dosa kerana mungkir janji?Apa salahnya kau berkorban sedikit demi mereka walaupun apa yang kau korbankan itu adalah perasaan dan jiwa kau?Fikirlah baik-baik Lissa.Jiwa Lissa bersoal jawab sesama sendiri.Lissa menarik nafas sedalam-dalamnya.Dia tidak harus dikuasai oleh emosi,dia harus berfikir secara rasional.Lissa mengambil masa untuk bertafakur.


************************************************************************


         Setelah dua  jam berada di dalam biliknya,cuba berfikir dengan sebaik-baiknya, Lissa mengambil keputusan.Dia redha kalau sudah ditakdirkan jodohnya dengan Ezma tidak ada.Lissa melangkah keluar dari biliknya.Kelihatan Puan Aishah masih menangis.Tangisan emaknya meluluhkan hati Lissa.  Lissa mendekati Puan Aishah dan Encik Amir yang masih berada di ruang tamu.Encik Amir merenung wajah anaknya yang
tenang.Lissa duduk di kaki Puan Aishah dan Encik Amir.

            “Mak,”Lissa memulakan bicaranya. “Lissa rasa Lissa akan menerima pinangan kawan mak tu,”kata Lissa.Puan Aishah bagaikan tidak percaya apabila mendengar setiap butir bicara yang keluar dari mulut anaknya.
           
            “Lissa pasti ke ni?”Tanya Encik Amir meminta kepastian dari anaknya.Lissa menggangguk.

            “Mak,ayah ,Lissa redha dan terima dengan hati yang terbuka jika sudah ditakdirkan jodoh Lissa dengan anak kawan mak tu,”kata Lissa.

            “Macam mana dengan Ezma?”Tanya Puan Aishah.

            Lissa menggelangkan kepalanya. “Itu,tahulah Lissa nak uruskan.”

*********************************************************************************


            “What?!Fariz kena berkahwin dengan anak kawan mama?Nonsense!”Fariz mendengus.Panas hatinya mendengar permintaan ibunya tadi.

            “Alah Fariz,mama dah janji dengan kawan mama tu.Lagipun mana boleh mungkir janji,”Datin Kamilah cuba memujuk anak lelakinya itu.

            “No,no.Mana boleh.Fariz takkan berkahwin dengan anak kawan mama tu,”Fariz mempertahankan pendiriannya.

            “Okey,kalau Fariz tak nak kahwin dengan anak kawan mama tu,Fariz tak akan mendapat sesen pun harta mama dan papa,”Datin Kamilah mengugut.Dia mengenyitkan mata ke arah suaminya,Dato’ Ismail.Dato’ Ismail tersenyum.

            Fariz menelan air liur.Mana aci main ugut-ugut macam ni. “Okey,Fariz setuju.Tapi ada syarat-syaratnya,”kata Fariz.Datin Kamilah mengganggukkan kepalanya.

            “Cakaplah,”pinta Dato’ Ismail.

            “Pertama,Fariz nak tinggal di rumah lain.Kedua,Fariz nak lihat gambar bakal isteri Fariz tu.Ketiga,Fariz nak majlis perkahwinan Fariz tu hanya diadakan secara kecil-kecilan sahaja,kalau boleh jangan diketahui oleh orang lain.Biar hanya saudara mara kita sahaja yang datang,”Fariz mengemukakan syarat-syaratnya.

            “Baiklah, mama dan papa setuju dengan semua syarat-syarat Fariz,tapi mama pun ada syaratnya juga,”kata Datin Kamilah.

            “Alah mana aci,asyik Fariz je yang kena.Lagipun tadikan mama dengan papa dah beri syarat,kalau tak kahwin dengan dia tu,Fariz tidak akan dapat harta mama dan papa,”protes Fariz.

            “Fariz nak membantah ke?”Tanya Datin Kamilah .Mengugut. Fariz menggelangkan kepala.

            “Okey,syarat pertama ialah Fariz kena menyayangi dia.Kedua,kalau Fariz menceraikan dia,seperti yang mama kata tadi Fariz tak akan mendapat sesen pun harta mama dan yang ketiga,Fariz mesti menerima buruk baik dia,menerima dia seadanya walaupun dia tidak cantik atau cantik,”kata Datin Kamilah.Fariz menggangguk acuh tak acuh.

            “Yelah,yelah.Fariz setuju.Mana gambar dia?Fariz nak tengok,”pinta Fariz.Dato’ Ismail menyeluk sakunya dan mengeluarkan sekeping gambar.Fariz menyambut huluran papanya.Bulat matanya melihat gambar itu.Ya Allah,gemuknya macam badak.Tapi apabila diteliti,Fariz seakan pernah nampak aje perempuan ni,tapi kat mana ye?

            “Apa ni mama?Gemuk betul,macam badak,”hina Fariz.Muka Datin Kamilah berubah menjadi merah.Ops,the killer dah marah.

            “Fariz,’kan tadi mama dah cakap supaya menerima dia seadanya?!Fariz ni betul-betul nak mama halau Fariz keluar dari rumah ni?”ugut Datin Kamilah.Dia sudah berdiri sambil bercekak pinggang di hadapan anak terunanya.Muka Fariz pucat.Dia menggelangkan kepala.

            “Alah mama,tupun nak marah.Fariz akan cuba menyayangi dia seadanya,”Fariz memujuk mamanya.Hati Fariz lega apabila melihat senyuman mamanya.Yark,nak menyayangi dia?Minta simpanglah!Perempuan tak sedar diri,ada hati nak kahwin dengan aku.Taulah kau neraka kat dunia ni bila kau kahwin dengan aku.

            “Helo,Ezma?Ezma kat mana ni?”Tanya Lissa setelah panggilannya dijawab oleh Ezma.

            “Ada kat rumah di Kelantan.Ezma ada kursus kat sini .Ezma dapat kursus ni semalam”Jawab Ezma.Lissa tersentak.

            “Ezma,boleh tak esok kita berjumpa di Pantai Irama?Ada hal sikit Lissa nak bincang dengan Ezma,”pinta Lissa.Terdengar ketawa Ezma di corong telefon.Lissa memejamkan mata,ketawalah Ezma.Sesungguhnya aku akan merindui tawamu itu.Air mata Lissa mengalir lagi.

            “Boleh,nasib baik esok Ezma free.Apasal Lissa nak jumpa Ezma sangat ni?Rindu kat Ezma ke atau nak bincang pasal perkahwinan kita?”gurau Ezma.Air mata Lissa semakin galak mengalir.Sungguh,dia akan merindui suara dan gurauan itu.“Okeylah Ezma.Esok pukul 2.00 petang.Good night and sweet dream,”Lissa cepat-cepat mengakhiri perbualannya tanpa sempat Ezma menjawab.


BAB ENAM

Dari jauh kelihatan sesusuk tubuh yang amat dikenalinya.Lissa menghampiri pemuda itu,Ezma.Ezma menyambut kedatangan Lissa dengan senyum manisnya.Lissa melabuhkan punggungnya di sebelah Ezma.Segak betul Ez ni.Dipandangnya Ezma yang sempoi berbaju t-shirt biru dan berseluar jeans hitam.Lissa sangat sukakan gaya Ezma,tidak berbangga walaupun dirinya bergelar doktor.Masih sempoi dan sama seperti dulu,mesra dan rendah diri.

“Apa yang Lissa nak cakap ni,Lissa harap Ezma dapat menerimanya dengan tabah.Mungkin berita ini akan melukakan hati kita berdua tetapi Lissa terpaksa mengambil keputusan ini demi menjaga hati semua pihak,”Lissa memulakan bicara.Ezma mendengar intonasi suara Lissa yang dingin.Tidak seperti dahulu,ceria dan lembut.

“Ezma,Lissa akan berkahwin pada bulan hadapan dengan anak kawan mak Lissa,”Lissa berterus terang.Bagaikan tak terkeluar ayat itu.Ezma terkejut seperti terkena kejutan eletrik.Dia bangun dari kerusi yang didudukinya.

            “Tapi,kenapa Lissa?Kenapa?”Tanya Ezma tidak puas hati.

            “Mak Lissa dah buat perjanjian dengan kawan baiknya.Mereka bercadang untuk menjodohkan Lissa  dengan anak kawan mak,”cerita Lissa.Dia mula menangis teresak-esak.Ezma melabuhkan punggungnya di sebelah Lissa dan memeluk bahu Lissa.Lissa menyembamkan mukanya ke bahu Ezma.Dapat Ezma rasa air mata Lissa yang diserap oleh bajunya mengenai kulitnya.Setelah tangisannya reda,Lissa menyambung ceritanya,

            “Then,Lissa terpaksalah setuju dengan perjanjian itu.Ezma,Lissa betul-betul minta maaf.Lissa terpaksa mendahulukan mak Lissa.Lissa tak mahu menjadi anak yang derhaka,”Lissa kembali menangis teresak-esak.

            “Tak mengapa Lissa,Ezma faham.Jika Ezma berada di tempat Lissa pun,Ezma akan mengambil keputusan yang sama,”kata Ezma.Air mata lelakinya tumpah jua demi satu perpisahan yang tidak diduga. “Ezma redha jika antara kita sudah tiada jodoh.Tapi ingatlah Lissa,takkan ada perempuan lain yang dapat menggantikan tempat Lissa di dalam hati ini,”kata-kata Ezma semakin membuatkan Lissa sebak.

            “Kalau begitu,Lissa terpaksa memulangkan semula cincin ini kepada Ezma,”Lissa ingin menarik cincin yang tersarung di jarinya namun dihalang oleh Ezma.

            “Tak perlulah Lissa,cincin ini adalah bukti kasih Ezma terhadap Lissa tetap kukuh walaupun Lissa tak dapat Ezma miliki.Jika Lissa memakai cincin ini,seumpama Ezma sentiasa berada di sisi Lissa dan sebaliknya,”luah Ezma dalam kepayahan.Air mata Lissa yang deras mengalir dikesat oleh Ezma dengan jarinya.Lissa mengambil tangan Ezma dan mengucupnya.Ezma memeluk tubuh Lissa,pelukan kasihnya yang terakhir

            “Walaupun Lissa sudah menjadi milik orang lain tapi Lissa harap Ezma akan tetap menghubungi Lissa seperti biasa,mungkin sebagai seorang sahabat yang memahami.Jika Ezma inginkan pendapat Lissa atau ingin menenangkan hati Ezma,Ezma boleh call Lissa,”kata Lissa kepada Ezma sebelum mereka berpisah.Ezma mengganggukkan kepala.Dia melihat lambaian terakhir Lissa sebelum kereta Lissa berlalu meninggalkannya.Lissa,aku akan sentiasa menunggu kau,sayang.Hati ini akan sentiasa terbuka dan sentiasa menantikan kehadiran mu.Ezma memandu keluar dari Pantai Irama,pantai yang menyaksikan perpisahannya dengan orang yang dicintainya.

            “Apa?!Kau dah berpisah dengan Ezma?Kau nak kahwin dengan orang lain?”Lissa terpaksa menjarakkan gagang telefon dari telinganya kerana suara Erah hampirmemecahkan gegendang telinganya.

            “Alah kau ni,kalau ye pun janganlah jerit sampai nak pecah gagang telefonni,”rungut Lissa.

            “Ah,aku kisah apa.Wei,apasal kau berpisah dengan Ezma?”Tanya Erah tidak sabar.

            “Mak aku suruh aku kahwin dengan anak kawan dia.Lagipun mak aku kata dia dah berjanji dengan kawan dia tu.So,aku tak dapatlah nak menolaknya dan aku tak mahu mak aku menaggung dosa kerana mungkir janji.Mak aku cakap lagi,kami berdua memang dah ditunangkan sejak kecil lagi,”beritahu Lissa.

            “Tunang?Aku tak pernah nampak pun cincin kat jari kau semenjak kita mula berkawan,”Erah kehairanan.

            “Ha,kau ingat tak key-chain yang kau tengok masa kita tingkatan lima?”Tanya Lissa.

            “Aku ingat,apasal?”Tanya Erah balik.

            “Sebenarnya key-chain itulah tanda kami ni dah ditunangkan.Tak sangka ya,Erah.Orang gemuk macam aku pun kena kahwin paksa-paksa ye?”keluh Lissa. 

            “Mesti hancur ‘kan hati Ezma,”kata Erah.Lissa hanya mampu mendiamkan dirinya.Lissa terpaksa menamatkan perbualannya dengan Erah kerana Puan Aishah memanggilnya.Lissa menghampiri emaknya yang berada di ruang tamu.Kelihatan sepasang suami isteri turut berada di situ.Lissa kehairanan namun dipendamkan sahaja perasaan itu.Lissa duduk bersebelahan dengan emaknya.

            “Lissa,perkenalkan inilah kawan mak yang selalu mak ceritakan kat Lissa,Datin Kamilah.Itu pula suami dia,Dato’ Ismail,”kata Puan Aishah.Lissa bangun untuk bersalam dengan keduanya.Oh,jadi inilah bakal mertua aku?Hai,tak sangka betul aku akan berkahwin dengan anak Dato’.

            “Apa khabar,Dato’,Datin?”Tanya Lissa ramah.

            “Alah,tak payahlah panggil macam tu,lagipun nanti ni Lissa ‘kan bakal menjadi menantu kami juga.Panggil papa dan mama dahlah,”kata Datin Kamilah ramah.Dia bagaikan terpukau melihat raut wajah Lissa yang tenang dan lembut itu.

            “Baiklah,mama,papa,”jawab Lissa.Dato’ Ismail dan Datin Kamilah tersenyum.Alahai,bertuahnya badan dapat menantu sesopan ni. Lembut je perwatakan dia. Hmm,bolehlah dia bimbing Fariz yang bebas macam burung di angkasa.

************************************************************************

             Segala persiapan perkahwinannya dilakukan oleh mak dan ayahnya serta bakal mertunaya.Dia sedikit pun tidak ambil peduli tentang persiapan perkahwinannya itu.Dia juga sudah dimaklumkan majlis perkahwinannya hanya diadakan ala kadar sahaja. Maknanya,tak ada persandingan hanya majlis akad nikah,upacara membatalkan air sembahyang dan majlis doa selamat.Tetamu pula hanya terdiri daripada saudara mara dan rakan-rakan rapat.Hmm..bagus juga macam tu,aku pun tak nak majlis yang besar-besar.Mungkin mereka malu kot bermenantukan menantu yang gemuk macam aku ni. Tulah,buat perjanjian yang bukan-bukan lagi.

            “Encik Azmi nak jumpa dengan kau,”beritahu kawannya,Suri.Lissa bangun dari kerusinya dan menuju ke bilik keTuanya.Selepas mengetuk pintu dan mendapat keizinan ketuanya,Lissa melangkah masuk ke bilik keTuanya.

            “Saya nak lihat fail kewangan syarikat,”pinta Encik Azmi selepas menjawab salam Lissa.Lissa menyerahkan fail berwarna mErah yang sememangnya sudahpun dibawa bersama dari tadi. “Erm..nanti minggu hadapan,syarikat kita akan mengadakan satu majlis.Adakah awak akan turut serta,Lissa?”tanya Encik Azmi.Alamak,minggu depanlah aku kahwin.Nak cakap macam mana ni?Baik aku terus terang aje kat Encik Azmi pastu suruh dia rahsiakan hal ni dari rakan-rakan yang lain.

            “Encik Azmi,saya ada benda nak cakap kata encik,tapi encik janji untuk merahsiakan hal ni dari semua rakan pejabat.”Encik Azmi menggangguk setuju.Waa,sporting giler Encik Azmi ni.

            “Sebenarnya,pada minggu hadapan saya akan berkahwin,”kata Lissa berterus-terang.Encik Azmi terlopong.Biar betul?!

            “Awak tak main-main ‘kan Lissa?”Encik Azmi meminta kepastian.Lissa menggangguk.

            “Tapi,kenapa pula awak nak rahsiakan berita yang baik sebegini?”Encik Azmi kehairanan. Direnungnya wajah yang tenang di hadapannya.

            “Majlis perkahwinan saya tu hanya dibuat secara kecil-kecilan sahaja dan hanya dihadiri saudara mara terdekat.Kalau berita perkahwinan saya ni heboh,mesti semua rakan sepejabat kecil hati kerana tidak dijemput ke majlis perkahwinan saya padahal majlis itu hanya kecil-kecilan sahaja.”Encik Azmi menggangguk faham.

            “Saya harap Encik Azmi dapat memberikan saya cuti,”pinta Lissa malu-malu.Encik Azmi ketawa melihat wajah Lissa yang sudah merah kerana malu.Sopan betul budak ni,nak minta cuti pun malu bukan kepalang.

            “Sudah tentu.Syarikat juga memberikan kelonggaran kepada pekerjanya yang bakal melangsungkan perkahwinan.Syarikat akan memberikan cuti selama dua minggu. Jadi mulai minggu depan,awak akan bercuti selama dua minggu,”kata Encik Azmi.Setelah  mengucapkan terima kasih,Lissa melangkah keluar dari bilik ketuanya.

            Majlis perkahwinan Lissa yang diadakan secara kecil-kecilan di rumahnya berjalan dengan lancar. Terasa nak menitis air matanya mengenangkan pengantin lelaki bukanlah orang yang dicintainya.Dapat dia rasa tangan suaminya yang sejuk seperti air batu ketika upacara membatalkan air sembahyang tadi.Air muka suaminya juga amat dingin dan tiada riak gembira lansung.

            Lissa betul-betul berterima kasih kepada Erah kerana sanggup mengambil cuti  semata-mata kerana ingin menghadiri majlis perkahwinannya.Saudara maranya dan dari pihak lelaki juga dijemput.Semua saudara mara dari pihak lelaki adalah tergolong daripada orang kenamaan dan VIP.Biasalah,kahwin dengan anak Dato’!! Tengok kereta kat luar pun dah tahu.Adoi,macam manalah aku boleh terjebak ni.

            “Aku tak sangka yang Fariz akan kahwin dengan perempuan yang hodoh camtu sekali.Dahlah gemuk,bukan anak orang kaya raya.”Lissa terdengar dua perempuan bercerita tentang dirinya.Gelak sakan kawan dia mendengar bebelan perempuan cantik itu.Tiada apa yang Lissa rasakan dari kata-kata mereka,kerana bagi dia,apa yang mereka katakan itu semua benar.Lissa hanya tersenyum seorang diri.

            “Hoi,kau buat apa kat sini?Semua orang dah nak balik dah,”tegur Erah setelah dia menyedari Lissa tidak kembali ke dalam majlisnya selepas meminta diri untuk ke tandas.Rupa-rupanya Lissa berada di dalam bilik adik perempuannya.Lissa berpaling. Kelihatan air mata berjuraian menuruni lekuk pipinya.Erah menghampiri Lissa dan memeluknya.

            “Dahlah tu,aku tahu  apa perasaan kau.Aku harap kau bersabar dan tabah dengan dugaan ni.Lagipun aku tengok hensem juga suami kau tu,”selamba sahaja Erah membuat lawak hinggakan mampu membuatkan Lissa ketawa.

            “Jom,turun ke bawah.Lagipun tetamu dah nak pulang tu.Nanti apa pula kata mereka bila mereka dapati pengantin perempuan hilang?Sapu air mata tu?”pesan Erah.Lissa akur dan turun ke bawah bersama-sama Erah.

            “Wa,untung betullah kau.Kereta besar,rumah besar,isteri pun besar jugak!”usik kawan-kawan Fariz.

            “Diamlah kau!Aku bukan nak kahwin pun dengan dia tu,mama aku yang suruh. Eee,geli aku.Ada hati betul dia nak kahwin dengan aku,”kata-kata Fariz disambut deraian ketawa oleh kawan-kawannya.Semakin mencuka muka Fariz.

            “Betul ke kau geli dengan dia.Tapi aku tengok cute juga isteri kau tu,muka dia tu tenang dan lembut.Nanti ni tak pasal-pasal kau jatuh cinta dengan dia,”kata salah seorang kawan Fariz,Hakim.

            “Aku nak jatuh cinta dengan dia?Jangan haraplah.Eh,kau jangan beritahu kat Sarah.Nanti tak memasal pula aku kehilangan dia,”pesan Fariz.Kawan-kawannya menggelang-gelangkan kepala,dah kahwin pun masih nak main kayu tiga.

            Setelah semua tetamu pulang keluarga Lissa dan Fariz berkumpul di ruang tamu.Lissa tak duduk dekat pun dengan Fariz.Tak kuasa aku.Lissa sentiasa duduk berdekatan dengan Erah malah sentiasa mahu Erah berada di sisinya.

            “Malam ni kau tidur kat sini ye,”pinta Lissa.Erah menggangguk setuju.Lissa tersenyum puas.Ada misi yang perlu dilakukannya pada malam ni,malam pertamanya bergelar isteri!

Comments

Popular posts from this blog

KAU CINTA PERTAMA DAN TERAKHIR

Seketika Cuma

CINTA SANG PENGEMIS BAH. 1