JANGAN PERGI CINTA 13


             
Lissa memulakan kerjanya di syarikat milik Fariz.Sebagai setiausaha Fariz,Lissa perlu mengatur segala jadual Fariz dan melaporkan semua agenda yang perlu dilakukannya setiap hari.Dia juga harus mengemas pejabat Fariz dan menyediakan air mineral dan secawan kopi untuk Fariz setiap hari.Semua kerja-kerja itu harus dilakukan sebelum Fariz tiba di pejabat dan dia juga harus mematuhi setiap arahan Fariz. Walaubagaimanapun,Lissa berasa sungguh gembira kerana semua pekerja di situ amat mesra dan dapat menerimanya dengan hati yang senang.malah mereka lansung tidak membezakan antara dia dengan orang lain.Mereka menerima kegemukkan Lissa.




            “Lissa,masuk bilik saya sekejap,”kedengaran suara Fariz di interkom.Lissa bangun dari kerusi dan sempat  mencapai buku nota dan sebatang pen.Sebagai setiausaha, dia mestilah cekap dan sentiasa bersiap sedia.Yang itu dia belajar daripada Erah.Selepas  mengetuk pintu,Lissa melangkah masuk ke dalam bilik Fariz.Lissa berdiri tegak di hadapan meja Fariz,menunggu arahan daripada Fariz.

            “Petang ni,kita akan ke rumah mama dan papa aku.Mereka jemput kita makan malam kat sana.Bila kat sana aku nak kau berpura-pura mesra dengan aku.Aku tak nak sebarang kejanggalan yang akan membuatkan mama dan papa aku mengesyaki sesuatu. Kau faham?”tanya Fariz.Lissa menggangguk. “Kita akan bertolak dari rumah pukul 8.00 malam.Kita pergi dengan kereta aku.Tu aje yang aku nak bagitahu kat kau,kau boleh keluar sekarang.Sebelum tu aku nak kau taip dokumen ni dan print.Kau buatlah macam mana pun yang pastinya aku nak esok,”Fariz mengunjukkan dokumen yang agak tebal.Lissa menyambutnya dan keluar dari pejabat Fariz.

            “Apa khabar,mama,papa”tanya Fariz mesra dengan senyuman di bibir.Itulah kali pertama Lissa melihat senyuman Fariz.Manis jugak.Dato’ Ismail tersenyum melihat kemesraan anak dan menantunya.Tangan Lissa berada dalam genggaman Fariz yang erat.Kemudian tangan itu dilepaskan kerana Fariz bersalaman dengan mama dan papanya.Lissa juga berbuat demikian.

            “Marilah masuk.Mama dah suruh papa alihkan meja makan ke taman.Bolehlah kita makan sambil menikmati udara malam,”Datin Kamilah becok bercerita. “Fariz,mama pinjam isteri kau sekejap ye,”dia menarik tangan Lissa ke dapur manakala Fariz dan Dato’ Ismail duduk di ruang tamu berbual-bual.

            “Lissa dah ada tanda ke?”tanya Datin Kamilah sambil menyediakan makan malam.Lissa turut membantu apa yang perlu.

            “Tanda?Tanda apa”Kening Lissa berkerut kehairanan.Tak faham pun ada.

            “Ala,Lissa ni buat-buat tak faham pula,”Datin Kamilah menepuk bahu Lissa sambil tergelak. “Tanda Lissa hamillah.Dah ada ke belum?”bersungguh-sungguh Datin Lissa bertanya.Di mukanya terpancar cahaya berharap.

            Lissa tergelak lembut. “Mama ni,Lissa baru aje kahwin tiga bulan.Takkanlah dalam masa sesingkat ni Lissa boleh mengandung?”Nak mengandung macam mana? Tidur pun berasingan.Wajah Datin Kamilah berubah murung.Kepingin benar dia nak menimang cucu.

            Lissa menyedari perubahan air muka Datin Kamilah.Maafkan Lissa mama,Lissa tipu mama.Lissa bukanlah orang yang layak mengandungkan cucu mama.Lissa mendoakan agar mama dapat mencari seorang perempuan yang layak melahirkan cucu untuk mama.Aku pun ingin juga menimang anak sendiri tetapi apakan daya aku tidak dapat berbuat sedemikian.

            Makan malam sudah pun dihidangkan.Lissa mengambil tempat di sebelah Datin Kamilah dan bersetentangan dengan Fariz.Muka Fariz yang masam membuatkan wajah Lissa lansung tidak berdarah.Pucat lesi.Mereka mula menyuapkan nasi ke mulut.Apabila melihat wajah Fariz yang masam,selera Lissa terus terpadam.Lagi pun dia tidak selesa makan berdepan dengan Fariz.Mereka juga tidak pernah makan semeja semenjak mula-mula berkahwin.Ketika tangannya menyuapkan nasi ke mulut,fikirannya melayang mengingati Ezma.Dia masih ingat Ezma pernah menyuapakan nasi ke mulutnya menggunakan tangan.Aduh romantiknya pada masa itu.Nak harap Fariz buat macam tu? Tunggu aku mati pun dia tak buat.Fikiran Lissa melayang.

            Fariz merenung Lissa.Dilihatnya Lissa seakan-akan berkhayal.Apa yang difikirkannya?Tapi aku rasa macam pernah aje jumpa dia.Kenapalah aku tak dapat ingat?Memang malang betul aku kena kahwin dengan orang gemuk macam dia ni. Lansung out of taste aku.Ek,ada ke orang yang taste orang macam dia?

             
            “Lissa,makanlah asam pedas ni,”Datin Kamilah membubuh ikan patin masak asam pedas ke dalam pingan Lissa.Lissa tidak sempat menahan kerana dia asyik berkhayal.

            “Terima kasih mama,”Lissa memaniskan mukanya.Dia menyuapkan nasi ke mulutnya perlahan-lahan.Aduh,dahlah aku tak suka pedas,omelnya dalam hati.

            Setelah selesai makan malam,mereka berkumpul di ruang tamu sambil memakan pencuci mulut yang disediakan khas oleh Datin Kamilah untuk anak dan menantunya. “Sebenarnya ,papa dan mama ada hal nak cakap kat kamu,”Dato’ Ismail memulakan bicara.Aku dah agak dah.Ade lebah rupanya di sebalik madu,hati Fariz berkata-kata.

            “Mama nak kamu berdua pergi berbulan madu,”Datin Kamilah menyuarakan hasratnya.Fariz tersentak manakala Lissa terbatuk-batuk.Dato’ Ismail dan Datin Kamilah kehairanan.Takkanlah suruh pergi berbulan madu sampai macam tu sekali?

            “Ta..tak boleh,”Fariz membantah.Bantahan itu menaikkan suhu kemarahan Datin Kamilah.

            “Kenapa pula tak boleh?Takkanlah nak suruh pergi berbulan madu pun nak membantah?”tengking Datin Kamilah.Lissa yang berada di sebelah Fariz berubah air mukanya.Tak pernah lagi dia melihat Datin Kamilah marah-marah atau meninggikan suara.Perubahan air muka Lissa dikesan oleh Datin Kamilah.Serta-merta kemarahannya reda.

            “Maafkan mama Lissa,mama tak bermaksud untuk menakutkan Lissa,”Datin Kamilah sedikit kesal. “Tak apa mama,”Lissa hanya mahu menyedapkan hati Datin Kamilah.

            “Cakap kat mama,apasal Fariz tak boleh pergi berbulan madu?”tanya Datin Kamilah dengan lembut.

            “Syarikat kita sekarang ni sibuk dengan pelbagai urusan.Fariz mana ada masa nak pergi berbulan madu,”Fariz memberi alasan.Sebenarnya dia tak mahu berpisah dengan Sarah,buah hati yang amat disayanginya.

            “Pasal syarikat tu Fariz jangan risau,papa akan uruskan semasa ketiadaan Fariz nanti,”kata Dato’ Ismail sekaligus menghancurkan angan-angan Fariz.

“Baiklah kalau dah mama dan papa suruh Fariz pergi berbulan madu,Fariz terpaksalah menurut,”Fariz bersetuju degan cadangan mama dan papanya kerana dia dah ada satu cadangan yang amat-amat bernas,dia akan bawa Sarah bersamanya. Lagipun sudah lama dia dan Sarah tidak pergi bercuti makan angin bersama-sama.

Comments

Popular posts from this blog

KAU CINTA PERTAMA DAN TERAKHIR

Seketika Cuma

CINTA SANG PENGEMIS BAH. 1