JANGAN PERGI CINTA BAB 4


        “Jom,Lissa perkenalkan Ezma kepada parents Lissa,”ajak Lissa.Ezma angguk setuju.Selepas meminta kebenaran dengan mak dan ayahnya,mereka berdua berjalan menuju ke tempat Puan Aishah dan Encik Amir berada.Kelihatan Encik Amir dan Puan Aishah sedang minum di sebuah bangku di situ.



            “Mak,ayah kenalkan Ezma,”perkenal Lissa.Ezma menyalami tangan Encik Amir.

            “Ezma ambil course apa?”tanya EncikAmir.

            “Perubatan,pakcik,”jawab Ezma.

            “Ooo,bakal doktor mudalah ni,”usik Puan Aishah.Mereka semua tergelak.Lissa merenung wajah Puan Aishah.Kelihatan riak tidak senang di situ.Dada Lissa mula berdegup kencang.Selepas berbual panjang,Ezma meminta diri.Lissa dan keluarganya pulang.Selepas menghantar Lissa pulang ke rumah sewanya,Puan Aishah dan Encik Amir bertolak ke hotel penginapan mereka.

            Selepas dua bulan berusaha mencari kerja,akhirnya Lissa mendapat kerja di sebuah syarikat di ibu kota.Lissa diletakkan di bahagian kewangan.Lissa mendapat ramai kawan di situ.Ketua di bahagian itu,Encik Azmi juga seorang yang baik.

            “Lissa,mana dokumen yang saya minta semalam?”Tanya Encik Azmi.Lissa menyerahkan dokumen yang diminta.Dengan sebuah senyuman,Encik Azmi berlalu masuk ke dalam biliknya.

            “Woi,Lissa!Kau tak nak pergi makan tengah hari ke?”Tanya rakan sepejabatnya,Suraya.Lissa menggelangkan kepala.Semua rakan-rakannya sudah keluar makan tengah hari.Handphone Lissa tiba-tiba berbunyi.Lantas dijawabnya. 

            “Helo,assalamualaikum,”sapa Lissa.

            “Waalaikumussalam,”jawab si pemanggil. “Lissa tengah buat apa?”Tanya si pemanggil itu lagi.Lissa tersenyum.Ezma rupanya.

            “Saje je.Dok mengelamun,”jawab Lissa.

            “Tengah fikir pasal kita ke?”Usik Ezma lagi.Lissa hanya tertawa riang.

            “Ezma tukar nombor ke?”Tanya Lissa.Tak pernah dia melihat nombor itu.

            “Ha’ah,nombor tu Ezma beri kat adik Ezma.Dia yang minta,”Ezma menjelaskan perkara yang sebenar.Baru je dia nak usik Lissa.

            “Jom,pergi makan,”ajak Ezma.Lissa ketawa mendengar ajakan Ezma.

            “La,apa pula?Betullah ni.Kalau tak percaya,Lissa pergi turun bawah tapi jangan letak handphone tu,”pesan Ezma.Lissa mengambil beg tangannya.Dengan keyakinan yang separuh je,dia berjalan juga ke lif untuk turun ke bawah.Apabila lif sampai di tingkat bawah,Lissa terus keluar tanpa melihat ke hadapan dahulu.

            Buk!!Lissa terlanggar seseorang.Lissa melihat muka si empunya yang dia langgar tadi.Mak oii,kacaknya cam Nickhun 2PM. “Maaf encik,saya tak sengaja,”pohon Lissa.Lelaki itu menggangguk.Tanpa sepatah kata,lelaki itu masuk ke dalam lif meninggalkan Lissa bersendirian.Ceh,sombong nak mampus.Taulah muka kau tu hensem, tapi hensem pak we aku lagi tau.Marah Lissa dalam hati.Lissa keluar dari bangunan syarikatnya dan melihat kereta Ezma sedang menunggunya.Lissa mematikan handphonenya.Lissa mendekati kereta Ezma dan terus masuk ke dalam perut kereta.

            “Ha,betul tak Ezma tunggu kat bawah?”Ezma separuh menyindir.Lissa geram mendengar ejekan Ezma.

            “Betul sayang..Ayang minta maaf sangat-sangat sebab meragui sayang tadi,”jawab Lissa separuh menyindir.Ezma tertawa manakala Lissa menarik muka masam.

            “Alah tu pun nak marah,”usik Ezma lagi.Lissa tidak dapat menahan tawanya yang akhirnya tersembur juga.

            “Kita nak makan kat mana ni?”Tanya Ezma lagi.

            “Up to you,”Lissa menjawab ringkas.Ezma memberhentikan keretanya di hadapan MacDonald.Laa,takkanlah makan tengah hari kat sini.Kedekut punya pak we.

            “Lissa tunggu kat sini ye.Ez gi beli kat dalam,drive thru ramai orang la waktu lunch ni,”pesan Ezma   sebelum keluar dari kereta.Ya Allah,dahlah makan kat sini main tapau aje?Sabar ajelah.

            “Jom,kita pergi makan kat Taman Titiwangsa,”ajak Ezma selepas dia selesai membeli makanan.Lissa tersenyum tiba-tiba.Tahulah dia sekarang ni,mungkin Ezma dah puas asyik makan kat kedai aje,makan kat taman pun okey jugak.Cam dulu-dulu diorang selalu lakukan ketika masih menuntut di universiti.Sambil makan sambil study sama-sama.

            Ezma memilih tempat yang agak redup.Lissa mengambil burger yang dibeli oleh Ezma.Ah,lepas habis semua ketensionan aku. “Tadi Ezma dengar Lissa dok minta maaf apasal?” Tanya Ezma.

            “Owh..yang tu,Lissa terlanggar sorang lelaki tu semasa nak keluar lif.Dia tak senyum lansung.Dahlah tak senyum,tak kata sepatah perkataan pun.Kemudian dia masuk lif gitu aje,”cerita Lissa.Tidak perasan ada secalit sos di tepi pipinya.Ezma tersenyum mendengar cerita Lissa,dia menyapu pipi Lissa.Lissa tersipu malu.Hish!Macam manalah aku tak perasan pulak sos melekat kat pipi aku ni.Diambilnya tangan Lissa dan diciumnya telapak tangan Lissa.Wajah Lissa merona mErah.Memang dia akui Ezma seorang yang romantik.

            “Ha,tu pun dia,”bisik Lissa sambil menunjukkan ke arah seorang lelaki yang sedang minum air.Lelaki itu berada tidak jauh daripada mereka berdua,jarak mereka dengan lelaki itu hanyalah sebuah bangku.

            “Dahlah,tak payah hiraukan dia.Jom kita bincang pasal kita berdua,”kata Ezma sekali lagi membuatkan Lissa tersipu malu.Ezma mengenggam tangan Lissa lembut.

            Fariz melihat gelagat perempuan yang melanggarnya tadi.Tiba-tiba terdetik perasaan cemburu.Hish,aku nak cemburu apasal pula.Hmm..tak sangka perempuan gemuk macam tu pun ada orang berkenan ya?Tapi aku rasa macam pernah jumpalah perempuan tu,tapi kat mana ya?Aku akui perempuan itu ada daya tarikannya yang tersendiri,air mukanya yang lembut dapat memikat sesiapa sahaja.Mungkin sebab tulah lelaki yang kacak tu terpikat dengan dia.Ah,dahlah aku nak balik pejabat.Sakit mata tengok  adengan percuma ni.Fariz bangun dari duduknya dan menuju ke keretanya.Kemudian dia memandu ke pejabatnya semula.

            “Jom,Lissa pun dah hampir tamat masa makan tengah hari ni lagipun kejap lagi Ez ada kelas lagikan?,”kata Lissa sambil bangun. Namun Ezma menarik Lissa semula supaya duduk.Lissa menurut tetapi dia agak kehairanan sebab tak pernah Ezma berkelakuan sepelik ini.Ezma menyeluk poketnya dan mengeluarkan sebuah kotak yang serdehana kecil.

            “Happy birthday,”ucap Ezma.Lissa terkesima.Ingat rupanya Ezma akan tarikh hari lahirnya.Ezma membuka kotak itu dan kelihatan sebentuk cincin bertatahkan tiga biji berlian.Ezma mengambil cincin itu dan mencapai tangan Lissa.Air muka Lissa tiba-tiba berubah sayu.Dia menarik tangannya dari genggaman tangan Ezma.

            “Kenapa?”Tanya Ezma.

            “Ezma,Lissa tak mahu menyusahkan Ezma.Lissa tahu cincin yang Ezma belikan kepada Lissa tu mahal.Lissa tak mahu nanti dikatakan gila harta.Lagipun Lissa rasa duit yang Ezma bazirkan untuk membeli cincin kepada Lissa adalah lebih baik Ezma simpan.Tambahan pula Ezma ‘kan belum start kerja lagi,”kata Lissa.

            Ezma tersenyum.Semakin bertambah rasa sayangnya kepada Lissa. “Lissa,Ezma belikan Lissa cincin ni bukanlah satu pembaziran.Ini adalah lambang cinta dan sayang Ezma kepada Lissa.Lissa anggap ajelah Ezma akan sentiasa berada di sisi Lissa jika Lissa sentiasa memakai cincin ini.Tiga biji berlian ini adalah lambang cinta Ezma kepada Lissa, I LOVE YOU,”kata Ezma.Ezma menyarungkan cincin di jari Lissa.Muat-muat. Lissa terasa sungguh bahagia.Ezma menghantar Lissa pulang ke pejabatnya semula dan kemudian dia bergegas ke universiti semula.

*********************************************************************************

               Sudah tiga tahun berlalu.Keadaan hidup Lissa semakin baik.Dia dapat menguruskan kehidupan hariannya dengan baik begitu juga dalam  menguruskan hal ekonominya.Dia bersyukur. Ezma yang sudahpun bergelar doktor bercadang ingin masuk meminang Lissa,tetapi Lissa menghalang dengan alasan dia belum bersedia untuk menjadi seorang isteri.Lissa tinggal bersama Erah di sebuah rumah teres yang dibelinya tahun lepas dengan sedikit sponser daripada ayahnya.Erah pula menjadi setiausaha di sebuah syarikat di ibu kota dan masi lagi bersama .Pada petang itu Lissa sedang minum petang bersama-sama Erah apabila tiba-tiba telefon rumahnya berdering.Lissa dengan malas berjalan ke tempat terletaknyatelefon itu dan mengangkat gagang telefon.

            “Helo,”sapa Lissa.

            “Helo,Lissa ni mak ni,”kedengaran suara Puan Aishah di corong telefon.Lissa menjerit kegembiraan.Kesibukkan kerjayanya kadang-kadang menghalang dia daripada selalu menghubungi keluarganya.Jikalau berkesempatan dan ada masa terluang,barulah dia dapat mendengar suara emaknya itu.

            “Mak apa khabar?Ya Allah rindunya Lissa kat mak,”kata Lissa.

            “Mak ayah sihat je,makin berisi adalah,”jawab Puan Aishah.

            “Apasal mak telefon ni?Ni mesti ada apa-apa ni?”duga Lissa.Puan Aishah ketawa. Pandai betul anak gadisnya meneka.

            “Macam ni,ada hal sikit mak dan ayah nak bincang dengan Lissa.Mak harap Lissa dapat mengambil cuti dalam dua hari?”pinta Puan Aishah.

            “Hal?Serius ke?”tanya Lissa pula. “Memang serius sangat.Hal ni kena Lissa balik kalau tak, hal ni tak dapat diselesaikan,”kata Puan Aishah pula.Lissa menelan air liurnya yang terasa pahit.Dadanya berdebar bagaikan ada sesuatu yang tak kena.

            “Okeylah,Lissa cuba minta cuti dengan ketua Lissa,”Lissa memberi kata dua.Selepas memberi salam,Dia meletakkan gagang telefon.

            Keesokkan paginya,pagi-pagi lagi Lissa mengetuk pintu bilik ketuanya.Kedengaran suara menyuruhnya masuk.Lissa melangkah masuk dengan dada yang berdebar-debar.

            “Oh,Lissa.Ada apa jumpa saya pagi-pagi ni?”Tanya Encik Azmi.

            “Macam ni Encik Azmi,saya nak minta cuti untuk tiga hari,”pinta Lissa.

            “Cuti?Untuk apa?”Tanya Encik Azmi kehairanan.Inilah kali pertama pekerjanya yang sorang ni minta cuti.Saje je dia nak tahu,lagipun dia tak keberatan memberi cuti kepada Lissa kerana Lissa seorang pekerja yang baik dan cekap.

            “Saya nak bincang sesuatu dengan mak saya,”jawab Lissa.Encik Azmi menggangguk.Dia faham.Masalah keluarga rupanya.Dia mengeluarkan sehelai kertas dan menyuruh Lissa menandatangani kertas itu.Lissa menurut tanpa banyak soal.

            “Oleh kerana ini kali pertama awak meminta cuti,saya bagi awak cuti selama empat hari,”kata Encik Azmi.Lissa tergamam.Wow,ini sudah bagus. “Bila awak nak mula cuti?”Tanya Encik Azmi. “Esok,”jawab Lissa pantas.

            “Terima kasih Encik Azmi.”I love you!Lissa melangkah keluar dari bilik ketuanya dengan senyum yang melebar.Pada malamnya Lissa menaiki bas di stesen bas Putra.Keretanya ditinggalkan kepada Erah.Itupun siap berpesan-pesan dan bersyarat.Ezma pun sudah diberitahunya. Agak keberatan juga Ezma untuk membenarkannya pergi berseorangan.Ezma bercadang nak mengambil cuti untuk menemani Lissa tetapi Lissa menghalang dengan mengingatkannya bahawa dia adalah seorang doktor.Masih ramai lagi pesakit yang memerlukan khidmatnya.Lissa sampai di stesen bas Kota Bharu pada pukul 6.00 pagi.Kelihatan ibu bapanya sedang menunggunya.Lissa menghampiri ibu bapanya.Lissa menyalami tangan mereka kemudian dia masuk ke dalam perut kereta dan  Encik Amir memandu pulang.

            Sebaik sahaja sampai di rumah,Lissa terus masuk ke dalam biliknya dan membuta.Anak dara apalah ni.Lissa bangun pada pukul 6.30 pagi untuk solat subuh kemudian dia menyambung tidurnya.Setelah benar-benar hilang letih dan mengantuknya, Lissa bangun untuk mandi.Lissa melihat jam di dinding.Mak oii,dah pukul 10 pagi!!

            Setelah mandi,Lissa turun ke bawah untuk bersarapan pagi.Bestnya hari ni,makan bihun.Lissa membasuh tangannya dan melangkah keluar mengambil angin pagi.Lissa melabuhkan punggung di atas bangku yang disediakan oleh ibunya untuk berehat dan beriadah.Angin pagi yang sepoi-sepoi bahasa menampar-nampar wajahnya yang tembam.Ah,segarnya rasa tubuh dan minda ni.

            “Lissa,mari masuk kat dalam.Mak nak bincang perkara penting dengan Lissa ni,”panggil Puan Aishah.Lissa mengorak langkah.Dadanya kembali berdebar-debar.

Comments

Popular posts from this blog

KAU CINTA PERTAMA DAN TERAKHIR

Seketika Cuma

CINTA SANG PENGEMIS BAH. 1