JANGAN PERGI CINTA 10


Lissa bangun untuk menunaikan sembahyang Subuh dan kemudian menyambung balik lenanya.Dia bangun semula pada pukul 7.00 pagi dan menyediakan sarapan pagi. Roti bakar dan tea‘o’panas, ringkas dan senang untuk disediakan.Lissa membuka stereo milik Fariz.Dia mencari stesen radio kegemarannya,Hitz.fm.Setelah menjumpainya,Lissa bangun menuju ke biliknya dan mencapai novel Sambutlah Cintaku yang dibelinya semalam ketika bershopping bersama Erah.Lissa bersila di hadapan stereo itu.Dia membetul-betulkan kain tudung dan baju kurungnya.Dia akan sentiasa memakai pakaian begitu kerana dia menganggap Fariz mungkin tidak mahu melihat tubuh dia yang berlemak dan gemuk tu.Bagi dia juga,Fariz itu bukanlah muhrimnya.



            Ketika sedang leka membaca novelnya,kedengaran suara Fariz menegurnya dari belakang, “Hoi,sapa suruh kau guna barang milik aku hah?”tanya Fariz keras.Lissa terkejut,tercampak novel di tangannya dek herdikan itu.Dia pantas bangun dan melihat Fariz sedang berdiri di belakangnya sambil bercekak pinggang.Lissa menundukkan mukanya yang sudah bertukar pucat.Laa..bila pula dia balik?Aku tak perasan bunyi enjin kereta dia.

            “Wei,kau ni pekak ke?Atau telinga kau dah tersumbat dengan lemak?Aku tanya sapa suruh kau guna barang aku?”ulang Fariz sekali lagi.Nak tergelak pun ada sebenarnya melihat begitu sekali reaksi Lissa dengan sergahannya.Namun Fariz menahan di dalam hati.

            “Err..saya cuma pasang stereo Tuan Fariz sebab saya rasa boring.Sebab tulah saya guna barang Tuan Fariz.Saya minta maaf sebab guna barang Tuan Fariz tanpa meminta kebenaran,”jelas Lissa tergagap.Tak pernah lagi sepanjang hidup dia,dia dijerkah sekuat itu.

            “Aku tak benarkan kau sentuh apa-apa pun dalam rumah ni.Aku kalau boleh nak kau berambus dari rumah ni!Perempuan tak sedar diri!!Kau jangan sentuh apa-apa pun  dalam rumah ni,apa yang kau boleh guna hanyalah dapur dan bilik kau tu.Faham? Lagi satu,kau tak payahlah  masak atau buat apa-apa untuk aku.Aku takut nanti aku jadi gemuk macam kau,yelah orang gemuk ni suka makan benda yang berlemak dan berminyak.Makanan yang paling aku tak suka.Tu aje yang aku nak cakapkan kat kau,aku harap kau dapat terima.Kau faham?!”tanya Fariz dengan matanya luas terbuntang.Lissa menggangguk.Dia mengetap bibir menahan rasa pedih di hatinya.Straight to the point Fariz bercakap.Betul-betul melukakan hati aku.Fariz mendengus dan berlalu ke biliknya.Ezma dan keluarga aku pun tak pernah bercakap sebegitu kasar dengannya.Ah,Ezma.Macam manalah keadaan dia sekarang ni ye?Rindu sangat hati ni pada dia.

            Lissa mematikan stereo dan mengambil buku novelnya.Dia kemudian menuju ke dapur untuk bersarapan dan berlalu ke biliknya.Lissa berdiri di beranda di biliknya yang menghadap ke jalan raya yang tidak terlalu sibuk.Udara dingin menerpa ke wajahnya. Lissa teringat tentang Ezma.Apalah yang sedang dibuatnya sekarang ni ye?Aku berdosa besar kepadanya.Betapa terlukanya hati Ezma kerana aku berkahwin dengan orang lain.Maafkan aku Ezma,aku terpaksa menurut permintaan keluarga aku.Air mata Lissa mengalir perlahan-lahan menuruni pipinya.Aku kini berada di dalam sangkar emas bersalut permata palsu.

            Kalaulah aku tidak berkahwin dengan Fariz sekarang ni,sudah pasti aku sekarang sedang bahagia bercinta dengan Ezma atau mungkin sudah merancang untuk melansungkan perkahwinan.Aku tak patut fikir tentang hal yang sudah lepas tu, sepatutnya sekarang ni aku kena fikir bagaimana untuk menjadi seorang isteri yang taat kepada suami.Aku juga mahu menjadi seperti Saidatina Khadijah yang taat kepada Rasulullah dan menerima segala ajaran nabi dan segala dugaan dengan tabah ataupun seperti Puteri Balqis yang taat kepada Nabi Sulaiman.Tetapi aku tidak memiliki hati setabah itu.Apa yang patut aku buat sekarang ni?Ha,aku tahu!Mungkin aku boleh menyuruh Fariz berkahwin lagi.Lagipun dia sudah ada calon yang sesuai,maka dengan itu dia ada seorang yang dicintainya dan hatinya akan senang.Tak payahlah dia asyik mengadap muka aku yang tembam ni.Aku jadi orang gaji pun tak apa kat dalam rumah yang mewah ni.Hmm..bagus juga idea aku ni.Tulis dalam diarilah.Lissa menutup pintu beranda itu dan menuju ke katil.Dia membuka laci meja kecil di sebelah katilnya untuk mengambil diarinya dan dia mula mencurah isi hatinya

Comments

Popular posts from this blog

KAU CINTA PERTAMA DAN TERAKHIR

Seketika Cuma

CINTA SANG PENGEMIS BAH. 1