Google+ Followers

Sunday, May 18, 2014

Aku Bukan Perampas!! Part 2


Maaf sebab lambat pulak update bahagian kedua ni. Well lepas lebih kurang dua minggu Aina kenal dia,kami cuma sms atau berbual di telefon. Itupun kepadang-kadang sangat sebab hati Aina sebenarnya menegah Aina dari terus berkawan dengan dia sebab dia dah berkeluarga. Aina tak mahu jadi perampas,itu bukan sifat Aina. Sebab apa yang kita buat dekat orang sekarang mungkin akan terjadi pada kita nanti. Jadi hari tu dia ajak Aina keluar makan. Lama Aina fikir nak keluar ke tak. Sebab Aina dah tahu yang dia ni suami orang jadi kejanggalan tu jelas sangat terasa. Walaupun dia tu jenis yang Aina suka sebab dia macam Teddy Bear (heheheheheh) tapi Aina kena sedar yang dia tu dah jadi hak milik orang lain.

Malam tu Aina keluar dengan dia temankan dia makan. Aina tenung je muka dia,tapi otak Aina berfikir sebenarnya. Berfikir macam mana mahu menamatkan hubungan kami. Aina kasihan kat dia sebab dia selalu mengadu kat Aina time kitorang bersembang di telefon. Katanya si isteri tidak ambik kisah dengan hal rumah tangga,anak-anak terabai. Haish...entahlah. Nak kata dia tipu pun takutnya betul sebab banyak kes rumah tangga retak disebabkan kealpaan si isteri dalam menguruskan rumah tangga. Tapi Aina tak nak terpedaya,balik jer dari keluar makan malam bersama dia Aina terus mesej dia. Aina tulis mintak maaf,Aina tak mahu jadi orang ketiga dan dia patut cuba betulkan dahulu keadaan keluarga dia,manalah tahu keadaan sebenarnya bukanlah rumit tetapi hanya perlu dibawa berbincang. Dia balas kat Aina,dia kata dia hormati keputusan Aina dan dia harap Aina berjaya dalam hidup. Sedih memang ada tapi Aina rasa itulah yang terbaik sebenarnya dan lepas sahaja Aina menerima balasan mesej dia dada Aina rasa lapang sangat. Rasa macam satu beban dah terlepas dari atas bahu ni. Sekarang Aina dah tak nak lagi ambik yang orang punya sebab yang single mingle tu ramai lagi kat luar nun.hehehe.. Lagipun memang rasa tak selesa bila kita tahu seseorang itu sudahpun berpunya. Sooo..make peace not war olrite!!

12 comments:

Suha Fasihah said...

Suspense sungguh bila baca... BTW sis, u make a correct decision... Insya Allah itu yang terbaik dan akan ada yang terbaik untuk sis... Aamiin

Aina Lisa said...

Ahaha.. suha ni lawaklah. X dak suspen aih. Tu la,sb aina x nk lah jd perampas. G pun dia ada ank bini,aina pk situasi bini dia cmne lau aina kt tmpt dia.cian bini dia. Aina terlanjur brkwn ngan dia pun sb aina x tahu dia da kawen. Suha..pasal novel yg aina wat tu ada berita cdey la. Hukhukhuk...

Suha Fasihah said...

Why??? What's wrong sis? Tak mau sedih2...

Aina Lisa said...

hukhukhuk..suha..x cdey cmne kalau lepas 6 bulan lebih tunggu kena reject.huhuhuhuhuhuhu..ni salah Aina jugak sebab gatal gi try publisher femes. mestilah diorg pon high standard.huhuhuh

Suha Fasihah said...

Innalillah... It's okay sis... You can always try again... Never ever give up okay... That same manuscript tak boleh guna hantar dkt publisher lain pulak ke?

Aina Lisa said...

Huhuhu... Masih terasa lagi pedih kena reject suha. Aina dah hntr dah ke publisher lain kelmarin dulu tpi kena tunggu pulak 4 bulan.wuhuhu.. Tapi manuskript tu aina dah bnyk tokok tambah dan buang yg mn rasa x elok. Mungkin sb aina ni baru lg jadi bnyk kesalahan dan ayat2 yg x best nk dibaca kna ubah suai semula. In sya allah aina x akn give up tpi aina agak berdebar sb utk publisher ni aina hntr guna email tp diorg senyap jer.huhuhu

Suha Fasihah said...

Insya Allah... Semoga Allah permudahkan urusan sis aina... Allah tak uji kalau kita tak mampu hadapi... Be strong he sis... Hope to hear the good news soon... Insya Allah :)

Aina Lisa said...

Thanks Suha <3 <3

Anonymous said...

tak dan baca abis tp

Aina Lisa said...

huhuhuh...tapi apa?

Miela Asmila said...

Assalamualaikum aina...cerita or luahan yang betul tu.. apapun yang terbaik adalah menghindari masalah.. jodoh kita belum tahu dengan siapa kadang kala bukan niat dihati untuk mengambil hak orang tapi Allah lebih tahu macam mana perjalanan hidup kita.. apapun keputusan yang terbaik adalah cuba jangan ambil hak orang kerana yang terluka adalah kaum kita yang disakiti adalah diri kiti sendiri..betul tak.. insya Allah masih ada ramai yg belum berpunya.. sampai masanya aina pasti berjumpa dengan orang yang telah di tentukan untuk Aina.. jom senyum, tak nak sedih sedih kerana hidup ini cuma sekali...salam perkenalan kak mila.

Aina Lisa said...

Waalaikumussalam kak... Terima kasih kak atas nasihat. Terharu sgt.... Memang...aina kadang2 sunyi bila tiada teman di sisi Aina sampaikan hampir tersilap membuat keputusan tapi Alhamdulilah Aina mampu hindari masalah ni. Kami masih berkawan seperti biasa. Aina pun dah tak sedih-sedih,mampu tersenyum sudah. Salam perkenalan jugak kak, terima kasih singgah blog Aina dan baca coretan Aina yang tak seberapa ni. :)