Google+ Followers

Thursday, June 19, 2014

THE RUNNING AWAY "PENGANTIN" PART 1

       
Sayang,bangun sayang. Subuh tinggal sikit je ni lagi,”terasa ubun-ubunnya diusap. Qistina mengeliat kecil sebelum membuka mata,dilihatnya ibunya duduk di sisi katilnya.


“Emm…letihlah bu. Semalam banyak sangat kerja yang Qis kena buat,”adunya dengan mata yang masih tertutup.

“Letih tak letih,tanggungjawab kita pada Allah kita tak boleh lupakan,”nasihat Puan Khadijah. Hendak tak hendak dia terpaksa memaksa dirinya bangun dan mengambil wuduk. Terasa segar saat mukanya bersentuh dengan air wuduk.

“Allahuakhbar,”takbir diangkat.Betul kata ibunya,tanggungjawab pada Allah mana boleh dilupakan. Tak berkat hidup ni,walau berjuta malah berbillion sekalipun harta yang kita ada,tapi kita harus sedar siapa yang memberikan kita semua tu,tak lain tak bukan Allah S.W.T yang Maha Kuasa,Maha Kaya.



“Sayang,meh sarapan dulu.Nanti kena gastrik lagi.Gastrik kamu tu teruk,nanti kena masuk wad lagi,”ujar Puan Khadijah ketika melihat kelibat anak perempuannya menuruni tangga.Qistina akur,turut sama melabuhkan punggung di atas kerusi di meja makan dan mula mencapai sudu dan garfu.Puan Khadijah memerhatikan raut wajah satu-satunya anak yang dia ada bersama arwah suaminya yang telah lama dijemput Ilahi 10 tahun yang lalu.Walau ramai yang mahu menyunting dirinya namun dia tidak mahu kerana dia mahu menjaga anaknya yang seorang ini dengan penuh kasih sayang.

“Bu,Qis pergi dulu ya,”suara Qistina mengejutkan lamunannya. Dia menyambut huluran anaknya yang mahu menyalami tangannya sebelum keluar dan terdengar bunyi enjin kereta menandakan anaknya itu sudahpun bertolak ke pejabatnya.

“Weh sis,good morning!”sapaan kuat Qistina membuatkan air yang baru diteguk Suha tersembur. Habis basah skrin komputer dihadapannya.Qistina sudah menekan-nekan perut menggelakkan Suha.

“Woit minah sewel! Agak-agak la nak tegur aku.Terkejut siot! Bagi la salam ke apa,ni main terjah macam tu je!”marah Suha sambil tangannya kalut mencapai tisu di atas meja.Dilapnya skrin komputer yang sudahpun selamat bermandikan air kopi khas disembur dari mulutnya pagi ni.

            “Lawak kot kau sembur skrin tu. Macam katak Jiraiya sembur Naruto. Hahahahah… Memang terbaiklah sis. Dahlah,aku nak gi kat meja aku,”selamba sahaja dia berjalan melenggang ke tempat duduknya.

“Eloklah tu,menyemak je kat meja aku ni.Tak bagi manfaat lansung,”sela Suha dalam seloroh.Qistina lansung tidak ambil hati dengan kata-kata Suha kerana dia tahu Suha hanya bergurau dengannya.Segala perangai Suha sudah ada dalam genggamannya kerana mereka sudahpun berkawan semenjak 10 tahun yang lepas,semenjak zaman universiti lagi.Cukup untuk dia mengenali siapa Suha yang sebenarnya.

“Hari ni kau ada mesyuarat dengan syarikat A.H.H Holdings kan?”Qistina yang leka menghadap fail di tangan tersentak dengan pertanyaan Suha. Ya Allah! Macamanalah aku boleh terlupa ni! Setiausaha dia pula cuti hari ni.

Dia pantas mencapai pergelangan tangan Suha. Dah pukul 10! Temujanji itu pukul 10.30.Memang mati aku hari ni! “Kenapa kau tak gitau aku awal-awal?”kalut dia mengemas barang yang patut dia bawa.

“Lah,mana aku tahu.Tu pun mujur aku teringat tau,”Suha sudah pun menuju ke tempatnya semula.Lah minah ni,merajuk pulak dia.

“Yelah,thanks tau sayang,”Qistina sempat mencium pipi Suha tanda meminta maaf sebelum dengan pantas berlari masuk ke dalam lif.

“Woit! Kalau orang tengok nanti fikir aku ni tak straight lak!”sempat Suha menjerit kepadanya.Qistina hanya sempat mebalas dengan sengihan. Beberapa pekerja yang berada di situ turut tersenyum melihat dua orang bos mereka itu dan memang cukup kenal dengan keakraban mereka.

Nasibnya agak baik kerana jalan pada hari ini lenggang. “Masih ada 5 minit lagi. Nasib baik betul aku hari ni.Syukur Alhamdulillah,”ucap Qistina perlahan.

“Ya cik,ada apa yang boleh saya bantu,”sapa seorang wanita anggun di kaunter pertanyaan di situ.

“Saya ada temujanji dengan Encik Muhhammad Atiqullah pukul 10.30 hari ni,”katanya.
“Cik ni Cik Qistina dari syarikat Indah Design tu ke?”tanya wanita itu lagi.Qistina mengganguk.Wanita itu bercakap-cakap sebentar di telefon.Entah dengan siapa.

“Cik Qistina naik lif di sebelah kanan tu ke tingkat 15.Saya sudah maklumkan pada Encik Atiqullah.”Qistina mengangguk dan menuju ke lif.Setiausaha Encik Atiqullah yang disebut-sebut oleh penjaga kaunter itu membawanya ke bilik yang menempatkan Encik Atiqullah.Sebelum masuk dia sempat melihat papan nama di pintu itu, Muhammad Atiqullah dan dibawahnya menunjukkan pangkat lelaki tersebut, Chief of Executive Officcer.  Nama itu menyapa ingatannya pada seorang hamba Allah yang dia tidak mahu ingat. Segera di usir imej insan itu dari hati.

“Owh,dengan CEO rupanya aku deal hari ni,”desis Qistina perlahan. Ketika dia menapak masuk,dia terpegun dengan rekaan dalaman bilik itu yang sungguh cantik dan kemas dengan rekaan rak dari kaca yang memenuhi hampir 80% bilik itu dan reka bentuk sofa yang kelihatan seperti ditempah khas menarik perhatian.Wah,boleh gak aku ciplak rekaan bilik ni,heheheh.

“Silakan duduk Cik Qistina,”suara garau CEO itu berbunyi.Qistina terasa ingin mencebikkan mulutnya kerana CEO itu hanya menyuruhnya duduk sedangkan CEO itu membelakanginya jadi dia hanya mampu melihat belakang kerusi yang CEO itu duduki. Ceh,berlagak.Mentang-mentanglah kau CEO kan? Sekeh baru tahu,Qistna mengutuk CEO itu berbakul-bakul.Tapi dalam hati jelah.Maunya aku mati dalam bilik ni kalau aku betul-betul kutuk dia depan-depan.

“Jadi awaklah ya Nur Qistina Zainatul?”suara garau itu berbunyi lagi menyentakkan Qistna.

“Ya saya,”ringkas sahaja Qistina menjawab. Kot ye pun pandanglah aku. Tak beradab tul.

“Saya sebenarnya mahu awak hiaskan hiasan dalaman satu rumah ni untuk saya,” suara lelaki itu lagi.Qistina hanya mengangguk walaupun dia tahu lelaki itu tak akan nampak anggukkan dia.

“Saya dah tengok web site awak and I think that your interior design idea tu memang sangat menarik dan saya rasa awaklah orang yang tepat untuk hias rumah ni,”kata CEO itu lagi,masih dalam posisi yang sama.

“Okay,I can do it but what about the design that U think will suite the house,”jawab Qistina tenang.Isk,kenapalah dia ni tak mau cakap depan-depan? Hodoh sangat ke muka aku ni sampai dia pun tak mau pandang? Rungutnya dalam hati.

“Kalau macam tu I would like us to straight go there okay?”kata CEO itu lagi sambil memalingkan kerusinya menghadap Qistina.Qistina kaget melihat insan yang berdiri di hadapannya.Jantungnya berdetap kuat,seakan mahu pecah dadanya kini. Kenapakah dia mesti bersua dengan makhluk Allah yang seorang ni?Dia lantas bangun dari duduk dan berura-ura untuk keluar dari bilik itu.Tidak sanggup lagi untuk berlama-lama di situ.

“Wait Qistina. We still not done with our business yet,”suara garau itu berbunyi lagi.

“No Encik Atiqullah.I refuse to had any business with U in any way,”kini dia pula yang membelakangi Atiqullah.Seperti matanya akan buta jika menghadap insan yang berdiri di belakangnya kini.

“Qistina,listen to me please. I really need your professional help in this matter,” kata Atiqullah.

“Awak masih boleh minta bantuan syarikat lain yang berlambak di luar sana.I think they will be more skillful then I am,” dia mula memeluk tubuhnya.Ternyata meluat dengan lelaki itu.

“Qistina, listen here. Dah tak ingat ke moto syarikat awak? ‘The Professional Way of Living’. Inikah yang dikatakan professional?”sinis kedengaran lelaki itu mengutarakan bait-bait perkataan.Qistina mengetap bibir dan merengus kuat sebelum kembali duduk di atas kerusi di situ.Atiqullah tersenyum kecil tanda kemenangan.Ni baru first step,tunggulah steps yang seterusnya Cik Aira Qistina.

Kenapa mesti dia bertemu kembali dengan lelaki ini? Aduh,betullah dalam drama yang dia selalu tengok tu kata,dunia ni kecil sahaja. Macam sekarang ni,dunia terasa kecil je,lelaki yang pernah melukakan hati dia,merobek dan memblender lumat perasaan cinta pada dia sekarang berdiri di hadapannnya malah dia yang terpaksa menghias ruang dalaman rumah lelaki ini.Urghh!!!

         “Cik Qistina,are u even listening?”soalan lelaki itu meyedarkan dia dari lamunan.

          “Yes,im sorry. So,when should I start decorating your house?”tanyanya. Cover beb,cover!

         “Well,since this house is for someone that very special,I think it should be fine if U can start as soon as possible. Lagipun saya nak bagi cepat-cepat pada orang istimewa itu,”entah kenapa tetapi hatinya rasa pedih sangat mendengar Atiqullah menyebut perkataan insan istimewa.

    “So,what type of decoration should I go with? Modern? Classic or something contemporary?” tanyanya.Kau kena professional Qis! Jangan rosakkan imej kau! Ruang banglo dua tingkat itu diperhatikan.Agak luas juga.

     “Its all up to u. I give it a though before but I think I would love if U decorate it based on your idea. Lagipun I don’t mind much as long as sedap mata memandang orang kata,”jawab Atiqullah.


     “Ok then,saya akan buat design dulu kemudian baru saya bentangkan pada encik supaya encik boleh lihat mana-mana design yang dirasakan sesuai,”kata Qistina. Lelaki itu mengangguk. Mereka berpisah dari situ menuju ke destinasi masing-masing dengan pelbagai rasa yang tersirat du sudut hati.


p/s: so sorry sb selalu wat part walaupun untuk cerpen. Maaf Aina tak leh nak terus pos sekaligus. benda ni dah nak siap tapi banyak yg belum complete. Tak ada mood sangat. huhuh.. in sya allah nanti Aina akan cuba siapkan cerpen ni secepat mungkin.

5 comments:

Suha Fasihah said...

Ingtkan novel tadi... Cerpen rupanya... Cpt2 sambung ek... Tak sabar nak tahu cerita lama mereka ;)

Wahh tersembur air dkt laptop!! Ada pengalaman yang lebih kurang mcm tu... He he... Zaman belajar dulu pernah tertumpah air milo dekat keyboard laptop *zaman minum dulu laa... Skrg dah tak minum milo, gantu dgn vico... He he* cepat2 cabut plug laptop and lap laptop guna tisu banyak2... Alhamdulillah laptop berjaya diselamatkan dan masih digunakan sampai skrg ;)

Siti Nurhayati Dollah said...

Biasanya bila menulis, sekali sekala kita ada masalah writing block.. idea ada, mood tak ada. Kadang kadang bila mood ada, idea pulak lari.

Apa pun, teruskan menulis :)

Mummy Rose said...

Salam singgah dn follow sini..
Jemput singgah dn follow http://chocowrappergift.blogspot.com/

Aina Lisa said...

hahahaha..tau x per kak... tengah yok reka cerita tiba2 jer stuck..adoi time tu mmg potong stim...btw Thanks akak Siti Nurhayati Dollah.. Aina dah follow akak tau. ^_^

Mummy Rose Aina dah follow tau...sedap2 coklat yang mummy buat. tunggu Aina habis diet Aina beli.Terliur sangat tapi tengah diet kan sekarang. huhuhu

Nursazlina Azrini said...

Dh baca.tp tergantung.hihi.xde mood eh cik penulis.bila dh ready continue blk yea.time ksh.