THE RUNNING AWAY "PENGANTIN" PART 1
“Emm…letihlah
bu. Semalam banyak sangat kerja yang Qis kena buat,”adunya dengan mata yang
masih tertutup.
“Letih
tak letih,tanggungjawab kita pada Allah kita tak boleh lupakan,”nasihat Puan
Khadijah. Hendak tak hendak dia terpaksa memaksa dirinya bangun dan mengambil
wuduk. Terasa segar saat mukanya bersentuh dengan air wuduk.
“Allahuakhbar,”takbir
diangkat.Betul kata ibunya,tanggungjawab pada Allah mana boleh dilupakan. Tak
berkat hidup ni,walau berjuta malah berbillion sekalipun harta yang kita
ada,tapi kita harus sedar siapa yang memberikan kita semua tu,tak lain tak
bukan Allah S.W.T yang Maha Kuasa,Maha Kaya.
“Sayang,meh
sarapan dulu.Nanti kena gastrik lagi.Gastrik kamu tu teruk,nanti kena masuk wad
lagi,”ujar Puan Khadijah ketika melihat kelibat anak perempuannya menuruni
tangga.Qistina akur,turut sama melabuhkan punggung di atas kerusi di meja makan
dan mula mencapai sudu dan garfu.Puan Khadijah memerhatikan raut wajah
satu-satunya anak yang dia ada bersama arwah suaminya yang telah lama dijemput
Ilahi 10 tahun yang lalu.Walau ramai yang mahu menyunting dirinya namun dia
tidak mahu kerana dia mahu menjaga anaknya yang seorang ini dengan penuh kasih
sayang.
“Bu,Qis
pergi dulu ya,”suara Qistina mengejutkan lamunannya. Dia menyambut huluran
anaknya yang mahu menyalami tangannya sebelum keluar dan terdengar bunyi enjin
kereta menandakan anaknya itu sudahpun bertolak ke pejabatnya.
“Weh
sis,good morning!”sapaan kuat Qistina membuatkan air yang baru diteguk Suha
tersembur. Habis basah skrin komputer dihadapannya.Qistina sudah menekan-nekan
perut menggelakkan Suha.
“Woit
minah sewel! Agak-agak la nak tegur aku.Terkejut siot! Bagi la salam ke apa,ni
main terjah macam tu je!”marah Suha sambil tangannya kalut mencapai tisu di
atas meja.Dilapnya skrin komputer yang sudahpun selamat bermandikan air kopi
khas disembur dari mulutnya pagi ni.
“Lawak kot kau sembur skrin tu.
Macam katak Jiraiya sembur Naruto. Hahahahah… Memang terbaiklah sis. Dahlah,aku
nak gi kat meja aku,”selamba sahaja dia berjalan melenggang ke tempat duduknya.
“Eloklah
tu,menyemak je kat meja aku ni.Tak bagi manfaat lansung,”sela Suha dalam seloroh.Qistina
lansung tidak ambil hati dengan kata-kata Suha kerana dia tahu Suha hanya
bergurau dengannya.Segala perangai Suha sudah ada dalam genggamannya kerana mereka
sudahpun berkawan semenjak 10 tahun yang lepas,semenjak zaman universiti lagi.Cukup
untuk dia mengenali siapa Suha yang sebenarnya.
“Hari
ni kau ada mesyuarat dengan syarikat A.H.H Holdings kan?”Qistina yang leka
menghadap fail di tangan tersentak dengan pertanyaan Suha. Ya Allah!
Macamanalah aku boleh terlupa ni! Setiausaha dia pula cuti hari ni.
Dia
pantas mencapai pergelangan tangan Suha. Dah pukul 10! Temujanji itu pukul
10.30.Memang mati aku hari ni! “Kenapa kau tak gitau aku awal-awal?”kalut dia
mengemas barang yang patut dia bawa.
“Lah,mana
aku tahu.Tu pun mujur aku teringat tau,”Suha sudah pun menuju ke tempatnya
semula.Lah minah ni,merajuk pulak dia.
“Yelah,thanks
tau sayang,”Qistina sempat mencium pipi Suha tanda meminta maaf sebelum dengan
pantas berlari masuk ke dalam lif.
“Woit!
Kalau orang tengok nanti fikir aku ni tak straight lak!”sempat Suha menjerit
kepadanya.Qistina hanya sempat mebalas dengan sengihan. Beberapa pekerja yang
berada di situ turut tersenyum melihat dua orang bos mereka itu dan memang
cukup kenal dengan keakraban mereka.
Nasibnya
agak baik kerana jalan pada hari ini lenggang. “Masih ada 5 minit lagi. Nasib
baik betul aku hari ni.Syukur Alhamdulillah,”ucap Qistina perlahan.
“Ya
cik,ada apa yang boleh saya bantu,”sapa seorang wanita anggun di kaunter
pertanyaan di situ.
“Saya
ada temujanji dengan Encik Muhhammad Atiqullah pukul 10.30 hari ni,”katanya.
“Cik
ni Cik Qistina dari syarikat Indah Design tu ke?”tanya wanita itu lagi.Qistina
mengganguk.Wanita itu bercakap-cakap sebentar di telefon.Entah dengan siapa.
“Cik
Qistina naik lif di sebelah kanan tu ke tingkat 15.Saya sudah maklumkan pada
Encik Atiqullah.”Qistina mengangguk dan menuju ke lif.Setiausaha Encik Atiqullah
yang disebut-sebut oleh penjaga kaunter itu membawanya ke bilik yang
menempatkan Encik Atiqullah.Sebelum masuk dia sempat melihat papan nama di
pintu itu, Muhammad Atiqullah dan dibawahnya menunjukkan pangkat lelaki
tersebut, Chief of Executive Officcer.
Nama itu menyapa ingatannya pada seorang hamba Allah yang dia tidak mahu
ingat. Segera di usir imej insan itu dari hati.
“Owh,dengan
CEO rupanya aku deal hari ni,”desis Qistina perlahan. Ketika dia menapak
masuk,dia terpegun dengan rekaan dalaman bilik itu yang sungguh cantik dan
kemas dengan rekaan rak dari kaca yang memenuhi hampir 80% bilik itu dan reka
bentuk sofa yang kelihatan seperti ditempah khas menarik perhatian.Wah,boleh
gak aku ciplak rekaan bilik ni,heheheh.
“Silakan
duduk Cik Qistina,”suara garau CEO itu berbunyi.Qistina terasa ingin
mencebikkan mulutnya kerana CEO itu hanya menyuruhnya duduk sedangkan CEO itu membelakanginya
jadi dia hanya mampu melihat belakang kerusi yang CEO itu duduki.
Ceh,berlagak.Mentang-mentanglah kau CEO kan? Sekeh baru tahu,Qistna mengutuk
CEO itu berbakul-bakul.Tapi dalam hati jelah.Maunya aku mati dalam bilik ni
kalau aku betul-betul kutuk dia depan-depan.
“Jadi
awaklah ya Nur Qistina Zainatul?”suara garau itu berbunyi lagi menyentakkan Qistna.
“Ya
saya,”ringkas sahaja Qistina menjawab. Kot ye pun pandanglah aku. Tak beradab
tul.
“Saya
sebenarnya mahu awak hiaskan hiasan dalaman satu rumah ni untuk saya,” suara
lelaki itu lagi.Qistina hanya mengangguk walaupun dia tahu lelaki itu tak akan
nampak anggukkan dia.
“Saya
dah tengok web site awak and I think that your interior design idea tu memang
sangat menarik dan saya rasa awaklah orang yang tepat untuk hias rumah ni,”kata
CEO itu lagi,masih dalam posisi yang sama.
“Okay,I
can do it but what about the design that U think will suite the house,”jawab Qistina
tenang.Isk,kenapalah dia ni tak mau cakap depan-depan? Hodoh sangat ke muka aku
ni sampai dia pun tak mau pandang? Rungutnya dalam hati.
“Kalau
macam tu I would like us to straight go there okay?”kata CEO itu lagi sambil
memalingkan kerusinya menghadap Qistina.Qistina kaget melihat insan yang
berdiri di hadapannya.Jantungnya berdetap kuat,seakan mahu pecah dadanya kini. Kenapakah
dia mesti bersua dengan makhluk Allah yang seorang ni?Dia lantas bangun dari
duduk dan berura-ura untuk keluar dari bilik itu.Tidak sanggup lagi untuk
berlama-lama di situ.
“Wait
Qistina. We still not done with our business yet,”suara garau itu berbunyi
lagi.
“No
Encik Atiqullah.I refuse to had any business with U in any way,”kini dia pula yang
membelakangi Atiqullah.Seperti matanya akan buta jika menghadap insan yang
berdiri di belakangnya kini.
“Qistina,listen
to me please. I really need your professional help in this matter,” kata Atiqullah.
“Awak
masih boleh minta bantuan syarikat lain yang berlambak di luar sana.I think they will be more skillful then I am,” dia mula
memeluk tubuhnya.Ternyata meluat dengan lelaki itu.
“Qistina,
listen here. Dah tak ingat ke moto syarikat awak? ‘The Professional Way of
Living’. Inikah yang dikatakan professional?”sinis kedengaran lelaki itu
mengutarakan bait-bait perkataan.Qistina mengetap bibir dan merengus kuat
sebelum kembali duduk di atas kerusi di situ.Atiqullah tersenyum kecil tanda
kemenangan.Ni baru first step,tunggulah steps yang seterusnya Cik Aira Qistina.
Kenapa
mesti dia bertemu kembali dengan lelaki ini? Aduh,betullah dalam drama yang dia
selalu tengok tu kata,dunia ni kecil sahaja. Macam sekarang ni,dunia terasa
kecil je,lelaki yang pernah melukakan hati dia,merobek dan memblender lumat
perasaan cinta pada dia sekarang berdiri di hadapannnya malah dia yang terpaksa
menghias ruang dalaman rumah lelaki ini.Urghh!!!
“Cik
Qistina,are u even listening?”soalan lelaki itu meyedarkan dia dari lamunan.
“Yes,im
sorry. So,when should I start decorating your house?”tanyanya. Cover beb,cover!
“Well,since
this house is for someone that very special,I think it should be fine if U can
start as soon as possible. Lagipun saya nak bagi cepat-cepat pada orang
istimewa itu,”entah kenapa tetapi hatinya rasa pedih sangat mendengar Atiqullah
menyebut perkataan insan istimewa.
“So,what
type of decoration should I go with? Modern? Classic or something contemporary?”
tanyanya.Kau kena professional Qis! Jangan rosakkan imej kau! Ruang banglo dua
tingkat itu diperhatikan.Agak luas juga.
“Its
all up to u. I give it a though before but I think I would love if U decorate
it based on your idea. Lagipun I don’t mind much as long as sedap mata
memandang orang kata,”jawab Atiqullah.
“Ok
then,saya akan buat design dulu kemudian baru saya bentangkan pada encik supaya
encik boleh lihat mana-mana design yang dirasakan sesuai,”kata Qistina. Lelaki
itu mengangguk. Mereka berpisah dari situ menuju ke destinasi masing-masing dengan pelbagai rasa yang tersirat du sudut hati.
p/s: so sorry sb selalu wat part walaupun untuk cerpen. Maaf Aina tak leh nak terus pos sekaligus. benda ni dah nak siap tapi banyak yg belum complete. Tak ada mood sangat. huhuh.. in sya allah nanti Aina akan cuba siapkan cerpen ni secepat mungkin.
Comments
Wahh tersembur air dkt laptop!! Ada pengalaman yang lebih kurang mcm tu... He he... Zaman belajar dulu pernah tertumpah air milo dekat keyboard laptop *zaman minum dulu laa... Skrg dah tak minum milo, gantu dgn vico... He he* cepat2 cabut plug laptop and lap laptop guna tisu banyak2... Alhamdulillah laptop berjaya diselamatkan dan masih digunakan sampai skrg ;)
Apa pun, teruskan menulis :)
Jemput singgah dn follow http://chocowrappergift.blogspot.com/
Mummy Rose Aina dah follow tau...sedap2 coklat yang mummy buat. tunggu Aina habis diet Aina beli.Terliur sangat tapi tengah diet kan sekarang. huhuhu