Seketika Cuma


Dia tersenyum saat lelaki itu mengucup dahinya. Walau jelas terasa tangan lelaki itu yang sejuk seperti ais ketika dia menyambut huluran namun dia tidak kisah. Sekejap sahaja,dia cuma ingin merasa bahagia itu walau hanya seketika cuma.



 Semua saudara maranya sudah pulang ke rumah, cuma yang masih kedengaran di luar adalah suara mak cik dan pak ciknya yang datang dari jauh dan bermalam di rumahnya berborak sakan.Yelah,hanya sekali sekala berjumpa,pasti banyak cerita yang hendak dikongsi. Perlahan dia menapak masuk ke dalam bilik pengantin yang indah berhias,menutup perlahan pintu bilik,tidak mahu mengganggu seorang lelaki yang baru sahaja bergelar suaminya yang nampaknya sedang lena di atas katil. Tuala di dalam almari diambil lalu langkah di atur ke kamar mandi.

            Usai sahaja membersihkan diri,suaminya masih lena di atas katil pengantin.Dia tersenyum kecil,letih benar nampaknya. Sejadah dibentangkan, telekung disarung dan takbir diangkat. Selesai sahaja memberi salam,tangan di angkat,meminta kepada Yang Esa. “Ya Allah,aku bersyukur padaMu dengan nikmat yang telah Engkau kurniakan. Sesungguhnya Engkaulah yang maha mengetahui segala kejadian,terima kasih Ya Allah kerana memberi aku kesempatan untuk merasa nikmat menjadi seorang isteri. Cucurilah rahmatMu dan limpahkanlah rezekiMu kepada kami,”tangan diraup ke muka. Terasa seperti diri diperhatikan lantas kepala ditoleh ke arah katil pengantin, suaminya yang tadi masih lena sudah duduk bersandar di kepala katil.

            “Abang dah bangun? Dah mandi dan solat?”tanyanya. Dipandang wajah kacak suaminya yang nampak tenang namun ada keruh.

            “Semenjak bila pulak aku jadi abang kau ni?”walaupun bukanlah tengkingan yang diberi namun soalan yang ditutur dengan tenang itu menyentap tangkai jantungnnya.Senyuman tetap diukir walau terasa susah benar untuk dia gerakkan otot pipinya.

            “Hehehe..maaf. Dah tu saya nak panggil awak apa ye?”janggal bila terpaksa diutarakan panggilan pertama itu kepada seorang lelaki yang bergelar suami.

            “Panggil nama aku dah cukup.Tak perlu berabang bagai,geli tekak aku. Ha...aku ada benda nak cakap denagan kau ni,”serius nada suaminya.Dia bangun dari duduk,membuka telekung dan disidai di penyidai. Punggung dilabuhkan di birai katil sebelah.

            “Cakaplah Fiz,”pintanya.

“Kau tahukan perkahwinan antara kita ni sememangnya tidak pernah dirancang? Kalau bukan sebab mak we aku buat hal,dalam mimpi pun aku tak hingin nak kahwin dengan kau!”pedih satu persatu ayat itu menghiris hatinya. Air mukanya masih mampu dikawal,sedaya upaya dia cuba berlagak tenang.

“Ya,saya tahu Fiz,”jawabnya perlahan.

“Aku tak pernah bermimpi pun nak kahwin dengan kau! Aku tahu kau pun sama je,kalau bukan disebabkan permintaan mak ayah kau dan juga campur tangan papa dan mama aku,kita tak akan bersatu sekarang ni. Nak jaga air muka konon! Tak memasal je kena kahwin dengan kau,orang yang paling aku benci!”kali ini suara Hafiz sudah naik seoktaf. Dia memandang wajah gadis yang duduk di birai katil di sebelahnya,masih kelihatan tenang. Nur Aimanina,seorang gadis yang dikenalinya semenjak kecil lagi kerana ayah dan ibunya bekerja sebagai orang gaji dan tukang kebun di rumahnya. Disebabkan gadis ini selalu cemerlang dalam bidang pelajaran membuatkan dia selalu dimarahi olah papa dan mamanya kerana tidak mampu bersaing dengan anak orang gaji dan oleh kerana itu timbul perasaan benci pada gadis ini. Sekarang terpaksa pula dia berkahwin dengan gadis ini kerana teman wanitanya yang sepatutnya berkahwin dengan dia melarikan diri ke luar negara dengan alasan masih tidak bersedia. Ah!!! Tension aku macam ni!

“Maafkan saya Fiz,kalau bukan kerana puan sri yang bersungguh-sungguh meminta saya untuk berkahwin dengan awak,memang saya tak akan bersetuju tapi puan seri kata,hanya saya yang mampu menyelamatkan maruah keluarga awak jadi saya terpaksa menerimanya,”Aimanina bersuara perlahan.

Menyirap darah Hafiz mendengar jawapan Aimanina. “Oh,jadi kau ingat sekarang ni mama akulah yang terhegeh-hegeh nak suruh kau kahwin dengan aku?!”entah bila Hafiz sudahpun berdiri di hadapan Aimanina dengan muka bengis. Aimanina terkejut,terasa kering darahnya melihat muka bengis Hafiz,walaupun sudah banyak kali dilihat sebelum ini ketika mereka membesar bersama tetapi dia tidak pernah dapat mengelak dari berasa gerun.

“Bukan macam tu tapi saya cakap benda yang betul,”semangat dikumpul,bukan sengaja dia mereka cerita. Takut kerana salah dan berani kerana benar! Itu prinsipnya.

Menjerit dia saat rambutnya dicekak kuat oleh tangan kekar Hafiz. Mukanya ditarik supaya menghadap muka Hafiz.“Kau dengar sini baik-baik, sampai terpisah nyawa aku dari badan pun aku tak akan anggap kau sebagai isteri aku.Kau nak tahu kenapa? Sebab kau memang tak layak lansung!! Huh!!” kepalanya di tolak kasar sebelum suaminya keluar dari bilik.Pintu bilik dihempas kuat. Air mata yang mengalir keluar dikesat perlahan. Sabar Aimanina! Inilah yang kau terpaksa hadapi kerana mendahulukan kepentingan diri kau,bisiknya perlahan.

Majlis sambut menantu tidak dibuat atas permintaan Hafiz dan dia tahu kenapa.Hafiz malu kerana dia bukan wanita pilihan Hafiz.Tak apalah,dapat kahwin dengan Hafiz pun dah cukup bertuah untuk dirinya. Selepas dua minggu berada di rumah mertuanya,mereka berpindah ke kediaman Hafiz di Setapak. Segala-galanya dilakukan secara berasingan atas arahan Hafiz dan dia tidak dibenarkan menghubungi Hafiz kecuali atas hal kecemasan sahaja.
************************************************************************************************
Hafiz bersantai di tepi kolam renang,memikirkan kehidupannya. Sudah sebulan dia mengahwini seorang perempuan bernama Nur Aimanina.Dia menutup mata,membayangkan wajah Aimanina yang mulus tetapi selalu pucat.Sakitkah dia ataupun itu sememangnya warna kulitnya? Walau sebenci mana pun dia pada Aimanina,kini tembok kebencian itu sedikit demi sedikit makin mencair. Teringat hari pertama mereka hidup di sini,apabila dia mahu ke tempat kerja, sarapan sudahpun terhidang di atas meja dan apabila pulang,makan malam juga sudahpun siap terhidang.Tapi kerana keegoannya sebagai lelaki,dia lansung tidak menjamah sedikit pun masakan Aimanina namun hanya satu permintaan Aimanina yang menyentuh hatinya.Permintaan Aimanina di muka pintu utama,sebelum dia keluar bekerja. “Hafiz,saya tahu Hafiz benci sangat pada saya tapi saya cuma mahu pinta satu perkara ini je,izinkan saya salami tangan Hafiz setiap hari sebelum Hafiz pergi kerja.” Tidak sampai hatinya mahu menolak permintaan tulus Aimanina lalu dihulurkan juga tangan.Terasa sejuk sahaja hatinya saat bibir isterinya mengucup tangannya.Cepat sahaja dia menepis perasaan itu.

“Ah..Hafiz! Jangan kau jadi bodoh sebab perkara-perkara sekecil itu. Kan kau dah janji dengan diri sendiri,tak akan sekali-kali terima dia jadi isteri kau? Hafiz bermonolog sendiri. Matahari yang memancar terik mebuat badannya berpeluh-peluh.Dia bingkas dari kerusi malas dan terjun ke dalam kolam renang,menyegarkan tubuhnya dan juga otaknya yang berserabut.

Dia mengeliat perlahan.Terdengar guruh di luar,menandakan hari mahu hujan.Tidak lama kemudian kedengaran titis-tits hujan jatuh menimpa atap rumah.Hafiz membuka jendela,mahu melihat titis-titis hujan membasahi bumi. Terkaku dirinya seketika melihat Aimanina sedang duduk di birai kolam renang,menyelup kedua-dua kakinya dan di dalam hujan! “Gila apa budak ni duk dalam hujan?!” omelnya. Cepat dia keluar dari bilik,menuruni anak tangga dan mencapai payung sebelum keluar menuju ke kolam renang.

“Kau buat apa kat sini dalam hujan ni? Nak demam ke?!”marahnya sambil memayungi Aimanina.Aimanina mendongok melihat suaminya dengan wajah memerah.Ah..Hafiz kalau marah mesti muka dia merah.

Aimanina tersenyum,kali pertama melihat Hafiz mengambil berat tentangnya. “Saya saje je nak duduk dalam hujan.Dah lama tak mandi hujan. Hafiz janganlah hiraukan saya,kejap lagi saya masuk dalam,”ucapnya. Hafiz berang.

“Dah! Jangan mengada boleh tak? Masuk sekarang!”lengan Aimanina ditarik,menyuruh perempuan itu bangun. Aimanina menurut sahaja.

“Dah,pergi mandi nanti demam.Susahkan aku pulak!”dia meninggalkan Aimanina di dalam bilik Aimanina sebelum melangkah keluar mahu menuju ke biliknya di sebelah.

“Care jugak ye Hafiz kat saya. Terima kasih,”ucap Aimanina sebelum sempat Hafiz jejak keluar dari biliknya.

Hafiz hanya mencebik. “Bukan care tapi kalau kau sakit nanti menyusahkan aku je!”Jawabnya sebelum terus berlalu pergi.Aimanina hanya tersenyum sambil memegang lengannya tempat di mana Hafiz menyentuhnya tadi.
************************************************************************************************
Hafiz yang leka menonton tv menjeling ke arah Aimanina yang berada di sofa di hadapannya dan kemudian mata mereka berlaga,seperti biasa senyuman diukir.Cepat sahaja dia kembali mengalih pandang ke arah tv.Hafiz pelik dengan perangai Aimanina semenjak dua menjak ni.Walaupun dia tahu Aimanina suka tersenyum tapi sekarang senyuman itu tidak pernah lengkang dari bibir dan begitu juga dengan handphone.24 jam di tangan. Bukan dia cemburu tetapi dia tertanya-tanya dengan siapakah dia bermesej? Lah..yang aku sibuk nak tahu pasal dia kenapa? Haus la pulak. Hafiz bingkas bangun dari duduk dan menuju ke dapur. Dituang air ke dalam gelas dan meneguknya.

‘Klik’ kedengaran seperti bunyi gambar diambil.Dia memandang Aimanina yang berada di hadapan tv,masih dengan posisi seperti tadi.Ah..mungkin perasaan aku je.Selesai sahaja minum dia terus daki anak tangga menuju ke bilik kerjanya. Baik aku buat kerja aku dari aku duk fikir pasal perempuan tu.
************************************************************************************************
Aimanina melangkahkan kaki ke dalam restoran mewah itu.Seorang waitress mendapatkannya. “Cik Zurina,”kata Aimanina.

“Mari saya tunjukkan mejanya cik,”Aimanina mengikut langkah waitress itu.

“Fresh orange,”pesannya dan waitress itu berlalu pergi.

Aimanina merenung wajah wanita anggun di hadapannya.Jauh beza dengan dirinya yang nampak kolot.Dia menunggu wanita itu membuka mulut. “Kau ni isteri Hafiz kan? Kenapa kau asyik duk hantar email kat aku? Banyak pulak tu and another thing,kau dapat mana email aku?”tanya wanita itu bertalu-talu.Banyak sungguh perempuan ini hantar email padanya,meminta mahu bersua muka.Akhirnya kerana rimas dan juga perasaan ingin tahu kenapa,akhirnya dia mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia dan bertemu mata dengan perempuan ini.

“Saya harap cik Zurina tidak tergangu dengan perjumpaan ini. Maafkan saya kerana curi masa cik Zurina. Saya sebenarnya mahu meminta sesuatu dari cik Zurina,”satu persatu ayat diaturkan dengan berhati-hati.

Zurina tersentak. “Kau datang ni mesti Hafiz yang suruh kan?! Mesti semua email-email tu pun Hafiz yang suruh kau hantar kan?” Sudah melengking tinggi nada suara Zurina.Beberapa orang pelanggan di meja yang berdekatan berbisik sesama mereka. Zurina bingkas bangun dari duduknya. Tiada masa dia untuk mendengar hal yang tidak berfaedah!

“Eh,bukan. Saya datang ni sebab diri saya sendiri. Boleh tak kalau cik Zurina dengar dulu semua penjelasan saya?”pinta Aimanina bersungguh-subgguh. Zurina memerhatikan wajah mulus Aimanina,terselit rasa simpati melihat wajah itu. Dia kembali duduk.Aimanina mengukir senyum.

“Saya harap cik Zurina boleh kembali pada Hafiz.”katanya pendek.

“Apa? Kan dia dah kahwin dengan kau? Apasal pulak aku kena balik dengan dia pulak?” ada kerutan di wajah Zurina.Dah tak betul agaknya isteri Hafiz ni.

“Sebabnya Hafiz masih tidak dapat lupakan cik Zurina.Tiap-tiap malam dia sebut nama cik Zurina dalam mimpi.”kata Aimanina.Dia selalu mendengar Hafiz memanggil-manggil nama Zurina dalam mimpinya.Dia amat pasti tentang itu kerana hampir setiap malam dia duduk di luar pintu bilik Hafiz. Kalau Hafiz tahu pasal ni maunya aku dihamun,tapi hanya dengan cara tu aku rasa macam aku tidur di sebelah Hafiz.

“Jadi kau nak aku kembali pada dia? Aku tak suka bermadu walaupun aku akui aku masih ada perasaan pada dia.” Katanya lagi. Walaupun dia lari di hari perkahwinannya dengan Hafiz tapi sekarang dia sudah menyesali perbuatan pendek akalnya itu.

“Tak apa,pasal madu cik Zurina tak payah risau. In Sya Allah cik Zurina tidak akan bermadu dengan saya. Pasal perkahwinan saya,mesti cik Zurina sudah tahu kan? Atau paling tidak cik Zurina mesti boleh agak bagaimana perkahwinan kami?”tanya Aimanina. Lama Zurina diam melihat wajah Aimanina.Tenang sahaja wajah itu.Tiada perasaankah perempuan ini hinggakan melibatkan suami sendiri pun dia boleh setenang ini?

“Kau boleh jamin ke Hafiz akan terima aku balik setelah apa yang aku lakukan pada dia?” Masih musykil dia bertanya.

“Yang tu cik Zurina hanya perlu serahkan pada saya tetapi saya yakin yang Hafiz akan terima cik Zurina kerana dia masih tidak mampu lupakan cik. Kalau boleh kita makan bersama-sama ye malam ni?”pintanya. Demi kebahagiaan Hafiz,dia harus berusaha dan nampaknya usahanya sudah pun membuahkan hasil. Dia sudah merasa bahagia dengan mengahwini Hafiz walaupun dia tidak dicintai dan kini tiba masanya dia pulangkan kembali apa yang dipinjamnya.

“Nak makan malam bersama buat apa lagi? Sekarang ni aku rasa dah cukup perbincangan kita,”dia menolak.

“Bukan,maksud saya malam ni saya mahu cik Zurina datang makan di rumah saya. Ini alamat rumah saya. Malam ini saya mahu pertemukan cik Zurina dengan Hafiz. Mesti dia gembira,”Aimanina tersengih. Terbayang wajah Hafiz yang riang,bertemu semula dengan kekasih lama. Zurina menyambut cebis kertas itu.
************************************************************************************************
“Hafiz,boleh tak kalau malam ni Hafiz makan malam dengan saya?” terdengar suara itu meminta di corong telefon.

“Aku ada meeting dengan clientlah malam ni,”sengaja alasan diberi. Malas dia mahu bersetuju. Makin naik lemaklah pulak perempuan ni.

“Tolonglah ye Fiz.Kawan saya nak datang malam ni.Please,”pinta Aimanina lagi.Amboi..siap bawak kawan lagi.Ini sudah lebih!!

“Siapa suruh kau bawak kawan masuk rumah aku hah?!”suaranya sudah naik tinggi.

“Maaf Fiz,tapi dia nak sangat datang rumah awak.Tolonglah ye,sekali ni je.Saya janji,”mendayu-dayu suara itu meminta.Hafiz mengeluh,entah kenapa cair pula hatinya mendengar permintaan Aimanina.

“Yelah,”pendek sahaja jawapannya sebelum terus dia tamatkan panggilan sebelum sempat mendengar apa lagi yang diperkatakan oleh Aimanina.

“Hafiz,naik mandilah dulu ya. Saya dah hidangkan makan malam dah. Kawan saya pun dah tunggu dah tu,”kata Aimanina yang menyambutnya di muka pintu.Dia terus sahaja menonong ke bilik tanpa menoleh ke mana-mana lagi.Tapi sesuatu terdetik di hatinya.Kenapa Aimanina memanggilnya Hafiz? Bukan ke kalau depan orang lain Aimanina akan memanggilnya abang? Ah..mungkin kawannya sudah tahulah tu kot.

Siap sahaja mandi dan bersiap ala kadar,dia terus menuju ke dapur namun langkahnya mati saat melihat ‘kawan’ Aimanina. “Hai sayang,dah lama kita tak jumpa,”tegur Zurina.

Hafiz melihat sekeliling,kelibat Aimanina lansung tidak kelihatan. “Apa U buat kat sini?”Hafiz melabuhkan punggung di hadapan Zurina.

“U mesti tak makan lagikan? Let’s eat while we discuss about this,”Zurina menyedukkan nasi untuk Hafiz.Hafiz hanya diam.
************************************************************************************************
            Dia menyelam beberapa saat sebelum timbul di permukaan air. Titis-titis hujan membasahi dirinya. “Ah..dah hujan. Kau pun tahukan perasaan aku langit,” bisiknya sendiri sambil merenung langit yang gelap. Sudah hampir setengah jam dia berenang di dalam kolam renang ini sambil melepaskan perasaannya.

            “Kau mandi hujan lagi? Memang cari penyakit betullah kau ni!”bebel Hafiz yang bercekak pinggang dengan tangan kanan memegang payung.Aimanina hanya tersengih.

            “Saya suka mandi hujan.Sejuk je rasa. Mandi hujan pastu berenang dalam kolam ni.Terbaik!”Aimanina mengangkat ibu jari.

            “Dah..makin mengarut pulak kau ni! Otak dah biollah tu berendam lama sangat. Cepat masuk!”Hafiz menghulurkan tangan.Mahu menolong Aimanina keluar dari kolam renang.

            “Tak nak! Tak puas lagi mandi!”Aimanina menggelengkan kepala.

            “Dah!! Jangan nak buat keras kepala. Tengok bibir kau tu,dah biru tau tak? Cepat naik,”arah Hafiz. Aimanina menghampiri Hafiz,menyambut huluran tangan itu namun belum sempat Hafiz menariknya,dia terlebih dahulu menarik Hafiz sekuat hati.

            “Weh...Warghh!!!”gedebush!!!! Hafiz basah lencun.Aimanina ketawa terkekek-kekek.
            “Gilalah kau ni!”marah Hafiz.

            “Hahahaha..saya nak suruh Hafiz rasa best tak berendam sambil mandi hujan,”Aimanina masih ketawa.Hafiz hanya menggelengkan kepala.Sudah tidak tahu lagi nak layan si Aimanina ni macam mana.

            “Dah,naik.Kita kena bincang,”arah Hafiz sebelum keluar dari kolam renang. Aimanina tersenyum lagi.Mengesat air yang mengalir keluar dari matanya,yang bercampur dengan air hujan.
            Dia mengesat rambutnya hingga kering dan dibiarkan lepas sebelum menuruni anak tangga,menuju ke ruang tamu.Kelihatan Hafiz sedang duduk dengan selesa di atas sofa dengan majalah di tangan.Dia tersenyum melihat wajah ceria Hafiz.Berita baiklah tu.Dia ke dapur membancuh coklat panas dua mug sebelum kembali ke ruang tamu.Mug dihulurkan kepada Hafiz,berdebar dadanya takut jika Hafiz menolak.Dia mengeluh lega di dalam hati bila Hafiz menyambut.Dia melabuhkan punggung di atas sofa di hadapan Hafiz.Suasana masih bisu.Dia tidak tahu mahu buat apa hanya meneguk coklat panas itu perlahan-lahan.Hafiz memerhatikan isterinya,cantik memang cantik tapi entah kenapa susah untuk dia menerima.

            “Kenapa kau buat semua ni?”hah...akhirnya bersuara juga,desis hati Aimanina.

            “Saya buat ni untuk awaklah,”tulus sahaja jawapan diberi.

            “Aku tak minta pun kau buat sampai macam ni,”Hafiz masih tidak puas hati dengan jawapan Aimanina.

            “Walaupun awak tak minta tapi saya faham apa yang awak nak. Mesti sakit,pedih kalau tak dapat bersama dengan orang yang kita cintai pulak-pulak kalau kita memang sayang dia sangat-sangat,”berkerut dahi Hafiz mendengar ayat yang dituturkan oleh Aimanina.

            “Macam ada pengalaman je,”perli Hafiz.Aimanina tersenyum cuma.

            “Tak la.I just try imagening being in your shoes.It will be quite painful. So,bila saya perlu pergi minang dia?”muka diceriakan. Namun dalam diam bibir diketap perlahan,menahan sebak.
            “Wah..semangat kau ye.Sabar dulu,kena bagitahu family aku dulu.Lagipun kena consider juga perasaan family kau,”kata Hafiz.

            “Baik awak cepat sebelum masa tamat,”dia terasa mahu sahaja menampar bibirnya yang celupar.

            “Masa? Masa apa pulak yang tamat ni?”semakin pelik Hafiz dengan gelagat Aimanina.

            “Yelah,masa tawaran saya nak gi minang cik Zurina untuk awaklah.Nanti dah habis tempoh tawaran,saya dah tak nak tau gi minang untuk awak,”Aimanina tersengih nakal.Hafiz hanya menggelangkan kepala dengan sikap nakal Aimanina.
************************************************************************************************
            “Awak,saya nak guna printer kat bilik kerja awak kejap boleh tak?Printer saya rosaklah,”pinta Aimanina yang terjengul di sebalik pintu utama.

            “Okay,”jawab Hafiz yang sibuk membasuh kereta di luar rumah.Aimanina mendaki tangga ke bilik kerja Hafiz.

Hafiz membuka folder pada pendrive yang masih melekat di laptopnya.Dia pasti mesti Aimanina terlupa untuk ambil pendrive itu selepas mengguna printernya.Dia menekup mulut melihat isi folder itu.Semua gambarnya.Semua!! Gambar dia tidur,di kolam renang,ketika cuci kereta,sampaikan gambar menguap pun ada! Memang stalker betullah Aimanina ni! Patutlah dia selalu terdengar bunyi macam orang ambik gambar.Kalau ye pun suka kat aku janganlah stalk aku sampai macam ni. Eh? Dia suka aku ke? Dia menutup folder itu. Kemudian tetikusnya menekan satu video di sebelah folder berisi gambarnya.Terpegun seketika dia melihat tayangan slide gambarnya dari hari perkahwinan hinggalah semalam. Dia hayati lirik lagu latar video itu. Kenapa lagu ni sedih sangat? Lagu apa ni? Kedengaran tapak kaki menghampiri bilik itu,cepat sahaja dia memangkah video itu dan menutup laptop.Kertas kerja di dalam laci dicapai.

            “Maaf,saya tertinggal pendrive tadi.Saya nak ambil balik,”terjengul Aimanina di balik pintu.

            “Oh,ye ke.Tak perasan pulak. Ambillah,”kata Hafiz perlahan.Aimanina berjalan ke arah Hafiz dan mencabut pendrive yang melekat di laptop Hafiz. Hatinya lega kerana Hafiz seperti masih tidak menyentuh laptopnya.

            “Awak..”tegur Aimanina.

            “Ya...ya saya?”jawab Hafiz gugup. Apasal tetiba bersaya pulak aku ni. Ahh..sudah!

            “Kenapa awak baca dokumen tu terbalik?”tanya Aimanina lagi dengan senyum di bibir.Hafiz sudah kalut.

            “Oh..ni nak check ada kesalahan ejaan.Method baru,”ah..bantai jelah!

            “Owh...ye ke? Nanti saya pun nak cuba jugaklah method ni,”entah tulus atau perli jawapan Aimanina,Hafiz tidak dapat tafsir.Tapi selepas Aimanina keluar tiada kedengaran gelak Aimanina.Hafiz mengeluh lega,harap-harap Aimanina percaya.

            Dia meletak dokumen di tangan ke atas meja.Aimanina suka aku ke? Kalau dia tak suka aku kenapa dia ambik gambar candid aku banyak giler? Tapi kalau dia suka aku kenapa dia cuba satukan aku semula dengan Zurina? Ah!! Pening-pening! Baik aku jangan fikir,lantak dialah kalau nak suka aku ke,apa ke tapi yang pasti aku memang sayang kat Zurina sangat-sangat dan aku tak nak orang lain. Full stop!
************************************************************************************************
Dia tersenyum melihat wajah suaminya yang sedang lena di atas sofa di hadapan tv. Mungkin menyambung tidur selepas keluar berjogging pagi tadi selepas Subuh.Rutin Hafiz setiap hujung minggu.Dikucup perlahan dahi Hafiz,tidak mahu Hafiz terjaga.Tak memasal je makan penampar sebijik curi-curi cium anak teruna orang.Alahai..suami aku juga dan bakal jadi suami orang lain.Tak apa,sebelum jadi suami orang lain nilah kena ambik kesempatan.Hehehe....Sayangnya pada Hafiz tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Semenjak kecil lagi dia sudah jatuh cinta pada Hafiz walaupun  dia tahu Hafiz benci padanya.Dia belajar bersungguh-sungguh kerana bila dia dewasa nanti,dia mahu masuk universiti sama dengan Hafiz,dia mahu bekerja di syarikat keluarga Hafiz. Dia juga simpati apabila melihat Hafiz selalu dimarahi oleh papanya kerana keputusan akademik mereka yang jauh berbeza.Tapi sayangnya semua impiannya tidak tercapai kerana selepas Hafiz habis sekolah,dia dihantar belajar ke luar negara dan dia pula hanya mampu melanjutkan pelajaran di universiti tempatan dan kemudian dia memilih untuk tidak bekerja di syarikat keluarga Hafiz setelah mendapat tahu yang Hafiz mungkin akan menguruskan syarikat cawangan luar negara.Cintanya musnah apabila mendapat tahu Hafiz bakal berkahwin dengan pilihan hatinya dan apabila sahaja mendapat tahu kekasih Hafiz yang sepatutnya menjadi pasangan Hafiz lari,dia terus sahaja bersetuju menjadi pengantin perempuan apabila diminta oleh mama Hafiz.Ah...takdir kehidupan.Sungguh tidak boleh dijangka. Kamera yang berada di dalam poket baju diambil,dia tersenyum lagi.

            Hafiz membuka matanya.Masih tercium lagi perfume yang dipakai oleh isterinya.Dia menggosok dahinya,tempat Aimanina cium. Mahu kemanakah isterinya hujung minggu begini? Hafiz segera bingkas dan mencapai kunci kereta di atas meja. Dia harus ambil tahu!

            “Nina sure ke tak mahu jalani pembedahan tu?”tanya Ezma. Aimanina mengangguk.Ezma ini adalah kawannya ketika menuntut di UIA.Ezma mengambil jurusan medik manakala dia ambil jurusan perakaunan,sama dengan kekasih hati Ezma,Lissa.Dia berkawan dengan Lissa dan disebabkan itulah dia boleh kenal Ezma.Dia merenung taman permainan itu yang penuh dengan kanak-kanak. “Kenapa Nina? Walaupun mungkin peluangnya 50-50 tapi selebihnya kita serahkan pada Allah dan selebihnya kita usaha,”nasihat Ezma lagi.

            “Aku dah dapat apa yang aku hajatkan dan aku bersyukur kerana Allah beri aku peluang untuk menjadi isteri pada seorang Adam yang aku hajati.Ini dah cukup untuk aku.Aku pinjam dia kejap je dan dah tiba masanya aku pulangkan dia pada yang lebih berhak sebelum masa aku tamat,”ucap Aimanina tenang.Ezma hanya mampu mengeluh.Kawannya yang seorang ni kalau sudah tekadkan hati memang tak boleh dipujuk.

            Hafiz menumbuk stereng kereta kuat.  “Walaupun aku tak pernah anggap kau isteri aku tapi tak bermaksud kau boleh keluar sesuka hati degan jantan! Betina sial!!” jerit Hafiz dalam kereta.Dia melihat tingkah pasangan itu yang kelihatan mesra berbual. Aku tak patut beri perempuan macam ni peluang! Muka je innocent,rupa-rupanya nak tutup hati kau yang busuk tu! Siallah!!!!!
************************************************************************************************
            Dia memasak semua lauk kegemaran Hafiz setiap hari walaupun dia tidak tahu samada Hafiz akan menjamah semua itu atau tidak.Jika nasibnya baik Hafiz akan makan bersamanya tetapi kebanyakan masa,dia makan seorang diri tetapi yang pasti dia rasa berpuas hati dapat menjalankan tanggungjawab sebagai isteri walau untuk seketika cuma. Dia menunggu kepulangan Hafiz. Kedengaran enjin kereta di luar rumah,tidak lama kemudian pintu utama terbuka. Cepat sahaja dia berlari anak menuju ke pintu.

“Nur dah masakkan makan malam. Fiz mandilah dulu ya?”katanya walaupun tiada respon dari Hafiz. Briefcase di tangan Hafiz cuba diambil namun cepat sahaja direntap.

“Tak perlu berlagak jadi isteri mithali bagai. Aku makan kat luar dengan Zurina. Ada aku suruh kau masak? Kau makan jelah sorang-sorang. Lagi satu,tolonglah jangan senyum je,naik meluat aku tengok!”katanya tanpa perasaan sambil langkahnya laju sahaja menuju ke tangga.

“Nur senyum sebab gembira tengok abang je.”sempat lagi Aimanina menjawab perlahan. Kang kalau cakap kuat-kuat tak memasal je kena marah sebab menjawab. Dulu perangai Hafiz macam dah berubah mesra sedikit dengan dia tapi kini nampaknya perangai Hafiz sudah kembali sama seperti dulu.Ah..biarlah. Siapalah aku ni,lansung tidak layak untuk dia.
************************************************************************************************
Handphonenya berdering berkali-kali. Jenuh sudah dia reject. Sudahlah sedang meeting dengan client penting. Nanti balik nanti tahulah nasib kau Aimanina. Hatinya merengus. “Thank you sir for your co-operation.We will make sure to give full comitment in this agreement,”ucap Hafiz sebelum bersalaman dengan clientnya.Dia mengiring clientnya hingga ke lif. Baru sahaja dia mahu melangkah masuk ke bilik,setiausahanya memanggil.

“Encik Hafiz,encik ada satu pesanan.”katanya.

“Pesanan? Dari siapa? Kalau dari Nur Aimanina,abaikan je,”katanya sebelum mahu kembali melangkah.Badannya sungguh penat sekarang.

“Bukan Encik Hafiz,”kata-kata setiausahanya menghentikan langkah kakinya. “Perkara ini melibatkan seorang perempuan bernama Nur Aimanina juga tetapi bukan dari dia,ini pesanan dari Hospital Kuala Lumpur,”dada Hafiz sudah mula berdegup kencang.
************************************************************************************************
“Jadi doktor,isteri saya tak boleh hidup lamalah?Is she going to die?” Dia bertanya. Jantungnya tidak henti-henti berdegup kencang semenjak mendapat berita yang Aimanina pengsan di pejabat dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.

            “Dahulu kami menjangkakan isteri encik hidup selama 6 bulan tetapi nampaknya tempoh itu sudahpun lebih dari jangkaan tapi nampaknya keadaan isteri encik semakin teruk. But now we can’t confirm it yet because it was the matter of time. Kami sudah syorkan kepada puan Aimanina supaya jalani pembedahan membuang tumor itu tetapi dia menolak dengan alasan peluang untuk dia hidup adalah sangat tipis. I think now you should value your  time,”kata doktor itu,menepuk bahu Hafiz dan berlalu pergi. Hafiz terduduk di situ,menekup mukanya dan melepaskan perasaan yang terpendam.

            “Isk...mak jangan risaulah.Nur tak ada apa-apalah.”terdengar suara Aimanina bercakap dengan mak dan ayahnya yang datang melawat selepas mendengar berita tentang keadaan Aimanina di dalam wad.Hafiz hanya mengintai dari luar.Aimanina,waktu sebegini pun kau masih boleh mengukir senyum? Sekuat manakah hatimu? Mak Aimanina tersenyum melihat telatah Aimanina yang ceria.

            “Mak nak pergi beli makanan kejap ye,nanti mak balik,”kata mak Aimanina dan keluar dari bilik itu.

            “Fiz,kenapa tak masuk?”tegur mak Aimanina.

            “Fiz tak kuat mak tengok Nur macam tu,”jawab Hafiz terus terang.Mak Aimanina mengajak Hafiz duduk di bangku berdekatan.

            “Mak dah tahu ke kenapa dengan Nur?”tanya Hafiz sekadar menduga. Jika betul mak mertuanya tidak tahu,dia berkira-kira mahu berbohong tentang keadaan Aimanina.Fikirnya itulah yang terbaik.Namun semua perkiraannya berkecai apabila mak mertuanya mengangguk.

            “Mak terjumpa report kesihatan dia dalam laci almari baju dia.Mak dengan ayah dah tahu lama pasal ni tapi kami tak nak Nur tahu yang kami tahu pasal penyakit dia sebab kami tengok dia sedaya upaya cuba sembunyi dari kami.Dia tak pernah tunjuk yang dia sakit.Mungkin dia tak mahu kami bersedih.Tiap-tiap malam kami berdoa agar Allah beri kesempatan untuk Nur sembuh,”air mata mula bergenang di pelupuk mata mak Aimanina.

            “Nur selalu cakap kat mak nanti dia besar dia nak kahwin dengan kamu. Dia kata dia kena belajar sungguh-sungguh,nanti nak masuk universiti sama-sama dengan kamu,nak sama taraf dengan kamu.Kalau dia tak kerja besar macam kamu,macam mana dia nak kahwin dengan kamu nanti.”mak Aimanina tersenyum sambil mengesat air matanya yang jatuh di pipi.Terkenang telatah Aimanina ketika kecil dahulu. Hafiz yang mendengar hanya diam,menahan air mata dari tumpah. Nampaknya selama ini dia hidup penuh dengan tanggapan yang salah tentang Nur Aimanina.

“Dia kesal sangat sebab tak sempat jumpa kamu time kamu berlepas ke luar negara. Dia kata dia nak ambil gambar kamu sebab nanti dia mesti rindu kat kamu.Dia siap pergi rumah kawan dia lagi nak pinjam kamera tapi sayang,bila dia balik je kamu dah tak ada. Pastu haritu seharian dia duduk dalam hujan,”kini terdengar esakan mak Aimanina.

“Kenapa dia duduk dalam hujan mak?”tanya Hafiz.Bila mak Aimanina sebut tentang hujan,teringat pula tabiat Aimanina yang suka duduk dalam hujan.

“Dia tak suka tunjuk perasaan dia depan orang,sebab tu kalau dia nak nangis dia akan nangis dalam hujan.Bila mak cik marah,dia jawab sambil senyum kata dia suka mandi hujan tapi mak cik dah tahu dah,”mak Aimanina mengesat air mata yang tumpah.Hafiz menekup mulutnya,kini satu persatu kenangannya bersama Aimanina terlakar di fikiran.Kenapa Aimanina ambil gambarnya banyak-banyak.Kenapa Aimanina suka mandi hujan lama-lama.Kenapa Aimanina sanggup cari Zurina balik untuknya.Kenapa dan mengapa. Semuanya terjawab kini. Air matanya gugur jua.

“Bila dia ambil keputusan untuk ganti pengantin perempuan,banyak kali mak tanya dia betul ke dia setuju dengan semua ni? Dia kata tak apa,dia sanggup buat apa je untuk bahagiakan Hafiz,lagipun dia pinjam semua ni untuk sementara je,”suara mak Aimanina sudahpun tenggelam timbul. Air mata Hafiz semakin laju menuruni pipi.Ya Allah,bersalahnya aku pada Aimanina.Teringat semua kata-kata Aimanina untuknya.

‘Baik awak cepat sebelum masa tamat,’tergiang-giang ayat itu di telinganya. Sekarang mengertilah dia semua kata-kata Aimanina.

“Mak,Fiz masuk jumpa Nur jap ye,”pinta Hafiz.Mak Aimanina mengangguk.

“Nur,”seru Hafiz.Aimanina yang ralit bercakap dengan ayahnya mengangkat kepala dan seperti biasa senyuman terukir di wajahnya.Ayah Aimanina keluar dari bilik itu,memberi ruang pada pasangan itu.

“Hai awak,”tegur Aimanina.Hafiz duduk di atas katil,di sebelah Aimanina. “Kenapa ni awak?”Aimanina pelik dengan sikap Hafiz. Hafiz merenung wajah Aimanina lantas tubuh itu dipeluknya. Aimanina paham,Hafiz sudah tahu tentang keadaan dirinya.

“Kenapa Nur rahsiakan semua ni dari abang?”tanyanya selepas pelukan dilepaskan.

“Biarlah,lagipun cukuplah selama 6 bulan ni Nur pinjam cinta abang sekejap,dapat rasa hidup dengan abang.Kalau Nur pergi sekalipun Nur tak ada rasa menyesal dah,”Aimanina merenung wajah Hafiz yang sembab disebabkan menangis. “Allah bagi Nur pinjam abang kejap dari Zurina dan sekarang dah sampai masa untuk Nur pulangkan abang kembali.Cuma kalau boleh Nur nak abang kahwin dengan Zurina lepas Nur dah pergi sebab Nur tak sanggup nak dengar abang lafazkan cerai depan Nur,”kata Aimanina sambil tersenyum walaupun matanya sudahpun berair.

“Ya Allah Nur,jangan cakap macam tu.Abang tak akan ceraikan Nur.Nur,please have that operation.”pujuk Hafiz.Dia memeluk erat tubuh kecil itu.Kini barulah dia dapat rasa betapa kurusnya isterinya.Ya Allah,kejamnya aku,ketika isteri aku yang Engkau kurniakan bertarung dengan sakit seorang diri,aku bersikap pentingkan diri sendiri,lansung tidak tahu bersyukur.

“Untuk apa abang kalau Nur tidak mampu ingat semua memori yang kita lalui bersama,Nur mungkin tidak mampu ingat siapa abang,keluarga abang and the worst I may be paralyzed,I will be a great burden for you,”kini air matanya tumpah jua, mendedahkan perasaannya yang sebenar.

“Its okay,abang akan mampu tanggung semuanya.Abang akan mampu hadapi semuanya.Abang rela korbankan diri abang jika itu yang diperlukan,”semakin erat tubuh Aimanina dipeluk.Hafiz meleraikan pelukan dan merenung wajah pucat itu. “Please,”pintanya.Lama Aimanina terdiam.

“Okay,tapi abang kena janji satu perkara dengan Nur,”kata Aimanina.Hafiz mengangguk. “Tak kira apa pun yang berlaku,jika Nur pergi dahulu sekalipun,abang akan terus pandang ke hadapan dan teruskan hidup abang,jangan kenangkan perkara yang dah lepas.Kembangkan generasi abang.Janji?”pinta Aimanina.Hafiz mengangguk.Aimanina tersenyum.
************************************************************************************************
2 tahun kemudian:

“Hai sayang,comotnya dia makan,”Hafiz mencium pipi kanak-kanak perempuan yang sedang makan sambil disuap oleh Zurina.

“Lambat balik harini? Dari tadi lagi I tunggu tau sampai Lina pun dah lapar,”kata Zurina. Hafiz hanya tersengih sambil mengagah Lina yang berada di atas ribaan Zurina.

“Biasalah kerja banyak kat pejabat. U dah makan ke?”tali leher dilonggarkan.Rimas pula.

“Of courselah belum lagi. U pegang Lina jap,I nak hidang makan,”Lina berubah kedudukan.

“Hai Fiz,baru balik ke? Orang kat dapur nun dah merajuk dah.Janji pukul berapa balik pukul berapa,”kata mama Hafiz yang muncul dari dapur dengan dulang di tangan.Hafiz hanya mampu tersengih.Habis aku.

“Pegang Lina jap ma,nak gi mulakan misi kejap,”sekali lagi Lina beralih tangan.Mama Hafiz hanya tergelak.

Pinggangnya dipeluk dari belakang.Dia sudah tahu siapa tapi sengaja tidak dihiraukan. “Sayang,abang minta maaf ye.Abang bukan sengaja tapi abang kena deal dengan client dari UK tadi tu yang lambat tu,”pujuk Hafiz. Tangannya yang sedang melakukan kerja diambil oleh Hafiz, “Lagipun abang tersekat dalam jam tadi sebab abang pergi ambil something yang abang tempah khas untuk isteri kesayangan abang sempena anniversery kita yang ke tiga ni,”sebentuk cincin berukir indah disarung ke jari manis Aimanina.Aimanina tersenyum.

“Nur tak minta pun abang beli barang-barang mahal ni untuk Nur.Cukuplah kalau abang ada di sisi Nur sentiasa.Terima kasih abang kerana sanggup bersusah payah kembalikan memori Nur,sanggup bersabar dengan keleteh Nur selama ini dan yang paling penting sentiasa bersama Nur hadapai masa susah,”Aimanina mengalih tubuh menghadap suaminya.Tangannya memeluk pinggang Hafiz.

“Abang tak kisah,lagipun untuk isteri abang yang tercinta juga.Abang pernah hampir kehilangan Nur dulu dan cukuplah sekali tu abang lalui pengalaman pahit tu.Abang sayang Nur sangat-sangat bukan untuk seketika cuma but will always be until my last breath,”satu kucupan hinggap di dahi Aimanina sebelum beralih ke hidung dan mahu hinggap di bibir sebelum...

“Ya Allah,berasmaradana pula dia kat sini.Kami dari tadi lagi tunggu kat luar nak makan.Hai..nampaknya Lina bakal dapat adiklah tahun ni,”kuat suara mak Aimanina menegur dari belakang mengejutkan Aimanina dan Hafiz.Terdengar ketawa dari tetamu yang sudah sedia menunggu di meja makan.Merona merah wajah Aimanina.Mereka kemudiannya menuju ke meja makan di mana kedua-dua keluarga berkumpul dan turut dijemput Zurina dan suaminya untuk bersama-sama menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga.


P.P.S: Alhamdulillah,siap juga cerpen yang memang banyak idea keluar dalam otak tapi tangan malas nak taip. Sambil taip sambil tengok citer Naruto. Selepas lama menunggu untuk cerpen ni dikeluarkan di p2u akhirnya Aina ambil keputusan untuk publish di blog aina je.Hehehe...harap kawan-kawan suka cerpen Aina ni.Kalau ada persamaan dengan mana-mana cerita mungkin kebetulan sebab Aina tak ada ciplak mana-mana cerita dan sememangnya 100% idea Aina. Komen yang membina amatlah diharapkan.Kalau boleh komen dekat post ni sebab Aina nak tahu juga improvement yang Aina boleh buat untuk karya-karya Aina. --- ^_^ salam sayang ^_^

Comments

Unknown said…
Best tapi ingat kan aimanina meninggal
TheMimoZ said…
Serius sedih. . Nak nagis ..Terbaikk sangat ..

Popular posts from this blog

KAU CINTA PERTAMA DAN TERAKHIR

CINTA SANG PENGEMIS BAH. 1