Lukisan Cintaku
“Wahhh…handsome
betullah dia ni,”mataku sudahpun terbuntang melihat gambar seorang jejaka yang
sememangnya idaman aku. Fir atau nama sebenarnya Firsha merangkap teman baik
aku dan juga roomate aku dan juga teman sekuliah aku yang sedang membaca novel
di sebelah terkedu. Banyak pula pangkat Fir ni.Fir,kau patut berbangga sekarang
dengan pangkat-pangkat kau tu.
“Shah,kau
cakap ape? Kau puji laki tu?”Fir sudahpun berada di sebelah aku.Aku memandang
wajahnya,mengangguk. “Unbelievable! Shah Aina yang selama ni susah nak puji lelaki,malah nak
pandang makhluk tu pun susah tiba-tiba memuji mereka? Kau demam ke ni?”telapak
tangan dilekapkan di dahi aku kemudian sebelah lagi di dahinya.Nak membezakan
suhu badan kitorang,manalah tahu kalau aku ni demam.
“Kuang
ajo! Mentang-mentanglah aku tak berapa minat dengan kaum tersebut kau kata aku
sampai macam tu sekali? Aku bukan tak berminat tapi aku cuma mengelakkan dari
bercinta,kan kita tengah belajar sekarang ni,”alasan tipikal aku setiap kali
benda macam ni diungkitkan. Fir sudah membuat mimik muka,faham sangat dengan
alasan aku tu.Aku cuma tersengih,menampakkan gigi yang tersusun rapi.
“Pape
jelah kau punya alasan lapuk zaman Parameswara lagi.Meh aku tengok jejaka
manakah yang menjadikan mulut kawan baik aku ni ringan memuji makhluk Allah
yang dia tak berapa nak pandang sangat tu,”Fir memandang skrin laptop yang
berada di atas riba aku. Mulutnya terlopong.Aku sudah tersenyum bangga.
“Shah!!!!”jeritan
lantang Fir yang mengalahkan pontianak harum sundal malam tu mengejutkan ibu
kucing serta anak-anaknya sekali yang sedang tidur di balkoni luar.
******************************************************************************
“Kau tahu tak boleh dia gi puji lukisan dalam internet?
Punyalah aku ingat dia puji sape.Alih-alih lukisan dari negara China mana entah
yang dia pergi ambik,”kecoh mulut Fir bercerita. Walaupun kafe sekarang ni
sangat bising dengan suara-suara pelajar lain namun Fir tetap Fir,suaranya
mampu mengalahkan kebisingan itu.Kan aku dah cakap,kalau bertanding dengan
pontianak harum sundal malam,menangis pontianak tu. Aku di sebelah cuma
tersengih ke arah kawan-kawan aku yang mana juga ada pangkat sebagai antara
kawan baik aku,Lissa dan Erah. Mereka yang sememangnya sudah faham dengan
perangai aku cuma mampu mengelenggkan kepala.
“Alah,takkan kau tak tahu lagi perangai dia tu. Memang
susah sangat nak suruh anak mata dia tu tengok keindahan ciptaan Allah yang
bernama kaum Adam,”kata Lissa yang sedang enak menjamu selera dengan mee
goreng.
“Hish,aku takut dia tak kahwin je nanti.Erm…Shah,”perlahan
pulak suara Fir kali ni.Mukanya sudah bertukar serius.
“Apa,”jawab aku ringkas.Buku Introduction To Macroeconomy
masih menjadi fokus utama.
“Kau bukan lesbian kan? Aku takutlah..”belum sempat Fir
habiskan ayat, hampir semua mata-mata pelajar yang ada di kafe menumpukan
perhatian pada aku apabila aku menjawab dengan lantang menggunakan ayat ini;
“Woii!! Agak-agaklah cakap aku lessy!”naik empat oktaf
suara aku. Memang aku pantang kalau ada orang cakap aku lesbian,aku cuma tak
berapa minat dengan kaum lelaki tapi tak bermakna aku minat perempuan.Erah yang
ada di hadapan aku tersedak.Pantas jari telunjuk diletakkan ke bibirnya tapi
itu sudah terlambat. Aku yang sedar hampir semua mata memandang aku cepat-cepat
mengemas buku dan bangun.
“Aku ada kelas,”bagitahu aku dan keluar dari kafe
sepantas mungkin. Sebenarnya aku tak ada kelas pun tapi aku….Malu beb,malu!!
Demi menutup malu aku,baik aku pergi library.Lagipun dari aku balik bilik dan
buat kilang tahi mata,ada baiknya aku gi library baca buku,tuntut ilmu.Kan
Rasulullah S.A.W ada bersabda,tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad.Chewah…sejak
bila lak aku pandai cakap camni nih.
Aku meletakkan beg serta buku aku di meja yang kosong
sebelum berlalu ke rak buku. Buku Financial Accounting aku capai sebelum kembali
ke meja.Nak buat latihan sikit,nak bagi otak ni tak berkarat,lagipun nak
kekalkan pointer aku tu. Sedang aku ralit membuat latihan yang ada dalam buku
tersebut,aku dah mula rasa traffic jam dalam neuron-neuron otak aku a.k.a dah
jem! Beg di sebelah sekali lagi aku buka.Hah…jumpa pun.Aku ingat aku dah
tertinggal tadi. Aku buka balutan Cocopie coklat hitam berserta marshmellow
yang sedap itu.Tapi sebelum tu kanan dan kiri aku pandang,bukan apa dalam
library manalah boleh makan!Setiap kali aku masuk library,benda alah ni mesti
ada.Heehehehe..Isk..teruk betul perangai pelajar yang ni sorang. Cocopie itu
aku gigit sedikit sebelum kembali meneruskan latihan yang tergendala
tadi.Sebenarnya aku tak minat sangat makan benda manis-manis macam ni tapi ni
semua sebab terpengaruh la ni.Aku memang minat giler baca anime serta manga dan
dalam manga Death Note,watak utama dia,L ada cakap kalau makan makanan manis
boleh jadi bijak.So,aku cuba try dan buatlah. Hahahah…kadang-kadang berhasil
jugak.Isk..tu semua sebab usaha kau sendiri la Shah. Dah,fokus pada latihan tu!
Hampir dua jam aku berada dalam library yang sejuk
mengalahkan musim salji kat Korea, akhirnya aku melangkah keluar. Jam di tangan
aku pandang,sudah pukul 3.30.Aku singgah sekejap di vending machine,nak beli Hundred
Plus.Nak kembalikan bendalir badan yang hilang sebab buat latihan akuan
tadi.Haha..ni pun terpengaruh dengan iklan gak ni. Baru je aku buka penutup tin
air di tangan aku dan belum sempat pun aku nak teguk tiba-tiba..
Buk!!! Seseorang melanggar aku. Habis air Hundred Plus tu
mengenai jacket yang dipakainya. Aku hanya mampu memandang dengan sayu tin Hundred
Plus yang sudahpun menyembah bumi dan bergolek ke dalam longkang.Air aku!!
Jeritku,tapi dalam hati jelah.Perasaan geram mula menguasai diri.Tak sempat
lagi tahu tak aku nak minum air tu!
“Mata tu letak kat lutut ke kat mana sampai saya yang
sebesar-besar alam ni nak jugak langgar?
Air tu saya tak sempat lagi minum tahu tak?!”marahku.Makhluk di hadapan aku ini
aku pandang. Disebabkan makhluk ini kaum lelaki menambahkan lagi tahap
kemarahan aku. Mulut masih lagi ingin meng‘fire’ budak ini yang mana tinggi aku
hanya setakat bahu dia je tapi aku tak kisah.Dia ni nampak macam sebesar
Plankton je yang dalam citer Spongebob dalam mata aku sekarang. Namun aku
terkedu saat melihat wajah si pesalah di hadapan aku yang cemas.Mata aku yang
bulat aku gosok.Tak percaya dengan apa yang aku lihat.Mata,kau jangan nak wat
aku berhalusinasi lak lepas Hundred Plus aku masuk longkang tadi!
“Maaf cik saya tak sengaja,”suara garaunya berbunyi.Mukanya
jelas memperlihatkan rasa bersalahnya.Ya Allah,betul ke apa yang aku lihat
sekarang ni? Lukisan dalm internet semalam tu berhantu ke sebab sekarang
ni,manusia yang berada di hadapan aku ni sangat seiras dengan lukisan tu! 100%
sama,tak ada cacat cela lansung! “Cik,are U okay?”tangannya dilambai-lambai di
hadapan wajah aku.Aku yang ralit melihat wajahnya tersedar.Isk Shah,pandang
wajah anak orang sampai macam tu sekali!
“Yes.Hah,back to our business.Kenapa langgar saya yang
sebesar alam ni? Habis tumpah air saya tau tak,”sekali lagi kemarahan aku
meledak.Aku perasan yang sebenarnya dia kena lagi teruk dari aku.Habis jacket
hitamnya basah terkena air Hundred Plus aku yang sememangnya masih full tu.
“Sorry miss,I am in rush,I have class now and I already
late. So,apa yang patut saya buat? Saya minta maaf sangat.Awak nak saya ganti
balik ke air awak tu?”soalnya cemas sambil beberapa kali melihat jam di
tangan.Kesian pulak aku tengok dia ni.Tak pelah,lagipun berapa sangatlah harga
air tu.
“It’s okay.But be careful next time okay.”pesanku.Dia
mengangguk dan tersenyum.Aku yang melihat hampir pitam.Ya Allah,inilah kali
pertama aku perasan dengan keindahan ciptaan mahkluk-Mu Ya Allah.Baru je aku
nak beredar,sekali lagi dia memanggil aku.
“Cik,boleh tak kalau saya nak minta tolong?”tanyanya.Aku
bagaikan terpukau,mengangguk bersetuju. “Boleh tak kalau cik tolong pegang
sekejap jacket sy ni sebab jacket ni dah basah jadi saya tak selesa nak pakai
ke kelas,”pintanya.Aku sudah membulatkan mata.Terkejut dengan permintaan
mendadaknya.Mereng ke apa dia ni? Tapi kasihan pulak aku tengok,dahlah dia buat
‘puppy-eyes’ dah tu. Akhirnya sekali lagi aku mengangguk bersetuju.Selepas dia
menyerahkan jacket itu pada aku dan berlari ke kelasnya,aku mula merasakan
tindakan aku ini sangat bodoh.Shah! Kau lupa nak minta nombor handphone dia! Ya
Allah,nanti camne aku nak pulangkan jacket dia ni? Adoilah~
******************************************************************************
“What?! Aku tak percayalah.There is no handsome boy here,in
our campus like him. Aku rasa kau berhalusinasi lah weh,”itulah komen Fir bila
aku ceritakan pasal kejadian tu. Mungkin ke aku sebenarnya berhalusinasi sebab jacket
tu ada dengan aku nun dekat penyidai luar.Aku siap basuh lagi dan paling tak
boleh blah aku guna sabun mandi Lux aku tu sebab jacket tu ada brand.Jenama
Dunhill kot,takut aku nak basuh dengan sabun biasa.
“Entahlah Fir,aku pun tak tahulah.Nantilah kalau aku
jumpa dia lagi aku ambik gambar pastu aku tunjuk kat kau ek.Tak pun kalau aku
kahwin dengan dia aku tunjuk kat kau,”kali ni tawa aku meledak kuat.Fir di
sebelah sudahpun menyekeh kepala aku.
Selesai sahaja solat Maghrib berjemaah dengan Fir,handphone
aku yang sudah seminggu tidak berbunyi di atas meja tiba-tibe berdering.Fir
yang sedang membaca Al-Mathurat menegur, “Mesti mak kau kan?” aku cuma
tersengih.Fir pun sudah tahu,memang handphone aku susah nak berbunyi kecuali
kalau keluarga aku yang call.Aku ke balkoni luar,tidak mahu menganggu bacaan Fir.
“Assalamualaikum,helo,”sapaku.
“Waalaikumussalam.Boleh saya bercakap dengan Aina ?”balas
suara di sana.Hampir terlepas genggaman handphone di tangan aku.
“Yes,speaking.”Balasku ringkas.Cuba menahan debar di
dada.Aku cam suara jejaka yang dalam diam sememangnya sudahpun mencuri hati aku
semalam.Petang tadi aku ada pergi library dan menunggu sekejap di ‘tempat
kejadian’ semalam pada waktu yang sama namun tak ada pula kelihatan dia.
“Saya lelaki yang langgar Cik Aina dua hari lepas.Nama saya Haikal Lee Abdullah. Boleh
tak kalau kita jumpa esok kat depan library.Saya nak ambil jacket saya tu.Maaf
ye menyusahkan Cik Aina pula,”katanya.Owh,nama dia Haikal Lee.Eh?
Mualaf ek dia? Patutlah muka dia macam tu.
“Okay.Esok saya habis kelas pukul 2.30.Pukul 3 boleh tak
sebab saya nak ke masjid dahulu,”pintaku.Selepas menyatakan persetujuan
masing-masing aku mengucapkan salam dan menekan butang merah pada badan
handponeku.Segera aku berlari ke bilik,mahu menceritakan apa yang baru sahaja
berlaku pada Fir.
******************************************************************************
Aku berjalan dengan lengang kangkungnya ke tempat yang
dijanjikan semalam.Lagipun baru sahaja pukul 2.45.Dari jauh aku sudah nampak
jejaka idaman aku sedang menunggu dengan buku ditangan.Hah,dia pakai spec hari
ni? Wahai Haikal Lee Abdullah,kenapalah kau ni diciptakan handsome sangat?
“Assalamualaikum,”sapaku padanya. Dia mengalih perhatian
dari buku di tangan dan mengukir senyuman saat pandangan mata kami bertemu.
“Waalaikumussalam.Jemput duduk Cik Aina ,”dia mengesot
sedikit ke kanan, memberikan aku lebih ruang untuk duduk.Aku membuat isyarat
tangan menolak pelawaan dia.Walaupun dia menjadi lelaki pujaan aku dan berjaya
mengetuk pintu hatiku yang selama ini tertutup rapat,dipatri serta dimanga
namun aku tidak betah untuk duduk satu kerusi dengan kaum ini.Bukan aku
menyombong tidak tentu hala tetapi aku cuma menjaga batas-batas pergaulan aku
sahaja agar tidak tersasar.
“Ni jacket awak.Saya dah basuh air Hundred Plus tu takut
nanti rosak lak jacket awak tu. Maaf sebab tumpahkan air atas awak,”even tu
salah kau,tapi yang ni sambung dalam hati jelah.Aku lihat dia hanya tersenyum
dan mengangguk sambil tangannya menyambut beg kertas yang aku hulur.
“Thanks awak.By the way,should we have lunch together?
Saya belum makan lagi.Kelas padat sangatlah,”katanya.Ada nada mengharap dalam
bicara itu.Aku termenung sebentar,mulut ni ringan sahaja nak menolak sebab
selama ni aku tak pernah keluar dengan mana-mana lelaki kecuali abang aku empat
orang tu. “Please.Think it as for your Hundred Plus yang tak sempat awak nak
minum tu,”aku tersenyum cuma mendengar kata-katanya.Mukanya berubah sangat
ceria apabila aku mengangguk.
“Tapi makan dekat kafeteria jelah ye.Saya tak biasa
keluar berdua dengan bukan muhrim saya,”aku meminta.
“No hallah,”katanya.
Hubungan aku dan insan yang bernama Haikal Lee Abdullah
menjadi semakin rapat.Aku berkawan bukan kerana dia sangat menyerupai lukisan
itu ataupun bukan juga kerana dia kaya tetapi hanyalah kerana aku selesa dengan
sikapnya.Matang dan peramah membuatkan aku cukup selesa berada di
sisinya.Menjerit Fir saat melihat Haikal“Memang sebijiklah macam lukisan
tu.Patutlah kau nak kawan dengan dia,”bisiknya nakal dan mendapat cubitan
percuma dari aku.Hadiah istimewa.
Sedang aku menelaah di dalam perpustakaan, tiba-tiba
handphoneku bergetar menandakan ada mesej diterima.Aku menekan keypad,membuka
mesej. ‘Jmpa aku kat tmpt biasa.Pkul 3 ptg nnti.Dont b late,’mesej dari Haikal rupanya.Aku
menjeling jam di tangan,lima minit lagi nak pukul 3.Lantas aku mengemas buku
yang berselerak dan mula bergerak menuju ke tempat yang selalu kami luangkan
masa bersama.
Dari jauh aku sudah melihat dia duduk di atas rumput
membelakangi aku,menghadap tasik.Jiwang la pulak dah dia ni,pehallah nak jumpa
aku.Dahlah panas harini,rungutku dalam hati. “Aina ,”serunya tanpa memandang aku.Aku
yang baru berjalan terjingkit-jingkit bak biawak nak curi ayam tersentak.
“Alaa..baru
je nak bagi surprise.Berlakonlah sikit kau terkejut.Hah,panggil aku Aina lagi,dah banyak kali aku cakap panggil aku
Shah,”aku turut melabuhkan punggung di sebelah Haikal “Ni apahal ni kau nak
jumpa aku? Kau ada prob ke?”tanyaku.Aku memandang wajahnya yang masih merenung
tasik.
“Aina
…”panggilnya perlahan.Memang tak makan saman,aku cakap banyak kali suruh
panggil Shah pun dia bo layan je.Isk.
“Apa?”aku
jawab juga panggilannya.Kang merajuk tak memasal aku nak memujuk.
Kali
ini dia sudah mengalih perhatiannya.Muka aku dipandangnya macam tak pernah
tengok manusia.Sekeras-keras hati aku,masih ada lagi perasaan segan kalau orang
duk tenung aku macam nampak aku ni macam sushi ke apa. “Aina ,”sekali lagi Haikal
menyeru nama aku.Semakin menghampiri di mana aku duduk.Aku mengesot ke
belakang.Bro,kau jangan apa-apakan aku.Ingat aku tak tahu ke camne nak belasah
lelaki? Sepak je kat tuuttt dia,terus rebah.
Baru
sahaja aku mahu blah,tiba-tiba dia melutut di hadapan aku.Nasib baik tak ramai
orang hari itu.Kalau tak memang aku ambik MC seminggu,bukan sebaba sakit tapi
MC= malu cangat punya cuti. Haikal menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan
satu kotak berbentuk hati bewarna biru.Hati aku sudah tidak keruan.Peluh dingin
mula memercik. “Shah Aina binti Shah
Kamaruddin,sudikah awak menjadi isteri saya?”ucapnya satu-persatu.
Aku pun terima dengan terharunya dan kami pun berkahwin
lalu hidup bahagia selama-lamanya.Huh? Not even in million years! Ingat aku ni
perempuan barat ke apa sampai berlutut bagai lamar aku. “Sorry,I
decline,”kataku dengan jelas dan kuat.Wajah Haikal pada masa itu aku sudah
tidak tahu bertukar warna apa.Turqouise kot.Dia bingkas bangun dari berlutut
bak putera zaman Ratu England tu.
“B..Bu..but why?”tanyanya. Aku merenung wajah kacak di
hadapan aku ini.Okay,pembetulan,aku mendongak melihat wajah kacak itu.
“Sorry Haikal. Bukan aku tak mahu tetapi aku masih
belajar lagi and aku ada cita-cita yang aku mahu gapai sebelum aku akhiri zaman
bujang aku.Lagipun Haikal,aku cuma anggap kau sebagai kawan baik aku je.Believe
me,there are lot and lots of girls outside that thousand times much better than
me.Kau punya segalanya,jadi mencari seseorang yang sempurna buat kau bukan satu
masalah.”berhati-hati aku menuturkan ayat.Aku tak mahu melukai jiwa
sesiapa.Bukan sikap aku mahu mainkan perasaan orang.
Aku perasan ada linangan air mata di tubir matanya namun
aku harus kuatkan hati.Aku tak mahu menjadi lemah dan aku harus tetap dengan
pendirian aku.Jika aku mahu berjaya,aku harus berpegang teguh dengan prinsip
hidup aku. “Aku tak mahu orang yang sempurna tapi aku mahu hidup dengan orang
yang aku cinta,”katanya perlahan.Aku tersentak.Hatiku diruntum pilu.Maafkan aku
Haikal,tapi aku perlu kejar cita-cita aku dulu.Bukan aku tidak suka sama
kau,tapi sekarang bukan masa untuk aku bermain cinta.
“I will make u love me and u can’t even breath if I’m not
by your side.I will leave Malaysia tommorow as I need to take care my fahter’s
company in UK maybe for three to four years.”Aku tersentak.
“Kau tak cakap apa-apa pun kat aku?”aku sedikit marah.Aku
ni tak penting ke dalam hidup dia hingga perkara sebegini penting tidak
dimaklumkan pada aku.
“Sebenarnya kalau kau terima lamaran aku,aku juga mahu
turut sama bawa kau bersama but seems
like your heart still locked tightly.But don’t worry,aku akan buka hati kau
bila aku pulang nanti kerana kunci pada hati kau hanya ada pada aku,”katanya
lembut.Aku terdiam mendengar kata-katanya.Kelu lidah. “So,seems like I need to
bid farewell now.Take care of your health and yourself.Jangan selalu tak makan
okay.I love u and I will always be,”selepas mengucapkan salam dia melambai
sambil mengukir senyum walau aku tahu pahit senyuman itu.Setelah dia semakin
menjauh barulah air mata aku perlahan-lahan gugur.Aku akhirnya teresak sendiri
di situ.
******************************************************************************
Aku akhirnya berjaya mengenggam segulung Ijazah Sarjana
Muda Perakaunan setelah tiga tahun bersusah payah,berhempas pulas dengan
buku-buku dan formula-formula yang sangat memeningkan kepala.Walau sebulan
sudah aku grad tapi aku lebih suka goyang kaki sahaja di rumah.Nak melepaskan
rindu aku pada rumah.Sebenarnya alasan je semua tu.Aku masih malas mahu memikul
tanggungjawab mencari kerja walau papaku mendesak supaya aku bekerja di
syarikatnya dan mama sudah bising suruh aku bekerja. ‘Jangan jadi anak dara
pemalas,nanti tak laku,’tulah kata-kata mama apada aku tapi aku wat tak tahu
jek.Hinggalah suatu hari abang sulungku pulang dari kerja dengan muka ceria
yang amat.Adalah benda tu.
“Shah!”aku yang sedang syok menonton TV sambil mengunyah
kerepek pisang yang aku beli kat kedai runcit depan rumah aku menyeringai.
“Pedihlah siot!”marahku.Yelah,manusia mana yang tak marah
kalau kena tampar kat lengan dek tapak tangan sebesar tapak kaki gajah tu.Maaf
ye gajah,sabitkan nama kau pulak.
“Alolo..janganlah marah.Abang long ada berita baik sioot
untuk adik bungsu daun keladi abang ni.Kawan abang yang kerja dekat Lee
Holdings kata ada tawaran kerja untuk akauntan kat sana.Apa lagi,grab this
opportunity!”penuh semangat abang aku bercerita.Aku hanya membuat muka
toya,lansung tidak berminat dengan berita itu.
“Hah apa lagi Shah! Mama nak kau pergi interview tu,”mama
yang entah muncul dari mana tiba-tiba bersuara. “Bila tarikh temuduga tu?”tanya
mama pada abang long.Aku sudah nampak tanduk abang long tumbuh atas
kepala.Dengki la tu tengok aku duk goyang kaki je,tak leh tengok orang senang
sikit.
“Esok ma,”jawab abang long sambil merampas mangkuk berisi
kerepak dariku.Aku mendengus marah.
“Mama nak Shah gi temuduga tu.By hook or by crook,”alamak
mama dah kuarkan idioms dia dah.Nampaknya aku terpaksalah akur.Aku
perlahan-lahan mengangguk.Abang long di sebelah sudah tersengih-sengih
kemenangan.
Tepat pukul 8 aku sampai di perkarangan syarikat Lee
Holdings.Wah,besar jugak ye bangunan dia.Aku menilik jam di tangan,alamak! Aku
dah lewat.Temuduga itu sepatutnya bermula pukul 8 tepat.Aku segera mengambil
fail yang mengandungi resume serta perlbagai lagi sijil-sijil penting dan
berlari ke pintu utama syarikat itu dengan high-heels 4 inci! Abang long cakap
temuduga tu dekat tingkat 4,so aku nak kena ambik lif ni.Aku berlari lebih laju
kerana mahu mengejar lif yang hampir tertutup sebelum tiba-tiba aku merempuh
seorang lelaki yang berbadan jauh lebih besar dari aku yang datang entah dari
mana.
Suasana tiba-tiba menjadi sunyi.Aku pelik,tadi bukan
kemain lagi bising,ni nape tiba-tiba sunyi plak? “Ehem,”suara garau milik
seseorang berbunyi.Aku mendongak.Ya Allah,aku dalam pelukan lelaki ini. Muka
aku masa tu tak payah cakaplah,rasa macam nak je menyorok dalam pasu bunga
besar bapak dia yang ada kat lobi tu.Malu giler weh,dahlah semua orang tengok
aku.Yang nak tekan lif tadipun terus tak jadi tekan.
“Maaf encik,maaf.Saya nak cepat,nanti saya lewat pulak
temuduga. Nanti saya belanja kopi lain kali ye,”kataku tanpa melihat ke
mukanya.Alah,kalau aku tengok muka dia pun bukan aku cam sebab cermin mata
hitam yang dia pakai. Aku cepat-cepat memboloskan diri ke dalam lif dan menekan
butang 4.
Setelah setengah jam menunggu,akhirnya giliran aku tiba
jua.Aku masuk dengan konfidennya namun konfiden itu hilang serta merta kerana
si lelaki yang aku langgar setengah jam yang lepas turut sama menjadi panel
penemuduga. Matilah aku kali ni,bisik aku dalam hati.
“Apa yang membuatkan awak berminat untuk menjadi
setiausaha sedangkan awak ada degree dalam perakaunan?”soal salah seorang panel
penemuduga,memakai baju kemeja kotak-kotak dan memakai cermin mata.Sekilas
pandang macam ustaz pun ada.Aku sempat melihat nama di name tag yang tersangkut
di kocek bajunya,Fazran.
“Eh? Ye ke? Haihs,saya kena tipulah ni.Abang saya kata
temuduga ni untuk jawatan akuntan,”aku berterus terang. Membuat muka sedih sedangkan dalam hati sudah bersorak
gembira.Bolehlah aku sambung cuti boleh sebulan dua lagi kat rumah aku
tuh.Yuhuu..sudah terbayang aku landing atas sofa depan TV sambil makan ais-krim
Baskin Robin.
“Jadi,kalau diberi kesempatan mendapat jawatan ini,awak
rasa mampu ke untuk melakukannya dengan baik?”lelaki yang aku langgar itu
bersuara.Isk,dalam office pun nak pakai spek hitam.Bukan panas pun.Sempat lagi
aku mengutuk.
“Insyaallah,setiap tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan
pada saya akan saya lakukan dengan sepenuh tanggungjawab kerana bila tanggungjawab
itu diserahkan pada saya bukan sahaja mereka mengamanahkan saya dengan kerja
tersebut tetapi juga dengan kepercayaan mereka sekali,”berapa banyak
tanggungjawab daa.Orang lain masuk setengah jam baru keluar,aku ni masuk tak
sampai lima belas minit dah keluar. “Kalau cik berjaya,kami akan hubungi cik
dalam masa sebulan dari sekarang,”itulah yang mereka katakan pada aku sebelum
aku menapak kaluar.Aku cuma memberikan senyuman,semua orang tak tahu,cuma aku
je yang tahu,itu adalah senyuman gembira sebenarnya.Hahahaha….walaupun time aku
keluar dari bilik temuduga,ada calon-calon yang masih belum ditemuduga
memberikan aku senyuman sinis tapi aku tak kisah pun.Aku lagi happy kalau tak
dapat kerja ni.Hahahhaha…gelak jahat.
Setelah
sebulan menunggu dengan penuh ‘sabar’,akhirnya aku mendapat panggilan dari
syarikat Lee Holdings menyatakan aku berjaya mendapat jawatan tersebut. Aku
rasa ‘gembira’ bukan kepalang dan mereka meminta aku mendaftarkan diri
esok.Menjerit mama bila aku ceritakan perkara ini padanya dan yang menjadi
masalah sekarang ini adalah papa aku.Papa mesti merajuk kalau dia tahu aku nak
kerja kat syarikat lain.Adui,tak apa.Pandailah aku tackle papa,lagipun abang
aku tu boleh tolong aku slow talk dengan papa.Tak ada hallah!
“Okay,”aku
terkedu bila papa memberikan persetujuan dengan sepantas kelajuan cahaya
bergerak.0.2 saat je! Tak sempat habis mukadimah pun aku cerita.Abang aku yang
empat orang lagi tu hanya tersenyum.Pehal lak diorang ni,senyum camni biasanya
ada makna.Aku malas nak amik pusing dan menyuapkan nasik aku yang masih berbaki
di pingan ke dalam mulut.
Aku
memulakan kerja aku sebagai setiausaha pada CEO syarikat Lee Holdings yang mana
aku lansung tak tahu yang itu adalah kerja aku.Aku mengemas meja serta
menyediakan kopi.CEO masih belum sampai kerana jam baru menunjukkan pukul
8.45,biasanya pukul 9 barulah dia akan masuk ke pejabat.Aku duduk di meja aku sambil
mendengar mp3 yang memang tak lekang dari aku.
Aku
hampir pengsan bila melihat lelaki semalam yang aku rempuh itu yang menjadi bos
aku. Spek hitam masih tersungging di mukanya.“Masuk bilik saya sekarang,”pesannya
sebelum masuk ke dalam biliknya.Ni mesti nak marah aku ni,tak pun nak karate
aku ke. Walau dengan pelbagai andaian yang bermain dalam fikiran aku ni namun
aku gagahkan jua melangkah masuk ke dalam biliknya,sempat aku capai pen dan
buku nota kecil.
“Sebelum
awak kerja,awak diwajibkan menandatangan surat perjanjian ini,”dia hulurkan
dokumen itu pada aku. Aku hanya membaca beberapa syarat am pada nombor 1 dan 2
je. Malaslah nak baca semua,ada dekat dengan 100 lebih peraturan dan syarat am
dia,tak kuasa aku nak baca.Lenguh anak mata nak baca semua. Erk? Leh lak camtu?
Ah,gasaklah. Hahahahah…. Aku turunkan tandatangan pada ruang yang disediakan.
“Jadi,dalam
masa dua bulan dari sekarang,saya akan hantar rombongan meminang cik kiah ke
rumah awak dan dua minggu selepas itu kita akan diijabkabul,”katanya sebaik
sahaja aku menyerahkan kembali dokumen tersebut. Hampir nak terkeluar mata aku
mendengar katanya.
“What?
Pardon me?”aku seperti menyuruhnya mengulang kembali apa yang
dikatakan.Yelah,dah dua minggu aku tak korek telinga.Manalah tahu aku tersalah
dengar ke.Tak pun aku berhalusinasi ke.
“Read
rules number 85,”dia menyerah kembali dokumen yang sudah siap aku
tandatangan.Aku mengambil dokumen itu dan membaca syarat yang ke 85.
85.
Haikal Lee Abdullah merangkap CEO syarikat Lee Holdings akan menghantar
rombongan meminang ke rumah Cik Shah Aina bt Shah Kamruddin dua bulan dari
tarikh dokumen ini dimenterai perjanjiannya dan dua minggu selepas itu,majlis
ijabkabul di antara Haikal Lee Abdullah dan Cik Shah Aina akan dilansungkan.
Aku
kena tipu!! Wait,what? Haikal Lee Abdullah? “Haikal ?” aku memanggil namanya. Dia
tersenyum dan menanggalkan cermin mata hitam pada mukanya.Wajahnya masih sama
macam dulu,lansung tidak berubah malah semakin hensem.Baru sekarang aku
perasan,mungkin syarikat ini juga sempena nama dia,Lee Holdings.Kenapalah aku
tak perasan sebelum ni?
“Yes
Aina ,this is me.I have been waiting for u for three years for now.I think this
is the right time for me to make u mine forever.In halal way of course,”katanya
pada aku yang masih terkaku macam nampak hantu.
“Ini
tak aci! Mana boleh nak main tipu camni.Awak perlu tahu Haikal ,yang
perkahwinan itu adalah berdasarkan cinta dan saya tak cintakan awak!”naik satu
oktaf suara aku.Aina,pada saat ini pun kau masih nak nafikan perasaan kau kat
dia?
“Aina
,don’t deny your feeling.I know that u also love me,”tepat sekali jangkaan dia
tapi ego aku mengatasi segala-galanya.Aku lantas bangun dari kerusi itu dan
melangkah ke pintu,aku nampak Haikal juga turut sama berdiri. “I’m so out of
here,”kataku lagi.Aku mengambil tas tangan aku di atas meja dan berlari ke
lif.Nasib aku baik kerana lif itu sempat tertutup sebelum Haikal masuk.Bila sahaja lif sampai ke tingkat G,aku terus berlari keluar dari syarikat
itu.
“Aina!”aku
terdengar suara Haikal memanggil aku dari belakang.Aku tidak ambil pusing dan
membuta tuli melintas jalan untuk ke kereta aku di seberang jalan sana.Satu
sahaja yang berada dalam fikiran aku kini,aku mahu lari dari situasi yang melemaskan
aku ini.Tanpa aku sedari sebuah kereta yang meluncur laju dari arah kanan aku
tidak sempat membrek kerana kemunculan aku yang tiba-tiba. Aku terasa tubuh aku
terdorong ke belakang sebelum disusuli dengan decitan brek yang kuat.Terdengar
suara orang ramai yang turut terkejut dengan kemalangan itu sebelum pandangan
aku kabur dan kemudian bertukar hitam.
******************************************************************************
Aku menangis teresak-esak dalam pelukan abang ngah aku.
“Orang dah cintakan kau betul-betul sampai sanggup tunggu kau macam tu
sekalipun kau tak hargai. Kau nak macam mana lagi?”suara abang long aku kuat
kedengaran pada deria pendengaran aku.
Haikal masih dalam emergency room,kecederaan yang dialami
kerana kemalangan itu agak parah. Haikal,kenapa kau sanggup tolak tubuh aku
sampai kau yang kena rempuh? Aku cuma mampu menangis dan menangis,menyesali
perbuatan aku.Kenapa hati aku keras sangat tidak mahu menerimanya sedangkan dia
setia dan benar-benar cintakan aku? “Dahlah tu,tak ada gunanya kau marah
dia.Benda camni bukan kita boleh jangka nak berlaku,”abang ngah membela aku.Abang
kembar aku yang dua orang lagi yang turut sama duduk berdekatan dengan aku
mengangguk menyokong.Abang long hanya diam.Mungkin sudah malas mahu memarahi
aku.
Pembedahan Haikal berjaya dan nyawanya tidak lagi dalam
bahaya.Kakinya patah gara-gara kemalangan itu selain beberapa kecederaan kecil
kerana dia jatuh terguling di atas jalan tar yang tajam.Dia dipindahkan ke VIP
room. Keluarga aku meminta aku menemankan Haikal kerana keluarganya yang dari UK
masih belum tiba. Aku duduk di atas kerusi di sebelah katil Haikal.Wayar yang
berselirat di tubuhnya memilukan hati aku. Air mata sekali lagi menitis di
pipi.
Lama aku bertafakur di situ.Lidah aku kelu mahu meluahkan
perasaan aku tiap kali aku dipanah pandangan matanya.Kam sudah menginjak ke
pukul 5 pagi. “Aku minta maaf Haikal ,bukan aku tak sayangkan kau,bukan aku tak
cinta tapi aku ego mahu mengakui cinta aku pada kau,”aku bersuara jua. Entah Haikal
akan dengar atau tidak apa yang aku katakan namun aku tidak peduli.Biarlah aku
luahkan perasaan aku begini.
“Selepas kau pergi,aku ibarat kehilangan nyawa aku,di
mana je yang aku pergi mesti aku nampak kau.Aku bina balik motivasi aku
hinggalah aku berjaya tamatkan pelajaran aku.Dalam hati aku,aku pun tunggu kau
jugak tapi aku malu nak akui,”esakan aku menjadi semakin kuat.Penyesalan yang
tiada guna.
“Betul kata kau yang kunci pada hati aku hanya ada pada
kau sebab lepas kau pergi,aku tak boleh buka hati aku pada orang lain.Aku hanya
cintakan kau je Haikal,”aku menekup mukaku ke katil.Air mata yang mengalir semakin
laju.Tiba-tiba aku rasa ada tangan yang mengusap kepalaku yang beralaskan
tudung.
“Aina betul-betul
cintakan Haikal?”Haikal dah bangun! Aku mahu memanggil doktor namun dia
menghalang. “Aina mesti jawab soalan Haikal
dulu,”pintanya.
Dengan muka yang comot dengan hingus dan air mata,aku
mengangguk. “Aina cintakan Haikal
semenjak kali pertama kita jumpa lagi,”aku akhirnya mengaku.Aku buang segala
ego yang ada.Aku tidak mahu lagi kehilangan dia.Aku nampak Haikal tersenyum
kegembiraan. Ditariknya aku ke dalam pelukan dia.
“Adoi”tiba-tiba dia menjerit. Aku sudah cemas.
“Kenap? Kenapa? Haikal ada sakit mana-mana ke?”aku memeriksa
badannya. Takut jika masih ada pendarahan yang berlaku.
“Bukan,Haikal tak ingat badan Haikal sakit.Lagipun Aina berat sangat,”aku mencubit lengannya. “Adoi!
Tak baik tau buli orang sakit,”katanya.Aku tersengih.
“Aina ,”panggilnya.
“Ya,”jawabku.
“Sudikah Aina menjadi kekasih halal saya?”pintanya.Mataku
sekali lagi digenangi air jernih.Aku menganggukkan kepala tanda setuju.
******************************************************************************
“Sayang,sayang tahu tak bila abang mula jatuh cinta pada
sayang?”tanyanya padaku. Ketika itu kami bersama-sama merehatkan diri di atas
katil selepas kenduri perkahwinan kami tadi.Selepas Haikal sembuh
sepenuhnya,kami melansungkan perkahwinan kami. Walau jam sudah menginjak ke
pukul 12 pagi namun mata kami masih segar.
“Dulu time kat UIA,abang pun selalu jugak study kat
library sorang-sorang,kadang-kadang dengan kawan-kawan.Pastu setiap kali abang
ke library,mesti ada seorang budak perempuan ni,duduk kat sudut yang agak
tersorok,tapi dia menarik perhatian abang.Nak tahu tak kenapa?”tanyanya.Aku
yang teruja mendengar cerita tu cepat mengangguk.
“Sebab setiap kali dia masuk library mesti dia curi-curi
makan cocopie,”Haikal tergelak.Aku membulatkan mataku.Kenangan di
universiti dulu bermain dalam kotak kenangan. Ya Allah,aku ingat tak ada orang
nampak aku curi-curi makan cocopie tu,rupanya adaaa! Malunya!!!!
“Time tulah abang mula start jatuh cinta kat sayang.Abang
dah mula start nak pikat sayang dah. Suka tengok mata sayang meliar je tengok
kiri kanan, takut kalau pengawas library tengok.Dahlah curi-curi makan,comot
pulak tu,”masa tu tak payah cakaplah.Aku rasa nak je lari bilik mama,malu!! “Sayang
nak tahu tak? Abang pun tahu pasal lukisan tu,”tambahnya lagi.
“Hah? Abang tahu macam mana?”tanyaku.Tak siapa yang tahu
selain Fir dan mungkin jugak abang-abang aku kerana mereka sering meminjam
laptop aku.Lukisan tu aku jadikan wallpaper aku sebab tiap kali aku rindukan Haikal
,aku akan tatap lukisan di desktop aku tu puas-puas.
“Abang long sayang yang bagitahu abang.Lagipun kamikan
kawan.”Ha,ahlah.Baru aku teringat yang abang long dan Haikal berkawan.Dia kenal
Haikal time satu meeting di syarikat Haikal .Dialah yang mengatur temuduga aku
di syarikat Haikal sebab dia tahu Haikal cintakan aku dan aku pun sama.Ah…gerak hati
seorang abang.Terima kasih ye abang long.Aina sayang abang long.Heheheh… “Sebenarnya memang
lukisan tu abang,”satu lagi fakta yang mengejutkan aku.
“Hah,betul ke? Tapi lukisan tu lukisan dari negara
China,”aku sedikit ragu-ragu.
“Abang tahu sayang.Mak sedara abang belah ayah memang
asal negara China dan dia pelukis yang baru nak naik.Dia minta abang jadi model
lukisan dia.Tak sangka pula lukisan tu boleh tersebar di internet,ramai yang
memuji lukisan dia,”ceritanya lagi.Aku mengangguk-angguk faham.Takdir yang
Allah tentukan di jalan hidup kita memang indah. “Jacket yang terkena air
Hundred Plus tulah jacket yang sama abang pakai time abang jadi model lukisan
tu.Kuat betulkan bau sabun Lux sayang tu sampai kawan abang tegur,”aku menyembunyikan
muka di dada suamiku.Malu!
“Sayang,”Haikal berbisik di telingaku.Aku mula berasa
seram sejuk. “Jomlah tidur,dah lewat ni,”ajaknya disertai senyuman nakal di
bibir.
“Gatallah abang ni,”kataku sekadar menutup malu.
“Alah,abang gatal pun dengan sayang je.Lagipun abang dah
jadi kekasih halal sayang dan sayang pun dah jadi kekasih halal
abang,”katanya.Dalam malu aku mengangguk setuju.Aku membalas pelukan erat Haikal
di tubuhku.Kerana lukisan itu aku membuka hatiku kepada kaum Adam dan kerana
lukisan itu jugalah kami bertemu dan akhirnya bersatu.Lukisan cintaku yang
sememangnya sudah dilukis dalam takdir hidupku untuk aku bertemu dengan insan
ini.Ya Allah,kau rahmatilah dan berkatilah ikatan perkahwinan kami.Sesungguhnya
aku bersyukur padamu Ya Allah kerana dipertemukan dengan seorang Adam yang
mencintaiku kerana-MU.Bahagiakanlah dan kekalkanlah ikatan perkahwinan ini Ya
Allah,amin ya rohbal alamin.
P/S: saya masih baru
dalam dunia penulisan.Ini adalah karya ketiga saya.Andai masih banyak kelemahan,maafkanlah
saya.Silalah beri komen yang membina agar saya akan semakin bersemangat untuk
berkarya lagi di masa depan - Aina Lisa ^_^
Comments