Lukisan Cintaku


“Wahhh…handsome betullah dia ni,”mataku sudahpun terbuntang melihat gambar seorang jejaka yang sememangnya idaman aku. Fir atau nama sebenarnya Firsha merangkap teman baik aku dan juga roomate aku dan juga teman sekuliah aku yang sedang membaca novel di sebelah terkedu. Banyak pula pangkat Fir ni.Fir,kau patut berbangga sekarang dengan pangkat-pangkat kau tu.



“Shah,kau cakap ape? Kau puji laki tu?”Fir sudahpun berada di sebelah aku.Aku memandang wajahnya,mengangguk. “Unbelievable! Shah Aina  yang selama ni susah nak puji lelaki,malah nak pandang makhluk tu pun susah tiba-tiba memuji mereka? Kau demam ke ni?”telapak tangan dilekapkan di dahi aku kemudian sebelah lagi di dahinya.Nak membezakan suhu badan kitorang,manalah tahu kalau aku ni demam.

“Kuang ajo! Mentang-mentanglah aku tak berapa minat dengan kaum tersebut kau kata aku sampai macam tu sekali? Aku bukan tak berminat tapi aku cuma mengelakkan dari bercinta,kan kita tengah belajar sekarang ni,”alasan tipikal aku setiap kali benda macam ni diungkitkan. Fir sudah membuat mimik muka,faham sangat dengan alasan aku tu.Aku cuma tersengih,menampakkan gigi yang tersusun rapi.

“Pape jelah kau punya alasan lapuk zaman Parameswara lagi.Meh aku tengok jejaka manakah yang menjadikan mulut kawan baik aku ni ringan memuji makhluk Allah yang dia tak berapa nak pandang sangat tu,”Fir memandang skrin laptop yang berada di atas riba aku. Mulutnya terlopong.Aku sudah tersenyum bangga.

“Shah!!!!”jeritan lantang Fir yang mengalahkan pontianak harum sundal malam tu mengejutkan ibu kucing serta anak-anaknya sekali yang sedang tidur di balkoni luar.

******************************************************************************

            “Kau tahu tak boleh dia gi puji lukisan dalam internet? Punyalah aku ingat dia puji sape.Alih-alih lukisan dari negara China mana entah yang dia pergi ambik,”kecoh mulut Fir bercerita. Walaupun kafe sekarang ni sangat bising dengan suara-suara pelajar lain namun Fir tetap Fir,suaranya mampu mengalahkan kebisingan itu.Kan aku dah cakap,kalau bertanding dengan pontianak harum sundal malam,menangis pontianak tu. Aku di sebelah cuma tersengih ke arah kawan-kawan aku yang mana juga ada pangkat sebagai antara kawan baik aku,Lissa dan Erah. Mereka yang sememangnya sudah faham dengan perangai aku cuma mampu mengelenggkan kepala.

            “Alah,takkan kau tak tahu lagi perangai dia tu. Memang susah sangat nak suruh anak mata dia tu tengok keindahan ciptaan Allah yang bernama kaum Adam,”kata Lissa yang sedang enak menjamu selera dengan mee goreng.

            “Hish,aku takut dia tak kahwin je nanti.Erm…Shah,”perlahan pulak suara Fir kali ni.Mukanya sudah bertukar serius.

            “Apa,”jawab aku ringkas.Buku Introduction To Macroeconomy masih menjadi fokus utama.

            “Kau bukan lesbian kan? Aku takutlah..”belum sempat Fir habiskan ayat, hampir semua mata-mata pelajar yang ada di kafe menumpukan perhatian pada aku apabila aku menjawab dengan lantang menggunakan ayat ini;

            “Woii!! Agak-agaklah cakap aku lessy!”naik empat oktaf suara aku. Memang aku pantang kalau ada orang cakap aku lesbian,aku cuma tak berapa minat dengan kaum lelaki tapi tak bermakna aku minat perempuan.Erah yang ada di hadapan aku tersedak.Pantas jari telunjuk diletakkan ke bibirnya tapi itu sudah terlambat. Aku yang sedar hampir semua mata memandang aku cepat-cepat mengemas buku dan bangun.

            “Aku ada kelas,”bagitahu aku dan keluar dari kafe sepantas mungkin. Sebenarnya aku tak ada kelas pun tapi aku….Malu beb,malu!! Demi menutup malu aku,baik aku pergi library.Lagipun dari aku balik bilik dan buat kilang tahi mata,ada baiknya aku gi library baca buku,tuntut ilmu.Kan Rasulullah S.A.W ada bersabda,tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad.Chewah…sejak bila lak aku pandai cakap camni nih.

            Aku meletakkan beg serta buku aku di meja yang kosong sebelum berlalu ke rak buku. Buku Financial Accounting aku capai sebelum kembali ke meja.Nak buat latihan sikit,nak bagi otak ni tak berkarat,lagipun nak kekalkan pointer aku tu. Sedang aku ralit membuat latihan yang ada dalam buku tersebut,aku dah mula rasa traffic jam dalam neuron-neuron otak aku a.k.a dah jem! Beg di sebelah sekali lagi aku buka.Hah…jumpa pun.Aku ingat aku dah tertinggal tadi. Aku buka balutan Cocopie coklat hitam berserta marshmellow yang sedap itu.Tapi sebelum tu kanan dan kiri aku pandang,bukan apa dalam library manalah boleh makan!Setiap kali aku masuk library,benda alah ni mesti ada.Heehehehe..Isk..teruk betul perangai pelajar yang ni sorang. Cocopie itu aku gigit sedikit sebelum kembali meneruskan latihan yang tergendala tadi.Sebenarnya aku tak minat sangat makan benda manis-manis macam ni tapi ni semua sebab terpengaruh la ni.Aku memang minat giler baca anime serta manga dan dalam manga Death Note,watak utama dia,L ada cakap kalau makan makanan manis boleh jadi bijak.So,aku cuba try dan buatlah. Hahahah…kadang-kadang berhasil jugak.Isk..tu semua sebab usaha kau sendiri la Shah. Dah,fokus pada latihan tu!

            Hampir dua jam aku berada dalam library yang sejuk mengalahkan musim salji kat Korea, akhirnya aku melangkah keluar. Jam di tangan aku pandang,sudah pukul 3.30.Aku singgah sekejap di vending machine,nak beli Hundred Plus.Nak kembalikan bendalir badan yang hilang sebab buat latihan akuan tadi.Haha..ni pun terpengaruh dengan iklan gak ni. Baru je aku buka penutup tin air di tangan aku dan belum sempat pun aku nak teguk tiba-tiba..

            Buk!!! Seseorang melanggar aku. Habis air Hundred Plus tu mengenai jacket yang dipakainya. Aku hanya mampu memandang dengan sayu tin Hundred Plus yang sudahpun menyembah bumi dan bergolek ke dalam longkang.Air aku!! Jeritku,tapi dalam hati jelah.Perasaan geram mula menguasai diri.Tak sempat lagi tahu tak aku nak minum air tu!

            “Mata tu letak kat lutut ke kat mana sampai saya yang sebesar-besar alam ni  nak jugak langgar? Air tu saya tak sempat lagi minum tahu tak?!”marahku.Makhluk di hadapan aku ini aku pandang. Disebabkan makhluk ini kaum lelaki menambahkan lagi tahap kemarahan aku. Mulut masih lagi ingin meng‘fire’ budak ini yang mana tinggi aku hanya setakat bahu dia je tapi aku tak kisah.Dia ni nampak macam sebesar Plankton je yang dalam citer Spongebob dalam mata aku sekarang. Namun aku terkedu saat melihat wajah si pesalah di hadapan aku yang cemas.Mata aku yang bulat aku gosok.Tak percaya dengan apa yang aku lihat.Mata,kau jangan nak wat aku berhalusinasi lak lepas Hundred Plus aku masuk longkang tadi!

            “Maaf cik saya tak sengaja,”suara garaunya berbunyi.Mukanya jelas memperlihatkan rasa bersalahnya.Ya Allah,betul ke apa yang aku lihat sekarang ni? Lukisan dalm internet semalam tu berhantu ke sebab sekarang ni,manusia yang berada di hadapan aku ni sangat seiras dengan lukisan tu! 100% sama,tak ada cacat cela lansung! “Cik,are U okay?”tangannya dilambai-lambai di hadapan wajah aku.Aku yang ralit melihat wajahnya tersedar.Isk Shah,pandang wajah anak orang sampai macam tu sekali!

            “Yes.Hah,back to our business.Kenapa langgar saya yang sebesar alam ni? Habis tumpah air saya tau tak,”sekali lagi kemarahan aku meledak.Aku perasan yang sebenarnya dia kena lagi teruk dari aku.Habis jacket hitamnya basah terkena air Hundred Plus aku yang sememangnya masih full tu.

            “Sorry miss,I am in rush,I have class now and I already late. So,apa yang patut saya buat? Saya minta maaf sangat.Awak nak saya ganti balik ke air awak tu?”soalnya cemas sambil beberapa kali melihat jam di tangan.Kesian pulak aku tengok dia ni.Tak pelah,lagipun berapa sangatlah harga air tu.

            “It’s okay.But be careful next time okay.”pesanku.Dia mengangguk dan tersenyum.Aku yang melihat hampir pitam.Ya Allah,inilah kali pertama aku perasan dengan keindahan ciptaan mahkluk-Mu Ya Allah.Baru je aku nak beredar,sekali lagi dia memanggil aku.

            “Cik,boleh tak kalau saya nak minta tolong?”tanyanya.Aku bagaikan terpukau,mengangguk bersetuju. “Boleh tak kalau cik tolong pegang sekejap jacket sy ni sebab jacket ni dah basah jadi saya tak selesa nak pakai ke kelas,”pintanya.Aku sudah membulatkan mata.Terkejut dengan permintaan mendadaknya.Mereng ke apa dia ni? Tapi kasihan pulak aku tengok,dahlah dia buat ‘puppy-eyes’ dah tu. Akhirnya sekali lagi aku mengangguk bersetuju.Selepas dia menyerahkan jacket itu pada aku dan berlari ke kelasnya,aku mula merasakan tindakan aku ini sangat bodoh.Shah! Kau lupa nak minta nombor handphone dia! Ya Allah,nanti camne aku nak pulangkan jacket dia ni? Adoilah~

******************************************************************************

            “What?! Aku tak percayalah.There is no handsome boy here,in our campus like him. Aku rasa kau berhalusinasi lah weh,”itulah komen Fir bila aku ceritakan pasal kejadian tu. Mungkin ke aku sebenarnya berhalusinasi sebab jacket tu ada dengan aku nun dekat penyidai luar.Aku siap basuh lagi dan paling tak boleh blah aku guna sabun mandi Lux aku tu sebab jacket tu ada brand.Jenama Dunhill kot,takut aku nak basuh dengan sabun biasa.

            “Entahlah Fir,aku pun tak tahulah.Nantilah kalau aku jumpa dia lagi aku ambik gambar pastu aku tunjuk kat kau ek.Tak pun kalau aku kahwin dengan dia aku tunjuk kat kau,”kali ni tawa aku meledak kuat.Fir di sebelah sudahpun menyekeh kepala aku.

            Selesai sahaja solat Maghrib berjemaah dengan Fir,handphone aku yang sudah seminggu tidak berbunyi di atas meja tiba-tibe berdering.Fir yang sedang membaca Al-Mathurat menegur, “Mesti mak kau kan?” aku cuma tersengih.Fir pun sudah tahu,memang handphone aku susah nak berbunyi kecuali kalau keluarga aku yang call.Aku ke balkoni luar,tidak mahu menganggu bacaan Fir.

            “Assalamualaikum,helo,”sapaku.
            “Waalaikumussalam.Boleh saya bercakap dengan Aina ?”balas suara di sana.Hampir terlepas genggaman handphone di tangan aku.

            “Yes,speaking.”Balasku ringkas.Cuba menahan debar di dada.Aku cam suara jejaka yang dalam diam sememangnya sudahpun mencuri hati aku semalam.Petang tadi aku ada pergi library dan menunggu sekejap di ‘tempat kejadian’ semalam pada waktu yang sama namun tak ada pula kelihatan dia.

            “Saya lelaki yang langgar Cik Aina  dua hari lepas.Nama saya Haikal Lee Abdullah. Boleh tak kalau kita jumpa esok kat depan library.Saya nak ambil jacket saya tu.Maaf ye menyusahkan Cik Aina  pula,”katanya.Owh,nama dia Haikal Lee.Eh? Mualaf ek dia? Patutlah muka dia macam tu.
           
            “Okay.Esok saya habis kelas pukul 2.30.Pukul 3 boleh tak sebab saya nak ke masjid dahulu,”pintaku.Selepas menyatakan persetujuan masing-masing aku mengucapkan salam dan menekan butang merah pada badan handponeku.Segera aku berlari ke bilik,mahu menceritakan apa yang baru sahaja berlaku pada Fir.

******************************************************************************
           
            Aku berjalan dengan lengang kangkungnya ke tempat yang dijanjikan semalam.Lagipun baru sahaja pukul 2.45.Dari jauh aku sudah nampak jejaka idaman aku sedang menunggu dengan buku ditangan.Hah,dia pakai spec hari ni? Wahai Haikal Lee Abdullah,kenapalah kau ni diciptakan handsome sangat?

            “Assalamualaikum,”sapaku padanya. Dia mengalih perhatian dari buku di tangan dan mengukir senyuman saat pandangan mata kami bertemu.

            “Waalaikumussalam.Jemput duduk Cik Aina ,”dia mengesot sedikit ke kanan, memberikan aku lebih ruang untuk duduk.Aku membuat isyarat tangan menolak pelawaan dia.Walaupun dia menjadi lelaki pujaan aku dan berjaya mengetuk pintu hatiku yang selama ini tertutup rapat,dipatri serta dimanga namun aku tidak betah untuk duduk satu kerusi dengan kaum ini.Bukan aku menyombong tidak tentu hala tetapi aku cuma menjaga batas-batas pergaulan aku sahaja agar tidak tersasar.

            “Ni jacket awak.Saya dah basuh air Hundred Plus tu takut nanti rosak lak jacket awak tu. Maaf sebab tumpahkan air atas awak,”even tu salah kau,tapi yang ni sambung dalam hati jelah.Aku lihat dia hanya tersenyum dan mengangguk sambil tangannya menyambut beg kertas yang aku hulur.

            “Thanks awak.By the way,should we have lunch together? Saya belum makan lagi.Kelas padat sangatlah,”katanya.Ada nada mengharap dalam bicara itu.Aku termenung sebentar,mulut ni ringan sahaja nak menolak sebab selama ni aku tak pernah keluar dengan mana-mana lelaki kecuali abang aku empat orang tu. “Please.Think it as for your Hundred Plus yang tak sempat awak nak minum tu,”aku tersenyum cuma mendengar kata-katanya.Mukanya berubah sangat ceria apabila aku mengangguk.

            “Tapi makan dekat kafeteria jelah ye.Saya tak biasa keluar berdua dengan bukan muhrim saya,”aku meminta.

            “No hallah,”katanya.

            Hubungan aku dan insan yang bernama Haikal Lee Abdullah menjadi semakin rapat.Aku berkawan bukan kerana dia sangat menyerupai lukisan itu ataupun bukan juga kerana dia kaya tetapi hanyalah kerana aku selesa dengan sikapnya.Matang dan peramah membuatkan aku cukup selesa berada di sisinya.Menjerit Fir saat melihat Haikal“Memang sebijiklah macam lukisan tu.Patutlah kau nak kawan dengan dia,”bisiknya nakal dan mendapat cubitan percuma dari aku.Hadiah istimewa.

            Sedang aku menelaah di dalam perpustakaan, tiba-tiba handphoneku bergetar menandakan ada mesej diterima.Aku menekan keypad,membuka mesej. ‘Jmpa aku kat tmpt biasa.Pkul 3 ptg nnti.Dont b late,’mesej dari Haikal rupanya.Aku menjeling jam di tangan,lima minit lagi nak pukul 3.Lantas aku mengemas buku yang berselerak dan mula bergerak menuju ke tempat yang selalu kami luangkan masa bersama.

            Dari jauh aku sudah melihat dia duduk di atas rumput membelakangi aku,menghadap tasik.Jiwang la pulak dah dia ni,pehallah nak jumpa aku.Dahlah panas harini,rungutku dalam hati. “Aina ,”serunya tanpa memandang aku.Aku yang baru berjalan terjingkit-jingkit bak biawak nak curi ayam tersentak.

“Alaa..baru je nak bagi surprise.Berlakonlah sikit kau terkejut.Hah,panggil aku Aina  lagi,dah banyak kali aku cakap panggil aku Shah,”aku turut melabuhkan punggung di sebelah Haikal “Ni apahal ni kau nak jumpa aku? Kau ada prob ke?”tanyaku.Aku memandang wajahnya yang masih merenung tasik.
“Aina …”panggilnya perlahan.Memang tak makan saman,aku cakap banyak kali suruh panggil Shah pun dia bo layan je.Isk.

“Apa?”aku jawab juga panggilannya.Kang merajuk tak memasal aku nak memujuk.

Kali ini dia sudah mengalih perhatiannya.Muka aku dipandangnya macam tak pernah tengok manusia.Sekeras-keras hati aku,masih ada lagi perasaan segan kalau orang duk tenung aku macam nampak aku ni macam sushi ke apa. “Aina ,”sekali lagi Haikal menyeru nama aku.Semakin menghampiri di mana aku duduk.Aku mengesot ke belakang.Bro,kau jangan apa-apakan aku.Ingat aku tak tahu ke camne nak belasah lelaki? Sepak je kat tuuttt dia,terus rebah.
Baru sahaja aku mahu blah,tiba-tiba dia melutut di hadapan aku.Nasib baik tak ramai orang hari itu.Kalau tak memang aku ambik MC seminggu,bukan sebaba sakit tapi MC= malu cangat punya cuti. Haikal menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan satu kotak berbentuk hati bewarna biru.Hati aku sudah tidak keruan.Peluh dingin mula memercik. “Shah Aina  binti Shah Kamaruddin,sudikah awak menjadi isteri saya?”ucapnya satu-persatu.
           
            Aku pun terima dengan terharunya dan kami pun berkahwin lalu hidup bahagia selama-lamanya.Huh? Not even in million years! Ingat aku ni perempuan barat ke apa sampai berlutut bagai lamar aku. “Sorry,I decline,”kataku dengan jelas dan kuat.Wajah Haikal pada masa itu aku sudah tidak tahu bertukar warna apa.Turqouise kot.Dia bingkas bangun dari berlutut bak putera zaman Ratu England tu.

            “B..Bu..but why?”tanyanya. Aku merenung wajah kacak di hadapan aku ini.Okay,pembetulan,aku mendongak melihat wajah kacak itu.

            “Sorry Haikal. Bukan aku tak mahu tetapi aku masih belajar lagi and aku ada cita-cita yang aku mahu gapai sebelum aku akhiri zaman bujang aku.Lagipun Haikal,aku cuma anggap kau sebagai kawan baik aku je.Believe me,there are lot and lots of girls outside that thousand times much better than me.Kau punya segalanya,jadi mencari seseorang yang sempurna buat kau bukan satu masalah.”berhati-hati aku menuturkan ayat.Aku tak mahu melukai jiwa sesiapa.Bukan sikap aku mahu mainkan perasaan orang.
           
            Aku perasan ada linangan air mata di tubir matanya namun aku harus kuatkan hati.Aku tak mahu menjadi lemah dan aku harus tetap dengan pendirian aku.Jika aku mahu berjaya,aku harus berpegang teguh dengan prinsip hidup aku. “Aku tak mahu orang yang sempurna tapi aku mahu hidup dengan orang yang aku cinta,”katanya perlahan.Aku tersentak.Hatiku diruntum pilu.Maafkan aku Haikal,tapi aku perlu kejar cita-cita aku dulu.Bukan aku tidak suka sama kau,tapi sekarang bukan masa untuk aku bermain cinta.

            “I will make u love me and u can’t even breath if I’m not by your side.I will leave Malaysia tommorow as I need to take care my fahter’s company in UK maybe for three to four years.”Aku tersentak.

            “Kau tak cakap apa-apa pun kat aku?”aku sedikit marah.Aku ni tak penting ke dalam hidup dia hingga perkara sebegini penting tidak dimaklumkan pada aku.

            “Sebenarnya kalau kau terima lamaran aku,aku juga mahu turut sama bawa kau bersama  but seems like your heart still locked tightly.But don’t worry,aku akan buka hati kau bila aku pulang nanti kerana kunci pada hati kau hanya ada pada aku,”katanya lembut.Aku terdiam mendengar kata-katanya.Kelu lidah. “So,seems like I need to bid farewell now.Take care of your health and yourself.Jangan selalu tak makan okay.I love u and I will always be,”selepas mengucapkan salam dia melambai sambil mengukir senyum walau aku tahu pahit senyuman itu.Setelah dia semakin menjauh barulah air mata aku perlahan-lahan gugur.Aku akhirnya teresak sendiri di situ.

******************************************************************************
            Aku akhirnya berjaya mengenggam segulung Ijazah Sarjana Muda Perakaunan setelah tiga tahun bersusah payah,berhempas pulas dengan buku-buku dan formula-formula yang sangat memeningkan kepala.Walau sebulan sudah aku grad tapi aku lebih suka goyang kaki sahaja di rumah.Nak melepaskan rindu aku pada rumah.Sebenarnya alasan je semua tu.Aku masih malas mahu memikul tanggungjawab mencari kerja walau papaku mendesak supaya aku bekerja di syarikatnya dan mama sudah bising suruh aku bekerja. ‘Jangan jadi anak dara pemalas,nanti tak laku,’tulah kata-kata mama apada aku tapi aku wat tak tahu jek.Hinggalah suatu hari abang sulungku pulang dari kerja dengan muka ceria yang amat.Adalah benda tu.

            “Shah!”aku yang sedang syok menonton TV sambil mengunyah kerepek pisang yang aku beli kat kedai runcit depan rumah aku menyeringai.
            “Pedihlah siot!”marahku.Yelah,manusia mana yang tak marah kalau kena tampar kat lengan dek tapak tangan sebesar tapak kaki gajah tu.Maaf ye gajah,sabitkan nama kau pulak.

            “Alolo..janganlah marah.Abang long ada berita baik sioot untuk adik bungsu daun keladi abang ni.Kawan abang yang kerja dekat Lee Holdings kata ada tawaran kerja untuk akauntan kat sana.Apa lagi,grab this opportunity!”penuh semangat abang aku bercerita.Aku hanya membuat muka toya,lansung tidak berminat dengan berita itu.

            “Hah apa lagi Shah! Mama nak kau pergi interview tu,”mama yang entah muncul dari mana tiba-tiba bersuara. “Bila tarikh temuduga tu?”tanya mama pada abang long.Aku sudah nampak tanduk abang long tumbuh atas kepala.Dengki la tu tengok aku duk goyang kaki je,tak leh tengok orang senang sikit.

            “Esok ma,”jawab abang long sambil merampas mangkuk berisi kerepak dariku.Aku mendengus marah.
           
            “Mama nak Shah gi temuduga tu.By hook or by crook,”alamak mama dah kuarkan idioms dia dah.Nampaknya aku terpaksalah akur.Aku perlahan-lahan mengangguk.Abang long di sebelah sudah tersengih-sengih kemenangan.

            Tepat pukul 8 aku sampai di perkarangan syarikat Lee Holdings.Wah,besar jugak ye bangunan dia.Aku menilik jam di tangan,alamak! Aku dah lewat.Temuduga itu sepatutnya bermula pukul 8 tepat.Aku segera mengambil fail yang mengandungi resume serta perlbagai lagi sijil-sijil penting dan berlari ke pintu utama syarikat itu dengan high-heels 4 inci! Abang long cakap temuduga tu dekat tingkat 4,so aku nak kena ambik lif ni.Aku berlari lebih laju kerana mahu mengejar lif yang hampir tertutup sebelum tiba-tiba aku merempuh seorang lelaki yang berbadan jauh lebih besar dari aku yang datang entah dari mana.

            Suasana tiba-tiba menjadi sunyi.Aku pelik,tadi bukan kemain lagi bising,ni nape tiba-tiba sunyi plak? “Ehem,”suara garau milik seseorang berbunyi.Aku mendongak.Ya Allah,aku dalam pelukan lelaki ini. Muka aku masa tu tak payah cakaplah,rasa macam nak je menyorok dalam pasu bunga besar bapak dia yang ada kat lobi tu.Malu giler weh,dahlah semua orang tengok aku.Yang nak tekan lif tadipun terus tak jadi tekan.
            “Maaf encik,maaf.Saya nak cepat,nanti saya lewat pulak temuduga. Nanti saya belanja kopi lain kali ye,”kataku tanpa melihat ke mukanya.Alah,kalau aku tengok muka dia pun bukan aku cam sebab cermin mata hitam yang dia pakai. Aku cepat-cepat memboloskan diri ke dalam lif dan menekan butang 4.

            Setelah setengah jam menunggu,akhirnya giliran aku tiba jua.Aku masuk dengan konfidennya namun konfiden itu hilang serta merta kerana si lelaki yang aku langgar setengah jam yang lepas turut sama menjadi panel penemuduga. Matilah aku kali ni,bisik aku dalam hati.
            “Apa yang membuatkan awak berminat untuk menjadi setiausaha sedangkan awak ada degree dalam perakaunan?”soal salah seorang panel penemuduga,memakai baju kemeja kotak-kotak dan memakai cermin mata.Sekilas pandang macam ustaz pun ada.Aku sempat melihat nama di name tag yang tersangkut di kocek bajunya,Fazran.
            “Eh? Ye ke? Haihs,saya kena tipulah ni.Abang saya kata temuduga ni untuk jawatan akuntan,”aku berterus terang. Membuat muka sedih sedangkan dalam hati sudah bersorak gembira.Bolehlah aku sambung cuti boleh sebulan dua lagi kat rumah aku tuh.Yuhuu..sudah terbayang aku landing atas sofa depan TV sambil makan ais-krim Baskin Robin.
            “Jadi,kalau diberi kesempatan mendapat jawatan ini,awak rasa mampu ke untuk melakukannya dengan baik?”lelaki yang aku langgar itu bersuara.Isk,dalam office pun nak pakai spek hitam.Bukan panas pun.Sempat lagi aku mengutuk.
            “Insyaallah,setiap tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan pada saya akan saya lakukan dengan sepenuh tanggungjawab kerana bila tanggungjawab itu diserahkan pada saya bukan sahaja mereka mengamanahkan saya dengan kerja tersebut tetapi juga dengan kepercayaan mereka sekali,”berapa banyak tanggungjawab daa.Orang lain masuk setengah jam baru keluar,aku ni masuk tak sampai lima belas minit dah keluar. “Kalau cik berjaya,kami akan hubungi cik dalam masa sebulan dari sekarang,”itulah yang mereka katakan pada aku sebelum aku menapak kaluar.Aku cuma memberikan senyuman,semua orang tak tahu,cuma aku je yang tahu,itu adalah senyuman gembira sebenarnya.Hahahaha….walaupun time aku keluar dari bilik temuduga,ada calon-calon yang masih belum ditemuduga memberikan aku senyuman sinis tapi aku tak kisah pun.Aku lagi happy kalau tak dapat kerja ni.Hahahhaha…gelak jahat.

Setelah sebulan menunggu dengan penuh ‘sabar’,akhirnya aku mendapat panggilan dari syarikat Lee Holdings menyatakan aku berjaya mendapat jawatan tersebut. Aku rasa ‘gembira’ bukan kepalang dan mereka meminta aku mendaftarkan diri esok.Menjerit mama bila aku ceritakan perkara ini padanya dan yang menjadi masalah sekarang ini adalah papa aku.Papa mesti merajuk kalau dia tahu aku nak kerja kat syarikat lain.Adui,tak apa.Pandailah aku tackle papa,lagipun abang aku tu boleh tolong aku slow talk dengan papa.Tak ada hallah!
“Okay,”aku terkedu bila papa memberikan persetujuan dengan sepantas kelajuan cahaya bergerak.0.2 saat je! Tak sempat habis mukadimah pun aku cerita.Abang aku yang empat orang lagi tu hanya tersenyum.Pehal lak diorang ni,senyum camni biasanya ada makna.Aku malas nak amik pusing dan menyuapkan nasik aku yang masih berbaki di pingan ke dalam mulut.

Aku memulakan kerja aku sebagai setiausaha pada CEO syarikat Lee Holdings yang mana aku lansung tak tahu yang itu adalah kerja aku.Aku mengemas meja serta menyediakan kopi.CEO masih belum sampai kerana jam baru menunjukkan pukul 8.45,biasanya pukul 9 barulah dia akan masuk ke pejabat.Aku duduk di meja aku sambil mendengar mp3 yang memang tak lekang dari aku.

Aku hampir pengsan bila melihat lelaki semalam yang aku rempuh itu yang menjadi bos aku. Spek hitam masih tersungging di mukanya.“Masuk bilik saya sekarang,”pesannya sebelum masuk ke dalam biliknya.Ni mesti nak marah aku ni,tak pun nak karate aku ke. Walau dengan pelbagai andaian yang bermain dalam fikiran aku ni namun aku gagahkan jua melangkah masuk ke dalam biliknya,sempat aku capai pen dan buku nota kecil.

“Sebelum awak kerja,awak diwajibkan menandatangan surat perjanjian ini,”dia hulurkan dokumen itu pada aku. Aku hanya membaca beberapa syarat am pada nombor 1 dan 2 je. Malaslah nak baca semua,ada dekat dengan 100 lebih peraturan dan syarat am dia,tak kuasa aku nak baca.Lenguh anak mata nak baca semua. Erk? Leh lak camtu? Ah,gasaklah. Hahahahah…. Aku turunkan tandatangan pada ruang yang disediakan.

“Jadi,dalam masa dua bulan dari sekarang,saya akan hantar rombongan meminang cik kiah ke rumah awak dan dua minggu selepas itu kita akan diijabkabul,”katanya sebaik sahaja aku menyerahkan kembali dokumen tersebut. Hampir nak terkeluar mata aku mendengar katanya.

“What? Pardon me?”aku seperti menyuruhnya mengulang kembali apa yang dikatakan.Yelah,dah dua minggu aku tak korek telinga.Manalah tahu aku tersalah dengar ke.Tak pun aku berhalusinasi ke.

“Read rules number 85,”dia menyerah kembali dokumen yang sudah siap aku tandatangan.Aku mengambil dokumen itu dan membaca syarat yang ke 85.

85. Haikal Lee Abdullah merangkap CEO syarikat Lee Holdings akan menghantar rombongan meminang ke rumah Cik Shah Aina bt Shah Kamruddin dua bulan dari tarikh dokumen ini dimenterai perjanjiannya dan dua minggu selepas itu,majlis ijabkabul di antara Haikal Lee Abdullah dan Cik Shah Aina  akan dilansungkan.

Aku kena tipu!! Wait,what? Haikal Lee Abdullah? “Haikal ?” aku memanggil namanya. Dia tersenyum dan menanggalkan cermin mata hitam pada mukanya.Wajahnya masih sama macam dulu,lansung tidak berubah malah semakin hensem.Baru sekarang aku perasan,mungkin syarikat ini juga sempena nama dia,Lee Holdings.Kenapalah aku tak perasan sebelum ni?

“Yes Aina ,this is me.I have been waiting for u for three years for now.I think this is the right time for me to make u mine forever.In halal way of course,”katanya pada aku yang masih terkaku macam nampak hantu.

“Ini tak aci! Mana boleh nak main tipu camni.Awak perlu tahu Haikal ,yang perkahwinan itu adalah berdasarkan cinta dan saya tak cintakan awak!”naik satu oktaf suara aku.Aina,pada saat ini pun kau masih nak nafikan perasaan kau kat dia?

“Aina ,don’t deny your feeling.I know that u also love me,”tepat sekali jangkaan dia tapi ego aku mengatasi segala-galanya.Aku lantas bangun dari kerusi itu dan melangkah ke pintu,aku nampak Haikal juga turut sama berdiri. “I’m so out of here,”kataku lagi.Aku mengambil tas tangan aku di atas meja dan berlari ke lif.Nasib aku baik kerana lif itu sempat tertutup sebelum Haikal  masuk.Bila sahaja lif sampai ke  tingkat G,aku terus berlari keluar dari syarikat itu.

“Aina!”aku terdengar suara Haikal memanggil aku dari belakang.Aku tidak ambil pusing dan membuta tuli melintas jalan untuk ke kereta aku di seberang jalan sana.Satu sahaja yang berada dalam fikiran aku kini,aku mahu lari dari situasi yang melemaskan aku ini.Tanpa aku sedari sebuah kereta yang meluncur laju dari arah kanan aku tidak sempat membrek kerana kemunculan aku yang tiba-tiba. Aku terasa tubuh aku terdorong ke belakang sebelum disusuli dengan decitan brek yang kuat.Terdengar suara orang ramai yang turut terkejut dengan kemalangan itu sebelum pandangan aku kabur dan kemudian bertukar hitam.

******************************************************************************
            Aku menangis teresak-esak dalam pelukan abang ngah aku. “Orang dah cintakan kau betul-betul sampai sanggup tunggu kau macam tu sekalipun kau tak hargai. Kau nak macam mana lagi?”suara abang long aku kuat kedengaran pada deria pendengaran aku.

            Haikal masih dalam emergency room,kecederaan yang dialami kerana kemalangan itu agak parah. Haikal,kenapa kau sanggup tolak tubuh aku sampai kau yang kena rempuh? Aku cuma mampu menangis dan menangis,menyesali perbuatan aku.Kenapa hati aku keras sangat tidak mahu menerimanya sedangkan dia setia dan benar-benar cintakan aku? “Dahlah tu,tak ada gunanya kau marah dia.Benda camni bukan kita boleh jangka nak berlaku,”abang ngah membela aku.Abang kembar aku yang dua orang lagi yang turut sama duduk berdekatan dengan aku mengangguk menyokong.Abang long hanya diam.Mungkin sudah malas mahu memarahi aku.
            Pembedahan Haikal berjaya dan nyawanya tidak lagi dalam bahaya.Kakinya patah gara-gara kemalangan itu selain beberapa kecederaan kecil kerana dia jatuh terguling di atas jalan tar yang tajam.Dia dipindahkan ke VIP room. Keluarga aku meminta aku menemankan Haikal kerana keluarganya yang dari UK masih belum tiba. Aku duduk di atas kerusi di sebelah katil Haikal.Wayar yang berselirat di tubuhnya memilukan hati aku. Air mata sekali lagi menitis di pipi.

            Lama aku bertafakur di situ.Lidah aku kelu mahu meluahkan perasaan aku tiap kali aku dipanah pandangan matanya.Kam sudah menginjak ke pukul 5 pagi. “Aku minta maaf Haikal ,bukan aku tak sayangkan kau,bukan aku tak cinta tapi aku ego mahu mengakui cinta aku pada kau,”aku bersuara jua. Entah Haikal akan dengar atau tidak apa yang aku katakan namun aku tidak peduli.Biarlah aku luahkan perasaan aku begini.

            “Selepas kau pergi,aku ibarat kehilangan nyawa aku,di mana je yang aku pergi mesti aku nampak kau.Aku bina balik motivasi aku hinggalah aku berjaya tamatkan pelajaran aku.Dalam hati aku,aku pun tunggu kau jugak tapi aku malu nak akui,”esakan aku menjadi semakin kuat.Penyesalan yang tiada guna. 

            “Betul kata kau yang kunci pada hati aku hanya ada pada kau sebab lepas kau pergi,aku tak boleh buka hati aku pada orang lain.Aku hanya cintakan kau je Haikal,”aku menekup mukaku ke katil.Air mata yang mengalir semakin laju.Tiba-tiba aku rasa ada tangan yang mengusap kepalaku yang beralaskan tudung.

            “Aina  betul-betul cintakan Haikal?”Haikal dah bangun! Aku mahu memanggil doktor namun dia menghalang. “Aina  mesti jawab soalan Haikal  dulu,”pintanya.

            Dengan muka yang comot dengan hingus dan air mata,aku mengangguk. “Aina  cintakan Haikal semenjak kali pertama kita jumpa lagi,”aku akhirnya mengaku.Aku buang segala ego yang ada.Aku tidak mahu lagi kehilangan dia.Aku nampak Haikal tersenyum kegembiraan. Ditariknya aku ke dalam pelukan dia.

            “Adoi”tiba-tiba dia menjerit. Aku sudah cemas.

            “Kenap? Kenapa? Haikal  ada sakit mana-mana ke?”aku memeriksa badannya. Takut jika masih ada pendarahan yang berlaku.

            “Bukan,Haikal tak ingat badan Haikal sakit.Lagipun Aina  berat sangat,”aku mencubit lengannya. “Adoi! Tak baik tau buli orang sakit,”katanya.Aku tersengih.

            “Aina ,”panggilnya.

            “Ya,”jawabku.

            “Sudikah Aina  menjadi kekasih halal saya?”pintanya.Mataku sekali lagi digenangi air jernih.Aku menganggukkan kepala tanda setuju.


******************************************************************************


            “Sayang,sayang tahu tak bila abang mula jatuh cinta pada sayang?”tanyanya padaku. Ketika itu kami bersama-sama merehatkan diri di atas katil selepas kenduri perkahwinan kami tadi.Selepas Haikal sembuh sepenuhnya,kami melansungkan perkahwinan kami. Walau jam sudah menginjak ke pukul 12 pagi namun mata kami masih segar.

            “Dulu time kat UIA,abang pun selalu jugak study kat library sorang-sorang,kadang-kadang dengan kawan-kawan.Pastu setiap kali abang ke library,mesti ada seorang budak perempuan ni,duduk kat sudut yang agak tersorok,tapi dia menarik perhatian abang.Nak tahu tak kenapa?”tanyanya.Aku yang teruja mendengar cerita tu cepat mengangguk.

            “Sebab setiap kali dia masuk library mesti dia curi-curi makan cocopie,”Haikal    tergelak.Aku membulatkan mataku.Kenangan di universiti dulu bermain dalam kotak kenangan. Ya Allah,aku ingat tak ada orang nampak aku curi-curi makan cocopie tu,rupanya adaaa! Malunya!!!!
             
            “Time tulah abang mula start jatuh cinta kat sayang.Abang dah mula start nak pikat sayang dah. Suka tengok mata sayang meliar je tengok kiri kanan, takut kalau pengawas library tengok.Dahlah curi-curi makan,comot pulak tu,”masa tu tak payah cakaplah.Aku rasa nak je lari bilik mama,malu!! “Sayang nak tahu tak? Abang pun tahu pasal lukisan tu,”tambahnya lagi.

            “Hah? Abang tahu macam mana?”tanyaku.Tak siapa yang tahu selain Fir dan mungkin jugak abang-abang aku kerana mereka sering meminjam laptop aku.Lukisan tu aku jadikan wallpaper aku sebab tiap kali aku rindukan Haikal ,aku akan tatap lukisan di desktop aku tu puas-puas.

            “Abang long sayang yang bagitahu abang.Lagipun kamikan kawan.”Ha,ahlah.Baru aku teringat yang abang long dan Haikal berkawan.Dia kenal Haikal time satu meeting di syarikat Haikal .Dialah yang mengatur temuduga aku di syarikat Haikal   sebab dia tahu Haikal   cintakan aku dan aku pun sama.Ah…gerak hati seorang abang.Terima kasih ye abang long.Aina  sayang abang long.Heheheh… “Sebenarnya memang lukisan tu abang,”satu lagi fakta yang mengejutkan aku.

            “Hah,betul ke? Tapi lukisan tu lukisan dari negara China,”aku sedikit ragu-ragu.

            “Abang tahu sayang.Mak sedara abang belah ayah memang asal negara China dan dia pelukis yang baru nak naik.Dia minta abang jadi model lukisan dia.Tak sangka pula lukisan tu boleh tersebar di internet,ramai yang memuji lukisan dia,”ceritanya lagi.Aku mengangguk-angguk faham.Takdir yang Allah tentukan di jalan hidup kita memang indah. “Jacket yang terkena air Hundred Plus tulah jacket yang sama abang pakai time abang jadi model lukisan tu.Kuat betulkan bau sabun Lux sayang tu sampai kawan abang tegur,”aku menyembunyikan muka di dada suamiku.Malu!

            “Sayang,”Haikal berbisik di telingaku.Aku mula berasa seram sejuk. “Jomlah tidur,dah lewat ni,”ajaknya disertai senyuman nakal di bibir.

            “Gatallah abang ni,”kataku sekadar menutup malu.

            “Alah,abang gatal pun dengan sayang je.Lagipun abang dah jadi kekasih halal sayang dan sayang pun dah jadi kekasih halal abang,”katanya.Dalam malu aku mengangguk setuju.Aku membalas pelukan erat Haikal di tubuhku.Kerana lukisan itu aku membuka hatiku kepada kaum Adam dan kerana lukisan itu jugalah kami bertemu dan akhirnya bersatu.Lukisan cintaku yang sememangnya sudah dilukis dalam takdir hidupku untuk aku bertemu dengan insan ini.Ya Allah,kau rahmatilah dan berkatilah ikatan perkahwinan kami.Sesungguhnya aku bersyukur padamu Ya Allah kerana dipertemukan dengan seorang Adam yang mencintaiku kerana-MU.Bahagiakanlah dan kekalkanlah ikatan perkahwinan ini Ya Allah,amin ya rohbal alamin.

P/S: saya masih baru dalam dunia penulisan.Ini adalah karya ketiga saya.Andai masih banyak kelemahan,maafkanlah saya.Silalah beri komen yang membina agar saya akan semakin bersemangat untuk berkarya lagi di masa depan - Aina Lisa ^_^

Comments

Anna said…
Lukis sendiri ke gamba tu?
AinaLisa said…
no lah sayang...amek kt internet pastu edit. hekhek..
AinaLisa said…
Hehe.... thanks yer asyu.. terharu asyu komen...^___^

Popular posts from this blog

KAU CINTA PERTAMA DAN TERAKHIR

Seketika Cuma

CINTA SANG PENGEMIS BAH. 1