Aku Bukan Perampas!! Part 2
Maaf sebab lambat pulak update bahagian kedua ni. Well lepas lebih kurang dua minggu Aina kenal dia,kami cuma sms atau berbual di telefon. Itupun kepadang-kadang sangat sebab hati Aina sebenarnya menegah Aina dari terus berkawan dengan dia sebab dia dah berkeluarga. Aina tak mahu jadi perampas,itu bukan sifat Aina. Sebab apa yang kita buat dekat orang sekarang mungkin akan terjadi pada kita nanti. Jadi hari tu dia ajak Aina keluar makan. Lama Aina fikir nak keluar ke tak. Sebab Aina dah tahu yang dia ni suami orang jadi kejanggalan tu jelas sangat terasa. Walaupun dia tu jenis yang Aina suka sebab dia macam Teddy Bear (heheheheheh) tapi Aina kena sedar yang dia tu dah jadi hak milik orang lain.
Malam tu Aina keluar dengan dia temankan dia makan. Aina tenung je muka dia,tapi otak Aina berfikir sebenarnya. Berfikir macam mana mahu menamatkan hubungan kami. Aina kasihan kat dia sebab dia selalu mengadu kat Aina time kitorang bersembang di telefon. Katanya si isteri tidak ambik kisah dengan hal rumah tangga,anak-anak terabai. Haish...entahlah. Nak kata dia tipu pun takutnya betul sebab banyak kes rumah tangga retak disebabkan kealpaan si isteri dalam menguruskan rumah tangga. Tapi Aina tak nak terpedaya,balik jer dari keluar makan malam bersama dia Aina terus mesej dia. Aina tulis mintak maaf,Aina tak mahu jadi orang ketiga dan dia patut cuba betulkan dahulu keadaan keluarga dia,manalah tahu keadaan sebenarnya bukanlah rumit tetapi hanya perlu dibawa berbincang. Dia balas kat Aina,dia kata dia hormati keputusan Aina dan dia harap Aina berjaya dalam hidup. Sedih memang ada tapi Aina rasa itulah yang terbaik sebenarnya dan lepas sahaja Aina menerima balasan mesej dia dada Aina rasa lapang sangat. Rasa macam satu beban dah terlepas dari atas bahu ni. Sekarang Aina dah tak nak lagi ambik yang orang punya sebab yang single mingle tu ramai lagi kat luar nun.hehehe.. Lagipun memang rasa tak selesa bila kita tahu seseorang itu sudahpun berpunya. Sooo..make peace not war olrite!!
Comments