Cinta Dari Cermin

P/S: cerita ini hanyalah hasil imaginasi semata yang mana Aina cuba lari sedikit dari cerpen kebiasaan yang Aina selalu buat. Harap kawan-kawan enjoy baca cerita ini   ^_^ AinaLisa ^_^

Dia merenung cermin itu. Kemanakah dia? Tidak sudikah dia berbicara dengannya? Keluhan yang entah ke berapa kalinya dilemparkan,letih sudah matanya setia merenung cermin itu. Menunggu insan yang dirasakan istimewa buatnya.Walaupun sudah banyak kali dia ceritakan pada semua orang,malah keluarganya sendiri tapi mereka lansung tidak percaya malah dia dikatakan tidak waras,terlalu berimaginasi. Matanya semakin memberat,angin malam yang meneroboh masuk melalui kerisi tingkap membuatkan matanya semakin memberat. Akhirnya dia terlelap di sisi cermin bulat itu.


Sentuhan lembut bayu di rambutnya sungguh mengasyikkan. Terbuai seketika sebelum matanya mula terbuka taktala menyedari hanya dia seorang dalam bilik itu.  “Aimia,” gemersik suara lelaki memenuhi ruang pendengarannya.Aimia tersenyum.

“Suka sangat ye usik orang?”marahnya dalam gurau. Lelaki itu terseyum cuma.

“Alah,sekali sekala nak usik Aimia apa salahnya,”jawab lelaki itu dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.

“Semalam awak pergi mana? Lama Aimia tunggu,”rajuknya. Lebih dua jam dia tunggu lelaki itu.

“Maaflah,saya terpaksa berjumpa dengan ayahanda saya. Tak lama lagi peperangan akan tercetus di negara kami. Kami harus susun strategi untuk mengelak serangan pihak musuh dan juga bagaimana untuk mengelakkan dari ditawan,”Aimia mengangguk.Ada sedikit risau tumbuh di dalam hatinya buat lelaki itu. Perang? Macamana kalau ada sesuatu yang terjadi kepada lelaki ini?

“Janganlah risau,In sya allah tak ada apa-apa yang berlaku kalau kita percaya kita di pihak yang benar. Mesti Aimia risaukan saya?” serkap jarang lelaki itu mengena. Dia tersipu malu namun tetap mengangguk. “Terima kasih sebab risaukan saya,Aimia tak sekolah ke esok?”tanya lelaki itu lagi. Dia merenung jam di dinding  yang mana menunjukkan pukul 6 pagi.

“Sekolah.Saya nak mandi dan solat dulu ye,”pintanya. Lelaki itu mengangguk. “Leanisi,” ucap Aimia.

“Leanisi so aer,”balas lelaki itu sambil tersenyum sebelum hilang dari permukaan cermin. Lelaki itulah yang mengajarnya perkataan itu.Katanya ‘leanisi’ itu bermaksud selamat tinggal dan ‘leanisi so aer’ tu selamat tinggal juga. Entahlah,itulah kali pertama dia mendengar perkataan yang sangat pelik.Aimia bingkas bangun dari katilnya dan masuk ke dalam bilik mandi.
************************************************************************************************
            “Weh,nerd.”terasa kepalanya ditunjal.Aimia mengangkat kepalanya dari menatap buku di tangan. Tiga orang budak lelaki berdiri di hadapannya. “Gi belikan aku nasi bungkus kat kantin,”kata seorang budak lelaki yang paling tinggi antara mereka dan juga yang paling hadsome.Kononnyalah....

            “Tapi sekarang ni bukan waktu rehat.Nanti kena tangkap dengan cikgu disiplin,”jawab Aimia perlahan. Dia bencikan budak-budak lelaki yang berdiri di hadapannya sekarang ini. Amirul, Fariz dan Syazwan yang selalu menjadikan dirinya sebagai bahan buli.Namun antara mereka bertiga,Syazwanlah yang paling teruk membulinya. Harap muka je handsome.

            Aimia memejamkan mata saat Syazwan mendekatkan muka ke mukanya. “Ada aku kisah? Tu kau punya pasal,sekarang ni aku cuma nak nasi bungkus ada atas meja aku dalam masa 3 minit kalau tak kau tahulah apa akan jadi dengan buku-buku kau yang kau sayang sangat tu,”bisik Syazwan perlahan di telinga Aimia. Jantungnya berdebar hebat. Terbayang di matanya beg sekolah dan juga semua barang-barangnya di dalam lubang tandas sekolah seperti dulu. Tidak! Dia tidak mahu perkara itu berulang kembali.Segera dia bingkas bangun dan keluar dari kelas.Terasa mahu jatuh air matanya saat telinganya menangkap derai tawa mereka bertiga dan yang paling pedih,bercampur dengan ketawa rakan-rakan sekelasnya yang sememangnya suka melihat dia dibuli.

            Mata bundarnya yang terlindung di sebalik cermin mata berbingkai tebal itu meliar melihat sekeliling.Jantungnya berdebar hebat. Janganlah aku kena tangkap kali ni,aku tak nak buku-buku aku jadi mangsa. “Aimia!” suara garau yang memanggilnya kuat serta merta menghentikan langkah kakinya yang kelam kabut. Aduh! Masak aku!

            “Ye Cikgu Zul,”jawab Aimia tanpa berpaling kerana dia tahu cikgu itu sudahpun ada di belakangnya.

            “Awak tahukan sekarang ni bukan waktu rehat?”tanya cikgu itu yang sudahpun berada di hadapannya kini,berdiri dengan rotan panjang di tangan. Aimia mengangguk perlahan,peluh dingin mula turun di dahi.Maaf cikgu,bukan saya sengaja keluar sebelum masanya.

            “Adu,dah banyak kali saya tangkap awak. Ni dah masuk kali ke lima belas tahu tak? Ni mesti kerja Syazwan lagi kan?”Aimia mengangguk lagi. Dia mengangkat kepala,memandang wajah guru muda di hadapannya yang sedang memicit kepala.

            “Saya rasa kita kena bincang pasal ni. Datang bilik saya lepas tamat waktu persekolahan,”katanya sambil berlalu pergi.Aimia menarik nafas lega sebelum memecut ke kelasnya.
************************************************************************************************
            “Lepas tu cikgu tu denda apa kat Aimia?”tanya lelaki itu berminat.

            “Saya suruh dia faham situasi saya lagipun kalau boleh perkara kecil macam ni tak perlulah dibesarkan nanti jadi benda lain pula.Lagipun Syazwan tu anak orang berpengaruh.Banyak yang dia boleh buat tanpa boleh disekat,” jawab Aimia. Lelaki di dalam cermin itu mengangguk faham.Aimia merenung wajah lelaki itu yang kacak,sesuai dengan statusnya sebagai putera mahkota. Terimbau kembali bagaimana mereka boleh bertemu.

************************************************************************************************
TIGA BULAN LEPAS:
           
            “Aimia kena pindah minggu depan. Papa dah aturkan semuanya,”kata papanya ketika mereka sekeluarga makan malam.

            “Kenapa pa? Aimia ada buat salah ke?”air mata sudah bergenang di pelupuk mata. Papanya mula berubah 360 darjah selepas kematian ibunya yang mana juga merupakan isteri kedua. Selepas ibunya meninggal,dia dibawa ke rumah papanya di mana isteri pertama dan juga empat orang adik-beradik tirinya tinggal.

            “Ini untuk kebaikan kamu juga. End of discussion.”jawab papanya tegas.Aimia hanya tunduk menyuap nasi,dia perasan senyuman di wajah adik-beradik tirinya. Dia sudah agak perkara begini akan terjadi kerana dia tahu kehadirannya di dalam keluarga itu tidak disenangi.Cuma lambat atau cepat sahaja.

            Seminggu selepas itu dia dihantar bersekolah di tempat yang dia juga tidak tahu. Dia tinggal bersama pembantu rumah,Mak Cik Nah dan tukang kebun juga merangkap pemandu,Pak Cik Lan yang diupah papanya di sebuah rumah batu sederhana besar. Pak Cik Lan dan Mak Cik Nah yang mana juga sepasang suami isteri sudah dia anggap sebagai ahli keluarganya sendiri dan dia bersyukur kerana mereka melayannya dengan baik.

Kehidupannya hanyalah bertemankan kesunyian kerana tiada sesiapa yang tinggal di kawasan itu kecuali satu kilometer jarak dari rumah yang dihuninya. Mak Cik Nah pula selalu sakit-sakit disebabkan keuzuran dan akan masuk berehat awal. Namun semua itu berubah pada suatu malam apabila dia secara tidak sengaja terjumpa cermin bulat itu di bawah katilnya ketika mengemas bilik.

“Cermin datang dari mana ni? Tak pernah pulak aku jumpa,”Aimia mengambil cermin bulat yang berukir cantik itu. Dia meletakkan di atas meja sebelum kemabli mengemas biliknya yang masih berhabuk dan bersepah.

            Aimia mengelap rambutnya yang masih basah.Terasa lega setelah dapat membersihkan badan yang melekit dengan peluh dan habuk-habuk. Dia mencapai cermin yang berukir cantik yang dia jumpa dibawah katilnya itu tadi sebelum menghempaskan diri ke atas katil. Diperhatikan ukiran di belakang cermin itu, ukiran yang sangat teliti,cantik dan kreatif. Tak pernah lagi dia jumpa ukiran secantik itu.

            “Azbha kher..”terdengar suara lelaki. Cermin di tangan terlucut dari pegangan. Bulu roma mula meremang.

            “Siapa tu?”tanya Aimia. Dia memeluk lutut. Menutup mata.

“Adsah jukher thir diquw mit,”sekali lagi suara itu berbunyi. Seakan menjawab pertanyaan Aimia. Aimia memejam mata serapatnya.Sungguh saat ini terasa seperti mahu pecah jantungnya.

“Jangan kacau aku.Aku tak buat apa-apa pun kat kau!Pergi main jauh-jauh!” dia mula menangis ketakutan.Inilah kali pertama dia berhadapan dengan situasi yang begini.Biasanya dia cuma baca dalam buku sahaja.

            “Aimia,jangan takut. Saya tak akan apa-apakan awak. Saya cuma mahu berkawan sahaja,”suara yang sama namun sekarang sudah bertukar bahasa percakapannya.

            “Kau sapa? Aku kurus je. Tak cukup darah nak bagi kau! Kau gi lah cari orang lain!”masih mahu menjawab walaupun dalam esak tangis. Semakin meremang bulu romanya apabila suara itu ketawa.

            “Aimia,saya mana ada nak hisap darah awak.Saya makan ayam dengan kambing je,tu pun yang dah dimasak. Jangan takut ye,saya Cuma nak berkawan dengan awak je. Cuba awak ambil cermin ni.” Dengan keberanian yang sememangnya di tahap yang paling rendah,dia mencapai cermin itu yang terlungkup tidak jauh darinya.

            “Haaa.....!!”sergah lelaki itu bila sahaja Aimia membalikkan cermin.

            “Kyaaaaa!!!!”lantang jeritan Aimia.Cepat sahaja tangannya mencapai selimut dan menyelubungkan badannya.Air mata mula merembes keluar.Ibu,tolong Aimia bu!

            “Aimia...maaf,saya bergurau sahaja,”Aimia dapat mengesan nada bersalah dalam ayat yang diutarakan oleh suara itu. Dia mengintai di sebalik selimut yang membalutnya hingga ke kepala. Wajah seorang lelaki  dengan muka bersalah jelas di dalam cermin bulat itu. Dia perlahan-lahan mengapai cermin itu.

            “Tengok,saya bukan hantu. Manusia biasa je,”kata lelaki itu. Aimia merenung cermin itu tak percaya.Menggosok matanya,mencubit pipi. Sakit! Memang dia bukan berkhayal.

            “Macamana awak boleh ada dalam ni? Lagi satu,awak ni apa? Macamana awak boleh cakap bahasa saya? Awak memang tak makan orang kan? Awak masuk macamana dalam cermin ni?”macam bertih jagung soalan yang keluar dari mulut Aimia.

            Lelaki itu tergelak. “Itu sudah lebih dari satu. Saya jawab satu persatu ye soalan-soalan awak tu. Saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya bukan apa tapi siapa. Nama saya Edward Loiser Hugrew. Saya putera mahkota negara yang diberi nama Fertisinto Alexandrian. Saya diberi kelebihan oleh Allah Yang Maha Besar mampu berbicara dalam pelbagai bahasa seperti sekarang ini. Saya makan ayam panggang,saya tak makan orang,”jawab lelaki itu sambil tergelak kecil. “Saya pun tak tahu macam mana saya boleh masuk dalam cermin ni tapi saya rasa saya bukan masuk dalam cermin ini tapi lebih kepada saya boleh nampak awak di sana dan awak boleh nampak saya di sini,”Aimia terkejut mendengar celoteh lelaki itu yang agak panjang.

 “Kejap,awak kata tadi Allah Yang Maha Besar?”rasanya dia tidak salah dengar lelaki itu menyebut nama Allah Pencipta Sekalian Alam itu.

            “Ya.Kenapa? Salah ke kalau saya memuji Tuhan sekalian alam itu?”ada kerutan di dahi lelaki itu.

            “Bukan,maafkan saya.Awak ni orang Islam?”tanya Aimia.

            “Ya saya. Saya beragama Islam dan kita berdua adalah saudara sesama Islam. Apa kata kalau Aimia ceritakan sedikit tentang diri Aimia?”pinta lelaki itu. Aimia mengangguk dan tersenyum.Mungkin tidak salah untuknya berkawan dengan orang dalam cermin ini.Semenjak itu banyak yang dia kongsi bersama lelaki itu,tentang keluarganya dan juga kehidupan seharian. Walaupun lelaki itu tidak boleh dia capai namun sekurang-kurangnya dia ada kawan untuk berbicara,berkongsi perasaan,meluahkan rasa dan yang paling dia terharu lelaki itu sememangnya seorang pendengar yang baik.Mungkinkah Allah menghantar insan ini untuknya?
************************************************************************************************
            Aimia membimbit beg-beg plastik itu,ke sana dan ke sini mengikut sekumpulan manusia yang sedang berjalan di hadapannya. Sekali sekala tangan kurusnya mengesat peluh di dahi. “Dah letih ke? Baru sejam kitorang bershopping, takkanlah dah letih?”tanya Syazwan apabila melihat muka monyok gadis itu.

            “Be strong nerdy. Ada banyak lagi tempat yang kita akan jelajah,” sahut Amy,merangkap teman wanita Syazwan disambut oleh ketawa beberapa rakannya yang turut sama sertai mereka membeli-belah. Itupun dia sendiri yang mengelarkan dirinya  tetapi tidak pula diiyakan oleh Syazwan.

            “Dah,kau duduk sini dulu aku nak masuk dalam tengok baju,”arah Sayzwan sambil menunjukkan ke arah bangku berdekatan sebelum dia dan Amy serta rakan-rakannya masuk ke dalam meninjau apa yang menarik di dalam butik itu dan Syazwan menghilang entah ke mana.
            Aimia melepaskan lelahnya. Sungguh dia terpaksa buat semua ini. Bukan dia tidak melawan namun sudah pernah dia cuba melawan namun pengakhiran yang ngeri akan menjadi kesudahannya. “Nah!” terdengar suara Syazwan. Aimia mendongak dan melihat Syazwan menghulurkan sebotol air mineral padanya.

            “Tak apalah,aku tak dahaga pun,”sengaja mencipta alasan walaupun tika ini tekaknya sudah perit terasa.

            “Ambil jelah dah aku belikan ni.”meninggi suara Syazwan. Dalam diam dia tersenyum kecil melihat kedegilan Aimia. Aimia perlahan menyambut huluran Syazwan dan menundukkan kepalanya hingga menjatuhkan urai rambut yang memang sengaja dibiarkan lepas. Tidak sengaja juga sebenarnya tapi tidak sempat nak diikat bila hon kereta Syazwan yang sengaja ditekan berulang kali di depan rumahnya menyuruhnya turun secepat mungkin membuatkan dia tergopah-gapah bersiap-siap.

            “Kau ni tolonglah ikat rambut. Dah macam pontianak aku tengok!”tangan Syazwan menyelak rambut Aimia dan menyelitkan ke belakang telinga. Aimia tergamam,tidak pernah selama ini Syazwan bertindak sebegini terhadapnya,tidak pernah menyentuhnya Cuma sekali sekala kepalanya akan ditunjal. Mata bertemu mata,debaran di dada Syazwan menjadi semakin menggila. Sungguh dia tak sangka tangannya boleh ringan bertindak begitu.  Cepat dia menarik tangannya dan beredar masuk ke dalam butik di mana Amy dan kawan-kawannya sedang memilih baju. Aimia hanya memandang kosong ke arah Syazwan yang sudahpun beradar ke dalam butik itu. “Buang tebiatlah tu,”gumamnya perlahan.
***********************************************************************************************
            “Aimia,tengok apa tu?”tegur suara itu. Aimia masih menatap lama kad berwarna kuning cair itu. “Undangan ke majlis sambutan ulang tahun kelahiran ke-17 Amy Farhana bt Dato’ Fahril.”kata Aimia perlahan. Kad itu diterimanya daripada Amy ketika mereka menghantarnya ke rumah.

            “Bila tu?”tanya Edward.

            “Esok,”jawab Aimia perlahan. Sama dengan tarikh hari lahirnya. Tak sangka sungguh tapi jika dulu,dia akan menyambut hari lahirnya dengan melawat pusara ibunya namun tahun ini tiada lagi agenda itu.Dia mengeluh perlahan. Berat hatinya mahu ke majlis itu tapi dia tahu jika dia tidak pergi,perkara akan menjadi semakin kusut. Mungkin kejadian buli ini akan menjadi semakin teruk.

            “Aimia nak pergi ke?”tanya Edward. Jelas di pancainderanya akan keresahan di wajah Aimia.

            “Entahlah awak. Saya rasa berat hati mahu pergi tapi kalau saya tak pergi mesti diorang marah,”sekali lagi keluhan dilepaskan.

            “Aimia,kalau boleh janganlah pergi. Bukan sengaja saya mahu menghalang tapi saya rasa tak sedap hatilah,”ujar Edward. Hatinya terasa lain macam dengan undangan yang penuh dengan syak wasangka itu. Siapa tahu mungkin mereka merancang sesuatu terhadap Aimia. Dia tidak mahu lagi melihat Aimia berendam air mata.

            “Tak apalah Edward. Mungkin kita fikir terlalu banyak sedangkan mereka sememangnya ikhlas mnejemput saya ke majlis tu,”kata Aimia mengakhiri perbualan mereka kerana Aimia selepas itu terus sahaja berbaring di katil dan terlelap dek kerana ‘tugas’nya bersama Syazwan dan kawan-kawannya tadi.

Jam sudahpun menunjukkan angka 8. Dia keluar dari kereta dan selepas mengucapkan terima kasih kepada Pak Cik Lan,dia melangkah perlahan-lahan ke banglo tiga tingkat itu yang gamat dengan bunyi lagu dan suara orang.Pintu utama dipulas perlahan,dia sangat janggal berada di situ walaupun rumah itu setanding dengan rumah papanya di Kuala Lumpur.

            “Ha...tengok semua! Guys,our main character is here!!”dia disambut dengan suara kuat Amy yang kemudiannya disusuli dengan nyanyian beramai-ramai lagu hari jadi dan lampu dimalapkan.

            “Happy birthday to you,happy birthday to you,happy birthday to Aimia,” kedengaran suara rakan-rakan sekelasnya dan juga tetamu-tetamu lain yang turut hadir menyanyikan lagu untuknya. Buat seketika dia terasa dihargai. Adakah mereka sudahpun mula menerima dia? Sedang asyik dia berteka-teki sendiri Amy dan kawan-kawannya menarik tangannya ke sebiji kek yang sederhana besar di ruang tengah. Disebabkan lampu yang malap,dia tidak nampak bagaimana dan apakah yang menjadi hiasan kek namun yang dia tahu kek itu cantik dengan penuh hiasan seperti blueberry di atasnya.

            “Make a wish sayang,”bisik Amy di telinganya dan dia tersenyum kecil. Amy bersama-samanya memegang pisau pemotong kek dan memotong kek itu. Amy mengambil secebis kek yang telah dipotong dan mahu menyuapkan ke mulut Aimia sebelum dia menangkap perhiasan di atas kek yang seakan bergerak dan sebelum kek itu sampai ke mulutnya akhirnya Aimia perasan yang semua hiasan di atas kek itu adalah anak-anak katak yang mungkin berpuluh-puluh atau ratusan ekor! Aimia melarikan mukanya apabila kek itu semakin hampir dengan mulutnya.

            “Pegang dia!”arah Amy dan dua orang kawannya memegang tangannya namun dia meronta-ronta dan terlepas dari gengaman mereka. “Apa salah aku sampai kau buat aku macam ni?”jeritnya. Dia sudah letih dilayan seperti sampah. Dia mahu tahu kenapa mereka begitu membencinya.

            “Kehadiran kau kat sini tak diperlukan! Kau tu jijik! Anak buangan,anak luar nikah! Kami jijik untuk bernafas seudara dengan kau! Ada hati kau nak rampas Syazwan dari aku? Kau ingat aku tak nampak apa yang kau buat kat dia kat mall semalam? Dasar perempuan sundal! Baik kau pergi mampus sama macam mak kau yang sundal tu!”kata Amy lantang namun terdiam bila pipinya terasa pijar.

            “Kau boleh kata macam-macam kat aku tapi jangan sekali-kali kau hina mak aku!!”keras suara Aimia bergema di dalam rumah besar itu.Air jernih mula mengalir deras dari matanya. Amy memegang pipinya yang pijar dan memandang semua para hadirin yang senyap tidak terkutik apabila pipi tuan rumah ditampar. Terasa jatuh air mukanya apabila ditampar oleh perempuan murahan seperti Aimia.

            “Kau memang jalang!”kek di atas meja diambil dan dilempar ke atas kepala Aimia. Kawan-kawan Amy membongkok mengambil sesuatu di bawah meja dan beberapa saat kemudian tetamu-tetamu perempuan menjerit apabila ratusan ekor anak katak menyimbah badan Aimia.

            “Ini yang kau dapat sebab bermain api dengan aku!”kata Amy angkuh. Dia ketawa puas melihat Aimia yang terkaku dengan rambut dan baju penuh dengan anak-anak katak yang masih hidup.

            “Ya Allah! Apa yang dah jadi ni??”kuat suara Syazwan kedengaran. Aimia yang menunduk masih mampu menangkap susuk tubuh Syazwan di celah-celah orang ramai.Mungkin baru sahaja tiba kerana terdapat sebungkus hadiah di tangannya.

            “Sayang, I dah punish orang yang cuba nak goda U”kata Amy manja sambil memeluk lengan Syazwan.

            “Apa yang U mengarutkan ni Amy! Get into your right mind! Tapi kali ni U dah melampui batas Amy!”jaket di tubuh dibuka dan diletakkan di atas bahu Aimia yang masih berdiri kaku di situ dan membawa Aimia dari rumah itu.

************************************************************************************************
            “Aku minta maaf dengan kelakuan Amy yang dah melampau.” Suara Syazwan setelah lama menyepi di dalam kereta itu. Aimia hanya diam dan membuang anak-anak katak yang masih melekat di baju dan rambutnya. Nasib baik dia bukanlah jenis penggeli jika tidak mesti dia sudah pengsan ketika dia disimbah dengan anak-anak katak yang tidak bersalah.

            Mereka tiba tidak lama kemudian di rumah Aimia dan sebelum masuk ke dalam rumah,Aimia mengeluarkan beberapa not RM50 dan diletakkan di atas dashboard kereta. “Untuk cuci kusyen kereta kau yang mahal ni.Thanks tumpangkan aku,” sempat dia bersuara sebelum menonong masuk ke dalam rumah dan sebelum sempat Syazwan membantah.

Dia mengelap air mata yang jatuh menuruni pipinya. “Aimia,janganlah nangis. Kalau Aimia macam ni,saya pun rasa sedih juga,”kata Edward.Dia terkejut apabila mendengar esakan Aimia dan dengan keadaan Aimia yang basah kuyup.

            “Saya letih Edward hidup macam ni.Dipinggirkan oleh keluarga,dibenci oleh rakan-rakan. Apa salah saya? Saya Cuma mahu ada kawan,saya juga mahu rasa diperlukan. Bukan dilayan macam sampah,”air mata yang tadinya kering kembali berlinangan. Sungguh dia sudah tidak tahan dengan layanan kawan-kawannya yang membulinya.

“Aimia kenalah kuat. Aimia kan tabah.Jangan macam ni,Aimia yang saya kenal bukan yang jenis mudah mengalah,”pujuk Edward.Luluh hatinya mendengar esak tangis Aimia.

“”Mungkin lagi bagus kalau saya tidak wujud di bumi ni,”rungut Aimia.

            “Astaghfirullah,apa yang Aimia cakap ni? Jangan jadi orang yang tidak ada iman. Sesedih manapun kita,kita kena ingat yang Allah sentiasa ada di sisi kita.”nasihat Edward.

            “Aimia dah tak tahan Edward.Apa salah Aimia hingga orang layan Aimia macam sampah? Aimia pun nak juga orang sayang Aimia,macam arwah mak Aimia.” Esak tangisnya kembali kedengaran.

            “Edward sayang Aimia. Semenjak kali pertama Edward bersua Aimia,Edward sudah jatuh hati pada Aimia,”luah Edward tiba-tiba.

            “Dahlah Edward.Kalau nak pujuk saya pun janganlah menipu,”kata Aimia. Dia tidak mahu Edward berpura-pura semata-mata mahu meredakan perasaan sedihnya.

            “Tidak Aimia.Saya tak tipu. Kan saya ada ajar,leanisi tu maksud dia selamat tinggal tapi sebenarnya lenaisi tu maksudnya saya cintakan awak dan leanisi so er tu maksudnya saya juga cintakan awak,”kata Edward. Membulat mata Aimia mendengarnya.Jadi selama ni dia duk cakap saya cintakan awaklah kat Edward?

            “Kenapa tipu?”tanya Aimia.Sedih di hatinya sudah berkurangan. Air matanya juga sudah kering.Ahh..sememangnya dapat berborak dengan Edward menghilangkan segala resah di hatinya.

            “Sebab saya tahu Aimia tak akan cintakan saya.Lagipun saya ni makhluk asing yang datang entah dari mana,”muka putera kacak itu bertukar mendung.

            “Sebenarnya saya memang sukakan Edward tetapi saya tahu kita tak akan mungkin bersatu. Sebab tu saya tak berani nak luahkan,”kata Aimia.

            “Betul ke? Jadi selama ni saya tak bertepuk sebelah tanganlah?”suara itu sudahpun bertukar ceria. “Sudikah Aimia menjadi isteri saya?”tanya Edward tiba-tiba.

            Aimia hanya terkebil-kebil.Terkejut dengan pertanyaan Edward yang tiba-tiba. “Awak serius ke ni?” dia masih tidak percaya.

            “Ya,saya serius.”sungguh-sungguh Edward menjawab. Dia juga jika boleh tidak mahu Aimia jatuh ke tangan orang lain.

            “Mana mungkin kita bersatu,”keluh Aimia.

            “Ada caranya Aimia. Setiap sesuatu akan ada penyelesiannya. Hanya bergantung pada kerelaan hati kita sahaja,”tenang Edward menutur kata.

            “Awak bagilah masa pada saya. Nanti saya fikirkan,”kata Aimia sebelum meletakkan cermin itu ke dalam laci. Edward hanya mampu mengeluh. Dia tahu semua ini terlalu tiba-tiba tetapi dia hanya tidak mahu Aimia menderita lagi.

            Dia ke sekolah seperti biasa dan matanya menangkap sekumpulan manusia berkerumun di papan kenyataan. Dia juga turut menghampiri tempat itu,manalah tahu jika ada berita penting yang disampaikan oleh pihak sekolah. Jantungnya seakan terhenti saat melihat papan kenyataan itu,yang penuh dengan gambarnya berlumuran kek dan katak. Mukanya yang penuh dengan krim dan muka-muka orang sekelilingnya yang mengetawakannya.

            “Eh,tu la budak dalam gambar tu.”bisik seorang pelajar pada kawannya yang perasan akan kehadirannya di situ. Pelajar-pelajar lain juga turut berpaling dan berbisik-bisik antara mereka. Ada yang ketawa sinis,ada yang membuat muka simpati. Dia berlari ke kelas dan di kelas,gambarnya penuh bergantungan di papan hitam. Gambarnya yang bermandikan kek dan anak-anak katak.Dia melihat senyuman sinis di wajah rakan-rakan sekelasnya terutamanya Amy dan rakan-rakan seperjuagannya. Air mata mula menuruni pipinya namun dia tahu tiada sesiapa pun yang akan bersimpati padanya. Dia tidak diperlukan di sini.

            Aimai berlari keluar dari kelas dan berlari ke pintu pagar sekolah. “Eh,dik. Adik tak boleh keluar,”jerit pengawas yang bertugas menjaga pintu pagar namun Aimia tidak menghiraukannya. Biarlah dia pergi dari sini jika itu yang semua orang mahu. Dia terus berlari sebelum tiba-tiba kedengaran brek dari depan dan dia jatuh di atas jalan raya yang tajam itu. Kedengaran juga pintu kereta di buka.

            “Aimia,kenapa ni? Kenapa kau berlari tengah-tengah jalan ni?”tanya Syazwan. Dia membrek secara mengejut apabila tiba-tiba sahaja Aimia muncul di sebalik selekoh.Nasib baik Aimia tidak apa-apa.

            Aimia memberikan bangun dan memandang muka Syazwan tajam. “Kalau semua ni bukan disebabkan kau,semua ni tak akan terjadi! Kenapa mesti kau layan aku macam ni? Apa salah aku kat kau?”tanya Aimia lantang sambil mencekak leher baju Syazwan. Syazwan terpingga-pingga.

            “Apa maksud kau ni?”tanyanya balik. Mungkin Amy sudah terlampau pada malam itu tetapi itu semua bukan salah dia. Dia juga lansung tidak tahu menahu tentang perancangan Amy mahu mengenakan Aimia.

            “Dahlah,kalau aku hilang dari dunia ni baru kau puas hati kan?”kata Aimia sebelum berlalu dari situ dengan esak tangis yang semakin kuat meninggalkan Syazwan yang terpingga-pingga.

            Sampai sahaja di rumah Aimia terus sahaja menerpa ke dalam biliknya dan membuka laci dan mencapai cermin bulat itu. “Edward,”serunya dalam esak tangis. Beberapa saat kemudian Edward muncul di cermin itu.

            “Aimia,kenapa menangis ni? Siapa yang buat awak macam ni?”tanyanya dengan wajah simpati. Kalaulah boleh dia menyentuh Aimia,dia ingin hapuskan juraian permata jernih di pipi gadis manis itu.

            “Edward,awak betul sayang saya? Awak akan cintakan saya sepenuhnya? Awak akan beri kasih sayang pada saya dan tidak akan abaikan saya?”tanya Aimia tanpa menjawab pertanyaan Edward.

            “Ya sayangku Aimia,saya akan sayang awak sepenuh hati,saya akan beri awak kasih sayang sepenuhnya. Saya tidak akan buat seperti apa yang keluarga awak dan kawan-kawan awak buat pada awak,”kata Edward. Jikalau sahaja dia dapat menyentuh Aimia kala ini,mahu sahaja dia menyapu air mata yang mengalir di pipi gadis itu.

            “Kalau begitu,ambillah saya Edward. Bawalah saya ke dunia awak. Saya ingin hidup bersama awak. Saya tidak tahan lagi berada di sini.”rayu Aimia.

            “Awak pasti dengan keputusan awak ni Aimia? Awak tak akan menyesal? Kerana sekali awak datang ke dalam dunia saya,tak akan ada lagi jalan pulang untuk awak,”tanya Edward. Walaupun hatinya gembira mendengar permintaan Aimia tapi dia tidak mahu Aimia menyesal kemudian hari.

            “Ya Edward. Saya tidak akan menyesal.Saya mahu hidup dengan awak,”pinta Aimia sekali lagi.

            “Baiklah kalau begitu.”kata Edward dan tiba-tiba sahaja cermin itu mengeluarkan cahaya yang maha silau dan muncul tangan Edward seperti mahu Aimia menyambutnya. Aimia sempat mencapai bingkai gambar ibunya sebelum menyambut tangan itu dan dia masuk ke dalam cermin,ke dunia Edward. Cahaya itu hilang beberapa saat kemudian dan cermin bulat yang cantik di atas meja itu retak dan pecah berderai.
************************************************************************************************
            “Seorang gadis bernama Nur Aimia Zahra,anak kepada seorang ahli perniagaan terkenal yang dikatakan hilang secara misteri sehingga kini masih belum dijumpai setelah lebih lima bulan usaha menjejaki gadis itu dan kini pihak polis mengumumkan akan menghentikan pencarian mereka selepas semua usaha hanya menjumpai jalan buntu,” suara pembaca berita itu menerpa ke telinga Syazwan. Dia hanya merenung kosong skrin televisyen itu.

Syazwan merenung gambar Aimia yang diambilnya secara rahsia dari dalam dompet gadis itu. Kemanakah dia menghilang? Ah..adakah kerananya Aimia pergi secara tiba-tiba? Dia teringat akan kali terakhir dia melihat wajah gadis itu yang murung,penuh dengan linangan air mata yang mengalir di pipi.Amy sudahpun dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatannya oleh pihak sekolah. Mereka betul-betul terkejut dengan kehadiran papa Aimia ke sekolah kerana mereka lansung tidak tahu yang Aimia adalah anak ahli perniagaan terkenal. Walaupun berbu penyesalan datang ke hati namun semuanya sudah terlambat. Salahnya juga kerana tidak mempertahankan gadis itu.Walau kemanapun gadis itu pergi,dia hanya mampu mengirimkan doa agar kesejahteraannya terjaga.Maafkan aku Aimia kerana selalu membuli kau. Aku jadi begitu kerana cinta,aku jadi bodoh kerana cinta.Aku sangkakan dengan cuba mendapatkan kau begitu akan membuahkan rasa cinta namun aku bodoh. Sekarang kau pergi dari aku.Gambar itu ditekapkan ke dadanya,melepaskan rindu buat gadis pujaan di dalam senyap.

************************************************************************************************
Di sebuah istana yang cantik,di taman bunga kelihatan seorang lelaki berpakian segak persalinan putera raja menghampiri seorang perempuan yang sedang duduk di bangku di tengah-tengah taman itu.

Mata perempuan itu ditekup. “Cuba teka siapa saya?”tanyanya.

“Alah,abang tak perlu tekup mata Aimia,dari suara pun Aimia dah tahu siapa. Siapa lagi kalau bukan suami kesayangan Aimia,”jawab Aimia. Tangan yang menekup matanya dia ambil dan salami.

Punggung dilabuhkan bersebelahan Aimia. “Sayang,abang ada hadiah untuk sayang,”satu bungkusan berbalut cantik yang disembunyi di belakangnya disua. Aimia membuka bungkusan itu dan sehelai selendang sutera jatuh ke atas ribaannya. “Cantik tak sayang? Tanyanya.Aimia mengangguk. “Lagi cantik kalau Aimia pakai,lagi manis,”Aimia merenung selendang sutera di tangannya lalu diletakkan di atas kepala.

            “Cantik ke abang?”sengaja dia mahu mendengar pendapat suaminya.

            “Cantik sangat sayang.Kalau bunga-bunga kat taman ni ada mata boleh tengok,mungkin sekarang ni dah layu sebab mereka cemburu dengan kecantikkan isteri abang ni,”Aimia tersenyum mendengar pujian suaminya.

            “Ada-ada jelah abang ni,”kepalanya dilentokkan ke atas bahu suami tercinta.

            “Abang harap kita akan kekal bersama hingga nyawa terakhir. Semoga Allah akan merahmati cinta kita dan juga semoga cahaya mata kita yang bakal lahir ini akan lahir dengan selamat. “ucap Edward.

            “In Sya Allah abang. Abang, leanisi,” ucap Aimia.

“Leanisi so aer sayang,” balas Edward sambil menghadiahkan satu kucupan di pipi isteri tercinta,yang datang dari alam yang berlainan namun dengan izin-Nya bersatu atas dasar cinta. Mereka bersama-sama melihat pemandangan matahari yang terbenam petang itu ditemani angin yang sepoi-sepoi bahasa.


            

Comments

SuhaFasihah said…
sis aina~

cerita yang simple.. ada fantasi gituh.. hehe
ni kalau cerpen lain mesti ending aimia dengan syazwan.. tapi dah tajuk pun cinta dari cermin, mestilah ending dengan edward.. hehe
AinaLisa said…
hakhak... aina cuba lari dari kebiasaan jek. huhuhu.. x lah. even dia x dek edward,dia still xnak syazwan. hehehe.. ^_^
Unknown said…
perghhh best dan lain dari yang lain....best giler!
AinaLisa said…
Iyerlah tu JH...hakhak... nilah yang paling Aina x de idea nk wat tau. huhuhu... btw,sori JH..Aina duk umah and tak bwk nmbr clcm. Nt esok Aina msj JH ok. ^__^

Popular posts from this blog

KAU CINTA PERTAMA DAN TERAKHIR

Seketika Cuma

CINTA SANG PENGEMIS BAH. 1