Google+ Followers

Saturday, January 4, 2014

Berita Baik dan Berita Kurang Baik

Assalamualaikum kawan-kawan. Hujung minggu kat Kelantan hari Jumaat dan Sabtu so nak dijadikan cerita,disebabkan kat kolej Aina ni susah sangat nak print assignment dan si penjaga makmal tempat nak print tu pulak gatal+garang. So Aina dengan papa,anak sedara dan kawan pergi KB Mall cari printer pastu tengah usha-usha satu printer ni, Aina terpandang notebook Samsung murah tapi Aina wat derk jelah


sebab Aina dah de laptop hadiah dari Papa sempena kejayan SPM dulu pastu tiba-tiba Papa kata "pilihlah notebook Samsung tu yang mana nak,warna apa,". Kawan Aina yang ikut sama pun terkejut lebih dari Aina.Hahahahaha.... tapi kitorang tak beli kat situ,kitorang beli kat kedai depan sikit yang lebih murah RM100 dari kedai tadi dan cuma beli printer je kat kedai tadi. Semua Papa belanja.. Rasa macam indah bangattt dunia. Ahakz... Alhamdulillah..rezeki Aina kot hari tu dan bila balik lak anak-anak sedara sekali dengan daddy mereka semua tarik muka...hahaha..semua pakat-pakat dengki Papa belanja Aina notebook Samsung baru. Biasalah,anak bungsu daun nipah.


Tapi hari ni Aina bukan nak cerita pasal Aina dapat notebook baru yang mana adalah berita baik bagi Aina tapi Aina nak umumkan keputusan untuk Pertandingan Hot Aina tu. So........... dum...dum...dum...jeng!! Pemenangnya adalah.............. TAK ADA SESIAPA!! Berita ni kurang baik. Sayang seribu kali sayang. Lagipun mungkin disebabkan blog Aina ni tak sefemesh blog orang lain. Aina agak terkilan kerana hanya seorang sahaja yang menyertai pertandingan ini tapi tak apa,Aina tak akan berputus asa dan Aina akan berusaha menjadikan nama Aina terukir di hati korang. Aina akan lakukan yang terbaik untuk mengejar cita-cita Aina dan buat korang lebih mengenali Aina. Bagi insan yang sudi menyertai pertandingan Aina yang tak seberapa ni,Aina ucapkan jutaan terima kasih tak terhingga kerana sudi sertai. Untuk novel  DMPH Aina akan buat sendiri covernya dan kalau Aina nak wat pertandingan lagi mungkin Aina kena fikir sedalam-dalamnya. Tak nak lagi jadi camni. Sedih wo..huhuh..tapi nasib baik Papa merawat kesedihan ini. Papepun untuk pertandingan akan datang Aina akan sediakan hadiah yang lagi bombastik. In Sya Allah..



p/s: sekarang dah masuk 3 bulan Aina hantar novel. Cuma tunggu keputusan je sekarang ni. Doakan Aina yer kawan-kawan yang disayangi.

7 comments:

megat eyrulez said...

napa buat derk je?

Aina Lisa said...

hakhak..ME bc sampai hbs x?

.:|[ suha ]|:. said...

sis aina~

tak mau sdey2...
insya Allah masa akan datang berduyun2 hantar penyertaan bila sis buat contest...

all the best untuk result novel tu...
semoga Allah berikan yang terbaik buat sis... aamiin ;)

Win Chitzal said...

Slm Sjahtera & Slmt Thn Baru Aina…
Itu semuanya namanya cabaran & dugaan yg setiap kita perlu lalui. Apapun semoga Aina sentiasa mengorak langkah yg lbh yakin dan mantap utk hari mendatang…

megat eyrulez said...

ouh, ME tak baca sampai habis..
hehehe
sorry..
btw tu je cara yang mampu mampu tolong tok promosikan blog kawan2 me

Jannatul Husna said...

eehh bestnyee aina...jh nk ade papa cmtu jgak...untungnye aina.....bakla laptop lama aina tu bg kat Jh haha

Aina Lisa said...

Suha>>>>> huhuhu... Sedih gak suha sebab x de feedback sgt. Tapi in sya allah akan buat lebih baik di masa hadapan.

Win chitzal>>>>>> itulah pasal, in sya allah akan kuatkan lagi hati ni.

ME>>>>> hakhak.. Thanks yer ME. really appreciate it. ^__^

JH>>>>>>>> hakhak... X tau naper papa tiba2 nak belanja. Hakhak... Jh belilah yg baru. Yg ni nk bagi kat anak sedara aina la..huhuhu