It's All About 'Dia Mr. Pemecah hati'

Assalamualaikum guys. Maaf sangat-sangat sebab lambat update pasal Dia Mr. Pemecah Hati (DMPH) sebab Aina kemalangan kecik,badan asyik sakit- sakit je tiap-tiap malam. Nak sentuh laptop pun tak larat. Huhuhu... Tapi hari ini Aina kuatkan hati,cekalkan tangan menulis tentang DMPH sebab ada kawan-kawan yang minta bagitahu tentang detail cerita ni supaya senang mereka buat cover.




DMPH ni mengisahkan tentang seorang lelaki kacak (nama dia Aina tak ingat sebab watak baru huhuhu) dengan seorang perempuan ni bernama Atilya Annisah yang menuntut di sebuah universiti bersama-sama dan tidak mengenali antara 1 sama lain tapi hinggalah satu hari lelaki ni tegur Atilya tentang baju dia yang ada tompokan darah hujung bulan depan kawan-kawan dia dan memalukan Atilya menyebabkan tumbuh perasaan benci pad lelaki itu walaupun lelaki itu kaya dan hensem. So, selepas kejadian tu,lelaki itu akan menganggunya hampir setiap hari hinggalah banyak kejadian yang berlaku tanpa disangka menerbitkan perasaan cinta antara mereka. Kawan Atilya sudah banyak kali menasihatkan agar menjauhkan diri dari lelaki itu kerana lelaki itu dikenali dengan gelaran si Pemecah Hati di kampus dengan  perangai suka memainkan perempuan. Banyak lagi kejadian-kejadian yang berlaku antara mereka namun mereka berkahwin atas dasar cinta walaupun banyak yang menghalang tetapi itu bukanlah pengakhirannya apabila lelaki ini hilang di laut semasa berlayar. Namun ketika hidup semakin susah,meratapi kehilangan suami tercinta, muncul seorang lelaki misteri yang wajahnya seiras dengan arwah suaminya. Atilya keliru kerana dia tahu lelaki itu bukan suaminya. Nampaknya hidupnya semakin huru hara.

Okeyhs... Haaaa.... Itu jelah sinopsis atau ringkasan yang Aina boleh bagi tentang DMPH ini. Kang bagi banyak-banyak nanti tak surprise plak kan. Aina nak sangat siapkan novel ni cepat-cepat walaupun Aina tahu memang imposibble. Paling cepat pun setahun. Hehehe..doakan Aina ye kawan-kawan. Apa-apa pertanyaan tentang DMPH bolehlah bagi komen kat bawah tu yer. ^__^

Comments

SuhaFasihah said…
sis aina, kemalangan kecil?
what happened?
so,how's your condition now?
semoga cepat2 sehat ye...
aamiin...
AinaLisa said…
Alhamdulillah... Ok da sket. Cuma tmpt luka tu berlubang lgi yerlah kena ekzos motor. Amin... Muga cpt sembuh kaki aina. Btw,thanks yer yunk. ^__^
SuhaFasihah said…
woah kne ekzos motor...
dahsyat tuh...
insya Allah... semoga cepat sembuh...
sakit yang Allah bagi tu pun ujian untuk kita jugak kan...
bertabah ye...
Anonymous said…
boleh tahan lasak juga Aina ni...
AinaLisa said…
Huhuhuhu.. X lasak pon. Dah nasib nk kena. Huhuhu... =.="
Win Chitzal said…
Slm Sejahtera Aina,
Nak tau...utk rekaan cover novel tu masih terbuka lagi ke?
AinaLisa said…
Salam win chitzal.. Yer syg, masih terbuka lagi. Mungkin aina akan buka untuk dua minggu lagi. Kalau berminat bolehlah join. Terbuka pada semua.
Win Chitzal said…
Salam Aina...
Nanti saya akn hantar...
saya nih bdk bru bljr, jd minta tunjukkan mna yg pttlh erk...
tq
AinaLisa said…
Okeh win. I'll be waiting.
Win Chitzal said…
Slm sjhtra Aina,
Saya dah hantar cover tuh...
tq
AinaLisa said…
Hehe..ok. Aina da check tadi. Nt dua minggu lagi Aina umum pemenangnya ok. Stay tuned. ^__^

Popular posts from this blog

KAU CINTA PERTAMA DAN TERAKHIR

Seketika Cuma

CINTA SANG PENGEMIS BAH. 1