JANGAN PERGI CINTA BAB 20 & 21

       
  Lissa sudah siap untuk pergi kerja dan menuruni tangga perlahan-lahan menuju ke dapur. Sarapan diutamakan kerana kalau tak sarapan,berkoronconglah perut,pastu bergetarlah tangan nak buat kerja pastu kena marah kat MR.S sebab banyak salah.Ketika meneguk air kosong tiba-tiba Fariz menegurnya dari belakang.Tersedak Lissa dibuatnya. Hish..Fariz ni!! Kot ye pun,bagilah salam.Tak tahu adab betullah.Tetapi kata-kata itu hanya bergema di dalam hatinya sahaja.Takut pulak dia nak luahkan.Tak pasal-pasal kena karate nanti.Arwah awallah aku.

            “Kau nak pergi kerja dengan apa ni?” Fariz bertanya sambil mengambil gelas dan menuangkan jus orange ke dalam gelasnya.



            “Saya pergi dengan kereta sayalah.Kalau saya rasa tak mampu,saya pergi dengan teksi,”Lissa menjawab tanpa melihat ke muka Fariz.Semenjak semalam,selepas Fariz membawanya ke klinik,Lissa berasa agak segan dengan Fariz.Entah kenapa terbit perassan itu.Mana taknya,aku dah macam orang gila pegang dia kejap-kejap sampai berbirat tangan dia.Lissa tergelak dalam hati.

            “Larat ke kau nak tekan pedal minyak tu? Hurm..pergi dengan aku jelah,”Fariz berkata selamba sebelum meneguk air dari gelasnya.

            Lissa terkesima.Ha?? Mimpi apakah dia hari ni? Adakah matahari tiba-tiba jatuh atas kepala dia ni dan menjadikan dia seorang manusia yang aku tak kenal ni??

            “Eh..tak apalah Tuan Fariz..Saya ok je.Saya rasa saya mampu lagi ni kalau setakat nak memamdu tu,”Lissa menolak secara lembut pelawaan Fariz.Takut pulak aku  tiba-tiba singa ni jadi baik.Entah-entah saja nak perangkap aku naik kereta dengan dia lepas tu nak bunuh aku dan buang aku dalam gaung.Tidak!! Aku tak mahu mati awal. Pelbagai sangkaan buruk menerpa ke dalam fikiran Lissa.

            “Hish! Kau ni,kalau dah aku nak kau pergi dengan aku,dengar ajelah.Ni nak bantah-bantah pula.Nanti kalau kau eksiden macamana? Nanti bertambah pula musibah kat aku.Nanti aku pula yang susah.Dah,cepat ambik barang kau.Pergi pejabat dengan aku hari ni!”Fariz bersuara tegas sambil mencapai kunci dan briefcasenya.Lissa terhenjut-henjut mengambil begnya dan mengikut langkah Fariz.

            Suasana sunyi di dalam kereta merimaskan Lissa.Tidak pernah seumur hidupnya naik kereta dengan Fariz,tiba-tiba pula hari ni kena paksa.Nasib malang betul dia dua,tiga hari ini.Mimpi apalah agaknya dia ni,dahlah tiba-tiba minum air kat dapur.Setahu aku, kaki si Fariz ni tak pernah lagi merasa lantai dapur tu macamana,tiba-tiba jek.Ahhh..dahlah,kalau fikir pasal mamat ni,boleh jadi biol aku.

            Fariz menjeling Lissa di sebelah.Berkerut-kerut muka dia.Apalah agaknya yang difikirkan.Mesti menyampah dengan aku.Fariz tersenyum kecil.Entah kenapa,melihat muka Lissa yang berkerut-kerut membuatkan hatinya riang.

            Sampai sahaja di pejabat dan selepas memakirkan kereta,Fariz berjalan menuju ke lif. Dilihatnya Lissa masih menyandar di kereta. “Kau ni apasal? Dah sayang sangat ke kat kereta aku tu?” Fariz menyindir sinis Lissa.Tercengang seketika Lissa.

            “Errr…bukan Tuan,Tuan pergilah dulu.Nanti saya menyusul.Nanti apa pula kata orang kalau lihat saya tiba dengan Tuan,”Lissa memberikan alasan yang terbaik.Dia ingat bahawa dia haru menjaga reputasi Fariz dan dia tidak mahu kawan-kawan sepejabatnya bersangka buruk apabila melihat dirinya bersama Fariz.

            “Ikut suka kaulah.”Kata Fariz sebelum hilang ke dalam perut lif.Lissa kemudiannya menyusul Fariz.

            “Lissa!!Kenapa dengan kau ni?”Anith menerpa Lissa apabila melihat Lissa berjalan terhenjut-henjut.

            “Tak ada apalah Nith.Semalam aku terjatuhkan pisau atas betis aku time siang ikan.Tak ada apa-apalah,”Lissa tersenyum melihat keperihatinan kawannya itu.Anith memapah Lissa ke tempatnya.

            “Macamanalah kau boleh jadi cuai macam tu.Ngeri aku dengar.Kau hati-hati tau. Jangan jatuh pula.Oklah,aku nak buat kerja ni,kau jangan dok jalan-jalan sangatlah ye.Takut jatuh ke apa ke.”Anith berlalu ke tempatnya dengan muka risau.

            Lissa tenggelam dalam keasyikan menyiapkan kerja sambil mendengar lagu di MP3nya hingga tidak menyedari sudah masuk waktu rehat tengah hari.Beberapa kawannya mengajaknya untuk bersama-sama makan namun Lissa menolak.Tidak larat rasanya dia mahu berjalan dengan luka yang  masih berdenyut-denyut di betisnya.Lissa hanya menikmati segelas air teh panas dan beberapa keping biskut.Terdengar pintu pantri dibuka namun Lissa tidak mengendahkan kehadiran orang itu dan ralit dengan permainan dalam handphonenya.

            “Kenapa kau tak pergi makan?”pertanyaan yang secara tiba-tiba dari suara yang sangat di kenal membuatkan Lissa terkedu.Hampir terlepas handphone di tangan.Lissa mengangkat mukanya dan melihat Fariz tercegat di hadapanya dengan mug di tangannya.


            “Saya tak ada selera Tuan.”Lissa menjawab ringkas.Dalam hatinya mendoakan agar Fariz cepat berlalu dari situ.Namun sangkaanya meleset sama sekali apabila Fariz melabuhkan punggung di atas sofa di hadapannya dan mencapai surat khabar di atas meja. Adoi..masalah ni.Lissa nak sahaja berlalu dari situ namun memikirkan perlakuannya terlalu jelas menampakkan dirinya mahu melarikan diri dari Fariz,Lissa membatalkan hasratnya itu.

            Fariz melipat surat khabar yang selesai dibacanya itu. “Tentang kontrak perkahwinan kita,”Fariz memulakan bicara dengan nada suara rendah.Mungkin berhati-hati agar tidak didengari oleh staf-staf yang mungkin masih ada di situ.Lissa memasangtelinga dan berdebar-debar menantikan patah bicara Fariz yang seterusnya.
“Aku dah sain kesemua kontrak itu.Aku harap kau akan patuhi kesemua syarat yang telah dikemukakan tanpa sebarang masalah.Kau jangan risau,setelah aku berjaya mengahwini Sarah,aku akan lepaskan kau,” Fariz memberikan sebuah senyuman sebelum bangun dan keluar dari pantri.Lissa tertanya-tanya apa maksud senyuman yang diberikan oleh Fariz itu.

            Pada petang itu,Fariz hanya berada di rumah sahaja.Dia tidak keluar seperti biasa.Lissa yang berada di dalam biliknya baru sahaja selesai menunaikan solat Asar dan menuju ke dapur perlahan-lahan.Walaupun luka di betisnya sudah dibalut dengan kemas namun andainya dia berjalan secara kasar,bisa di luka itu masih terasa.Lissa terdengar stereo milik Fariz terpasang.Lissa mula cuak,biasanya pada waktu-waktu macam ni,Fariz akan keluar dan tinggallah dia seorang.Siapa pula yang pasang stereo tu.Takkanlah hantu kot.Bulu roma Lissa mula meremang.Lissa terkesima apabila melihat Fariz sedang mencari-cari CD kesukaannya.

            “Erk…Tuan buat apa kat sini?”soalan itu secara spontan terkeluar dari mulut Lissa.Lissa menutup mulutnya dengan tangan.Fariz merenung Lissa dengan pandangan yang Lissa tidak mampu tafsir.Nak kata marah macam bukan marah,nak kata suka pun tak juga.

            “Lorh..salah ke? Ni kan rumah aku? Pelik ke kalau aku nak duduk kat rumah aku sendiri?”Fariz menjawab dengan selamba sambil bangun dan mencapai baldi yang berada berhampirannya.Lissa masih terpaku di situ. “Owh..lupa pula aku.Kau masaklah makan malam hari ni.Aku akan makan di rumah je hari ni,” katanya sebelum berlalu dengan selamba ke luar rumah.Apakah yang telah merasuk fikiran Fariz sampai dia nak berada di rumah pada hari ini.Lissa berjalan menuju ke dapur.Dia sempat mengintai Fariz yang hanya berseluar pendek dan bersinglet membasuh kereta sambil  bersiul-siul mengalun lagu kegemarannya.


Hanya jasad Lissa berpijak di atas bumi semasa Fariz melabuhkan punggungnya di meja makan.Lissa hanya berdiri di sebelah meja.Fariz merenungnya tanpa berkata-kata. Beberapa minit berlalu barulah Fariz bersuara.”Apasal kau berdiri kat situ je? Sendukkan aku nasi.Tu pun tak tahu ke?” Lissa cepat-cepat menyedukkan nasi ke pingan Fariz dan menuangkan air ke gelas.Namun,selepas itu dia kehilangan idea samada mahu berdiri di situ sahaja atau duduk dan makan bersama Fariz.Ish..tak boleh,tak boleh. Farizkan ‘Tuan’ aku,aku kenalah mementingkan dia.Nantilah lepas dia makan baru aku makan.

            “Apasal kau tercegat je kat situ? Tak mahu makan ke?” Fariz merenung Lissa yang berdiri berhampiran meja makan.

            “Tak apalah Tuan.Tuan makan la dulu.Nanti saya makanlah,”Berdebar-debar jantung Lissa menjawab soalan Fariz.Dia sebenarnya tak berani nak makan berhadapan dengan Fariz sebab dia segan dan masih tak biasa berhadapan dengan Fariz.Lagipun jarang dia lihat singa jantan ni buat baik macam ni.

            “Apasal pulak.Mengada pula nak suruh aku makan sorang.Dah,duduk dan makan dengan aku.Hish..mengada betul nak suruh aku makan sorang-sorang,”Fariz mengomel sambil mula menyeduk lauk pauk yang terhidang.Lissa terkulat-kulat duduk berhadapan dengan Fariz.Dia juga mula menyeduk lauk di hadapannya perlahan-lahan.Berdebar-debar hatinya apabila melihat Fariz menyuap nasi ke mulut.Laju sahaja mengunyah.Tak sampai sepuluh minit dia makan,nasi di pinggannya sudah licin.Sedap ke aku masak?? Habis pula dia makan.Lissa berasa lega di dalam hati melihat Fariz sudi makan masakannya. Fariz bangun tanpa sepatah kata selepas membasuh tangannya dan meneguk sedikit air.Lissa agak terpinga-pinga melihat kelakuan Fariz.Tadi bukan kemain banyak celoteh ni tiba-tiba je senyap pulak. Mood swing ke dia ni?

            “Terima kasih sebab sudi masak untuk aku,”kata Fariz sebelum berlalu ke biliknya. Lissa terpaku seketika mendengar ucapan terima kasih daripada Fariz.Ya Allah, betul ke apa yang aku dengar ni?? Hati Lissa berasa girang dan selera makannya sudah hilang diganti kegembiraan.Lissa cepat-cepat membasuh pingan dan mengelap meja. Dia sudah sangat bosan terperap dalam bilik je.Tak ada sesiapa nak bercakap dengan dia.Buku komik kesayangan dia juga sudah 10 kali diulang-ulang baca.

            Lissa melabuhkan punggungnya di atas sofa di ruang tamu.Fariz sudah membenarkannya menggunakan perabot-perabot di dalam rumah itu.Tapi siap bersyarat lagi,jangan di rosakkan.Hish..tahulah mahal perabot dalam rumah ni.Tapi takkanlah dia nak rosakkan pula.Lissa mengelamun jauh hinggalah lamunannya terganggu apabila terdengar deringan handphonenya.Lissa sedikit tersentak melihat nama yang terpapar di skrin hanphonenya. “Ezma…”Lissa berbisik kepada dirinya sendiri.Dia menekan butang hijau di badan handphonenya selepas menarik nafas sedalam-dalamnya.

            “Assalamualaikum,Lissa..”Suara Ezma menerpa ke telinga Lissa sebelum sempat Lissa bersuara.Tergagap-gagap Lissa menjawab salam Ezma.

            “Lissa sedang buat apa? Lissa free tak petang esok? Ez ada hal sedikit yang Ez nak bincang dengan Lissa,” Lissa mendengar bait demi bait  ayat yang diutarakan oleh Ezma. Berat bunyinya ayat yang diutarakan oleh Ezma.Hati Lissa sedikit tidak tenteram mendengar nada suara Ezma.Lissa pasti sesuatu telah berlaku kerana Lissa kenal benar dengan Ezma,apa yang dia akan rasa apabila ada masalah.

            “Pukul berapa Ezma nak jumpa Lissa?”Lissa free sahaja petang esok jadi rasanya dia tak ada apa-apa halangan untuk berjumpa dengan Ezma.



BAB DUA PULUH SATU


            Fariz diam mengadap dokumen di hadapannya tetapi hatinya berasa resah-gelisah.Wajah Lissa sering bermain di fikirannya dan setiap tingkah laku Lissa sering menjadi perhatiannya. Wajah Lissa yang lembut serta senyumannya yang manis membuatkan matanya sentiasa mengikut ke mana sahaja Lissa berada.Dia juga perasan Lissa semakin  kurus daripada mula-mula mereka berkahwin dahulu dahulu. Mungkinkah disebabkan dirinya yang kejam ini banyak menyeksa Lissa kerana kebenciannya dalam ikatan perkahwinan ini?? Ketidakrelaannya mengheret Lissa dalam kancah kesakitan. Fariz mengeluh berat apabila memikirkan betapa terseksanya Lissa.Malah apabila sahaja dia berada bersama Lissa,dia dapat melihat ketakutan di mata Lissa.Bila sahaja dia menegur,wajah itu berubah pucat walau tiada sebarang reaksi.Kini baru dia sedar,masa berlalu dengan pantas,sudah hampir lima bulan Lissa dan dirinya terikat dengan ikatan suci ini namun sayang sekali dirinya dan Lissa mengikat hubungan ini tanpa rela.Hatinya berasa terbakar apabila mendengar perbualan Lissa dengan kekasihnya tempoh hari namun apabila memikirkan dia tidak menyukai Lissa,jadi dia tiada hak untuk memarahi Lissa.Lagipun dirinya juga hanya mencintai Sarah.

            Terbayang wajah Lissa yang bertungkus-lumus membersihkan sekitar halaman banglo mewah itu.Setiap sudut di dalam rumahnya tidak pernah berdebu,betapa rajinnya Lissa membersihkan rumah itu.Setiap perhiasan akan dibersihkan dengan hati-hati. Teringat Fariz akan kata-kata yang Lissa bisikkan pada dirinya sendiri ketika membersihkan semua perhiasan tu.Lissa tidak perasan yang dia melintas di belakangnya kerana ralit membersihkan perhiasan-perhiasan yang tersusun rapi di atas rak itu, “Lissa,hati-hati weh.Kalau pecah ni,seumur hidup kau kerja pun belum tentu boleh bayar ni,” Fariz tersenyum sendiri.Lucu apabila mengenangkan telatah Lissa.

Tapi dia tidak pernah menghargai Lissa,kenapa hanya baru sekarang mata hatinya melihat semua itu? Fariz membuka laici mejanya,mengambil sekeping gambar yang diselit dalam sebuah buku.Gambar perkahwinannya dengan Lissa yang dicuri dari album mama. Lama Fariz merenung wajah Lissa yang tersenyum namun duka di hatinya terselit di dalam senyuman itu.Jarinya menjamah wajah Lissa,cuba menyelami perasaan Lissa. Walaupun sekadar pada sekeping gambar.

Adakah kau pasti yang kau benar-benar mencintai Sarah?? Satu suara tiba-tiba menerpa ke dalam hatinya.
           
Kenapa pula harus kau ambil tahu? Aku amat mencintai dia dan aku sangat yakin dengan  cinta aku kepada Sarah dan aku juga yakin Sarah mempunyai perasaan yang sama! Fariz sedikit tercabar dengan soalan dari suara yang entah datang dari mana itu.Jikalau kau benar-benar yakin,baguslah.Tetapi kau jangan menyesal andainya kau tersilap melihat mana permata dan mana kaca.Suara itu seakan-akan memerli dirinya.Wei,aku tahulah apa yang aku buat!! Kau siapa nak masuk campur dalam hal peribadi aku?!Fariz menengking suara itu namun tiada jawapan yang diterimanya.Dia tersentak apabila mendengar ketukan di pintu.

            “Masuk.”Fariz mengarahkan orang yang mengetuk pintu supaya masuk.Kelihatan Lissa berdiri sambil membawa beberapa dokumen di tangannya.Fariz cepat-cepat menyelitkan gambar itu ke dalam buku dan berlagak seperti tiada apa-apa berlaku.

            “Tuan Fariz,di sini ada beberapa projek dari syarikat-syarikat yang memohon. Mereka meminta Tuan menyemak projek mereka dan jika bersetuju dengan projek ini,maklumkan kepada saya dan saya akan menghubungi mereka.”

            “Hurm…baiklah.Aku akan maklumkan bila aku dah siap menyemak permohonan-permohonan ni,”Fariz menjawab tanpa melihat ke muka Lissa.Lissa sedikit pelik dengan perangai Fariz.Satu sikap Fariz yang dia faham sangat adalah jika melibatkan kerja,Fariz akan memberikan sepenuh perhatian dan sangat serius.Bila dia meminta Fariz menyemak dokumen atau apa-apa jua yang berkaitan dengan kerja,Fariz akan meneliti satu persatu dan menanya pelbagai soalan kepadanya.Lissa malas mahu memikirkan apa-apa jadi dia hanya berlalu dari bilik Fariz.Tahulah Fariz dengan kerja dia tu,diakan dah arif sangat.

            Fariz melempar dokumen di tangan dan memicit-micit kepalanya.Semalam dia terdengar bicara Lissa dengan kekasih hatinya.Apa yang patut dia lakukan untuk menghalang Lissa daripada berjumpa kekasih hatinya itu? Lagipun apa haknya untuk menghalang Lissa? Kejap! Fariz teringat akan kontrak perjanjian antara dia dan Lissa.Ya! Antara salah satu syarat yang aku kemukakan adalah jika Lissa hendak melakukan sesuatu,Lissa haruslah mengambil kira setiap perlakuan dan tidak tanduk dirinya agar tidak mencemarkan reputasi Fariz.Yes! Lissa isteri aku dan sebagai suami,aku harus menahan dia daripada mencemarkan reputasi aku.Fariz mula merancang untuk menghalang Lissa daripada berjumpa dengan Ezma.

            Lissa melihat jam di tangannya sudah menunjukkan angka lima.Setengah jam lagi waktu bekerja akan berakhir.Entah kenapa kali ini,hatinya berdebar-debar menantikan habisnya waktu pejabat.Semua kerja telah dia siapkan dan dia hanya perlu menyiapkan dirinya untuk bertemu Ezma.Dia ingin berjumpa dengan Ezma dan ingin melihat wajah Ezma di hadapan matanya,wujud di hadapannya.Bukan sekadar di dalam gambar semata. Lissa mula berkhayal.

            Handphone Lissa memainkan irama lagu kegemarannya.Lissa tersenyum taktala melihat skrin handphonenya.Insan yang dia tunggu-tunggu dari tadi lagi. “Assalamualaikum, Ez belum habis kelas ke?”Lissa menyapa terlebih dahulu sebelum sempat Ezma bersuara.

            “Taklah,Ez dah habis kelas dah.Sekarang ni Ez nak ke parking,nak ambil kereta. Lissa tunggu kat tempat menunggu bas dahulu boleh tak? Nanti Ez ambil Lissa kat situ,ok?” Terdengar nafas Ezma yang agak tercungap-cungap di talian.Lissa tersenyum sendiri.Mesti dia berlari ke tempat parking ni..kasihan Ezma.

            “Don’t worry.Take your time ok? Lissa tunggu situ,tak pergi mana-mana pun,”Lissa sempat berjenaka sebelum menamatkan perbualan mereka.

            Lissa berjalan menuju ke bus stop yang tidak jauh dari fakultinya.Ada beberapa orang pelajar juga sedang menunggu bas di situ.Disebabkan kampus ini agak besar,jadi bas disediakan di sini untuk memudahkan pelajar berulang-alik ke fakulti masing-masing. Lissa menatap jam di tanganya.Sudah pun pukul 5 petang.Badannya berasa agak letih disebabkan jadual kelasnya yang agak padat.Lissa melabuhkan punggung di bangku yang telah disediakan.

            Dua pelajar yang turut sama berada disitu menoleh-noleh ke arahnya. Lissa sedikit pelik dengan gelagat dua orang pelajar itu.Namun oleh kerana dia tidak mengenali siapa mereka,Lissa hanya mendiamkan diri sahaja.Tak mahu cari pasal dengan mereka. Alah..biarlah mereka nak tengok pun,kan Allah bagi mereka sepasang mata yang cantik.

            “Ni la yang aku cakap kat kau girlfriend Ezma tu.Weh,memang out la.Tak sepadan lansung,”Lissa terdengar salah seorang dari mereka berbisik-bisik antara mereka. Hurm.diorang ni tak ada kerja lain ke..nak bergosip je,ingat aku tak dengar ke.Hati Lissa mendesis.Sedikit jengkel sebenarnya.

            “Betul cakap kau.Tak cantik lansung,body pun saiz plus-plus.Camne lah si Ezma  boleh rambang mata pilih perempuan macam ni.Sayang betul orang hensem dan bijak macam dia salah pilih makwe.Entah-entah dia tu guna-gunakan Ezma kot,”Hati Lissa sedikit mendidih mendengar bisikan mereka itu yang kemudiannya diselangi ketawa oleh pelajar itu.

            Dia tidak boleh berdiam diri.Dia harus membalas apa yang mereka kata.Namun belum sempat Lissa membuka mulut,kereta Ezma sudahpun tiba di hadapan matanya. Lissa dengan muka selamba bangun dan menuju ke kereta Ezma dan sebelum dia masuk ke dalam kereta Ezma,Lissa sempat berkata kepada dua pelajar yang mengumpat tentang dirinya, “Bergosiplah selagi kamu boleh tapi Ezma tetap milik aku,” dan terus masuk ke dalam kereta Ezma.Lissa tersenyum puas dan dia pasti wajah kedua-dua pelajar tersebut berubah mendengar kata-katanya.

            “Apa yang Lissa cakap kat diorang tadi tu?”Ezma yang memandu di sebelah membuka mulut apabila dilihatnya Lissa hanya menyepikan diri namun dengan senyuman di wajahnya.

            “Tak ada apa-apalah Ez.Diorang tu,macam burung murai,tak leh tengok orang,ada je yang nak diumpatnya.”Lissa memandang Ezma yang tenang memandu di sebelahnya. Apabila dilihat tiada reaksi daripada Ezma,Lissa sedikit kecewa dengan sikap Ezma kerana biasanya Ezma memberikan respon setiap apa yang diperkatakannya.Lissa hanya membatukan diri dan memandang kosong di hadapan.Entah apa kesalahan yang telah dia lakukan hingga membuatkan Ezma menyepikan diri.

            Lissa mendegar satu keluhan berat dilepaskan dari mulut Ezma.Lissa memandang Ezma dan melarikan anak matanya apabila beretembung dengan anak mata Ezma yang hitam pekat. “Lissa,maafkan Ez kalau Ez ada membuatkan Lissa sedih.Ada sesuatu yang menganggu fikiran Ez kebelakangan ini.Ez sangat sayangkan Lissa,tetapi semenjak akhir-akhir ni,Ez asyik mimpi kita akan terpisah.Ez takut lah,takut hilang Lissa,”Ezma menggengam tangan Lissa.Lissa memandang wajah Ezma yang sedikit kusut.

            Lissa tertawa kecil, “Apalah Ez ni.Tahu tak? Orang cakap,kalau kita mimpi jauh,maksudnya dekat.Mimpi tu adalah mainan tidur,janganlah take serious sangat,ok?”Lissa tersenyum memandang wajah Ezma.Ezma mula tersenyum dan percaya apa yang Lissa katakan.Dia mengucup telapak tangan Lissa.

            Lissa tersenyum sendiri apabila memikirkan kata-kata Ezma.Apa yang dia mimpi akhirnya menjadi kenyataan jua.Lissa tertanya-tanya,adakah Ezma akan mengingati detik itu.Tiba-tiba meja Lissa diketuk.

            “Apa hal kau ni senyum sorang-sorang?Dah,jum gerak.Dah pukul berapa ni,” Fariz berlalu meninggalkan Lissa yang terkial-kial di belakang.

            Alaaaa..Fariz ni,kacau program aku la.Selama ni tak pernah nk ajak,tiba-tiba hari ni ajak pula.Ketuk baru tahu!! Namun luahan itu hanya bergema di dalam hati sahaja.Lissa menemani Fariz berjumpa dengan klien mereka dan apa yang patut Lissa lakukan adalah duduk di tepi Fariz dan menemaninya sahaja.Lissa berasa sangat geram! Tiada apa fungsi pun dia mengikut Fariz berjumpa dengan klien mereka malah dia tidak bersuara sepatah pun.Meeting itu tamat pada pukul 10 malam yang mana sepanjang meeting itu,Fariz melihat Lissa gelisah di sebelahnya.Dia tersenyum puas dapat menyekat Lissa daripada berjumpa dengan kekasih hatinya.Sambil memandu,Fariz bersiul-siul riang kerana dapat menyekat Lissa dan kerana memikirkan yang dia akan berjumpa dengan Sarah selepas ini.

            Hujan mula turun dengan lebatnya.Ketika sampai di hadapan pintu pagar,hujan masih belum reda.”Kau masuk sendiri la dalam rumah.Aku tak ingat pulak nak bawak remote dia.Aku nak keluar ada hal sikit.Kau tekan je sekuriti kat pagar tu.”

Lissa mengerutkan kening.Kejam betul berhentikan aku kat depan pagar rumah je. Kot ye pun,hantar la sampai masuk dalam.”Apa passwordnya?”Lissa malas nak bergaduh dengan Fariz kerana akhirnya dia yang akan mengalah.

“Kau tekan..”Fariz teragak-agak untuk meneruskan percakapnya.Dia sudah lupa adakah dia sudah tukar atau belum nombor pin itu.Namun dia teruskan juga “Kau tekan je 928273.Nanti pintu pagar tu terbuka la.”Fariz terus memandu tanpa mempedulikan Lissa lagi yang sudah kuyup dibasahi hujan.



            “Apalah,ada jugak manusia macam ni.Nak kena masuk tadika semula ke nk ajar tatatertib dengan manusia.”sambil membebel Lissa menekan-nekan butang nombor pada alat security di pintu pagar itu.Namun tiada apa-apa reaksi yang diterima.Lissa mencuba sekali lagi dan apa yang kedengaran hanyalah titisan hujan yang turun dengan lebatnya.

Comments

Anna said…
best novel AinaLisa...tp kan byk mistake in wording....sori tau.. :)
AinaLisa said…
Ye ke? X per... Aina lg ske lau ada org tlg ingtkn. Nt aina review balik,tmbh mn2 yg patut. Huhu...
Anonymous said…
laju la sambung.ciuk ceta nya.

Ryuk - Brunei
AinaLisa said…
Hehehe...Ryuk..in sya allah akan disambung tapi sikit jelah sb x leh banyak2 sebab aina nak hantar kat publisher novel ni. Ada rezeki akan dipublishlah novel aina tu. Thanks ye kawan sudi baca citer x seberapa aina ni.. ^__^
AinaLisa said…
Hehehe...Ryuk..in sya allah akan disambung tapi sikit jelah sb x leh banyak2 sebab aina nak hantar kat publisher novel ni. Ada rezeki akan dipublishlah novel aina tu. Thanks ye kawan sudi baca citer x seberapa aina ni.. ^__^
Anonymous said…
kalau novel ani ada bejual,aku kan mau beli.

Ryuk
AinaLisa said…
hehehehe...in sya allah. doakan aina dapat publish novel aina tu ok. ^_^
Anonymous said…
dah tak de sambungan ke cite nie??
bile nak diterbitkan??
AinaLisa said…
dah tak boleh publish dalam blog aina sebab aina hantar kat publisher. sekarang aina tengah tunggu keputusan dari publisher. doakan aina yer. ^__^

Popular posts from this blog

KAU CINTA PERTAMA DAN TERAKHIR

Seketika Cuma

CINTA SANG PENGEMIS BAH. 1