JANGAN PERGI CINTA BAB 20 & 21
Lissa sudah siap untuk pergi kerja dan menuruni tangga perlahan-lahan menuju ke dapur. Sarapan diutamakan kerana kalau tak sarapan,berkoronconglah perut,pastu bergetarlah tangan nak buat kerja pastu kena marah kat MR.S sebab banyak salah.Ketika meneguk air kosong tiba-tiba Fariz menegurnya dari belakang.Tersedak Lissa dibuatnya. Hish..Fariz ni!! Kot ye pun,bagilah salam.Tak tahu adab betullah.Tetapi kata-kata itu hanya bergema di dalam hatinya sahaja.Takut pulak dia nak luahkan.Tak pasal-pasal kena karate nanti.Arwah awallah aku.
“Kau nak pergi kerja dengan apa ni?”
Fariz bertanya sambil mengambil gelas dan menuangkan jus orange ke dalam
gelasnya.
“Saya pergi dengan kereta
sayalah.Kalau saya rasa tak mampu,saya pergi dengan teksi,”Lissa menjawab tanpa
melihat ke muka Fariz.Semenjak semalam,selepas Fariz membawanya ke klinik,Lissa
berasa agak segan dengan Fariz.Entah kenapa terbit perassan itu.Mana taknya,aku
dah macam orang gila pegang dia kejap-kejap sampai berbirat tangan dia.Lissa
tergelak dalam hati.
“Larat ke kau nak tekan pedal minyak
tu? Hurm..pergi dengan aku jelah,”Fariz berkata selamba sebelum meneguk air
dari gelasnya.
Lissa terkesima.Ha?? Mimpi apakah
dia hari ni? Adakah matahari tiba-tiba jatuh atas kepala dia ni dan menjadikan
dia seorang manusia yang aku tak kenal ni??
“Eh..tak apalah Tuan Fariz..Saya ok
je.Saya rasa saya mampu lagi ni kalau setakat nak memamdu tu,”Lissa menolak
secara lembut pelawaan Fariz.Takut pulak aku tiba-tiba singa ni jadi baik.Entah-entah saja
nak perangkap aku naik kereta dengan dia lepas tu nak bunuh aku dan buang aku
dalam gaung.Tidak!! Aku tak mahu mati awal. Pelbagai sangkaan buruk menerpa ke
dalam fikiran Lissa.
“Hish! Kau ni,kalau dah aku nak kau
pergi dengan aku,dengar ajelah.Ni nak bantah-bantah pula.Nanti kalau kau
eksiden macamana? Nanti bertambah pula musibah kat aku.Nanti aku pula yang
susah.Dah,cepat ambik barang kau.Pergi pejabat dengan aku hari ni!”Fariz
bersuara tegas sambil mencapai kunci dan briefcasenya.Lissa terhenjut-henjut
mengambil begnya dan mengikut langkah Fariz.
Suasana sunyi di dalam kereta
merimaskan Lissa.Tidak pernah seumur hidupnya naik kereta dengan Fariz,tiba-tiba
pula hari ni kena paksa.Nasib malang betul dia dua,tiga hari ini.Mimpi apalah
agaknya dia ni,dahlah tiba-tiba minum air kat dapur.Setahu aku, kaki si Fariz
ni tak pernah lagi merasa lantai dapur tu macamana,tiba-tiba
jek.Ahhh..dahlah,kalau fikir pasal mamat ni,boleh jadi biol aku.
Fariz menjeling Lissa di
sebelah.Berkerut-kerut muka dia.Apalah agaknya yang difikirkan.Mesti menyampah
dengan aku.Fariz tersenyum kecil.Entah kenapa,melihat muka Lissa yang
berkerut-kerut membuatkan hatinya riang.
Sampai sahaja di pejabat dan selepas
memakirkan kereta,Fariz berjalan menuju ke lif. Dilihatnya Lissa masih
menyandar di kereta. “Kau ni apasal? Dah sayang sangat ke kat kereta aku tu?” Fariz
menyindir sinis Lissa.Tercengang seketika Lissa.
“Errr…bukan Tuan,Tuan pergilah
dulu.Nanti saya menyusul.Nanti apa pula kata orang kalau lihat saya tiba dengan
Tuan,”Lissa memberikan alasan yang terbaik.Dia ingat bahawa dia haru menjaga
reputasi Fariz dan dia tidak mahu kawan-kawan sepejabatnya bersangka buruk
apabila melihat dirinya bersama Fariz.
“Ikut suka kaulah.”Kata Fariz
sebelum hilang ke dalam perut lif.Lissa kemudiannya menyusul Fariz.
“Lissa!!Kenapa dengan kau ni?”Anith
menerpa Lissa apabila melihat Lissa berjalan terhenjut-henjut.
“Tak ada apalah Nith.Semalam aku
terjatuhkan pisau atas betis aku time siang ikan.Tak ada apa-apalah,”Lissa
tersenyum melihat keperihatinan kawannya itu.Anith memapah Lissa ke tempatnya.
“Macamanalah kau boleh jadi cuai
macam tu.Ngeri aku dengar.Kau hati-hati tau. Jangan jatuh pula.Oklah,aku nak
buat kerja ni,kau jangan dok jalan-jalan sangatlah ye.Takut jatuh ke apa ke.”Anith
berlalu ke tempatnya dengan muka risau.
Lissa tenggelam dalam keasyikan menyiapkan
kerja sambil mendengar lagu di MP3nya hingga tidak menyedari sudah masuk waktu
rehat tengah hari.Beberapa kawannya mengajaknya untuk bersama-sama makan namun Lissa
menolak.Tidak larat rasanya dia mahu berjalan dengan luka yang masih berdenyut-denyut di betisnya.Lissa hanya
menikmati segelas air teh panas dan beberapa keping biskut.Terdengar pintu
pantri dibuka namun Lissa tidak mengendahkan kehadiran orang itu dan ralit
dengan permainan dalam handphonenya.
“Kenapa kau tak pergi
makan?”pertanyaan yang secara tiba-tiba dari suara yang sangat di kenal
membuatkan Lissa terkedu.Hampir terlepas handphone di tangan.Lissa mengangkat
mukanya dan melihat Fariz tercegat di hadapanya dengan mug di tangannya.
“Saya tak ada selera Tuan.”Lissa
menjawab ringkas.Dalam hatinya mendoakan agar Fariz cepat berlalu dari
situ.Namun sangkaanya meleset sama sekali apabila Fariz melabuhkan punggung di
atas sofa di hadapannya dan mencapai surat khabar di atas meja. Adoi..masalah
ni.Lissa nak sahaja berlalu dari situ namun memikirkan perlakuannya terlalu
jelas menampakkan dirinya mahu melarikan diri dari Fariz,Lissa membatalkan
hasratnya itu.
Fariz melipat surat khabar yang
selesai dibacanya itu. “Tentang kontrak perkahwinan kita,”Fariz memulakan
bicara dengan nada suara rendah.Mungkin berhati-hati agar tidak didengari oleh
staf-staf yang mungkin masih ada di situ.Lissa memasangtelinga dan
berdebar-debar menantikan patah bicara Fariz yang seterusnya.
“Aku
dah sain kesemua kontrak itu.Aku harap kau akan patuhi kesemua syarat yang
telah dikemukakan tanpa sebarang masalah.Kau jangan risau,setelah aku berjaya
mengahwini Sarah,aku akan lepaskan kau,” Fariz memberikan sebuah senyuman
sebelum bangun dan keluar dari pantri.Lissa tertanya-tanya apa maksud senyuman
yang diberikan oleh Fariz itu.
Pada petang itu,Fariz hanya berada
di rumah sahaja.Dia tidak keluar seperti biasa.Lissa yang berada di dalam
biliknya baru sahaja selesai menunaikan solat Asar dan menuju ke dapur
perlahan-lahan.Walaupun luka di betisnya sudah dibalut dengan kemas namun
andainya dia berjalan secara kasar,bisa di luka itu masih terasa.Lissa
terdengar stereo milik Fariz terpasang.Lissa mula cuak,biasanya pada
waktu-waktu macam ni,Fariz akan keluar dan tinggallah dia seorang.Siapa pula
yang pasang stereo tu.Takkanlah hantu kot.Bulu roma Lissa mula meremang.Lissa
terkesima apabila melihat Fariz sedang mencari-cari CD kesukaannya.
“Erk…Tuan buat apa kat sini?”soalan
itu secara spontan terkeluar dari mulut Lissa.Lissa menutup mulutnya dengan
tangan.Fariz merenung Lissa dengan pandangan yang Lissa tidak mampu tafsir.Nak
kata marah macam bukan marah,nak kata suka pun tak juga.
“Lorh..salah ke? Ni kan rumah aku?
Pelik ke kalau aku nak duduk kat rumah aku sendiri?”Fariz menjawab dengan
selamba sambil bangun dan mencapai baldi yang berada berhampirannya.Lissa masih
terpaku di situ. “Owh..lupa pula aku.Kau masaklah makan malam hari ni.Aku akan
makan di rumah je hari ni,” katanya sebelum berlalu dengan selamba ke luar
rumah.Apakah yang telah merasuk fikiran Fariz sampai dia nak berada di rumah
pada hari ini.Lissa berjalan menuju ke dapur.Dia sempat mengintai Fariz yang
hanya berseluar pendek dan bersinglet membasuh kereta sambil bersiul-siul mengalun lagu kegemarannya.
Hanya jasad Lissa berpijak di atas bumi semasa Fariz
melabuhkan punggungnya di meja makan.Lissa hanya berdiri di sebelah meja.Fariz
merenungnya tanpa berkata-kata. Beberapa minit berlalu barulah Fariz bersuara.”Apasal
kau berdiri kat situ je? Sendukkan aku nasi.Tu pun tak tahu ke?” Lissa
cepat-cepat menyedukkan nasi ke pingan Fariz dan menuangkan air ke
gelas.Namun,selepas itu dia kehilangan idea samada mahu berdiri di situ sahaja
atau duduk dan makan bersama Fariz.Ish..tak boleh,tak boleh. Farizkan ‘Tuan’
aku,aku kenalah mementingkan dia.Nantilah lepas dia makan baru aku makan.
“Apasal kau tercegat je kat situ?
Tak mahu makan ke?” Fariz merenung Lissa yang berdiri berhampiran meja makan.
“Tak apalah Tuan.Tuan makan la
dulu.Nanti saya makanlah,”Berdebar-debar jantung Lissa menjawab soalan Fariz.Dia
sebenarnya tak berani nak makan berhadapan dengan Fariz sebab dia segan dan
masih tak biasa berhadapan dengan Fariz.Lagipun jarang dia lihat singa jantan
ni buat baik macam ni.
“Apasal pulak.Mengada pula nak suruh
aku makan sorang.Dah,duduk dan makan dengan aku.Hish..mengada betul nak suruh
aku makan sorang-sorang,”Fariz mengomel sambil mula menyeduk lauk pauk yang
terhidang.Lissa terkulat-kulat duduk berhadapan dengan Fariz.Dia juga mula
menyeduk lauk di hadapannya perlahan-lahan.Berdebar-debar hatinya apabila
melihat Fariz menyuap nasi ke mulut.Laju sahaja mengunyah.Tak sampai sepuluh
minit dia makan,nasi di pinggannya sudah licin.Sedap ke aku masak?? Habis pula
dia makan.Lissa berasa lega di dalam hati melihat Fariz sudi makan masakannya. Fariz
bangun tanpa sepatah kata selepas membasuh tangannya dan meneguk sedikit air.Lissa
agak terpinga-pinga melihat kelakuan Fariz.Tadi bukan kemain banyak celoteh ni
tiba-tiba je senyap pulak. Mood swing ke dia ni?
“Terima
kasih sebab sudi masak untuk aku,”kata Fariz sebelum berlalu ke biliknya. Lissa terpaku seketika mendengar
ucapan terima kasih daripada Fariz.Ya Allah, betul ke apa yang aku dengar ni??
Hati Lissa berasa girang dan selera makannya sudah hilang diganti kegembiraan.Lissa
cepat-cepat membasuh pingan dan mengelap meja. Dia sudah sangat bosan terperap dalam
bilik je.Tak ada sesiapa nak bercakap dengan dia.Buku komik kesayangan dia juga
sudah 10 kali diulang-ulang baca.
Lissa melabuhkan punggungnya di atas
sofa di ruang tamu.Fariz sudah membenarkannya menggunakan perabot-perabot di
dalam rumah itu.Tapi siap bersyarat lagi,jangan di rosakkan.Hish..tahulah mahal
perabot dalam rumah ni.Tapi takkanlah dia nak rosakkan pula.Lissa mengelamun
jauh hinggalah lamunannya terganggu apabila terdengar deringan handphonenya.Lissa
sedikit tersentak melihat nama yang terpapar di skrin hanphonenya. “Ezma…”Lissa
berbisik kepada dirinya sendiri.Dia menekan butang hijau di badan handphonenya
selepas menarik nafas sedalam-dalamnya.
“Assalamualaikum,Lissa..”Suara Ezma
menerpa ke telinga Lissa sebelum sempat Lissa bersuara.Tergagap-gagap Lissa
menjawab salam Ezma.
“Lissa sedang buat apa? Lissa free
tak petang esok? Ez ada hal sedikit yang Ez nak bincang dengan Lissa,” Lissa
mendengar bait demi bait ayat yang
diutarakan oleh Ezma. Berat bunyinya ayat yang diutarakan oleh Ezma.Hati Lissa
sedikit tidak tenteram mendengar nada suara Ezma.Lissa pasti sesuatu telah
berlaku kerana Lissa kenal benar dengan Ezma,apa yang dia akan rasa apabila ada
masalah.
“Pukul berapa Ezma nak jumpa Lissa?”Lissa
free sahaja petang esok jadi rasanya dia tak ada apa-apa halangan untuk berjumpa
dengan Ezma.
BAB DUA PULUH SATU
Fariz diam mengadap dokumen di hadapannya
tetapi hatinya berasa resah-gelisah.Wajah Lissa sering bermain di fikirannya
dan setiap tingkah laku Lissa sering menjadi perhatiannya. Wajah Lissa yang
lembut serta senyumannya yang manis membuatkan matanya sentiasa mengikut ke
mana sahaja Lissa berada.Dia juga perasan Lissa semakin kurus daripada mula-mula mereka berkahwin
dahulu dahulu. Mungkinkah disebabkan dirinya yang kejam ini banyak menyeksa Lissa
kerana kebenciannya dalam ikatan perkahwinan ini?? Ketidakrelaannya mengheret Lissa
dalam kancah kesakitan. Fariz mengeluh berat apabila memikirkan betapa
terseksanya Lissa.Malah apabila sahaja dia berada bersama Lissa,dia dapat
melihat ketakutan di mata Lissa.Bila sahaja dia menegur,wajah itu berubah pucat
walau tiada sebarang reaksi.Kini baru dia sedar,masa berlalu dengan
pantas,sudah hampir lima bulan Lissa dan dirinya terikat dengan ikatan suci ini
namun sayang sekali dirinya dan Lissa mengikat hubungan ini tanpa rela.Hatinya
berasa terbakar apabila mendengar perbualan Lissa dengan kekasihnya tempoh hari
namun apabila memikirkan dia tidak menyukai Lissa,jadi dia tiada hak untuk
memarahi Lissa.Lagipun dirinya juga hanya mencintai Sarah.
Terbayang wajah Lissa yang
bertungkus-lumus membersihkan sekitar halaman banglo
mewah itu.Setiap sudut di dalam rumahnya tidak pernah berdebu,betapa rajinnya Lissa
membersihkan rumah itu.Setiap perhiasan akan dibersihkan dengan hati-hati. Teringat
Fariz akan kata-kata yang Lissa bisikkan pada dirinya sendiri ketika
membersihkan semua perhiasan tu.Lissa tidak perasan yang dia melintas di
belakangnya kerana ralit membersihkan perhiasan-perhiasan yang tersusun rapi di
atas rak itu, “Lissa,hati-hati weh.Kalau pecah ni,seumur hidup kau kerja pun
belum tentu boleh bayar ni,” Fariz tersenyum sendiri.Lucu apabila mengenangkan
telatah Lissa.
Tapi dia tidak pernah menghargai Lissa,kenapa hanya baru
sekarang mata hatinya melihat semua itu? Fariz membuka laici mejanya,mengambil
sekeping gambar yang diselit dalam sebuah buku.Gambar perkahwinannya dengan Lissa
yang dicuri dari album mama. Lama Fariz merenung wajah Lissa yang tersenyum
namun duka di hatinya terselit di dalam senyuman itu.Jarinya menjamah wajah Lissa,cuba
menyelami perasaan Lissa. Walaupun sekadar pada sekeping gambar.
Adakah kau pasti yang kau benar-benar mencintai Sarah??
Satu suara tiba-tiba menerpa ke dalam hatinya.
Kenapa pula harus kau ambil tahu? Aku amat mencintai dia
dan aku sangat yakin dengan cinta aku
kepada Sarah dan aku juga yakin Sarah mempunyai perasaan yang sama! Fariz
sedikit tercabar dengan soalan dari suara yang entah datang dari mana itu.Jikalau
kau benar-benar yakin,baguslah.Tetapi kau jangan menyesal andainya kau tersilap
melihat mana permata dan mana kaca.Suara itu seakan-akan memerli dirinya.Wei,aku
tahulah apa yang aku buat!! Kau siapa nak masuk campur dalam hal peribadi aku?!Fariz
menengking suara itu namun tiada jawapan yang diterimanya.Dia tersentak apabila
mendengar ketukan di pintu.
“Masuk.”Fariz mengarahkan orang yang
mengetuk pintu supaya masuk.Kelihatan Lissa berdiri sambil membawa beberapa dokumen
di tangannya.Fariz cepat-cepat menyelitkan gambar itu ke dalam buku dan
berlagak seperti tiada apa-apa berlaku.
“Tuan Fariz,di sini ada beberapa
projek dari syarikat-syarikat yang memohon. Mereka meminta Tuan menyemak projek
mereka dan jika bersetuju dengan projek ini,maklumkan kepada saya dan saya akan
menghubungi mereka.”
“Hurm…baiklah.Aku akan maklumkan
bila aku dah siap menyemak permohonan-permohonan ni,”Fariz menjawab tanpa
melihat ke muka Lissa.Lissa sedikit pelik dengan perangai Fariz.Satu sikap Fariz
yang dia faham sangat adalah jika melibatkan kerja,Fariz akan memberikan
sepenuh perhatian dan sangat serius.Bila dia meminta Fariz menyemak dokumen
atau apa-apa jua yang berkaitan dengan kerja,Fariz akan meneliti satu persatu
dan menanya pelbagai soalan kepadanya.Lissa malas mahu memikirkan apa-apa jadi
dia hanya berlalu dari bilik Fariz.Tahulah Fariz dengan kerja dia tu,diakan dah
arif sangat.
Fariz melempar dokumen di tangan dan
memicit-micit kepalanya.Semalam dia terdengar bicara Lissa dengan kekasih
hatinya.Apa yang patut dia lakukan untuk menghalang Lissa daripada berjumpa
kekasih hatinya itu? Lagipun apa haknya untuk menghalang Lissa? Kejap! Fariz
teringat akan kontrak perjanjian antara dia dan Lissa.Ya! Antara salah satu
syarat yang aku kemukakan adalah jika Lissa hendak melakukan sesuatu,Lissa
haruslah mengambil kira setiap perlakuan dan tidak tanduk dirinya agar tidak
mencemarkan reputasi Fariz.Yes! Lissa isteri aku dan sebagai suami,aku harus
menahan dia daripada mencemarkan reputasi aku.Fariz mula merancang untuk
menghalang Lissa daripada berjumpa dengan Ezma.
Lissa melihat jam di tangannya sudah
menunjukkan angka lima.Setengah jam lagi waktu bekerja akan berakhir.Entah
kenapa kali ini,hatinya berdebar-debar menantikan habisnya waktu pejabat.Semua
kerja telah dia siapkan dan dia hanya perlu menyiapkan dirinya untuk bertemu Ezma.Dia
ingin berjumpa dengan Ezma dan ingin melihat wajah Ezma di hadapan
matanya,wujud di hadapannya.Bukan sekadar di dalam gambar semata. Lissa mula
berkhayal.
Handphone Lissa memainkan irama lagu
kegemarannya.Lissa tersenyum taktala melihat skrin handphonenya.Insan yang dia
tunggu-tunggu dari tadi lagi. “Assalamualaikum, Ez belum habis kelas ke?”Lissa
menyapa terlebih dahulu sebelum sempat Ezma bersuara.
“Taklah,Ez dah habis kelas
dah.Sekarang ni Ez nak ke parking,nak ambil kereta. Lissa tunggu kat tempat
menunggu bas dahulu boleh tak? Nanti Ez ambil Lissa kat situ,ok?” Terdengar
nafas Ezma yang agak tercungap-cungap di talian.Lissa tersenyum sendiri.Mesti
dia berlari ke tempat parking ni..kasihan Ezma.
“Don’t worry.Take your time ok? Lissa
tunggu situ,tak pergi mana-mana pun,”Lissa sempat berjenaka sebelum menamatkan
perbualan mereka.
Lissa berjalan menuju ke bus stop
yang tidak jauh dari fakultinya.Ada beberapa orang pelajar juga sedang menunggu
bas di situ.Disebabkan kampus ini agak besar,jadi bas disediakan di sini untuk
memudahkan pelajar berulang-alik ke fakulti masing-masing. Lissa menatap jam di
tanganya.Sudah pun pukul 5 petang.Badannya berasa agak letih disebabkan jadual
kelasnya yang agak padat.Lissa melabuhkan punggung di bangku yang telah
disediakan.
Dua pelajar yang turut sama berada
disitu menoleh-noleh ke arahnya. Lissa sedikit pelik dengan gelagat dua orang
pelajar itu.Namun oleh kerana dia tidak mengenali siapa mereka,Lissa hanya
mendiamkan diri sahaja.Tak mahu cari pasal dengan mereka. Alah..biarlah mereka
nak tengok pun,kan Allah bagi mereka sepasang mata yang cantik.
“Ni la yang aku cakap kat kau girlfriend Ezma tu.Weh,memang out la.Tak sepadan lansung,”Lissa
terdengar salah seorang dari mereka berbisik-bisik antara mereka. Hurm.diorang
ni tak ada kerja lain ke..nak bergosip je,ingat aku tak dengar ke.Hati Lissa mendesis.Sedikit
jengkel sebenarnya.
“Betul cakap kau.Tak cantik lansung,body pun saiz plus-plus.Camne lah si Ezma boleh rambang mata pilih perempuan macam
ni.Sayang betul orang hensem dan bijak macam dia salah pilih makwe.Entah-entah
dia tu guna-gunakan Ezma kot,”Hati Lissa sedikit mendidih mendengar bisikan
mereka itu yang kemudiannya diselangi ketawa oleh pelajar itu.
Dia tidak boleh berdiam diri.Dia
harus membalas apa yang mereka kata.Namun belum sempat Lissa membuka
mulut,kereta Ezma sudahpun tiba di hadapan matanya. Lissa dengan muka selamba
bangun dan menuju ke kereta Ezma dan sebelum dia masuk ke dalam kereta Ezma,Lissa
sempat berkata kepada dua pelajar yang mengumpat tentang dirinya, “Bergosiplah
selagi kamu boleh tapi Ezma tetap milik aku,” dan terus masuk ke dalam kereta Ezma.Lissa
tersenyum puas dan dia pasti wajah kedua-dua pelajar tersebut berubah mendengar
kata-katanya.
“Apa yang Lissa cakap kat diorang
tadi tu?”Ezma yang memandu di sebelah membuka mulut apabila dilihatnya Lissa hanya
menyepikan diri namun dengan senyuman di wajahnya.
“Tak ada apa-apalah Ez.Diorang
tu,macam burung murai,tak leh tengok orang,ada je yang nak diumpatnya.”Lissa
memandang Ezma yang tenang memandu di sebelahnya. Apabila dilihat tiada reaksi
daripada Ezma,Lissa sedikit kecewa dengan sikap Ezma kerana biasanya Ezma
memberikan respon setiap apa yang diperkatakannya.Lissa hanya membatukan diri
dan memandang kosong di hadapan.Entah apa kesalahan yang telah dia lakukan hingga
membuatkan Ezma menyepikan diri.
Lissa mendegar satu keluhan berat
dilepaskan dari mulut Ezma.Lissa memandang Ezma dan melarikan anak matanya apabila
beretembung dengan anak mata Ezma yang hitam pekat. “Lissa,maafkan Ez kalau Ez
ada membuatkan Lissa sedih.Ada sesuatu yang menganggu fikiran Ez kebelakangan
ini.Ez sangat sayangkan Lissa,tetapi semenjak akhir-akhir ni,Ez asyik mimpi
kita akan terpisah.Ez takut lah,takut hilang Lissa,”Ezma menggengam tangan Lissa.Lissa
memandang wajah Ezma yang sedikit kusut.
Lissa tertawa kecil, “Apalah Ez
ni.Tahu tak? Orang cakap,kalau kita mimpi jauh,maksudnya dekat.Mimpi tu adalah
mainan tidur,janganlah take serious
sangat,ok?”Lissa tersenyum memandang wajah Ezma.Ezma mula tersenyum dan percaya
apa yang Lissa katakan.Dia mengucup telapak tangan Lissa.
Lissa tersenyum sendiri apabila
memikirkan kata-kata Ezma.Apa yang dia mimpi akhirnya menjadi kenyataan jua.Lissa
tertanya-tanya,adakah Ezma akan mengingati detik itu.Tiba-tiba meja Lissa
diketuk.
“Apa hal kau ni senyum
sorang-sorang?Dah,jum gerak.Dah pukul berapa ni,” Fariz berlalu meninggalkan Lissa
yang terkial-kial di belakang.
Alaaaa..Fariz ni,kacau program aku
la.Selama ni tak pernah nk ajak,tiba-tiba hari ni ajak pula.Ketuk baru tahu!! Namun
luahan itu hanya bergema di dalam hati sahaja.Lissa menemani Fariz berjumpa
dengan klien mereka dan apa yang patut Lissa lakukan adalah duduk di tepi Fariz
dan menemaninya sahaja.Lissa berasa sangat geram! Tiada apa fungsi pun dia
mengikut Fariz berjumpa dengan klien mereka malah dia tidak bersuara sepatah
pun.Meeting itu tamat pada pukul 10 malam yang mana sepanjang meeting itu,Fariz
melihat Lissa gelisah di sebelahnya.Dia tersenyum puas dapat menyekat Lissa
daripada berjumpa dengan kekasih hatinya.Sambil memandu,Fariz bersiul-siul
riang kerana dapat menyekat Lissa dan kerana memikirkan yang dia akan berjumpa
dengan Sarah selepas ini.
Hujan mula turun dengan
lebatnya.Ketika sampai di hadapan pintu pagar,hujan masih belum reda.”Kau masuk
sendiri la dalam rumah.Aku tak ingat pulak nak bawak remote dia.Aku nak keluar ada hal sikit.Kau tekan je sekuriti kat
pagar tu.”
Lissa mengerutkan kening.Kejam betul berhentikan aku kat
depan pagar rumah je. Kot ye pun,hantar la sampai masuk dalam.”Apa
passwordnya?”Lissa malas nak bergaduh dengan Fariz kerana akhirnya dia yang
akan mengalah.
“Kau tekan..”Fariz teragak-agak untuk meneruskan percakapnya.Dia
sudah lupa adakah dia sudah tukar atau belum nombor pin itu.Namun dia teruskan
juga “Kau tekan je 928273.Nanti pintu pagar tu terbuka la.”Fariz terus memandu
tanpa mempedulikan Lissa lagi yang sudah kuyup dibasahi hujan.
“Apalah,ada jugak manusia macam ni.Nak
kena masuk tadika semula ke nk ajar tatatertib dengan manusia.”sambil membebel Lissa
menekan-nekan butang nombor pada alat security
di pintu pagar itu.Namun tiada apa-apa reaksi yang diterima.Lissa mencuba
sekali lagi dan apa yang kedengaran hanyalah titisan hujan yang turun dengan
lebatnya.
Comments
Ryuk - Brunei
Ryuk
bile nak diterbitkan??