JANGAN PERGI CINTA BAB 18 & 19

Tidak lama selepas Lissa siap menyediakan hidangan tengah hari,kedengaran enjin kereta Fariz di perkarangan rumah.Lissa agak berdebar kerana ini adalah kali pertama Fariz akan merasa masakannya.Lissa manyediakan lauk ikan tenggiri masak lemak,daging masak merah,dan sedikit sayur campur. Kedengaran Fariz sedang berbual mesra dengan Sarah.Lissa cepat-cepat menyediakan jus oren dan menghidangkan kepada Fariz yang sudah pun berada di ruang tamu bersama-sama Sarah.Fariz tersenyum melihat cara Lissa berpakaian.Sepatutnya dia ni duk kat rumah je jadi orang gaji.Sesuai sangat.



            “Honey,kenapa nak makan kat sini?Kan kita boleh makan kat luar?”Fariz agak tidak berpuas hati dengan permintaan Sarah untuk makan di rumahnya.Makan di rumahnya bermakna dia perlu makan masakan Lissa.Hish…tak kuasa aku!

            “Alaaa…nape pulak?Kan best makan kat sini.Boleh rasa macam orang kahwin.Kan orang kahwin selalunya makan kat rumah bersama?”Sarah memujuk Fariz dengan melentokkan tubuhnya hampir dengan tubuh Fariz.Fariz terpaksa bersetuju. Lissa yang melihat aksi merpati dua sejoli itu hanya mampu mencebik di dalam hati.Lissa menyedukkan nasi ke dalam pingan dan mejemput mereka makan sebelum berlalu ke bilik untuk solat Zohor.Fariz tidak menyangka masakan Lissa amat sedap hinggakan dia menambah nasi sehingga dua kali.

            Selesai makan,Fariz menyuruh Sarah menunggu di ruang tamu sebelum mencari Lissa untuk memberitahunya mereka sudah mahu pulang ke pejabat semula.Fariz mengetuk  pintu bilik  Lissa namun tidak pula dia mendengar suara Lissa menyahut dari dalam bilik.Fariz mengambil keputusan untuk membuka pintu bilik Lissa kebetulan pula pintu itu tidak berkunci.Buat seketika Fariz seakan terpaku apabila melihat Lissa sedang sujud menghadap Ilahi.Fariz terpaku di pintu sambil memerhatikan keadaan bilik Lissa buat pertama kalinya semenjak mereka berkahwin.Bilik Lissa amat kemas dan harum dengan bauan seperti lemon atau oren,Fariz tidak pasti.

            Fariz mengambil keputusan untuk terus pulang ke pejabat tanpa memaklumkan kepada Lissa.Setelah tiba di pejabat barulah Fariz menelefon Lissa.

            “Helo,Lissa.Kau tak payah datang la pejabat.Aku bagi kau cuti separuh hari hari ni,”ujar Fariz setelah Lissa mengangkat telefon.

            “Terima kasih Tuan Fariz.”Lissa berasa amat gembira dengan pemberian cuti oleh Fariz.Lagipun dia berasa amat penat dan ingin berehat.Lagipun,tadi ketika sedang

menyediakan hidangan tengah hari,tanpa disangka-sangka pisau yang digunakan untuk menyiang ikan terjatuh dan terkena kakinya.Agak dalam juga lukanya.Nasib baik Sarah ada dan membantunya mengambil first-aid di dalam almari.


            Lissa mengambil keputusan untuk  berehat di atas buaian di halaman belakang rumah Fariz.Di sini,terdapat kolam ikan yang dipenuhi ikan yang berwarna-warni.Ikan apa ntah tapi semua tu dialah yang beli.Suka melihat aksi mereka yang berenang ke sana sini.Cahaya matahari membuatkan sisik mereka seakan mengeluarkan cahaya.Lissa gemar berada di kawasan itu yang redup dan dingin.Buaian ini juga dibeli tanpa pengetahuan Fariz sebenarnya.Dia tidak tahu apa reaksi Fariz apabila melihat buaian ini.Pokok-pokok bunganya juga sudah mula tumbuh subur.Dia berasa amat bosan tanpa berbuat apa-apa selepas pulang dari kerja jadi dia mencipta hobi baru iaitu  berkebun dan berazam untuk menjadikan tempat ini penuh dengan bunga-bungaan yang ceria.Hanya itu cara terbaik untuk mengubat luka dan bosan di hatinya.

            Tepat pukul enam petang,Fariz sampai di rumahnya.Berulang kali dia menekan loceng namun Lissa tidak membuka pintu.”Hisah…mana pulak budak ni pergi,”Fariz  mengumam sendiri sambil terkial-kial mencari anak kunci dari begnya.

            “Lissa…Lissa..wei,kau pergi mana hah?Aku balik pun kau tak sedar?”Laung Fariz sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam rumah.

            Namun tiada sebarang sahutan.Fariz mula merasa panik.Hish,mana pulak perginya budak ni.Nak kata dia keluar,kereta ada kat porch.Fariz melilau mencari Lissa. Fariz baru teringat tentang taman di belakang rumahnya.Dia tahu Lissa gemar meluangkan masa lapangnya di situ.Fariz juga tahu Lissa membeli buaian dan menanam pokok bunga di situ tanpa kebenarannya tetapi dia malas nak memarahi Lissa dalam hal-hal sekecil itu.

            Fariz lihat Lissa tertidur di atas buaian.Hish budak ni…Boleh pula dia tertidur kat sini.Fariz memerhatikan seraut wajah Lissa yang tenang dan agak kemerahan dimamah cahaya mentari.Entah sejak bila lagi dia tertidur  ni.Fariz terpandang betis Lissa yang berbalut.Teringat dia akan kata-kat Sarah di dalam kereta tadi ketika dia mahu menghantar Sarah pulang ke tempat kerjanya semula.


            “Abang,tadikan time si Lissa tu menyediakan hidangan tengah hari,betis dia luka terkena pisau.Entah macam mana pisau yang digunakan untuk menyiang ikan terjatuh dan terkena betis Lissa.Banyak betul darah  yang keluar sampaikan naik takut ayang.Tapi yang ayang kagum,Lissa tenang je.Ayang tolong dia ambik first-aid dalam almari.”tergiang-giang suara Sarah menceritakan tentang kemalangan kecil itu.


            “Lissa,bangun la!!” suara Fariz sedikit melengking sehingga Lissa bingkas
bangun dari tidurnya.Lissa mengenyeh-ngeyeh matanya yang sedikit kabur. Alamak!! Mati aku.Tak perasan pulak sang singa ni da balik.


“Maaf Tuan Fariz.Tadi saya berbuai-buai atas buaian ni.Tapi tiba-tiba,entah macammana,saya boleh terlelap.Maafkan saya,” Lissa berasa sedikit cuak.

“Tak apalah.Tapi kalau nak tidur,jangan la tidur kat sini.Panas kat sini.Pastu pulak tak elok kalau orang tengok anak dara tidur berdengkur,dengkur pulak mengalahkan lelaki”Fariz sengaja hendak mengenakan Lissa.Dia menahan gelak di dalam hati.Muka Lissa berubah merah.Aku berdengkur?? Biar betul,takkan la kot.Malunya...ish tak boleh ni,kena lawan balik ni.


            “Eleh..iye-iye aje Tuan Fariz ni.Yang Tuan tu,berdengkur sampai luar bilik pun bunyi tau”Lissa tergelak dengan usikkannya.Fariz agak terpingga-pingga dengan usikan Lissa namun turut sama tergelak.Sungguh dia tidak sangka Lissa yang pada pandangannya tidak mempunyai perasaan akan ketawa..Terhenti ketawa Fariz apabila melihat Lissa ketawa.Selama ini dia tidak pernah melihat Lissa ketawa dan dia baru perasan bahawa Lissa mempunyai seraut wajah yang cantik dan ia hanya akan terserlah apabila Lissa ketawa.The only time when she show her trueself,bisik hati Fariz.


            “Erm…ok la.Lagipun hari sudah petang ni.Jom masuk ke dalam” Lissa cepat-cepat bangun dan mahu masuk ke dalam rumah apabila menyedari Fariz sedang merenung tepat ke mukanya.Itulah,bila ketawa je mesti tak ingat dunia.Namun dia terjelepuk semula di atas buaian itu.Terasa berdenyut-denyut betisnya.Sepatutnya dia harus pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan lanjut kerana luka di betisnya agak dalam dan dia juga takut akan terkena infection di luka itu.Tetapi dia tidak mampu untuk memandu ke klinik.Betisnya terasa amat bisa.

            “Kenapa dengan kau ni” Fariz agak cuak apabila melihat wajah Lissa yang berkerut kesakitan.

            “Tak ada apa-apalah Tuan.Jangan risau.”Lissa cuba menyembunyikan kesakitan yang dialaminya.Matanya sudah mula digenangi air mata penangan bisa dari luka itu.

            “Ish! Ni mesti luka tadi tu dah berdarah semula kan? Dah,aku bawak kau ke klinik sekarang,” Fariz memimpin tangan Lissa.Lissa terpaksa akur kerana kesakitan di betisnya sudah tidak boleh ditahan.





BAB SEMBILAN BELAS
           

Nasib baik betisnya tak kena jahit.Kalau tidak,tak tahulah apa yang kena dialakukan.Memikirkan yang betisnya akan dicucuk dengn jarum pun sudah ngeri apatah lagi apabila betisnya itu akan menerima jahitan.Dia tidak tahu bagAimana mahu berterima kasih kepada Fariz kerana membawanya ke klinik.Tetapi apabila memikirkan balik,dia berasa agak pelik kenapa si Fariz itu sangat bermurah hati membawanya ke klinik. Ahh…buat apa fikir,itu sudah merupakan tanggungjawab dia sebagai suami menjaga kebajikan isterinya. Heheheheh..pandai-pandai je aku ni.


            “Lissa,aku akan bagi kau cuti selama 3 hari dan kerja kau aku akan suruh sesiapa gantikan,”suara garau Fariz memecahkan lamunan Lissa.Mereka berada di dalam kereta Porche silver Fariz menuju ke rumah.


            “Erm..tapi saya rasa saya masih mampu membuat semua kerja di pejabat tu Tuan Fariz,” alaaaaaaaa…jangan la.Kalau duk rumah sorang-sorang,mati kebosanan la aku.


            “Ish kau ni,kan aku da bagi cuti tu.Ambik jelah! Banyak songeh pulak”suara Fariz sudah meninggi.Lissa agak tersentak dan hanya cepat-cepat mengganguk bersetuju dengan cuti yang diberikan.


            Dalam diam Fariz tersenyum melihat wajah Lissa yang menunduk di sebelahnya. Tahu pun takut.Terbayang di matanya bagAimana rupa Lissa yang sangat takut apabila doktor mahu merawat lukanya yang Fariz tengok agak dalam.Tangan Fariz digenggam erat oleh Lissa yang pada  masa itu tidak perasan yang dia mengenggam tangan Fariz.Pada saat itu Fariz berasa seolah-olah dirinya menyerap satu perasaan yang dia sendiri tidak tahu untuk tafsirkan bagAimana.Terasa seperti dia menjadi tempat Lissa bergantung harapan.


            “Apabila sampai sahaja di rumahnya,Fariz meletakkan kereta di porch dan cepat-cepat keluar untuk memimpin Lissa masuk ke dalam rumah. “Eh,tak mengapalah Tuan Fariz.Saya masih boleh berjalan sendiri,”Lissa berasa agak tidak selesa apabila Fariz memimpin tangannya untuk masuk ke dalam rumah.Namun apabila melihat wajah Fariz yang tiada sebarang reaksi,Lissa hanya menurut dalam diam.

“Dah,kau pergilah tidur.Kau kena rehat banyak-banyak.”Fariz terus menuju ke biliknya meninggalkan Lissa yang terlopong di situ.Sungguh aku tak percaya,Fariz care pasal aku?? The King Of Devil become an Angel?? Hahahahaha…unbelievable!! Lissa merebahkan tubuhnya ke atas katil.Badannya yang lenguh-lenguh terasa lega dan matanya sudah berasa berat.Eh,kejap,Ya Allah,baik aku solat Maghrib dan Isyak sebelum aku tertidur.Lagipun esok cuti,boleh la aku tidur lama-lama.Lissa bingkas bangun dari pembaringannya dan berjalan perlahan-lahan ke bilik air.Menggambil wuduk dan menunaikan solat Maghrib.Ketika berzikir selepas selesai menunaikan solat,Lissa terfikir betapa indahnya jika dia dan Fariz bersembahyang berjemaah.Namun Lissa tahu semua itu tidak mungkin akan terjadi.Selepas solat Isyak,Lissa mencapai handphone di atas meja di sebelah katilnya dan mula mengdail nombor Ezma. Sesungguhnya dia berasa sangat rindu kepada Ezma dan andai dia menurut kata hatinya,mahu sahaja dia pergi kepada Ezma dan memeluk dia seerat mungkin.

            “Helo,”suara Ezma di corong telefon menyapa telinga Lissa.Lissa tersenyum sendirian apabila mendengar suara Ezma.

            `”Assalamualaikum.Lissa mengganggu ke ni?”Lissa bertanya sopan kepada Ezma.Dia takut sekiranya panggilannya akan menganggu Ezma kerana dia faham kerjaya Ezma membataskan masa yang ada.


            “Tak adalah.Ezma baru je selesai satu pembedahan tadi.Sekarang ni dah free. Lissa ada kat mana ni? Sihat tak?” kemesraan Ezma terhadap dirinya tidak pernah berkurang dan masih sama seperti dulu.Lisa berasa agak terharu dan air mata mula berlinang apabila memikirkan percintaan mereka yang tidak kesampaian.Dia tidak dapat memikirkan apakah yang dirasakan oleh Ezma apabila dia harus berkahwin dengan orang lain.

            “Lissa sihat je.Lissa harap Ez pun sihat juga.Ez tak cuti ke? Lissa tak mahu Ez terlalu membebankan diri dengan kerja.Nanti kesihatan Ez akan terganggu tau,”Lissa teramat risau andai Ezma membebankan diri dengan membuat kerja tanpa henti keranaLissa sudah masak dengan perangai Ezma yang akan melakukan kerja seberapa banyak yang boleh untuk melepaskan tekanan selagi terdaya.


            “Tak adalah.Lissa jangan risau ok.Ez ok je.Lagipun apa yang boleh Ez buat
 selain menyibukkan diri dengan semua kerja-kerja Ez. Semenjak Lissa kahwin,hari-hari Ez terasa suram sahaja.Setiap ketika Ez teringatkan Lissa dan teringat kepada waktu-waktu indah kita bersama.Ez harap sangat yang Lissa akan kembali ke pangkuan Ez, namun Ez sedar yang Lissa sudah pun menjadi milik orang lain.Walau hati Ez pedih,
namun Ez redha dan apa yang Ez mampu buat hanyalah mendoakan agar Lissa akan berbahagia di samping Fariz,” setiap bait-bait yang diluahkan oleh Ezma menikam hatinya.Air mata meluncur laju menuruni pipi Lissa yang gebu.Ez,bukan Lissa yang minta kita jadi begini.Sesungguhnya jodoh di tangan Allah S.W.T  dan walau kita bercinta bagai nak rak sekalipun,tetapi tiada jodoh di antara kita,kita tidak akan bersatu jua. Ingin Lissa luahkan kata-kata ini namun lidahnya kelu dan tidak sampai hatinya untuk meluahkan perkataan itu.Apa yang mampu Lissa lakukan hanyalah menitiskan air matanya.Hiba hatinya apabila mendengar orang yang dicintainya mendoakan kebahagiaan dirinya. Ez,bukan Lissa tak mencintai Ez.Namun,Lissa terpaksa mendahulukan orang tua Lissa daripada Ez.Lissa tidak mahu menjadi anak yang derhaka dan tidak mengenang budi.Maafkanlah Lissa Ez.

            “Maafkanlah Lissa Ez.Lissa mencintai Ez namun nampaknya takdir Allah mendahului segala-galanya.Mungkin kita tiada jodoh kerana sebenarnya Allah telah menetapkan yang terbaik untuk kita di masa hadapan.Lissa harap Ez mampu menerima qada dan qadar Allah ini.Ez,Lissa minta diri dulu ya.Lissa nak solat Ishak.Dah masuk waktu. Assalmualaikum,”Lissa menamatkan perbualan mereka.Dia tidak sanggup lagi mendengar rintihan sayu Ezma.Lissa tahu sebenarnya Ezma sangat terluka.Dia bangun menuju ke bilik air dan mengambil wuduk serta menunaikan solat Ishak.

Selesai sahaja menunaikan solat,Lissa menadah tangan mendoakan kesejahteraan semua orang kesayangan yang ada di dalam hidupnya.Tiba-tiba terdengar ketukan bertalu-talu di pintu.Hish..mamat ni.Pecah kang pintu tu.Terhenjut-hejut Lissa berjalan untuk cepat-cepat membuka pintu biliknya.Nanti roboh pulak dikerjakan si Fariz.

            Fariz tercegat di hadapannya dengan sebuah dokumen di tangannya. “Ikut aku turun bawah sekarang.Aku ada hal nak bincang dengan kau,”suara Fariz kali ini membuatkan Lissa agak kaget.Bukan nada marah dan juga bukan nada lembut. Namun, kali ni Lissa perasan yang suara Fariz kali ini bernada selamba namun tegas.Lissa melipat telekungnya dan mencapai tudung lalu begegas menuju ke bawah dengan terhenjut-henjut.

            Dilihatnya Fariz dengan tenang duduk di atas sofa di ruang tamu sambil membelek-belek dokumen itu.Apabila nampak sahaja Lissa,dia meletak dokumen itu di atas meja. “Ini dokumen perjanjian perkahwinan kita.Kau baca isi kandungan di dalam dokumen ni dan tandatangan.Jika ada apa-apa yang kau x puas hati,kau boleh tulis.Aku akan tengok selepas ini.Itupun jika aku ada masa,”Lissa perasan senyuman Fariz di hujung bibirnya. “Oklah,aku nak keluar.Kau kunci pintu elok-elok,”Fariz sempat berpesan kepada Lissa sebelum keluar dari rumahnya.

            “Apa mimpi pula siap pesan-pesan kat aku ni.Pelik betul la perangai dia ni,”Lissa mengomel sambil mencapai dokumen di atas meja dan membaca isi kandungannya. Seketika muka Lissa berkerut melihat isi kandungan dokumen tersebut.

           
            KONTRAK DAN SYARAT-SYARAT PERKAHWINAN NUR LISSA AISSYA                                             DAN MUHAMMAD FARIZ IKHWAN.

            Itulah ayat yang pertama menerpa mata Lissa apabila menyelak dokumen tersebut. Selama ini dia tidak tahu pun nama penuh Fariz.Malas rasanya dia nak ambil tahu tentang benda remeh-temeh seperti ini.Tetapi tidak dia sangka bahawa Fariz mengetahui nama penuhnya padahal dia tidak pernah memberitahu Fariz.Tengok kat atas surat nikah kot.Mata Lissa ligat membaca setiap patah perkataan yang terpapar di atas kertas putih itu.


1.      Perkahwinan ini akan berakhir selepas Fariz mengahwini orang yang
dicintainya.

2.      Lissa merupakan hak milik Fariz namun Fariz bukan hak milik Lissa.

3.      Semua hal peribadi Fariz haruslah tidak dicampur tangan oleh Lissa dan Fariz juga akan melakukan perkara yang sama.

4.      Setiap bulan Fariz akan memberi nafkah sebanyak RM700 dan wang itu            haruslah dibelanjakan dengan bijak.

5.      Jika hendak melakukan sesuatu.Lissa haruslah mengambil kira setiap perlakuan dan tidak tanduk dirinya agar tidak mencemarkan reputasi Fariz.

6.      Setiap arahan Fariz haruslah dipatuhi oleh Lissa dan apa-apa jua syarat yang tertera di atas boleh dipinda sesuka hati oleh Fariz mengikut kesesuaian dan keadaan.

7.      Lissa harus mengemas rumah,menjaga kebersihan persekitaran rumah, mengosok baju Fariz dan juga memastikan setiap perkakasan di dalam rumah terjaga rapi.

8.      Lissa tidak boleh menggunakan apa-apa peralatan di dalam rumah ini kecuali dengan kebenaran Fariz.

9.      Lissa tidak dibenarkan membawa rakan-rakan atau mana-mana orang asing ke rumah ni kecuali ibu bapa Lissa namun hal ini haruslah dimaklumkan terlebih dahulu kepada Fariz.

10.  Lissa haruslah mematuhi semua syarat-syarat di atas dan kontrak perkahwinan ini haruslah dirahsiakan daripada pengetahuan sesiapa dan hanya di antara Fariz dan Lissa sahaja.



            Lissa membaca setiap syarat yang ditulis oleh Fariz dengan fikiran yang kosong. Baginya,andai tidak dikemukakan kontrak perkahwinan ini,Lissa sudah mengetahui apa yang diinginkan Fariz kerana dia sering mengutarakan tentang syarat-syarat atau arahan yang harus dipatuhi oleh Lissa.Namun,apa yang Lissa gembira dengan syarat yang pertama kerana andai Fariz menceraikannya,dia pasti boleh bersatu dengan Ezma. Namun,ibu bapanya pasti kecewa kerana mahligai yang dibina atas dasar persahabatan anatara ibunya dan juga Datin Kamilah tidak mampu dipertahankan.Tapi apa yang boleh dibuat,dirinya dan Fariz sudah ada orang yang dicintai.Lissa agak pelik dengan syarat Fariz yang ke tujuh.Semenjak bila pula Fariz dah pandai meminta tolong dia gosok baju kerja dia? Hurm..tak apalah. Disebabkan ini adalah satu-satunya permintaan Fariz,jadi aku akan tunaikan.Nanti boleh pahala. Lissa bermonolog seorang diri.Lissa mencapai dokumen itu dan terhenjut-henjut menuju ke biliknya.Ada sesuatu  yang harus diuruskan.

            Pukul satu pagi Fariz sampai di banglo mewah itu.Apabila melangkah sahaja ke dalam rumah,perkara pertama yang menerpa ke dalam fikirannya adalah tentang dokumen perjanjian perkahwinan mereka itu.Kaki Fariz laju sahaja menuju ke ruang tamu dan serta merta perasaan amarah menguasai hatinya apabila melihat dokumen itu masih ada tersadai di atas meja.Fariz mencapai dokumen itu.Lissa ni,aku suruh tengok tak mahu.Nak kena ni! Hati Fariz meluap-luap dengan kemarahan kerana dia merasakan Lissa tidak mengambil kisah tentang kontrak perkahwinan mereka.Namun,apabila Fariz membelek dokumen itu,sehelai kertas putih kemas bertaip jatuh dari dokumen itu.Fariz mencapai kertas itu dengan seribu tanda tanya di dalam hati.


HAK NUR LISSA AISSYA YANG TIDAK HARUS DICAMPUR TANGAN

Fariz membaca tulisan yang tertera di atas kertas itu.Boleh pulak budak ni buat syarat untuk aku.Hish..saja lah ni nak cabar kelakian aku.Fariz menghenyakkan punggungnya di atas sofa.

  1. Kesucian diri saya haruslah tidak dicemari dan itu adalah hak saya selamanya.

Huh! Siapalah yang ingin ambik kesucian kau.Tak ingin aku! Fariz mencemuh di dalam hati.Tapi dia tetap meneruskan bacaanya.

   2. Saya berhak melakukan apa yang saya suka tetapi saya akan mengambil kira status Tuan Fariz dan akan menjaga perlakuan saya.

   3. Saya boleh melakukan apa saja kesukaan saya atau menghias bilik tidur saya dengan barang kesukaan saya kerana itu adalah satu-satunya tempat yang saya bebas untuk berbuat apa-apa dan Tuan Fariz tidak boleh menghalang niat saya yang ini.

   4. Andai Tuan Fariz berkahwin lain,Tuan Fariz haruslah melepaskan saya secepat mungkin.


Terdapat tandatangan Lissa sebagai tanda syarat-syarat itu telah dipersetujui. Terdapat juga tempat kosong yang mana Fariz perlu mendatanganinya sebagai ‘meluluskan’ perjanjian itu.Fariz berfikir sejenak sebelum mencapai pen di atas meja dan menandatangani perjanjian itu dan terus ke bilik.Badannya sangat letih selepas meluangkan masa bersama Sarah di kelab tadi.

Comments

Popular posts from this blog

KAU CINTA PERTAMA DAN TERAKHIR

Seketika Cuma

CINTA SANG PENGEMIS BAH. 1