JANGAN PERGI CINTA BAB 16 & 17


 Kini sudah seminggu mereka balik dari ber‘honeymoon’ dan masing-masing juga sudah mula bekerja.Lissa membelek-belek dokumen yang perlu diserahkan kepada Fariz.Dia tidak mahu ada sebarang kesilapan.Sudah tahu apa yang akan ‘dihadiahkan’ oleh Fariz  padanya jikalau ada sedikit kesalahan kecil sekalipun,pasti hari itu pejabat akan bergegar dengan sumpah seranah Fariz padanya.Setelah berpuas hati,Lissa mengorak langkah ke bilik Fariz.Dilihatnya Fariz sedang berbual di telefon.

            “Okey honey,lepas ni I call you balik.”Fariz meletakkan gagang telefon. “Ada apa?”tanya Fariz apabila dilihatnya Lissa hanya tercegat di hadapannya dan seperti biasa wajah itu berubah pucat.


            “Ni,saya nak serahkan dokumen ni kat Tuan Fariz,”Lissa menyerahkan dokumen yang dipegangnya kepada Fariz. “Emm..kalau tak ada apa-apa saya minta diri dululah,” pinta Lissa setelah berdiri kaku di hadapan Fariz selama lima minit dan Fariz pula lansung tidak mengeluarkan sepatah kata.

            Setelah duduk semula di mejanya,handphone Lissa bergetar mengisyaratkan dia mendapat mesej.

            ‘Hai,Lissa.Sedang buat apa tu?Lama tak dengar khabar berita.Harap mesej ni tidak menganggu awak.Apa kata hari ni kita lunch sama-sama?Awak tentukan tempatnya,ok?-Ezma’

            Lissa mengeluh.Ezma bagaikan tidak mengetahui luka yang terpahat di hatinya.Luka?Tapi bagaimana dengan luka di hati dia?Ah,lebih baik aku pergi  lunch dengan dia.Nanti apa pula kata dia.Lissa menekan punat-punat handphonenya.

            Ezma tersenyum apabila menerima jawapan daripada Lissa.Dia betul-betul rindu dengan Lissa.Dia juga betul-betul ingin menatap wajah Lissa yang tenang.Walau dia tahu Lissa sudah menjadi hak milik orang,namun Ezma tetap mahu mencuba nasib.Dirinya sudah menjadi tidak keruan tidak dapat menghubungi orang yang dicintai.

            Pada tengah hari itu Lissa keluar dari bangunan syarikat untuk pergi makan tengah hari bersama Ezma.Namun Lissa amat terkejut kerana dia melihat Ezma sedang menyandar di keretanya sambil memandang ke arah Lissa.Lissa menghampiri Ezma.

            “Macam mana awak tahu yang saya kerja kat sini?”tanya Lissa setelah kereta Ezma bergerak meninggalkan perkarangan syarikat.

            “Adalah informernya,”jawab Ezma sambil tersengih.Lissa mendengus,selalu aje nak berahsia.Mereka makan di sebuah restoren yang terkenal dengan keenakkan tomyamnya. “Ezma,Lissa nak kita terus berkawan seperti dulu,” kata Lissa ingin memecahkan suasana sepi yang merimaskannya.Ezma berhenti menyuap nasi ke mulutnya.Diperhatikan Lissa yang berada di hadapannya.Tubuh Lissa sudah agak kurus,tak bahagiakah dia dengan perkahwinannya?Erah ada memberitahunya tentang  perkahwinan Lissa yang agak tidak membahagiakan Lissa.Ezma amat bersimpati dengan nasib Lissa yang malang dan terpaksa menerima kehendak ibu bapanya dan sama sekali memusnahkan cinta mereka.

            “Seperti dulu?Seperti kita bercinta dulu ke?”tanya Ezma yang pada perdengaran Lissa agak sinis.Air mata Lissa serta merta bergenang di pelupuk mata.Ezma seakan-akan menyalahkan dia atas kemusnahan cinta mereka dahulu.Selera Lissa yang sememangnya sudah tumpul semenjak dia disahkan menjadi isteri kepada Mohammad Fariz Ikhwan menjadi mati.

            “Dahlah,jom kita balik.Saya tak ada seleralah nak makan lagipun masa rehat saya ni dah nak habis,”Lissa sudah berdiri.Dia menipu Ezma,padahal masa rehatnya adalah satu jam tetapi Lissa tidak mahu lagi hatinya lemas dengan gelagat Ezma yang agak menyakitkan hati.

            “Okey,tunggu saya kat kereta.Saya nak pergi bayar dulu,”Ezma menuju ke kaunter untuk membayar kemudian dia masuk ke dalam kereta di mana Lissa sudah menunggu.Ezma memandu tanpa sepatah kata dan hanya alunan radio memenuhi waktu sunyi mereka.Lissa juga seakan-akan tiada di jasadnya,rohnya sudah melayang entah ke mana.Tiba-tiba Lissa tersedar daripada lamunannya dan mendapati jalan yang Ezma lalui bukanlah jalan menuju ke syarikatnya.

            “Ezma,kita nak pergi mana ni?”Lissa mula cemas.Dia melihat sekelilingnya.Itu adalah taman perumahan tetapi dia tak pernah datang di taman perumahan ni.Ezma hanya tersenyum dan senyuman itu membuatkan jantung Lissa hampir pecah.Dia takut kalau-kalau Ezma akan melakukan sesuatu yang tidak baik terhadapnya.Dia bukannya boleh memahami apa yang tersirat di dalam hati Ezma walaupun dia sudah lama mengenalinya. People do change,itulah yang bermain dalam fikiran Lissa sekarang.Ezma akhirnya memberhentikan kereta di hadapan sebuah taman permainan.Terdengar satu keluhan keluar daripada mulut Ezma.Lissa sedikit sebanyak berasa lega kerana Ezma tidak membuat apa-apa yang tidak baik terhadapnya walaupun dia tidak tahu apa tujuan sebenar Ezma membawanya ke sini.








 BAB TUJUH BELAS


            “Lis,Ez tahu Lis masih lagi cintakan Ez ‘kan?”tanya Ezma sambil memandang Lissa.Lissa terkedu tanpa kata.Matanya terus berkaca-kaca. Memang! Memang aku cintakan kau sangat-sangat Ezma,tetapi aku sudah berkahwin.Sekarang cinta kita sudah tiada makna lagi.

            “Lis,jawablah pertanyaan Ezma.Lis cintakan Ez lagi kan?”tanya Ezma buat kesekian kalinya.

            “Memang Lissa masih cintakan Ezma,tapi apakan daya Lissa sudah dimiliki oleh orang lain,Ez.”Air mata Lissa terus jatuh berderai tanpa dapat ditahan-tahan lagi.

            Ezma meraup rambutnya ke belakang dengan jari-jemarinya yang kaku. “Lissa,apa maknanya jika diri Lissa dimiliki oleh orang lain tanpa persetujuan diri Lissa sendiri? Itu paksaan namanya.” Ezma mengharapkan sedikit harapan daripada Lissa.

            “Bagi ibu bapa Lissa dan mertua Lissa,apabila Lissa berkahwin dengan Fariz itulah maknanya Lissa sudah bersetuju.”Perit telinga Ezma apabila mendengar Lissa menyebut perkataan ‘mertua’ dan nama lelaki yang telah memusnahkan cinta mereka, ‘Fariz’.

            “Kenapa Lissa bersetuju?Kenapa Lissa?Kenapa?!”Ezma menumbuk stereng keretanya dengan kuat sebelum menekup mukanya di atas stereng  itu.Lissa tergamam. Itulah kali pertama Ezma menunjukkan emosinya di hadapan Lissa.Setahu Lissa,Ezma akan sentiasa tenang tidak kiralah dalam situasi apa pun.Ezma merasakan tangan Lissa menyentuh bahunya.Ezma berpaling menghadapLissa dan dengan tiba-tiba tubuhnya dipeluk oleh Lissa.Ezma tergamam.Lissa tidak perrnah bertindak sejauh ini.Dulu kalau dia pegang tangan Lissa pun Lissa akan mengelak  inikan peluk macam ni.Ezma teragak-agak meletakkan tangannya di belakang Lissa membalas pelukan Lissa yang sedang menangis teresak-esak di atas bahunya.Lissa meleraikan pelukannya setelah beberapa minit dan menyedari akan kesilapannya.Lissa tersipu malu sambil tangannya mengesat air mata yang masih bersisa. Beristighfar dalam hati.Lissa,sedar sikit status diri kau tu.

            “Ezma,Lissa terpaksa mengakuinya walaupun ini mungkin akan membuatkan    Lissa mengkhianati perkahwinan Lissa dan kepercayaan yang diberi oleh ibu bapa Lissa. Sebenarnya Lissa masih lagi mencintai Ez dan cinta Lissa kepada Ez tidak mungkin pudar kecuali dengan kehendak-Nya,”Lissa membisikkan kata-kata itu di telinga Ezma.Ezma tersenyum puas lantas dicapainya tangan Lissa dan mencium telapak tangan Lissa seperti yang selalu dilakukannya suatu ketika dahulu.


            Kereta Ezma bergerak meninggalkan taman bunga itu.Lissa tergesa-gesa masuk ke dalam lif lagipun dia sudah terlewat lima minit.Ada satu perkara yang dia amat faham dengan Fariz,Fariz amat mementingkan masa dan amat pantang dengan orang yang tidak menepati masa.Sampai sahaja di mejanya,Lana,kawan sekerja menghampiri mejanya.

            “Bos cari kau tadi.Aku sebenarnya agak berat nak katakan perkara ni tetapi suara bos macam tengah marah aje.Aku harap kau berselawatlah banyak-banyak sebelum masuk ke dalam bilik bos tu,”Lana memberikan peringatan kepadanya sebelum berlalu pergi.Lissa  melangkah menghampiri bilik Fariz. Sebelum mengetuk pintu Lissa mengucap dan berselawat kemudian dia mengetuk pintu dan melangkah masuk. Kelihatan Fariz sedang bercakap di telefon.

            “Okeylah sayang,jika you berkeras nak pergi I nak buat macam mana.You boleh ke berbual dengan Lissa tu? Kalau macam tu tak apalah. Pukul berapa you nak pergi rumah I? Okey,bye,”Fariz meletakkan telefon.

            “Mana kau pergi hah?Sampai lewat masuk pejabat?”jerkah Fariz. Suara Fariz yang kuat dapat didengari oleh semua orang di dalam pejabat itu.Rakan-rakan Lissa hanya mampu bersimpati dengan nasib Lissa yang selalu dimarahi oleh Fariz. Sebenarnya mereka pun pelik juga,sebelum ini Fariz bukanlah seorang yang pemarah,tetapi setelah Lissa bekerja di sini Fariz sikap Fariz berubah 360 darjah. Tapi yang lebih memelikkan lagi hanya Lissa sahaja yang kerap dimarahi.

            “Saya pe..pergi isi minyak,Tuan Fariz,”tergagap-gagap Lissa menjawab.

            “Kali ini aku maafkan kau,tapi kalau lain kali kau buat lagi. Kau tahulah akibatnya,”suara Fariz mulai kendur.

            “Aku ada benda nak kau buat.Kau balik rumah aku,kau pakai macam orang gaji. Sarah nak datang pada pukul 3.00. Aku tak nak apa-apa berlaku cam kau tersalah cakap aku ni suami kau  ke atau kau beri layanan buruk kat Sarah.Dahlah itu aje yang aku nak beritahu kat kau.Aku nak kau balik sekarang jugak.Kerja kau aku akan suruh orang lain buat”,Fariz menatap dokumen yang berada di atas mejanya.Lissa keluar dari bilik Fariz dengan langkah yang longlai.Namun apabila berada di hadapan kawan-kawannya,Lissa berpura-pura tersenyum dan berlagak seperti tiada apa-apa berlaku.

            Lissa memandu ke rumahnya dengan hati yang resah dan apabila sampai di rumahnya,dia terus bersiap-siap seperti yang diarahkan iaitu seperti ‘orang gaji’.Lissa memakai kain batik sarung dan baju T-shirt lengan panjang serta tudung.

            Selepas satu jam menunggu,akhirnya Sarah tiba.Lissa terkocoh-kocoh menyambut Sarah di muka pintu.Sarah tersnyum manis melihat Lissa.

            “Cik Sarah duduk lah dulu ya,saya nak buat air.Cik Sarah nak air apa?”Lissa bertanya ramah.

            “Bagi saya air Nescafe suam sudahlah ya,”Sarah membelek-belek majalah yang kemas tersusun di atas meja.Tidak lama kemudian Lissa datang semula dengan menatang dulang.

            “Minumlah Cik Sarah,saya harap air yang saya buat ni sesuai dengan selera Cik Sarah,”pelawa Lissa ramah.Sarah tersenyum senang.

            “Lissa rasa selesa tak bekerja kat rumah abang Fariz ni?” tanya Sarah menghirup minumannya.

            “Emm..bolehlah.Saya selesa dengan sikap Tuan Fariz yang peramah dan baik hati.” Baik hati apa! Hari-hari marah aku kat pejabat,kalau boleh,nak aku cekik-cekik orang tua tu.Eh,tua ke dia tu?Nampak cam sebaya dengan aku je.Lagipun aku tak tau dia tu umur berapa.Ahhh…lantak ar dia tu umur berapa pun.

            “Hmm..saya pun terpikat dengan Fariz sebab sikap ramah dan baik hati dia tu,” kata Sarah sambil tarsenyum.Matanya sedikit terpejam,mungkin mengaimbau kembali kenangan manisnya antara Fariz.

            “Sarah akan makan malam di sini ke?”tanya Lissa.

            “Emmm….boleh juga.lagipun mesti masakan Lissa ni sedap kan.Kalau tak,abang Fariz tak kan hire Lissa kan?”Sarah tersenyum melihat Lissa.Lissa hanya tersengih mendengar penyataan Sarah yang sememangnya diketahui tidak benar.

            “Cik Sarah,Lissa minta diri dulu ye.Lissa nak sediakan makan tengah hari”,Lissa meminta izin daripada Sarah.Sarah menganguk kebetulan pada masa yang sama, handphone Sarah berdering lantang.


            Lissa segera berlalu ke dapur untuk menyediakan makan tengah hari.Nasib baik dia sudah membeli barangan dapur jadi kerja dia menjadi senang.Sambil memasak,dia tersenyum sendirian mengenangkan pertemuannya dengan Ezma tengah hari tadi.

Comments

Popular posts from this blog

KAU CINTA PERTAMA DAN TERAKHIR

Seketika Cuma

CINTA SANG PENGEMIS BAH. 1