Google+ Followers

Saturday, May 4, 2013

Oh Narutoku!!


“Rasengan!!” bebola biru yang dihasilkan daripada chakra yang ditumpu di telapak tangan hasil klon aku dan aku, kini berputar hebat.Aku meluru  ke arah perempuan gedik seksi berambut Ikal itu dan menujukan ‘rasengan’ tepat pada perutnya. Aku tersenyum puas saat melihat tubuh perempuan itu melayang dan hilang di udara.Mungkin sudah sampai ke planet pluto.Huh! Puas hati aku.Tu belum aku masuk ‘Sage Mood’ lagi tu.Kalau tak lagi power ‘rasengan’ aku.




“Oit,kau menung apa tu?”hilang berderai khayalan aku.Perempuan gedik yang tergedik-gedik itu masih ada beberapa meter dari tempat aku duduk,semeja dengan ‘Naruto’ku.Cuba memikat dengan keseksian yang tidak berapa seksi.Dahlah badan tu sepapan dan selapis.Huh..aku lagi seksi dan comel tau.Saje malas nak tunjuk.

     “Dah,dahlah tu kau duk tenung si G dengan N sampai keluar biji mata pun belum tentu dia akan perasan,”nasihat Mun yang turut melabuhkan punggung ke atas kerusi di sebelah aku.Sengaja menggunakan abjad pertama nama orang yang diumpat,kan berdosa sebut nama orang yang kita umpat.Tapi kalau depan mata,sama jek kan? G = gedik dan N = Naruto. Cam siot je nama samaran diorang ni.

     “Biarlah.Tak luak pun kalau aku pandang.Aku sedar sapelah diri aku ni.Hinata yang tidak mampu meluahkan rasa cinta dia pada Naruto,” aku membuat muka sedih dan menyedut air Sunquick yang masih berbaki dalam gelas. Mun menggelengkan kepala.Tak habis-habis dengan Naruto dia tu. “Kau baru nak makan ek? Aku kena gerak gi library dulu tau sebab aku nak kena siapkan kerja khusus aku.Esok nak kena hantar. Sorry ye tak dapat teman,”aku sudah mula bangun dari duduk dan menyandang beg pikulku.

     “Tak apa.Hati-hati.Nanti kalau ada  chance cakap dengan ‘Naruto’ kau tu,gitau aku kirim salam,”sempat Mun berpesan pada aku.Aku hanya mampu mencebik.

     “Dalam mimpi pun belum tentu lagi tau,”aku menjawab sebelum berlalu dan sempat menangkap ketawa Mun yang macam pontianak.

     “Ya Allah,apasallah banyak sangat assingment yang nak kena buat ni? Tulah Nanda,sape suruh tangguh lagi!”monologku seorang diri.Lebih kepada memarahi diri sendiri sebenarnya. Kan best kalau boleh guna ‘Taju Kage Bunshin No Jutsu’.Bolehlah aku siapkan semua kerja ni sekaligus pastu still dapat ilmu masuk dalam otak ni. “Dahhhh..jangan nak berangan lagi.Tengok Naruto versus Pain dululah.Baru ada semangat nak buat kerja.Lagipun library lambat lagi nak tutup.Ganbatte Nanda!!” motivasi untuk diri sendiri adalah motivasi yang terbaik. ‘Minato’ a.k.a Ipad mini dari beg sandang dikeluarkan.Kenapa aku namakan Ipad aku ni Minato? Sebab dalam ni banyak giler episod Naruto pastu Minato tu nama ayah Naruto,Namikaze Minato.So, aku namakanlah Ipad aku ni Minato.Er…sebenarnya tak dek kaitan pon kan? Ahhh.. apa-apa yang berkaitan dengan Naruto memang aku ambik letak je.Dengan ‘Minato’ di tangan aku bangun menuju ke rak buku Language.Baru sahaja mahu mencapai buku Grammar tiba-tiba badan aku dirempuh kuat.Masa seakan menjadi slow motion. ‘Minato’ di tangan terlepas lalu jatuh ke lantai marmar putih itu.Skrinnya berderai. Aku tergamam melihat ‘Minato’ yang cedera parah yang kini ‘bergolek’ di atas lantai.

     ‘Minato’ rosak = tak leh tengok Naruto = tak ada motivasi dan semangat nak belajar = assingment tak siap = kena marah dengan pensyarah. Sampai begitu sekali kau fikir ye Nanda..Isk,isk! Hah..tu tak penting.Yang penting sekarang ni makhluk mana punya kerja sampai aku yang sebesar alam ni pun nak dirempuhnya! Memang nak kena ‘rasengan’ aku ni! Aku berlutut si sebelah ‘Minato’ yang sudah menjadi arwah itu.  “ ‘Minato’ aku…”mata mula kabur. Air mata yang bertakung mula merembes keluar. Aku tidak peduli dengan mata-mata yang melihat.

     “ Hah? ‘Minato’? Err…sorry sangat-sangat awak.Tadi saya tak perasan awak berdiri kat situ. Maaf sangat!” Macam kenal je suara mamat ni? Aku mengangkat muka dan tergamam. Naruto? Naruto?? Naruto??? Uwaaa…semua episod Naruto aku dalam Ipad ni dah tak ada. Memang nak kena ‘Futon: Rasen Shuriken’ aku,dah masuk dalam ‘Sage Mood’ ni!

     "Uwaaaaaaaaaa!!” tangisan aku makin kuat.  ‘Naruto’ mula gelabah.Katakanlah ini semua hanyalah ‘Genjutsu’ yang mahu mengelirukan aku. Aku cuka membisikkan ‘kai’ dan gosok mata aku yang basah.Sah!!! Memang sah bukan ‘Genjutsu’.Lagipun mana ada Itachi atau Sasuke kat sini.Uchiha Madara pun dah mati dah..

     “Kita selesaikan hal ni kat luar.Pergi ambik barang-barang awak sekarang.Saya tunggu awak kat luar,now!” tegas arahan ‘Naruto’.Mungkin tidak selesa dengan mata-mata yang memandang dan juga melihat muka pengawas perpustakaan yang macam ‘eight-tails’ dah tu dan juga mungkin tidak mahu menggangu students lain yang study.Aku akur.Dengan jasad ‘Minato’ di tangan,aku kembali ke mejaku dan mengemas barang-barang aku dan berjalan keluar dari perpustakaan dengan mata-mata yang memandang dan bisikan-bisikan yang mampu menanahkan telinga. Aku minta Pain buat ‘Shinda Tensei’ dia baru tau!

     Kelihatan ‘Naruto’ menunggu di bangku tidak jauh dari library.Aku menghampiri ‘Naruto’,melabuhkan punggung di bangku berhadapan dengannya dan meletakkan jasad ‘Minato’ di tengah-tengah meja. “So,macam mana ni?”suara cuba aku kawal. Tidak mahu meluahkan rasa amarah yang berkumpul di dada walaupun yang berada di hadapan aku sekarang ni adalah ‘Naruto’ yang aku puja,namun bila berhadapan dengan situasi begini,yang salah tetap salah. Berbulan aku kumpul duit baru boleh beli ‘Minato’ aku tu,bukan senang nak dapat.

     “Memang terang-terang salah saya.Saya minta maaf sangat-sangat dan saya akan baiki Ipad awak ni.Semua kos dia saya yang tanggung,” jasad ‘Minato’ atas meja diambil dan dibelek-belek sebentar,mungkin mahu melihat keseriusan kecederaan ‘Minato’ sebelum dimasukkan ke dalam beg Nikenya. Walaupun dia kata nak bertanggungjawab namun aku masih lagi rasa geram, berbuku di dada.Selama ‘Minato’ aku dirawat,aku tidak mampu untuk  menonton Naruto. Chakra sudahpun dikeluarkan, aku menumpukan chakra aku dengan kedua-dua tangan. ‘Sage Art:Big Ball Rasengan’!!

     “Awak,dengar ke tak ni?” ‘Naruto’ melambai-lambaikan tangannya depan muka aku.Baru aku tersedar. ‘Sage Art:Big Ball Rasengan’ yang baru je aku nak halakan ke arah ‘Naruto’ aku lempar ke tempat lain. Berterabur budak-budak junior yang terkena ‘rasengan’ aku tu.

     “Awak sure awak boleh hidupkan balik ‘Minato’ saya ni?”tanya aku bersungguh. Manalah tau kalau ‘Naruto’ dah belajar ‘Gedo Art: Rinne Tensei No Jutsu’ dengan Pain. ‘Naruto’ depan aku tergelak,kuat pulak tu.

     “Ipad ni awak panggil Minato? Ayah Naruto?”tanya ‘Naruto’ tetapi masih dalam gelaknya.
“Kenapa? Salah ke kalau perempuan minat Naruto?”Aku geram betul kalau ada orang cakap pelik kalau perempuan minat Naruto.Baru je keluar Sage Mood. Ok,masuk ‘Sage Mood’ balik.

     “No.. I think it’s really cool.Saya pun suka tengok Naruto. By the way,nama saya Nazrin.Awak?”Amboi,sempat lagi tu.Tak perlah,peluang ni.

     “Nanda,”sepatah aku jawab.Bukan tidak berminat tapi aku lebih risaukan ‘Minato’ aku. “Awak,dah Minato saya tu sakit,macam mana saya nak tengok Naruto saya?”tanya aku perlahan.Memang aku Naruto maniac,sehari tak tengok,rasa macam tak lengkap hidup aku.Walaupun episod tu aku dah siap boleh hafal jalan ceritanya satu persatu tapi aku tetap tak jemu.

     “Hurm..takkan awak tak ada laptop?”tanyanya. Aku terbayang laptop aku yang berwarna kuning sepenuhnya kerana laptop skin Naruto.Bukan laptop aku je tapi boleh dikatakan semua barangan peribadi aku berwarna kuning,sampaikan kalau nak minum  air,aku akan pilih air Sunquick sebab dia kuning. Penangan Naruto punya pasal. Skin laptop yang kat depan tu siap ada Naruto tengah nak lempar ‘rasengan’ lagi. Adui..masak aku kena gelak dengan budak-budak ni. Yang tahu pasal ni cuma Mun yang merangkap teman baik juga teman sebilik aku di rumah sewa.Sabarlah Nanda,dah tak ada cara lain lagi,terpaksalah kau bawak laptop kau ke kampus esok. Aduiii….
**********************************************************************************

Semua mata memandang aku. Aku buat tidak tahu. Budak-budak lelaki tersengih sesama mereka manakala yang perempuan berbisik-bisik. Aku bangun dari duduk, mengangkat kedua belah tangan ke atas, mengeluarkan chakra Serigala berekor sembilan aku. ‘Futon: Rasen Shuriken!’ bebola biru itu bertukar menjadi bentuk shuriken yang besar. Aku akan lempar ke arah manusia-manusia yang macam tidak pernah nampak orang. Bertempiaran mereka melarikan diri saat aku mahu melemparkan rasengan aku tu. Ah..tak kira! Aku akan lempar jugak! Yahhhhhhh!!!!!

“Nanda,” suara garau yang menegur aku membuatkan sekali lagi aku tidak jadi untuk melempar rasengan aku ke arah manusia-manusia itu. Berdentum rasengan itu mengenai bangunan pentadbiran.
Aku mendongok melihat gerangan di hadapan aku. Owh…Nazrin rupanya. Semenjak tahu namanya aku sudah tidak memanggilnya Naruto. “Ya?”jawabku.

“Dari jauh lagi saya dah nampak laptop awak,”katanya sambil melabuhkan punggung di atas kerusi di depan aku. Cis,tak agak. Datang je terus sindir aku.

“Dah ‘Minato’ saya kena serang dengan serigala berekor sembilan,nak buat camne. Kalau tak,tak deknyer saya nak kelek sampai kampus Kushina saya ni,”tu dia makan kau.

“Sampai hati panggil saya serigala berekor sembilan.” Nazrin buat muka sedih. Aah..ada aku kisah. Aku perhati dirinya sekilas.Apa yang membuatkan aku memanggilnya ‘Naruto’ dahulu adalah kerana matanya yang bundar dan berwarna biru itu. Yang aku dengar dari Mun,mata itu diwarisi dari ibunya yang berwarganegara Perancis. Nasib baik rambut tak kuning,kalau tak memang sah Naruto,cuma kena tambah garis je kat pipi.

“Oklah,kerja saya dah siap. Nak gi cuci ‘Kakashi’ saya lak ni,”aku shut down laptop aku. Aku nak kena gi basuh ‘Kakashi’ aku a.k.a kereta Myvi putih aku tu sebabnya kotor mengalahkan lori balak. Myvi tu terpaksa berwarna putih sebab ayah aku yang belikan dan dia nak warna putih.Sakit mata kalau warna kuning,tu kata dia. Bagi aku warna kuninglah warna tercantik di dunia. Tapi disebabkan dia yang belikan, terpaksalah aku mengalah.

“Hurm..sebenarnya saya nak mintak tolong awak ni,’belum sempat aku bangun Nazrin bersuara.
“Tolong apa?”tanyaku. Cam besar pulak bunyinya.

“Erm..harap awak tak marah. ‘Minato’ awak saya tak hantar gi baiki lagi.”mataku sudah membulat. “Sabar,sabar.Ada sebab dia,’gelabah pulak si Nazrin ni.Takut kena ‘rasengan’ akulah tu. “Semalam saya gi hantar Ika gi klinik,dia tak sihat.Sebab tu saya tak sempat nak hantar tu. But can u accompany me please? Lagipun nanti bolehlah awak tahu keadaan ‘Minato’ awak tu camne,’pintanya. Ceh..sebabkan gi hantar minah gedik tu sampaikan ‘Minato’ aku diabaikan.Sabar jelah. Ika tu aku tahu namanya pun sebab si Mun beritahu aku semalam.Isk..watpe nak tahu nama minah gedik tu tapi dah si Mun tu cerita,aku tadah telinga jelah.

Lepas fikir barang 2,3 minit,aku akhirnya bersetuju. Yelah,bolehlah aku tanya tahap keseriusan kecederaan ‘Minato’ aku tu. “Tapi pergi dengan kereta saya leh?” pintanya lagi. Adui..ni yang lemah ni.
“Kenapa lak? Nanti ‘Kakashi’ saya sape nak tolong tengok-tengokkan?” risau aku dengan ‘Kakashi’ aku tu. Aku berpaling bila Nazrin menunjukkan ke arah kiri.Si Mun dengan lenggang kangkungnya menghampiri kami.

“Dia kan kawan baik awak.Suruhlah dia tolong bawak balik,nanti saya hantarlah awak kat rumah sewa awak,”katanya.Bernas tul idea yang diberikan kalau bab nak menangkan dia.

“Awak tahu mana dia kawan baik saya?”tanyaku curiga.

“Kan awak selalu berkepit dengan dia? So,saya assume korang kawan baiklah,” jawabnya tenang.Aku perhatikan mukanya,tiada riak yang mencurigakan di situ.Wait! Dia selalu nampak aku berkepit dengan Mun? So dia memang perasanlah kehadiran aku? Darah menyerbu ke muka,malu.Dah…jangan nak perasan.Mungkin dia ternampak ke,kebetulan lalu ke pastu ternampak ke.

Selepas memujuk,akhirnya Mun bersetuju untuk bawa balik ‘Kakashi’ ke rumah sewa. Aku dengan Nazrin ke apple center diKLCC menaiki keretanya,Honda CRV tu. Memang kaya gilalah budak Nazrin ni.Nasib baik hanya skrin sahaja yang perlu dibaiki, tiada kecederaan dalaman.Aku mengeluh lega. “Awak,alang-alang dah sampai sini, temankan saya tengok wayang leh tak?”pintanya.Aku mengetap bibir geram.Ada udang di sebalik ramen rupanya.Bukan aku tak suka tapi aku tak biasa keluar berduaan dengan lelaki.Jika bukan disebabkan ‘Minato’,aku tak akan keluar dengan dia walaupun aku minat dia. Lepas memujuk aku dengan bersungguh,akhirnya aku bersetuju. Takperlah, the first and last. Lepas temankan dia tengok wayang,aku terpaksa temankan dia makan pulak dah dekat Sushi King. Banyak betul dia ni makan.Aku makan sikit je,aku lidah Melayu asli.Bukan macam dia.

Akhirnya,pukul 8 malam baru dia hantar aku ke rumah sewa selepas kami solat Maghrib di masjid. “Terima kasih daun keladi temankan saya keluar.Nanti bila ‘Minato’ dah sembuh,saya bagi kat awak ok,” katanya. Aku hanya mengangguk.Selepas memberi salam,aku masuk ke dalam rumah.

“Untunglah leh kuar dengan ‘Naruto’ kau,”suara  Mun lah yang pertama manyapa gegendang telinga aku ketika kaki aku mencecah lantai rumah.Aku turut melabuhkan punggung di sofa sebelahnya.
“Tak ada apa yang menguntungkan pun. Kalau bukan disebabkan ‘Minato’ aku tu cedera,tak adanya aku nak keluar dengan dia.Aku masuk mandi dulu,badan aku letihlah,”kataku sebelum menapak masuk ke dalam bilik.

**********************************************************************************

Hubungan kami makin lama semakin rapat,banyak yang aku tahu pasal dia dan antaranya dia sangat menjaga imejnya tapi masih menjaga hubungan dengan kawan-kawan. Kadangkala bila episod Naruto yang terbaru keluar,dialah orang pertama yang akan download dan bagi pada aku,tak sempat aku nak download. Aku terharu kerana dianugerahkan seorang kawan yang baik sepertinya. Perasaan suka aku padanya aku pendam kerana dia kelihatan semakin rapat dengan Ika,sangat rapat berbanding dahulu. Biarlah aku menjadi Hinata yang hanya mampu memendam perasaan cintanya pada Naruto.Iskkk..masuk bab jiwang lak aku ni.Sedang aku menaip kertas kerja untuk perlawanan bola jaring di perpustakaan,kerusi di depan aku ditarik.Dari bau perfume,  aku sudah tahu siapa gerangannya.

“Nanda,nanti selasa minggu ni,datang rumah saya ye.Ada sambutan majlis hari lahir saya dengan Ika,”Nazrin menghulurkan kad berwarna biru padaku. Aku baca tulisan yang tertera di kertas itu.Owh…Nazrin dan Ika berkongsi tarikh lahir rupanya.

“Insyaallah kalau tiada aral,”jawabku sambil tersenyum.

        “Ajak Mun sekali ya,”katanya sebelum berlalu pergi.

****************************************************************************************************
“Amboi Nanda,cantik kau malam ni,”puji Mun bila aku masuk ke dalam kereta.
   
        “Tak ada nak cantiknya lah.Biasa je. Kalau bukan sebabkan aku tak ada baju kurung yang cantik,tak adanya aku nak pakai baju kurung kau yang penuh dengan labuci ni.Dahlah warna putih,dah macam nak gi sanding dah,”omelku namun aku bersyukur Mun sanggup pinjamkan baju kurungnya pada aku yang tiada baju yang sesuai untuk dipakai ke majlis Nazrin.

       Kami tiba di rumah banglo tiga tingkat itu 15 minit kemudian. Ramai juga tetamu yang hadir,kebanyakan berpakaian vogue dan seksi,ada yang pakai baju kurung tapi sangat jarang.Ada juga warga asing,mungkin kawan mama si Nazrin. Aku masuk ke halaman rumah itu dan meletakkan hadiah di atas meja yang dikhaskan. “Pastu kita nak kena buat apa ni? Aku tak biasalah masuk majlis macam ni.Jum weh kita balik. Kita dah datang ni kira acilah kan,”aku berasa janggal sekali duduk dalam majlis sambutan hari lahir yang besarnya mengalahkan majlis kahwin.

      “Sayanglah weh kalau tak makan deserts tu,”pelbagai pemanis mulut dan buah-buahan dihidangkan di atas meja panjang tidak jauh dari kami.

       “Alaaa….nanti aku belanjalah Secret Resepi kat kau. Jum kita balik,aku lemaslah duk sini.Dahlah ramai orang tengok kita macam tak pernah tengok orang,” aku perasan banyak mata yang melihat aku macam tak pernah tengok orang.Sabar Nanda,jangan masuk ‘Sage Mood’ kat sini.

     “Nanda,datang jugak ye awak,”suara itu kedengaran saat aku dan Mun mahu beredar.Dalam hati aku mengomel,kenapalah kami tak blah awal-awal tadi.Aduiii…

     “Ye awak.Saya dah letak hadiah untuk awak tadi kat meja kat sana tu,”jawabku dengan senyuman. Mun di sebelah hanya diam.

     "Thanks,u look so beautiful tonight.Mehlah saya kenalkan dengan mama dan papa saya,”katanya.
“Eh..tak apalah.Kami datang sekadar nak ucapkan selamat hari lahir je kat awak. Lagipun kami dah makan tadi,nak beredar dah ni,”aku terpaksa berbohong sunat untuk  menolak. Tolonglah jangan biarkan aku lebih lama di sini.Aku dah tak tahan.

    “No,u need to meet my parents. They really wanna meet u,”katanya lagi dengan muka comel a.k.a muka mengharap.Mun mencuit tangan aku.Akhirnya aku mengalah.

    “So,she is the one that u always told me? My,my..such a sweet girl,”kata mama Nazrin ketika kami bertemu.Mama Nazrin walaupun sudah separuh abad tetapi sangat anggun dengan kebaya moden berwarna hijau dan yang paling penting,bertudung.Aku hanya mampu tersengih. Tuhan,cepatkanlah masa.

    “Uncle macam pernah tengoklah kamu.Kita pernah jumpa kat mana-mana tak?” tanya papa Nazrin.Aku menelan liur.Janganlah papa si Nazrin ni pun salah seorang client ayah aku.Jika tidak memang rahsia yang aku jaga selama ini pecah. Aku tak suka kalau orang tahu pasal keluarga aku. Serdahana itu lebih baik dari menunjuk-nunjuk benda kepunyaan orang lain.Alah…yang banyak harta mama dan papa aku.Aku ni baru je nak menapak dalam membina kehidupan. Aku hanya mengeleng sambil tersenyum. Menutup debar di dada.

   “Help yourself dear. Kami ada sediakan macam-macam deserts,”kata mama Nazrin. Aku dan Mun meminta diri ke meja untuk mengambil makanan. Mun je yang ambil banyak.Aku beredar ke swimming pool tidak jauh dari majlis itu. Aku duduk seorang diri tubir kolam renang. “Fuh..syukur Alhamdulillah,lega sikit. Lemas aku ramai-ramai macam ni,” aku mengeluh seorang diri.

  “Hey,layan perasaan ke atau tunggu Nazrin datang sini jemput kau?”suara perempuan menyapa deria dengar aku.Aku berpaling ke belakang. Masyaallah,Ika sangt seksi malam ini.Walaupun hari-hari lain dia sudah seksi namun pada malam ini dia 50% lebih seksi dengan dress satin berwarna kelabu beropol dan super singkat.Aku yang perempuan ni pun sakit mata memandang.

   “Hurm..selamat hari lahir Ika,”ucapku walau separuh hati. Menghormati tuan rumah sebenarnya. Aku bangun dari duduk,berdiri berhadapan dengannya.Hati aku dapat merasakan ada masalah yang akan hadir.“Kau jangan ingat dengan gaya kampung kau ni Nazrin akan terpikat ok.Kau dengan dia lansung tak sepadan. Dia dah sukakan aku dan lepas tamat ijazah nanti kami akan berkahwin,”tokoknyanya tiba-tiba.

    “Ye ke? Baguslah kalau macam tu. Semoga bahagialah nanti,”aku tersenyum cuma,menutup pedih di hati.
“Kau jangan ingat dia rapat dengan kau sekarang kau ada peluang nak rebut dia dari aku okay! Kau tu tak layak lansung,”katanya keras.Nadanya sudah bertukar kasar. Aku pun pelik,apalah yang membuatkan dia ni sakit hati sangat dengan aku.

    “Saya sedar sapa diri saya dan saya tak mengharapkan apa-apa,”kataku dengan senyum. Baru sahaja aku mahu beredar dari situ,tak mahu keadaan menjadi lebih teruk tiba-tiba aku rasakan badan aku tidak seimbang dan aku tumbang dari arah belakang.Debussshh!! Bunyi air terpercik saat tubuh aku jatuh ke dalam kolam renang itu. Nasib baik aku pandai berenang,kalau tak memang dah arwah aku ni. Orang ramai yang dikejutkan dengan bunyi percikan air mula berkumpul di kolam renang. Aku berenang ke tepi,naik semula ke atas.

     “Ya Allah,what happen?’jerit mama Nazrin. Aku tidak pedulikan soalan mama Nazrin dan tetamu-tetamu yang berkumpul melihat aku yang basah kuyup. ‘Sage Mood sekarang!

     Aku mampir ke arah Ika yang masih di tempat dia berdiri tadi dan dengan sekuat hati menolaknya ke dalam kolam renang.Sekali lagi air terpercik namun kali ini kerana tubuh Ika yang melayang ke dalam kolam renang itu. “Kurang ajar kau!”jerit Ika dari dalam kolam renang.Aku tersenyum sinis.“A tooth for a tooth! Jangan ingat aku macam ni kau boleh buat sesuka hati,jangan ingat aku lemah. Setakat kau tu,aku boleh buat lebih dari ni tapi tu bukan sifat aku dan jangan tuduh aku sebarangan.Aku pantang kalau orang tuduh aku benda yang aku tak buat!”kataku sedikit tegas. Semua orang yang berkumpul di situ senyap. Kawan Ika menolongnya keluar dari kolam renang. Aku menghampiri mama dan papa Nazrin yang tergamam, Nazrin di sebelah mereka juga tidak terkutik.

   “Maaf uncle,untie sebab rosakkan majlis ni but I can’t stand someone who looking for a fight with me first.,”kataku dan kemudian aku berpaling ke arah Nazrin, “sorry Nazrin sebab malukan awak kat majlis awak harini.Once again,happy belated bithday,” aku berlalu selepas habis sahaja mengucapkan kata-kata itu,dengan badan yang sememangnya basah kuyup.

   Aku lalui hari-hari seperti biasa namun aku cuba mengelak daripada bertemu Nazrin.Bukan aku takut atau apa,tapi aku malas mahu mengungkit kembali peristiwa malam tu. Habis sahaja kelas,aku akan terus balik bke rumah sewa,jika ada gap antara kelas,aku akan lepak di surau. Aku takut kalau aku lepak di library,aku akan bertemu muka dengannya.Malah aku siap bawak bekal lagi,tidak mahu ke kafeteria.Pernah juga aku berselisih dengan Ika namun dia terlebih dahulu melarikan padangannya dari aku.Tau takut.Jangan cari pasal dengan aku,kan dah kena.

   Sedang aku lepak atas katil dengan ‘Minato’ di tangan,handphoneku mendendangkan lagu Sign,ada orang telefonlah tu.Aku menekan butang answer. “Hello,mama.Kenapa call?”tanyaku.

   “Aik,nak call anak sendiri pun dah tak boleh?”ada nada rajuk di situ.

   “Isk..tak adalah.Biasanya mama mesti call Nanda malam.”aku sengaja mencari alasan,kalau tak memang mama aku merajuk.

   “Balik rumah ye esok.Ada hal penting kami nak bincang,”katanya. Selepas beberapa lama berbual,aku akhirnya meletakkan handphone.

   “Kenapa?”tanya Mun yang kebetulan ada di dalam bilik.

   “Mama aku suruh aku balik esok,pagi-pagi lagi. Katanya ada perkara penting.Hal keluarga,”Mun mengangguk faham.

****************************************************************************************************

   “Pakai baju ni,nanti kejap lagi Kak Nadia make-up kan kau.Kita ada tetamu penting ni,”aku menyarung baju kurung putih yang mama berikan.Masyaallah,berkilau kemain lagi.Meriah dengan labuci bagai.

“Tetamu apa yang sampai penting sangat sampai Nanda nak kena pakai baju sarat dengan labuci macam ni?’tanyaku pada kakaku.Dia hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu dan make-upkan muka aku.Nasib baik nipis je kalau tak memang aku gi basuh balik.Rimas make-up tebal-tebal ni.

     Aku tergamam saat melihat Naruto di depan mata aku. Aku menggosok mataku berulang kali.Betul ke ni? Sah,memang bukan jutsu apa-apa yang dibuat untuk mengelirukan aku.Memang sah dia saat dia memegang tangan aku untuk sarungkan cincin. Aku pandang orang ramai di sekeliling aku yang kelihatan teruja. “Ma,apa semua ni?”tanyaku.

“Nanda tak kenal ke tu siapa?”tanya mama.Aku amati lelaki yang memakai cosplay Naruto di hadapan aku ni.Memang sebijik sama macam Naruto.Dengan bajunya, rambut palsu kuningnya,muka yang dilukis garis dan mata birunya.Jap..aku perhatikan betul-betul mata biru itu.Macam original punya jek? Ya Allah..jangan cakap dia!!!

“Nazrin??”tanyaku.Naruto di hadapan aku tersenyum dan mengangguk. “Ma??” aku memandang mama aku meminta penjelasan.

“Kan Nanda pernah cakap Nanda akan terima je sesiapa yang masuk minang tapi dengan syarat kena pakai cosplay Naruto. Semalam Nazrin call mama minta izin nak masuk minang kamu dan dia kata dia tahu syarat penting nak minang kamu.”kata mama. Sekarang baru aku perasan kehadiran mama dan papa Nazrin di celah-celah tetamu lain.Aku yang mendengar hampir pitam.

     Tetamu-tetamu yang hadir berkumpul di dalam rumah,menjamu selera dengan hidangan yang disediakan tuan rumah.Aku dan Nazrin yang masih dalam cosplay Naruto duduk di bawah gazebo di halaman rumah. “Macam mana awak tahu tentang syarat ni?”tanyaku selepas beberapa lama mendiamkan diri.

“Maaflah tapi saya terbaca diari mini awak dalam Ipad awak dulu,”jawabnya perlahan.Mataku sudah membulat. Apa? Berani betul dia.

“Maaf..”pintanya dengan muka comel a.k.a muka kasihan.

“Awak sure ke dengan tindakan awak ni? Awak kan dah ada Ika,”kataku lebih kepada cemburu sebenarnya. Aku tidak mahu Nazrin buat keputusan yang bukan atas kehendaknya.

“Saya cintakan awak Nanda.Dari hari pertama awak jejakkan kaki ke USM lagi,kan saya jadi fasi time majlis sambutan pelajar baru tu,masa tulah saya nampak awak dan jatuh cinta pandang pertama,” kenyataan yang datang dari mulut Nazrin mengejutkan aku. “Saya cuba memikat awak tapi awak seakan tidak pernah perasan kehadiran saya. Nasib baik Mun selalu bagi maklumat pasal awak.Tiga tahun saya cuba untuk pikat awak tau sampailah time saya sengaja rempuh awak kat library empat bulan lepas,itulah ikhtiar terakhir saya untuk pikat awak,”katanya.

“Cis..Mun berpakat dengan awak rupanya.Patutlah dia selalu cerita pasal awak kat saya,”jaga kau Mun.Nanti aku balik kampus nanti,taulah penangan rasengan aku.

“Pasal Ika,saya hanya anggap Ika tidak lebih dari kawan. Dalam hati saya hanya ada Nur Nanda Amalin bt Dato’ Arzahar dari awal lagi.Mama dan papa pun dah tahu lama dah pasal awak tau.Papa pun kenal awak time dia bekerjasama dengan syarikat papa awak,dialah yang bagi semangat pada saya untuk masuk minang,”tambahnya lagi. “Nanda,mampukah saya menggantikan tempat Naruto di hati awak? Awak juga cintakan saya macam mana saya cintakan awak?” tanyanya tiba-tiba.Aku terdiam. Darah sudah menyerbu ke muka.

“Ya,”aku menjawab perlahan.

“Yes!”Nazrin bersorak.Amboi..gembira macam tu sekali. “Kiranya sekarang ni awak kena berlatih panggil saya abang la ye,kan kita bakal diijabkabul lima bulan dari sekarang,”tokoknya tiba-tiba. Mukaku yang sememangnya merah semakin merah padam.

“Awak..tunggu sini tau.Saya nak ambil ‘Minato’ saya kejap.Bukan senang nak tengok Mohammad Nazrin bin Tengku Amin pakai cosplay ni,nak jadikan kenangan paling berharga seumur hidup,”aku berlari anak menuju ke rumah.Lebih kepada mahu mengelakkan diri sebenarnya. Aku tidak mengendahkan omelan dari Nazrin di belakang.Oh Narutoku, keranamu aku kini berjumpa dengan ‘Naruto’ yang sebenar. Terima kasih Ya Allah.

2 comments:

Jannatul Husna said...

aipppp aina...ni kisah aina keeee hihihi

Aina Lisa said...

Hehehe..how i hope it will be tp syg bukan. Nahh...my imagination jelah jh.