JANGAN PERGI CINTA BAB 15


Ketika mereka transit di Taipei,Lissa keluar dari kapal terbang untuk menghilangkan lenguh badannya dan mengambil angin luar.Kemudian semua penumpang kembali ke kapal terbang untuk meneruskan perjalanan.Lissa melabuhkan punggung di tempat duduknya.Aiman masih tidak kelihatan.Entah dia pergi mana.Masih Lissa ingat apabila dia tersedar,kapalanya berada di atas bahu Aiman manakala Aiman pula kelihatan relaks membaca buku komik miliknya.Lissa lantas bangun dan meminta maaf.Aiman pula hanya mengangguk dengan muka selamba.


            Akhirnya kapal terbang mereka sampai di destinasi.Fariz sudahpun menempah bilik di Hotel Hilton.Fariz dan Sarah tinggal di bilik yang sama manakala Lissa tidur di bilik yang berasingan.Ketika mereka sampai,hari sudah pun petang dan hampir menginjak malam. Lissa menunaikan solat Maghrib sebelum membaringkan tubuhnya atas katil.Komik yang dibawanya diambil dan dia menyelak sehelai demi sehelai komik itu.

            Kedengaran pintu biliknya diketuk.Lissa bangun dari katil dan membuka pintu. Fariz sedang berdiri tegak di hadapan pintu dengan muka yang serius.Muka Lissa terus berubah pucat.Tanpa pamitan Fariz terus masuk ke dalam bilik Lissa.Dia terus duduk di kerusi yang disediakan di dalam bilik itu.

            “Aku nak kau rahsiakan hal ni daripada mama dan papa aku.Kalau aku tahu kau bocorkan rahsia ni,aku bunuh kau,”suara Fariz bersahaja dan mendatar namun berbaur amaran dan ugutan.Lissa menelan air liur berkali-kali dan mengangguk tanpa suara.

            “Kalau kau nak pergi jalan-jalan pergilah.Tapi kalau kau sesat aku tak tahu.Kau dah ada duit?”tanya Fariz.Lissa mendongak dan agak tersentak dengan pertanyaan itu.Ini kali pertama Fariz mengambil tahu pasal dirinya.Lissa hanya mengangguk.Fariz bangun dan terus keluar dari bilik Lissa.

            Pagi keesokkan hari, Lissa keluar dari hotel penginapannya dan berjalan-jalan di taman yang terletak di hadapan hotelnya.Entah mengapa taman itu bagaikan mengamitnya untuk berjalan-jalan di situ.Setelah penat berjalan-jalan,Lissa melabuhkan punggungnya di sebuah bangku dan menatap novel yang dibawanya.Kamera juga dia bawa tapi tak terfikir pula dia tak ada orang yang nak ambil gambarnya.Nasib baik itu adalah kamera digital jadi dia boleh merakam pemandangan di situ.Sedang asyik membaca sambil dibuai angin yang sepoi-sepoi bahasa,datang seorang budak berbangsa Inggeris yang comel.Lissa menatap wajah budak perempuan itu.Mana mak dia?Takkan dia tinggalkan kat sini kot.

            “What is your name?”tanya Lissa sambil memegang tangan budak itu.Budak itu tidak mengelak malah semakin menghampiri Lissa.

            “My name is Maisarah,”jawab budak perempuan itu petah.Lissa semakin terhibur dengan keletah budak itu.

            “Come and sit here,”pelawa Lissa sambil menepuk ruang di sebelahnya.Maisarah tidak membantah dan dia menyuruh Lissa membantunya naik ke atas bangku itu. “You ask me what is my name and I has answer it.Now let me ask you,auntie what is your name?”tanya Maisarah.Lissa ketawa kecil suka mendengar kepetahan kanak-kanak yang comel ini.Ahh..bilalah dia nak merasa ada anak juga.

            “My name is Lissa.You can call me Auntie Lissa.”Lissa menutup novelnya. “Where is your mother?”tanya Lissa lagi.

            “She buying me an ice-cream,”jawab Maisarah. “Look now she is coming here,”tunjuk Maisarah kepada seorang wanita Inggeris yang cantik.Wanita itu kini berdiri di hadapan Lissa.

            “I’m really sorry if my daughter disturb you,”kata wanita itu sambil memberikan ais-krim kepada Maisarah.Budak perempuan itu terus berlari menyertai sekumpulan kanak-kanak  yang turut sama bermain di taman ini.

No,she not disturb me.It’s my pleasure to talk to her.She’s so cute that I might fall in love with her lovely character,”kata Lissa sambil merenung wanita itu yang kini sudah duduk di sebelahnya.Wanita itu tersenyum. “I’m Rose. You?”kata Rose memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan ingin bersalam.“Lissa” jawab Lissa ringkas sambil menyambut huluran tangan Rose.

            “You come from Malaysia?”Lissa mengangguk. “I like Malaysian people because they are very polite and kind,”puji Rose.Lissa tersenyum.Bangga sekejap ada orang asing memuji negara yang dicintai.

            “Why you come here?”Rose menyedut minuman di tangannya.

            “Honeymoon,”jawab Lissa jujur. “Oh,so where is your husband?”Rose melihat sekitar taman itu mencari suami Lissa.

            “He with other woman in hotel,”jawab Lissa tanpa berfikir terlebih dahulu.Ayat itu hanya terus meluncur keluar dari mulutnya.Selepas melihat reaksi Rose yang melihatnya tanpa berkelip barulah Lissa sedar apa yang dikatakannya.Namun dia sudah

tidak boleh berbuat apa-apa lagi.

            “Oh,I sorry to say this but it so horrible.Why you let he do like that to you?”Rose bagaikan tidak berpuas hati.Ah,biarlah kalu dia nak tahu.Lagipun bukannya dia kenal pun siapa suami aku.

            “I’m not his choice.Our  parents force us to married so he must marry me. He has his own girlfriend  and he love her so much.I have no right to stop him from loving her.Also,I not beautiful and fat,this make he hate me. I also have my own boyfriend but I must clash with him.I don’t mind if my husband want to married again. “Lissa berasa lega dapat meluahkan segalanya walaupun ini merupakan kali pertama mereka bersua.

            “I just can express my symphaty.I hope you can face this with strong heart.But for me you are very beautiful Lissa.I think that man can’t see it.I can see your beautifulnesss,it is in here”Rose menunjukkan ke dada Lissa.Lissa tersenyum manis dan agak gembira menerima pujian itu.Sebelum berpisah,Rose memberikan nombor telefon dan alamatnya kepada Lissa.Katanya apabila Lissa ingin keluar berjalan-jalan,dia boleh bawakan Lissa ke tempat yang menarik.Suaminya pula out-station.Lissa amat gembira menerima seorang kawan yang begitu baik.Rose beria-ia mengatakan ianya tidak menyusahkan jika membawa Lissa berjalan-jalan.Dia mahu Lissa betul-betul merasai apa itu honeymoon dan tidak mensia-siakan peluang bercuti di sini.

Comments

Popular posts from this blog

KAU CINTA PERTAMA DAN TERAKHIR

Seketika Cuma

CINTA SANG PENGEMIS BAH. 1