JANGAN PERGI CINTA 14


           
 Lissa duduk di bahagian kelas ekonomi manakala Fariz dan seorang perempuan yang cantik dan seksi pula duduk di kelas pertama.Lissa melihat Fariz amat mesra dengan  perempuan  yang  cantik itu ketika di airport.Pinggangnya ramping,lenggang lengoknya menggoda dan senyumannya menawan.Lissa berasa seperti ingin menyorok di dalam beg bagasi yang dibawanya.Kalau tak silap perempuan itulah yang dilihatnya bersama Fariz di shopping kompleks dahulu.
Walaubagaimanapun,Lissa juga berasa gembira kerana Fariz sudah ada pengganti untuk dirinya apabila mereka bercerai nanti.Lissa tersenyum senang.Masih dia ingat perempuan itu agak tidak menyenangi kehadirannya di airport tadi.Setelah Lissa memperkenalkan diri sebagai orang gaji Fariz barulah wajah masam perempuan itu berubah dan sudah mula menegurnya.Lissa akan berbulan madu ‘bersama’ Fariz selama seminggu di London.

            Lissa mengambil Ipod di dalam poket baju kurungnya dan menyumbat headphone ke telinganya.Tiba-tiba bahunya dicuit.Seorang lelaki yang agak kacak berdiri di sebelahnya.Lissa menutup Ipodnya. “Ya,ada apa-apa yang saya boleh bantu?”tanya Lissa ramah.

            “Can I sit here?”lelaki itu menunjukkan kerusi kosong di sebelah Lissa. Amboi, siap speaking lagi.Patutlah aku tengok mukanya ada sikit-sikit rupa orang putih tapi dia pun ada macam orang melayu jugak.Darah campuran kot.

            “Yes,sure,”Lissa mempelawa.Lelaki itu duduk di sebelah Lissa.Lissa kembali mendengar lagu di dalam Ipodnya.Lagu Balqis dendangan kumpulan nasyid kegemarannya,UNIC menjadi pilihan.Lagipun lagu itu memang sengaja dia masukkan. kenapa aku perlu cemburu pulak? Sepatutnya aku gembira sekarang ni        sebab Fariz dah jumpa orang yang bakal menggantikan aku.Hati Lissa yang tadi berasa gundah dan bercelaru kerana melihat perempuan yang bersama Fariz semakin tenang.Lissa menutup mata.


PANGKAT DAN JUA HARTA
TAK MEMBAHAGIAKAN
CANTIK DAN KEAYUAN WAJAH
KAN PUDAR AKHIRNYA
KEMISKINAN DI DUNIA
TAK BEERTI KAU TERHINA
ITU HANYALAH DI PANDANGAN MATA
KEMEWAHAN TAK BERMAKNA HIDUPMU AKAN SENTOSA
KESEMPURNAAN TUHAN MENILAINYA...


            Aiman memerhatikan wajah Lissa.Manis.Walupun Lissa gemuk tetapi Lissa mempunyai raut wajah yang manis dan tenang.Aiman sengaja bercakap dalam bahasa Inggeris dengan Lissa supaya dia tak tahu Aiman orang tempatan.Aiman melihat wajah Lissa sesekali tersenyum,sesekali muram.Macam orang yang ada masalah.Kasihan kat dia.

            Lissa menutup Ipodnya dan mula mencari sesuatu.Kemudian dia mencapai pula komik di sisinya.Tak sesampai seminit Lissa menatap komik itu, dia kembali menutupnya dan menongkat dagu melihat keputihan awan di luar.Lissa tidak pasti mereka berada berapa kaki di udara.Mungkin 50000 hingga 60000 kaki dari darat atau mungkin juga lebih dari tu.

            “Nama awak apa?”Aiman mamberanikan diri bercakap-cakap dengan Lissa.Dia tak mahu melihat wajah Lissa yang muram.Hatinya tidak tenang melihat wajah sedih gadis itu.Lissa tersentak,laa aku ingatkan budak ni orang putih rupanya orang Melayu je.

            “Nama saya Lissa.Awak?”muka Lissa kembali ceria.Aiman agak kagum dengan Lissa.Dia dapat mengubah ekspersi wajahnya dalam sekelip mata.Mungkin Lissa tak mahu orang lain melihat wajahnya yang muram.Namun itu semua terpapar jelas di mata Lissa.Aiman hanya memerhatikan tanpa kata.

            “Saya Aiman.”Aiman melemparkan senyuman kepada Lissa.Terdapat lesung pipit di kiri dan kanan pipi Aiman.Apabila melihat lesung pipit di pipi Aiman,fikiran Lissa lantas teringatkan Ezma.Air matanya bergenang di pelupuk mata.Lissa cepat-cepat mengawal perasaannya.

            “Awak nak pergi mana?”tanya Aiman lagi.

            “Saya nak pergi London,berbulan madu,”Lissa menjawab tenang.Air muka Aiman berubah.Dah kahwin rupanya.Melepas aku.

            “Mana suami awak?”Aiman ingin menyedapkan hati sendiri.

            “Laa,nak pergi berbulan madu pun perlu ada suami ke?”Lissa tergelak lembut. Lissa tak mahu jika dia memberitahu siapa suaminya nanti dan mungkin Aiman mengenali suaminya melihat Fariz bersama perempuan lain.Lagipun Fariz tidak mengakuinya sebagai isteri.

            Mereka berdua mula mesra dan pelbagai perkara yang dibualkan.Dari bab kerja hinggalah rancangan masa depan masing-masing.Lissa tertidur.Mulanya kepala dia menyandar di kerusi namun tidak lama selepas itu kepalanya perlahan-lahan rebah di atas bahu Aiman.Aiman tidak mengejutkan Lissa malah dia amat selesa dengan situasi itu.Lagipun bauan tubuh Lissa yang harum menenangkan fikirannya.

Comments

Popular posts from this blog

KAU CINTA PERTAMA DAN TERAKHIR

Seketika Cuma

CINTA SANG PENGEMIS BAH. 1