KAU CINTA PERTAMA DAN TERAKHIR
Dia menyeka air mata yang luruh di pipinya tanpa
henti.Kenapa begini pengakhiran cintanya? Dan yang paling penting adalah
hidupnya. “Aku terima nikahnya Nur Sidratul Muntaha binti Shahid Khaidir dengan
mas kahwinnya RM300 tunai,”suara garau yang sedang melafazkan akad itu sangat
jelas di perdengarannya sebelum disambut oleh saksi-saksi. Semakin laju air
matanya turun.
Suasana riuh kedengaran namun dia tiada hati untuk mengambil kisah akan keadaan sekeliling.Apa yang penting adalah kehidupannya selepas ini.“Mun,salam suami kamu nak,”entah bila masa jarinya sudah pun tersarung cincin perkahwinan mereka yang sudah semestinya bukan dia yang pilih.Dia menyambut huluran salam lelaki asing yang telah sah bergelar suami kepada dirinya.Sejuk sahaja tangan lelaki itu taktala dia mengucup separuh rela.Terasa masa berlalu dengan pantas.Dia masih ingin melayan tetamu yang hadir di majlisnya ini dan berharap yang mereka tidak akan pulang.NaMun itu semua sangat mustahil.Jarum jam sudahpun menunjukkan pukul 11.30 malam dan dia sengaja menyibukkan diri membasuh periuk belanga yang masih banyak di belakang rumah.
Suasana riuh kedengaran namun dia tiada hati untuk mengambil kisah akan keadaan sekeliling.Apa yang penting adalah kehidupannya selepas ini.“Mun,salam suami kamu nak,”entah bila masa jarinya sudah pun tersarung cincin perkahwinan mereka yang sudah semestinya bukan dia yang pilih.Dia menyambut huluran salam lelaki asing yang telah sah bergelar suami kepada dirinya.Sejuk sahaja tangan lelaki itu taktala dia mengucup separuh rela.Terasa masa berlalu dengan pantas.Dia masih ingin melayan tetamu yang hadir di majlisnya ini dan berharap yang mereka tidak akan pulang.NaMun itu semua sangat mustahil.Jarum jam sudahpun menunjukkan pukul 11.30 malam dan dia sengaja menyibukkan diri membasuh periuk belanga yang masih banyak di belakang rumah.
“Mun! Apa kamu buat kat sini ni? Ya Allah,sabar
jelah.Dengan baju pengantinnya lagi!” kuat suara mak melengking di belakang
mengejutkan Mun yang sedang syok menyental bontot kuali yang hitam legam tu.
“Kenapa mak?”Mun bangun dari bertinggung dan
mengesat peluh di dahi. Semakin dia hairan melihat muka maknya seperti menahan
gelak.
“Mun,muka kamu tu comot dengan arang hitam kat
bontot kuali tu.Dah,dah.Gi masuk mandi lagipun kamu tu pengantin baru.Mana
boleh tinggalkan suami kamu sorang-sorang,”maknya menarik tangannya dari terus
berdiri di situ dengan muka blur.
“Ahh..leganya,”Mun mengelap rambutnya yang separas
pinggang itu dengan tuala yang dipegangnya. Terasa lega badannya yang melekit
selepas membersihkan diri dengan air yang mengalir dari shower.Dia melabuhkan
punggungnya ke atas kerusi di hadapan meja solek dan mencapai sikat di atas
meja untuk menyikat rambutnya yang masih lembab.Biasan seseorang duduk
bersilang kaki di atas sofa di cermin mengejutkan dia lantas dia terus sahaja
berdiri.
“Baguslah kalau kau rasa lega. Sebab selepas ini kau
tak akan lega lagi.Selepas ini kau tak akan mampu lagi meluahkan kelegaan dari
mulut itu,”lelaki itu bersuara perlahan tetapi tegas sebelum bangun dari duduk
dan menghampiri Mun yang masih lagi berdiri kaku di hadapan meja solek.Mun mula
ketakutan.Walaupun lelaki itu sangat segak dalam sepersaLinan baju melayu
berwarna putih gading naMun itu masih belum mampu mengusir rasa takut dia padanya.
Semakin lelaki itu menghampiri dia perlahan-lahan cuba mengesot menjauhi lelaki
itu.Dia menjeling pintu yang tidak jauh dari tempat dia berdiri.Dia perlu
meloloskan diri melalui pintu itu jika tidak habislah hidup dia.
Mun menarik nafas sedalamnya sebelum dengan pantas
memecut ke arah pintu bilik.Belum sempat dia memegang tombol pintu dirinya
sudahpun terhumban ke belakang.
“Lepaskan aku!”kuat suaranya. Pelukan kemas di pinggang menyukarkan dia bergerak.Nafas
lelaki itu ganas menampar telinganya.
“Kau dah perangkap aku sampai aku terpaksa menikah
dengan kau sekarang kau nak berlagak innocent pulak ye dengan aku? Aku pun nak
jugak ‘upah’ aku untuk segala yang telah aku lakukan,”Izuan mencepung tubuh
isterinya dan mencampakkan ke atas katil dengan sepenuh tenaga.Mun mula
menikus.Sungguh dia tidak sangka yang Izuan akan bertindak seganas itu.Syaitan
Laknatullah manakah yang telah merasuk dia?
“Lepaskan akulah!!”Mun cuba menjerit tetapi tangan Izuan
lebih cepat menekup mulut Mun.Akhirnya kesucian yang dia pertahankan untuk
seorang suami soleh yang diidamkan dirampas dengan kejam oleh seorang lelaki
yang lansung dia tidak cintai.
Kicauan burung di luar mengejutkan dia dari lena.Dia
melihat jam di dinding. ‘Ahh..dah nak pukul tujuh.Sempat lagi ni kalau nak
solat subuh ni,’desis hatinya.Dia cuba bangun dari tidur naMun tersekat dengan
tangan Izuan yang memeluk pinggangnya.Cepat sahaja dia melepaskan tangan tangan
itu dari terus memeluk pinggangnya.Jijik!
Usai sahaja mandi dan menunaikan Subuh,Mun keluar
dari bilik menuju ke dapur. “Mak masak apa je ni?”Mun memeluk maknya dari
belakang.
“Masak bihun je. Kamu dah kejutkan ke suami kamu
tu?”Mun yang sedang membancuh air tersentak.
“Dah mak,”bohongnya.Alaa..pandailah dia nak bangun
sendiri.Ingat aku ni orang gaji dia ke
nak kejut-kejutkan pulak.Gerutunya dalam hati.Dia memejamkan mata,cuba membuang
segala ingatannya tentang peristiwa berdarah semalam.
Ya Allah Mun! Air dah penuh tu!”suara mak yang kuat
kedengaran kuat. Mun tersedar dari laMunan lantas mengambil kain untuk lap air
yang tumpah.
“Isk kamu ni! Berangan apalah sampai air pun boleh
tumpah,”maknya mengelengkan kepala naMun ada senyuman tersungging di bibir.Mun
tahu apa yang maknya fikirkan tapi dia tiada daya mahu menafikan.Nanti
dikatakan tidak tahu malu pulak. Semua ahli keluarga berkumpul untuk bersarapan
bersama-sama.
“Mak,hari ni kami dah nak balik KL,”tiba-tiba tika
semua orang sedang khusyuk menjamu selera kedengaran suara Izuan.Apa? Balik KL
dengan dia? Kenapa cepat sangat nak balik?
“Cepat betul kamu nak balik Iz? Kan baru je semalam
akadnya?”mak Mun seperti berat hati untuk melepaskan Mun pergi.
“Iz banyak lagi kerja mak nak kena selesaikan dekat
pejabat.Lagipun lusa Iz ada meeting dengan client dari Korea,”jawab Izuan dan
mak hanya mengangguk akur.
Tengahari itu segala persiapan untuk bertolak balik
sudah pun dimasukkan ke dalam kereta. Mun menyalami tangan maknya. “Mak,maafkan
segala kesalahan Mun mak. Halalkan makan minum Mun,halalkan setiap titis susu
yang Mun minum dari mak.Ampunkan dosa-dosa Mun mak,”mengalir air mata maknya
mendengar anak sulungnya itu.
“Mak ampunkan semuanya Mun,”dia memeluk
anaknya.Sendu sungguh di hati,terasa seperti itulah kali terakhir dia akan
bertemu dengan anaknya.Izuan juga turut menyalami tangan mak merTuanya dan
mereka bersama-sama masuk ke dalam perut kereta menuju ke Kuala Lumpur.Mun
melambai-lambaikan tangan ke arah keluarganya dengan perasaan sayu.
Dia memulakan kehidupan sebagai isteri kepada Tengku
Alif Izuan Bin Dato’ Tengku Fariz. Kehidupannya di rumah mertua sungguh perit.
Semua ahli keluarga itu tidak mampu menerimanya. Dia hanyalah seperti seorang
pengemis yang datang menumpang di rumah orang kaya.Datin Wana,mak merTuanya
sengaja memberhentikan semua pekerja dan orang gaji di dalam rumah itu dan
dialah yang terpaksa menggantikan tugas mereka.Izuan sudahpun memberhentikan
dia dari kerja di syarikat mereka serta-merta. “Kalau kau nak tinggal dalam
rumah ni,kau kenalah buat semua kerja.Lagipun apa guna ada menantu! Jangan
ingat nak jadi puan muda pulak datang dalam rumah aku tak berjemput!”seperti
panah kata-kata itu menusuk ke dalam hatinya saat pertama dia menjejakkan kaki
ke dalam banglo mewah itu. Dia terpaksa bangun seawal lima pagi untuk menyediakan
sarapan pagi untuk seisi rumah seramai 8 orang dan membuat pelbagai
kerja.Membasuh,memasak,mengelap lantai,cabut rumput,bersihkan longkang serta
mengangkat pasu-pasu berat hampir setiap hari.
“Ya Allah,Kau kuatkanlah hati Hamba-Mu ini dalam
menghadapi ujian dunia ini.Kau kuatkanlah iman di dadaku Ya Allah,”itulah
doanya setiap kali dia solat. Setiap hari dia tidak akan lupa untuk membaca Quran
kerana hanya dengan cara itulah dia mampu bertenang.
Malam itu semua tugasnya sudah disiapkan awal-awal
lagi.Lagipun semua ahli keluarga merTuanya keluar entah ke mana.Dia melangkah
longlai ke bilik orang gaji yang sudahpun menjadi biliknya sekarang ini. Baru
sahaja dia mahu merehatkan badannya yang keletihan kedengaran derap tapak kaki
seseorang menuju ke biliknya.Jantung Mun sudah mula berdetak kencang.Pencuri
ke?
“Oit perempuan! Buka pintu ni!”terdengar suara Izuan
kuat disusuli dengan ketukan di pintu.Dia mengeluh lega kerana bukan pencuri
seperti yang disangkakannya. Dia bangun dari baring dan membuka pintu.
Izuan menapak masuk ke dalam biliknya.“Semenjak kau
duduk rumah aku ni kan,kau dah lupa ye tanggungjawab kau?!”keras suara itu.
“Apa maksud kau aku dah lupa tanggugnjawab
aku?”tanya Mun kembali namun dengan nada suara yang perlahan.Sungguh dia gerun
berhadapan dengan Izuan. Pang!! Mun memegang pipinya yang terasa pijar.
“Siapa suruh beraku-kau dengan aku hah? Kau tu tak
layak lansung tahu tak? Panggil aku Tuan!”suara Izuan naik 2 oktaf.
“Maaf Tuan..”tersekat-sekat Mun menjawab. Air mata
mula berkumpul di pelupuk mata.Tak boleh Mun,jangan nangis.Kau mana boleh
tunjuk yang kau ni lemah!
“Kau dah lupa ye tanggungjawab kau kat aku? Nafkah
batin aku mana? Dahlah menumpang hidup rumah orang!”Mun tersentak.Dia ingatkan Izuan
tidak akan menuntut tanggungjawab yang itu kerana dia bukanlah wanita pilihan Izuan.
Dia semakin berundur apabila Izuan semakin menghampiri dia.Aku mesti melepaskan
diri!!! Tanpa mampu berfikir apa-apa,dia mula memecut cuba keluar dari bilik
itu tapi Izuan lebih pantas menarik rambutnya hingga dia jatuh.
“Siapa ajar kau jadi betina kurang ajar ni hah?”Izuan
semakin kuat menarik rambutnya. Menjerit dia kesakitan. “Oit senyaplah!” sebiji
penendang di hadiahkan oleh suami yang tidak sampai sebulan pun dinikahi.Mun
mengerengkot di lantai menahan senak di perut.Izuan mengangkat tubuh kurus itu
dan mencampakkan ke atas tilam nipis tempat Mun tidur. Menjerit kesakitan Mun
saat tubuhnya terhempas. “Ini bukan apa-apa kalau nak dikira dengan apa yang
telah kau buat dengan hidup aku! Kau jerat aku sampai aku kena kahwin dengan
betina keparat macam kau ni! Sampai wanita yang paling aku sayang pun
tinggalkan aku! Aku akan pastikan hidup kau tak akan tenang!”Mun hanya mampu
mengigit bibir menahan sakit atas segala perilaku Izuan padanya.
Hampir setiap hari Izuan akan datang menuntut haknya
hinggakan dia sudah tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Hanya pada Allah dia
sujud mengadu nasib dirinya. Jam meenunjukkan pukul 4.30 pagi saat dia terjaga
pagi itu.Hawa dingin awal pagi masuk melalui celah-celah tingkap menyentuh
tubuhnya yang hanya berselimutkan kain sarung batik lepas emaknya.Hanya dengan
cara itu dia mampu melepaskan rindunya kepada emaknya kerana Izuan telah
merampas handphonenya.Nasib baik ada jam loceng kecil yang sudahpun ada di
dalam bilik itu membantu dia untuk bangun tepat pukul lima setiap hari.
“Awal lagi ni,”desisnya.Dia merenung siling di dalam
kegelapan pagi itu. Terimbau kembali bagaimana dia boleh berkahwin dengan Izuan.
Setelah habis sahaja pengajiannya di sebuah kolej di ibu kota dia telah
diterima bekerja sebagai setiausaha Izuan dan sudah setahun dia bekerja di
syarikat itu.Dia tahu Izuan sudahpun mempunyai teman wanita yang cantik kerana
wanita itu kerap datang ke syarikat itu untuk bertemu dengan Izuan dan dia juga
mempunyai tunang yang sangat dia sayangi. Kehidupannya sempurna hinggalah suatu
hari di mana seorang wanita mengaku mengandungkan anak tunangnya datang merayu
agar memujuk tunangnya bertanggungjawab terhadap anak itu.Dia lantas balik ke
kampung dan memutuskan pertunangan itu
serta merta dan walau dia cuba sedaya upaya rahsiakan sebab kenapa dia memutuskan
pertunangannya namun oleh kerana berkali-kali didesak oleh maknya,dia terpaksa
memberitahu dan hal itu tersebar di kampungnya tanpa dia ketahui.
Dalam diam tunangnya merancang untuk membalas dendam
dan memerangkap dia dan juga Izuan di dalam sebuah hotel hingga mereka akhirnya
ditangkap oleh pencegah maksiat. Semua ini dia tahu sehari sebelum ijabkabulnya
dengan Izuan,itupun setelah diberitahu sendiri oleh jantan keparat itu.“Ahh..tak
sangka betul.Begini akhirnya perjalanan hidup aku,”keluh Mun perlahan.Kasihan Izuan
kerana menjadi mangsa di dalam permainan takdir ini.Maafkan aku Izuan,aku amat
bersalah.Aku akan anggap semua ini adalah hukuman kerana melibatkan hidup kau. Jam
loceng di sebelah berbunyi menandakan sudahpun pukul 5 dan masa untuk dia
menjalankan ‘tugasnya’.Dia bangun dari baringnya dengan susah payah. Badannya
asyik sakit-sakit dua tiga menjak ini. Kadang-kadang ada banyak lebam sebesar
tapak tangan di paha dan perutnya.
“Iz tak sihat,kau hantar sarapan kat bilik dia,”arah
Datin Wana tika mereka semua bersarapan. Mun mengangguk sebelum menatang dulang
berisi sarapan ke bilik Izuan di tingkat dua.
“Assalamualaikum Tuan,”Mun mengetuk pintu namun
tiada jawapan dari dalam.Mun memulas tombol pintu dan masuk ke dalam bilik Izuan.
Mun meletakkan dulang di atas meja di sebelah katil Izuan. “Tuan.”Mun menyelak
selimut yang membalut tubuh Izuan sepenuhnya namun terkejut apabila mendapati
bukan Izuan di bawah selimut itu tetapi bantal peluk.
Klik! Kedengaran tombol pintu dikunci.Mun berpaling
ke belakang dan kelihatan Izuan di muka pintu tersengih. Mun sudah mula resah
apabila Izuan mula mendekati dirinya.Dia sudah tahu apa niat Izuan. “Dat…Datin
kat..kata Tuan sa…kit.Sayaaa ba..wa..sara..pan un..tuk tu..an,”tergagap-gagap Mun
cuba menutup gugup di dada.
“Ye,aku memang sakit.Tiap-tiap hari aku tak pernah
puas dengan tubuh kau.Tulah sakit aku.Tak tahu apa yang buat aku macam tu.Kau
pakai ilmu apalah agaknya kan?”Izuan menolak tubuh Mun ke atas katil.Mun hanya
mampu menyerah kerana dia tahu walau macamanapun dia cuba melawan,tiada apa
yang mampu dia buat sekarang ini.
Mun terjaga dari lenanya tika merasakan terik
matahari yang menerobos masuk ke dalam bilik Izuan.Izuan sudah tidak ada di
sebelahnya. Mun mengeluh,air mata mengalir di pipi. Dia bangun mengutip
pakaiannya yang berteraburan di atas lantai.Kenapakah takdir aku begini?
Bergelar isteri tapi dilayan seperti pelacur.Datang bila dikehendaki dan
ditinggalkan bila sudah puas. Mun mengemas bilik Izuan yang berselerak sebelum
menatang kembali dulang yang berisi sarapan yang lansung tidak dijamah oleh Izuan.Sedang
dia berjalan menuruni anak-anak tangga tiba-tiba kepalanya berpusing dan
pandangan dia gelap.
Mun membuka matanya. “Ya Allah,aku kat mana ni?” Mun
memegang kepalanya yang masih sakit.
“Kau dah sedar? Aku ingat kau dah nak mati tadi.Tapi
kalau kau mati bagus jugak,jimat sikit duit aku,”suara itu kedengaran lagi
menyapa telinganya. Mun berpaling ke arah datang suara itu dan melihat Izuan sedang
duduk di atas sofa tidak jauh darinya.
“Maafkan saya Tuan.Saya tak ingat apa-apa.Tiba-tiba
je saya ada kat sini,”Mun cuba bangun.Sakit sungguh badannya. Baru dia perasan
kepalanya berbalut.
“Tiba-tiba je kau pengsan jatuh dari tangga.Semua
orang tak nak tolong kau.Kalau nak kira aku pun nak je tinggalkan kau mati situ
tapi tak sampai hati pulak tengok kau terlentang kat situ.Mama dah bising sebab
kau pecahkan pingan dia tadi,”tiada perasaan Izuan melafazkan setiap lafaz itu.Bergenang
air mata Mun.Hinanya dia di mata keluarga mertuanya.
“Terima kasih Tuan sebab sudi hantar saya ke
hospital,”Mun mengucapkan terima kasih dan tanpa dia sedari ucapan itu disulami
dengan senyuman yang sudah lama dia tidak ukir.Izuan terpempan.Sudah lama dia
tidak lihat senyuman manis itu semenjak mereka berkahwin. Diambilnya kesempatan
itu untuk memerhatikan keadaan seorang wanita yang bernama Sidratul Muntaha,yang
dia layan seperti sampah kerana terpaksa menikahi perempuan itu. Tapi aku
pelik,sepatutnya jika benar wanita ini yang pernah menjadi setiausahanya mahu
memerangkapnya,dia sepatutnya bergembira namun sebaliknya pula.Wanita itu
terlalu berduka dan setiap malam esak tangis wanita ini,mengadu pada yang Maha
Kuasa selalu bermain di telinganya. Terlalu ketara perubahan fizikal wanita di
hadapannya ini. Susut badannya dan wajahnya yang muram serta cengkung.Nak
dengar suara pun susah.Ahhh!! Jangan kau terpedaya iz! Semua tu lakonan dia je!
“Mulai harini kau tak payah tinggal di rumah aku
lagi.Aku ada satu tempat yang sesuai untuk kau.Ahli keluarga aku dah menyampah
dengan kau!”tegas suara itu bersuara selepas lama diam. Mun hanya mampu
menikus,lagipun dia tiada hak untuk bersuara.
“Kau makanlah dulu.Aku nak pergi ambik baju-baju kau
tu.Mama dah bising.Lemas katanya dengan bau kau,”Izuan bangkit dari duduk dan keluar
dari bilik itu.
Mun melihat sebungkus nasi di atas meja sebelah
katilnya.Dalam diam dia bersyukur sekurang-kurangnya Izuan masih ambil berat
padanya. Sedang dia menjamu selera,tiba-tiba masuk seorang doktor separuh abad.
“Puan Sidratul Muntaha ye?”tanya doktor itu.Mun mengangguk.
“Suami puan ke mana ye?”tanya dia lagi.
“Entahlah doktor.Dia keluar tadi.Kenapa ye?”Mun
hairan dengan doktor ini.Lagipun jika ada sesuatu,beritahu sahaja padanya.
“Hurm..ini adalah berkaitan dengan result CT scan
puan,”doktor itu berjeda.Mun menunggu doktor tersebut meneruskan katanya.
“Kami mendapati puan mengidap barah otak, tahap
tiga,”kata-kata doktor itu begaikan pedang menusuk ke hatinya.Barah otak? Ya
Allah…sesungguhnya berat sungguh ujian yang Engkau hadiahkan.Tabahkanlah hati
Hamba-Mu ini Ya Allah.
Mun cuba bertenang. “Berapa lama lagi masa
yang..saya ada doktor?”Mun menelan liur.Dia tahu dia harus tabah dengan semua
ini.
“Mengikut jangkaan kami,puan mempunyai masa sembilan
bulan lagi,”perlahan suara doktor itu.Mun hanya mengangguk faham.
“Kami ada 1 lagi berita untuk puan.”Mun sudahpun
sedia menadah telinga. “Puan
mengandung,dua bulan,”Mun terkejut. “Tetapi dengan keadaan puan,kami
sarankan agar puan gugurkan kandungan puan kerana rawatan kimoterapi akan
memberi kesan pada kandungan puan dan kandungan ini juga memberikan risiko yang
lebih besar pada kesihatan puan,”Mun terkejut.
“Tidak doktor.Saya nak simpan kandungan ini.Saya tak
mahu jalani rawatran kimoterapi dan saya rasa saya hanya mahu bergantung pada
ubat untuk tempoh yang saya ada.Kalau boleh saya mahu doktor bekalkan ubat pada
saya untuk setahun,”doktor itu mengangguk.
“Puan juga perlu datang untuk rawatan susulan,”pesan
doktor itu.Mun hanya mengangguk.
“Tolong rahsiakan ini dari suami saya ye,”pinta Mun
sebelum doktor itu keluar.
******************************************************************************
“Mulai hari
ni aku nak kau tinggal kat sini.Kau tak boleh pergi mana-mana pun.Lagipun kalau
kau tinggal dengan aku,kau hanya menyusahkan aku je!”Izuan menunjal kepala Mun
di sebelah yang hanya menunduk. “Kau dengar ke tak ni?!”keras suara Izuan
bergema di dalam rumah itu.Geram sungguh dia bila Mun tidak memberikan apa-apa
respon.Mun cepat-cepat mengangguk.Entah di mana Izuan membawanya Cuma yang dia
tahu dia akan duduk di situ,sebuah rumah banglo di atas bukit,jauh dari dunia
luar.
“Ni Lina,dia yang akan awasi kau.Kau duk je dalam
bilik ni.Jangan pergi mana-mana.Kau tak boleh keluar walau selangkah dari bilik
ni!”keras pesanan itu.Mun mengangguk.
“Inilah akibatnya atas apa yang telah kau buat
terhadap aku dan kalau boleh aku rak mahu kau muncul atau wujud di hadapan aku,”kata
Izuan lagi sebelum melangkah keluar dari bilik itu.Meninggalkan Mun dan Lina.
Mun menghabiskan hari-harinya di situ dengan
beribadat kepada Allah.Dia tahu ajalnya semakin menghampiri,sakit kepalanya
semakin kerap dan kadang-kadang batuknya dipenuhi darah. Hanya pada Allah dia
mengadu agar perkuatkan dirinya demi anak yang dikandung.Sekarang dia bertahan
untuk terus hidup demi anak yang dikandung.Sekurang-kurangnya dia ada sebab
untuk meneruskan sisa hidupnya yang tinggal tidak lama lagi.Sudah tujuh bulan berlalu
dan Izuan lansung tidak menjenguknya.Lina sudahpun menjadi kawan baiknya.Dia
bersyukur kerana Lina melayannya seperti seorang kakak,bukan seperti banduan
yang terkurung.Walau dari jauh,dia sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarganya
serta keluarga mertuanya.
Di pejabat Izuan,dia sedang menatap gambar Mun.Entah
kenapa hatinya sangat rindukan isteri expressnya itu namun ego mengatasi
segala-galanya.Izuan! Jangan kata kau dah jatuh cinta kat perempuan murahan tu!
Izuan hanya membiarkan perasaan itu berlalu,baginya semua itu hanyalah mainan
perasaan dan jiwa.
Suatu petang sedang Izuan berrehat di bawah
gazebo,dia dikejutkan dengan kedatangan seorang lelaki berkerusi roda yang
memperkenalkan dirinya sebagai bekas tunang Mun. Dia menjelaskan semua yang berlaku
dan memohon maaf.Tuhan sudahpun membalas perbuatan jahatnya.Sebulan selepas Mun
berkahwin dengan Izuan,dia terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan dia
lumpuh seumur hidup. Datin Wana yang turut sama di dalam pertemuan itu menangis
hingga hampir pengsan.
“Mama bersalah sangat dengan Mun Iz.Mama seksa dia Iz,mama
benci dia sebab mama ingat dialah yang perangkap Iz,”kata Datin Wana dalam esak
tangisnya.Datuk Tengku Fariz hanya mampu mengelenggkan kepala.Turut merasa
bersalah.
“Iz rasa Iz nak pergi jumpa Mun!”Izuan berlalu ke
keretanya di bawah porch. Baru sahaja dia meloloskan ke dalam kereta,tiba-tiba
handphonenya berbunyi. “Ye Lina? Kenapa?”
******************************************************************************
“Lina,boleh tak tolong akak sesuatu?”pintanya kepada
Lina yang sedang memicit kepalanya.
“Boleh kak.Apa ye yang akak nak saya tolong?”sahut Lina.
“Ada cam recorder dalam laci almari solek akak
tu,boleh tak kalau Lina tolong ambilkan?”pinta Mun lagi.Lina mengangguk dan
bangun mengambil cam recorder itu dan Mun bangun perlahan-lahan duduk di atas
kerusi yang hampir di tingkap.
“Lina tolong ‘on’kan cam tu ye dan kalau boleh akak
nak tinggalkan pesanan terakhir akak untuk Tuan Izuan.”Lina yang faham dengan
permintaan Mun meletakkan cam itu tidak jauh di hadapan Mun dan menekan butang
on sebelum keluar dari bilik itu.
Balik sahaja dari tanah perkuburan,Izuan masuk ke
dalam bilik arwah isterinya.Dia memerhatikan ruang bilik itu yang masih
dipenuhi dengan bau kesukaan Mun.Tiba-tiba dia terpandangkan sekeping CD di
atas meja. “Untuk suami tercinta yang dirindui?”perlahan dia membaca sekeping
sticky note yang dilekatkan bersama CD tersebut.Dia memasang CD itu di DVD
Player pada laptop yang ada di dalam bilik itu.Terpempang dia seketika apabila
imej isterinya muncul.
Sehari sebelum itu;
Mun memerhatikan Lina yang berlalu keluar dari
biliknya dan kedengaran pintu itu dikunci dari luar. Dia hanya membuang pandang
ke cam recorder itu.Lampu merah pada badan cam recorder itu yang berkelip-kelip
menandakan dirinya sedang dirakam.Seminit berlalu. Mun menarik nafasnya
dalam-dalam.“Tuan,”serunya. “Maafkan saya sebab mucul lagi di hadapan Tuan
seperti ini tetapi Tuan jangan risau kerana ini adalah kali terakhir saya akan Muncul
di hadapan Tuan.” Dia menarik nafas sedalam-dalamnya.
“Sebenarnya saya sudah lama sukakan Tuan,kalau tak silap
saya ketika saya masih kecil lagi.Tuan ingat tak time kita kecil? Kita selalu
main sama-sama kan? Dekat taman depan perumahan lama tu. Indah sangat memori
itu Tuan. Saya sangat gembira kerana dapat berjumpa Tuan kembali di syarikat Tuan tapi saya tahu hanya
saya seorang sahaja yang kenal Tuan dan Tuan Mungkin tidak mengenali saya malah
saya juga Mungkin tidak pernah wujud dalam inagtan Tuan.Saya minta maaf Tuan
kerana bukan saya yang merancang memerangkap Tuan sehingga Tuan terpaksa
berkahwin dengan saya.Sebenarnya bekas tunang saya yang membuat kerja jahat
itu. Biarlah,yang lepas usah dikenang.Hanya Allah saja yang akan membalas
segala perbuatan jahatnya. Tuan,terima kasih kerana membenarkan saya hadir
dalam hidup Tuan walau hanya sekejap,terima kasih juga kerana memberi saya
merasa nikmat menjadi seorang ibu walau saya mungkin tidak akan sempat untuk
menatap wajah anak ini. Tugas memberikan nama untuk anak ini saya berikan
kepada Tuan kerana Tuan lebih berhak. Semua duit simpanan saya dalam bank 50%
saya wasiatkan kepada anak kita dan 50% lagi saya wasiatkan untuk keluarga saya.Wasiat
ini saya sudah amanatkan kepada Lina,pembantu yang Tuan telah upah untuk awasi
saya.”Mun berhenti seketika.Menarik nafas dan mencari kata untuk disampaikan
kepada suaminya yang sangat dirindui.
“Banyak lagi yang saya mahu katakan tetapi saya
kehilangan kata-kata untuk meluahkan semua itu dan saya cuma mahu Tuan tahu Tuan
adalah cinta pertama saya dan akan menjadi cinta terakhir saya. Saya hanya mahu
minta Tuan halalkan segala makan minum saya dari saat saya menjadi isteri Tuan
hingga ke akhir nafas saya. Maafkan segala kesalahan saya Tuan.Oleh kerana saya
mungkin tidak akan dapat lagi menatap wajah Tuan,saya sudahpaun memaafkan
segala kesalahan Tuan pada saya serta kesalahan semua orang pada saya.Saya
harap Tuan boleh sampaikan permintaan maaf saya pada keluarga saya dan juga
keluarga Tuan,”tiba-tiba terasa sakit yang menyucuk di perutnya.Mun cuba
bertahan,dia harus habiskan segala amanat dia di sini.Jika tidak,tidak akan ada
lagi peluang selepas ini. “Doakan saya supaya saya akan tenang di sana.Tuan..”Mun
kehilangan kata apabila sakit yang tadinya datang 5 minit sekali kini semakin
kerap.Dia memegang perutnya yang memboyot. Bertahan Mun,bertahan.Sedikit sahaja
lagi. “Tuan..izinkan saya memanggil Tuan sekali ini sahaja,dengan panggilan
yang terhormat ini.” Mun cuba tersenyum.Sungguh,sudah lama dia lupa bagaimana
untuk senyum. Seingatnya semenjak Izuan melafazkan akad ke atas dirinya.
Biarlah,dia hadiahkan senyuman terakhir ini untuk kali terakhir. “Abang,izinkan
Mun pergi dulu. Mun cintakan abang sepenuh hati
kerana Allah dan jagalah anak ini dengan penuh kasih sayang.Jadilah
suami yang soleh untuk isteri abang nanti serta ayah yang baik,”habis sahaja
dia berkata-kata Mun merasakan sesuatu yang panas menitik di tangannya.Darah?
Ya Allah! Mun mengambil tisu di sebelahnya dan menekup hidungnya.Dia cuba
bangun namun terjatuh dek kerana sakit yang mencucuk di perut.Dia tahu sudah
tiba masanya. Ayah,Mun pun akan ikut ayah sekejap lagi.“Lina!!!”Mun memanggil Lina
dengan sisa kudrat yang tinggal.
******************************************************************************
Skrin sudahpun gelap.Izuan menekup mukanya.Mun!!
Hatinya menjerit memanggil insan yang sudah tiada. Meninggalkan dunia yang fana
dan bertemu dengan Pencipta Yang Teragung.Ya Allah apa yang sudah aku buat ni?
Ya Allah sesungguhnya hamba-Mu ini penuh dengan kekhilafan. Mun,maafkanlah aku Mun!
Terimbau kembali segala penderitaan yang Mun kerana dirinya.Mun..maafkan aku Mun!
Air mata yang penyesalan yang mengalir di pipi sudah tidak bermakna lagi kerana
semuanya sudah terlambat.
p/s: Kadang-kadang seseorang yang Allah anugerahkan
untuk kita sukar untuk kita terima pada mulanya tetapi sebenarnya itulah permata
sebenar dan janganlah menunggu hingga kita kehilangan mereka baru mahu
menyesal.Hargai semua selagi kita berkesempatan.
Comments