JANGAN PERGI CINTA BAB 1

    
         “Ya  Allah, besarnya budak tu,” itulah kata-kata  yang selalu keluar dari mulut manusia yang terserempak dengan Lissa. Namun  Lissa sudah lali mendengarnya.Tapi kadang-kala kata-kata itu bagaikan sembilu yang menusuk ke hati.Lissa tidak menyalahkan takdir,dia memang dilahirkan sebagai budak gemuk. Ketika dilahirkan, berat Lissa 4.2 kg dan sehinggalah sekarang beratnya tidak pernah susut malah beratnya sudah mencecah 120 kg walaupun dia mempunyai ketinggian 170cm,namun dirinya masih lagi mempunyai berat berlebihan.Sudah pelbagai cara yang dilakukannya namun tidak ada satu pun yang berhasil menyebabkan Lissa malas lagi untuk memikirkan keadaan dirinya dan hanya menumpukan perhatiannya kepada peperiksaan SPM yang bakal tiba tak lama lagi.




         Oleh sebab kekurangan inilah menyebabkan Lissa kurang bergaul. Di sekolah,Lissa hanya berkawan dengan sahabat karibnya yang amat memahami iaitu Hazirah.Mereka berkawan semenjak darjah satu lagi.Lissa memanggil Hazirah,Erah.Lissa amat menyukai Erah kerana Erah tidak pernah membEza-bEzakan mereka.Erah adalah seorang budak perempuan yang cantik malah dia agak popular di sekolah kerana kecantikannya.Walaupun kadang-kadang Lissa suka mempersoalkan perbezaan mereka,pasti Erah akan memarahi Lissa dengan berkata, “Lissa,manusia ni Allah jadikan dengan sempurna.Tak ada yang hodoh,orang yang suka mempersendakan kelemahan orang lain adalah orang yang tidak tahu menilai.Apa kalau mereka cantik,adakah mereka akan cantik segala-galanya?Manalah tahu manusia ni,kebanyakan cantik di luar sahaja,tapi perangai…”Kemudian Lissa terpaksa meminta maaf atas kesalahannya. Dia tidak mahu hanya kerana perkara kecil sahaja,persahabatannya musnah.

          “Lissa,Lissa,Nur Lissa Aissya,” berkali-kali nama Lissa dipanggil.Asyiknya Lissa melamun.

            “Oh,Erah.Ada apa?”Tanya Lissa bodoh seperti orang yang baru bangun dari tidur.

            “Ada apa kau tanya?Kau tahu tak dah pukul berapa ni?Kau tak nak rehatkah?”Tanya Erah sambil menjengilkan mata.Lissa melihat jam di tangannya.La, patutlah Erah marah sangat,dah rehat rupanya.

         “Okey,kau nak pergi kantin ye?Aku kirim air milo satu dan keropok lima puluh sen,kalau ada kuih favourite aku tuh kau beli sama ye”cepat saja mulut Lissa membuat pesanan.Lissa lihat mata Erah semakin membulat.Laaa….apa pulak kesalahan aku kali ni?Nak kata aku ada buat salah takdek.

           “Amboi-amboi,kau ingat aku ni apa?Waiter?Waitress?”Sindir Erah.

            “Alah bukannya apa-apa pun.sambil-sambil kau nak pergi kantin,aku kirimlah,”kata Lissa membela diri.

            “Mana boleh,kalau kau nak makan,kau mestilah pergi beli sendiri,”Erah menarik tangan Lissa.Lissa terpaksa akur.Mereka berjalan menuju ke kantin.Namun apabila sampai di kantin,lain pula ceritanya.

              “Hoi,budak-budak semua!Cepat beli kuih tu,nanti tak sempat sebab ‘big bos’ dah datang!” Teriak Anita.Anita selalu menyakitkan hati Lissa.Lissa pun tak tahu mengapa.Dengarnya Anita buat cerita yang Lissa merampas teman lelakinya,Ezma. Namun begitu,Ezma tidak pernah menganggap Anita sebagai teman wanitanya tetapi Anita sebaliknya.Malah,dia sanggup menuduh Lissa yang gemuk tu merampas Ezma yang kacak dan cute tu dari dia?! Difikir-fikir, lucu pula.

            “Jangan ambil peduli dengan dia tu.Jom kita pergi beli  kuih kat sana,”Erah menarik tangan Lissa.

            Ketika Lissa dan Erah melintasi meja Anita,Anita menyekat kaki Lissa menyebabkan Lissa jatuh tersungkur menyembah lantai kantin.Hidung Lissa berdarah.Erah tergamam namun dia cepat-cepat menarik Lissa bangun.Kemudian Erah menghampiri Anita yang tersengih tetapi Lissa perasan muka Anita sedikit pucat.Cuaklah tu!Ramai orang menyaksikan kejadian itu termasuklah Ezma.

        “Hoi,budak! Apasal ni,tiba-tiba sekat kaki orang?!Nak gaduh ke?”Erah  mula menyinga.

            “Kau cabar aku ke?Okey,marilah!”Anita meluru ke arah Erah,Erah mengelak dan menyepak kaki Anita.Sebenarnya Anita tidak tahu yang Erah ada ilmu taekwando.Kalau dia tahu dia mesti tak berani terima cabaran Erah.Anita jatuh terdorong menyembah tanah.Anita bingkas bangun dan membetulkan bajunya yang
sudah kotor.

            “Aku bagitahu kat cikgu nanti,” Anita menggugut Erah.

             “Cakaplah,nanti aku cakap balik kat cikgu tu kau yang mulakan semua ni.Lagipun kat sini ramai saksi,”kata Erah sinis.Beberapa orang murid menggangguk setuju. Muka Anita berubah pucat.Dia terus berlari pergi dan pelajar-pelajar yang mengerumi mereka tadi mula beredar sambil berbisik-bisik.

               “Dahlah Erah,aku dah tak ada selera nak makan,”Lissa berkata sambil bangun dari kerusi yang didudukinya.Lissa mengikuti persekolahan pada hari itu dengan cuba berlagak biasa.Ezma pula asyik menjeling-jeling ke arah Lissa.Apa hallah dia ni?Kata Lissa dalam hati bila dia perasan yang Ezma asyik menoleh ke arahnya.


                Loceng berbunyi menandakan persekolahan pada hari itu sudah tamat.Lissa berjalan bersendirian kerana Erah telah pulang dengan ayahnya kerana ingin menjemput  kakaknya yang berada di England.Jika tidak sudah pasti mereka akan pulang bersama.

                   “Lissa!”Seseorang memanggil Lissa.Seorang lelaki.Lissa menoleh dan melihat Ezma tercunggap-cunggap di sebelahnya.

                    “Ada apa?”Tanya Lissa hairan.Yelah sapa tak heran,dulu bercakap pun tak ni tiba-tiba tegur pula.

                      “A…ku,”Ezma menelan air liurnya. “Aku nak minta maaf pasal tadi tu.Aku tahu Anita buat macam tu sebab dia cemburukan…”Ezma terdiam dan tidak jadi meneruskan kata-katanya.

                         “Cemburu?”Sebab apa Anita nak cemburu?”Tanya Lissa hairan.

                          “Em..Itu..Itu..”Ezma  tergagap-gagap.

                         “Apa itu?”Tanya Lissa lembut cuba mententeramkan perasaan Ezma.

                            “Camni,sebenarnya..”Ezma cuba berterus terang.

            Tiba-tiba, “Ezma!”Satu suara manja dan mengada-ngada menyapa gegendang  telinga Lissa dan Ezma.Mereka menoleh serentak dan melihat Anita.Dengan lenggok dan gaya yang menggoda,dia berjalan menuju ke arah mereka.Tanpa segan-silu dia mengepit tangan Ezma membuatkan air muka Ezma berubah.Lissa hanya membuat muka poyo. Eee,naik menyampah aku tengok! Tahulah kau cantik minah oit,tapi kau tahu tak lagak kau yang cam burung belatuk botak tu membuatkan orang yang tengok muntah hijau!

              “Okeylah Ezma,kalau tak ada apa-apa lagi saya minta diri dululah,”kata Lissa sambil mula membuka langkah meninggalkan mereka berdua.Ezma mengeluh kesal,kesal kerana tidak mampu meluahkan apa yang patut diluahkan.


            “Apa,Ezma bercakap dengan kau?”Tempik Erah lantang.Eee…Budak Erah ni,tanya aku macamlah aku dok sebatu.Dahlah suara tu tak kontrol lansung,kalau mak aku dengar, mampuih.

            “Kalau ye pun,janganlah kuat sangat,”tegur Lissa dengan muka cemas. “Nanti kalau mak aku dengar,mampuih aku.” Erah ketawa melihat muka Lissa yang cemas. Cute,cam baby pula.

                “Betul ke?”Tanya Erah.Muka Lissa berkerut.

            “Betul?Betul apanya?”Tanya Lissa balik.Erah menepuk dahi.

            “Apa halnya dengan kau ni?Tadi punyalah kuat aku jerit kau tak dengar lagi ye?Takpe,takpe!Meh aku jerit kuat lagi biar seluruh rumah ni dengar,”ugut Erah dalam gurauan.

            “Eh,janganlah Erah.Macam tu pun nak ugut aku.Ha.. memang benar aku bercakap dengan dia tapi dia yang tegur dulu.Time tu dia ada cakap benda kat aku,”cerita Lissa.

            “Apa yang dia cakap kat kau?”Tanya Erah tak sabar.

            “Dia cakap kat aku I love you,”kata Lissa dengan muka serius.Erah terlopong namun tidak lama selepas melihat muka Lissa yang berkerut-kerut cuba menahan ketawa.

              “Cis tak guna kau Lissa!”Jerit Erah sambil melemparkan bantal kecil berbentuk love ke arah Lissa yang sedang ketawa berdekah-dekah.

            “Cepat cakap cerita yang sebenarnya kat aku,”kata Erah kepada Lissa sambil menggelentek tengkuk Lissa.Lissa  mengeliat kegelian sambil ketawa sampai hampir terkeluar air matanya.

            “Okeylah,okeylah.Aku cakap,aku cakap,”kata Lissa sambil mengangkat tangan seakan-akan menyErah kalah.

            “Dia minta maaf kat aku pasal Anita sekat kaki aku tu dan dia kata Anita buat camtu sebab cemburukan aku.Aku peliklah dengar apasal Anita cemburu sangat kat aku.Aku tanyalah dia,kau tahu tergagap-gagap dia time nak explain kat aku,”cerita Lissa sambil tertawa kecil mengenangkan Ezma.Lissa melihat muka Erah yang kelihatan terkejut mendengar ceritanya. “Tapi time Ezma mula nak explain tu,datanglah Anita dengan lenggok manjanya,dengar suara burung belatuk dia tu dan seterusnya mengganggu bicara kami berdua,”sambung Lissa seterusnya mengakhiri ceritanya

            “Ooo..Camtu ke.Alah kau jangan layan sangat dia tu.Buat derk aje cukuplah,”nasihat Erah.

            “Eh ,kau tahu esok sepupu aku nak pindah ke sekolah kita,”cerita Erah.

            “Sepupu kau?Adam ke?”Tanya Lissa.

            “Ha’ah,”jawab Erah.

            “Kalau dia bertukar ke sekolah kita,mesti ramai yang tergila-gilakan dia’kan?”Tanya Lissa kepada Erah.

            “Apasal pula?”Tanya Erah balik.

            “Yelah,sapa tak berkenan,dahlah kacak,bijak pula tu.Tambah-tambahan pula aktif di lapangan sukan,”jelas Lissa.

            “Mungkin kot.Tapi Adam bukanlah jenis yang layan perempuan sangat,”cerita Erah.

           “Dahlah tu asyik bercerita aje.Mata aku pun dah mengantuk ni.Jom tidur,”ajak Lissa.Erah juga setuju.Pada malam itu Lissa mengajaknya tidur di rumahnya sambil mengulang kaji pelajaran.Erah membaringkan tubuhnya di sebelah Lissa dan mula menutup matanya.


            Baru aje Erah nak terlelap,tiba-tiba terdengar jeritan Lissa.Erah bingkas bangun. “Apasal dengan kau ni?”Tanya Erah sambil menggosok-gosokkan matanya.

            “Aku tertinggal satu benda yang penting di sekolah,”kata Lissa cemas.

            “Apa bendanya?Kau tertinggal duit ke?”Tanya Erah.

            “Tak,aku tertinggal key-chain,”jawab Lissa lagi.Hampir nak tersembur ketawa Erah mendengar jawapan Lissa yang tak padan dengan cemasnya tu.

              “La,takkanlah hanya kerana key-chain aje kau menjerit sampai macam tu sekali?”Kata Erah.

            “Eleh,kau sedaplah cakap.Tapi benda tu amat penting sekali kat aku tau.Mak kau siap surh aku jaga dengan nyawa.”kata Lissa,mukanya sudah mencebik-cebik.Air matanya mengalir dengan laju.Erah tergamam.Mati kutu dia sekejap,yelah mana tahu benda tu amat bermakna kepada Lissa.Lagipun dia dah lama tak tengok Lissa menangis.

            “Alah,janganlah menangis,esok kita pergi awal ke sekolah.Kita pergi pukul enam setengah lagi,”janji Erah.Mak ooi,punyalah awal.Menyesal aku berjanji.

             “Janji ni?”Tanya Lissa dalam esaknya.Erah menggangguk.Lissa tersenyum membuatkan Erah berasa lega dan lapang dadanya.

            “Dahlah,tidur!Kan esok bangun lewat pula,”Erah mula membaringkan badannya di sebelah Lissa..Lissa meletakkan kepalanya di atas bantal dan menutup matanya.Erah juga membuat benda yang sama.Tetapi dia tidak menutup matanya.Terkebil-kebil memandang syiling.Memang,dia memang terkejut melihat air mata Lissa yang mengalir laju tadi.Sudah lama dia tidak melihat Lissa mengalirkan air mata.Kali terakhir dia melihatnya adalah pada empat tahun lepas,ketika mereka tingkatan satu.Lissa menangis kerana dia diejek oleh sekumpulan budak lelaki tingkatan tiga.Itupun Lissa menyorok di bilik persalinan dan Erah  mencarinya kerana Lissa tidak masuk kelas dan telah ponteng dua masa matapelajaran matematik.
        
             Masih dia ingat muka Lissa yang muram dan tergambar kelukaan di situ. Dan masih dia ingat kata-kata Lissa, “aku hanya menangis di depan kau Erah.Aku takkan menangis di depan sesiapa selain kau sebab hanya kau yang memahami perasaan aku.”

    “Aku harap bila aku perlukan kau,kau akan sentiasa berada di sisi aku.Aku tak pernah memiliki seorang rakan yang benar-benar ambil berat tentang aku walaupun aku ni seorang yang banyak kelemahan.Erah,kaulah rakan aku dunia dan akhirat,” Lissa memeluk Erah.Masih terasa betapa hangatnya pelukan itu.Semenjak hari itulah Erah berazam untuk menjadi seorang rakan yang selalu berada di sisi Lissa kerana Erah tahu yang Lissa perlukan seseorang untuk menemaninya.

            Erah juga tahu betapa Lissa menyayanginya sebagai seorang rakan.Kalau tidak,masakan Lissa sanggup menolak tawaran MRSM kalau bukan kerana tidak mahu berpisah dengannya semasa tingkatan empat.Erah terasa matanya sudah mula memberat.Dengan lafaz Bissmillah,Erah lena di buai mimpi.Akan ku jadi rakanmu yang paling memahami,Lissa.Janji Erah dalam hati.Aku akan berada di sisimu selagi kau perlukan aku kecuali bila akan tiba masanya  kau menjadi tanggungjawab orang lain.Pada masa itu akanku lepaskanmu walaupun dengan berat hati.

Comments

ema najwa said…
cepat sambunggggg.. besttt :D
AinaLisa said…
huhuhu..terharu sgt. the first comment on my novel.. thanks sgt2 sb sudi bc.. yer,nt kite update lg. ^_^

Popular posts from this blog

KAU CINTA PERTAMA DAN TERAKHIR

Seketika Cuma

CINTA SANG PENGEMIS BAH. 1