CINTA SANG PENGEMIS BAH. 1


Dia memegang luka di lengannya. Darah masih mengalir walaupun tidak laju. Badannya yang sememangnya lemah semakin tidak bermaya.Dia duduk di anak tangga di lorong belakang deretan kedai itu,melepaskan lelah.Perutnya yang  berkeroncong ditahan.Nampaknya rezekinya tiada hari ini,tong sampah terakhir yang baru sahaja dia selongkar hanya ada plastik dan kertas,lansung tiada sisa makanan. 


Dia menghelakan nafas,berdoa di dalam hati supaya Allah memberikan kekuatan padanya. Dia cuba bangun tapi pandangannya mula berpinar-pinar. Telinganya menangkap bunyi tombol pintu di belakangnya dipulas,dia harus pergi dari situ,telinganya sudah tidak tahan mendengar maki hamun dari mulut-mulut manusia yang tiada belas ihsan. Baru sahaja dia mahu melangkah,pandangannya gelap.


            “Ya Allah,aku kat mana ni,” dia memejam-celik matanya yang silau.Dahi yang terasa sejuk dipegang.Ada lipatan kain yang basah terletak elok.

            “Dah sedar?”bahunya terangkat,terkejut dengan teguran dari suara garau yang hampir disitu.Matanya menangkap kelibat seorang jejaka,mungkin di pertengahan 20-an,sedang menguli tepung.Matanya seakan tidak mahu lari dari figura lelaki itu,tampak bersih dengan sepersalinan baju berwarna putih dan topi,pada pandangannya amat pelik,tinggi sangat.Dia cepat-cepat tersedar.

            “Maafkan saya.Saya akan pergi dari sini secepat mungkin,”dia mahu bingkas bangun tapi kudrat badannya yang lemah tidak mampu menggerakkan otot-otot dan sendi di badan.

            “Kau tu tak larat nak berjalan. Rehat la dulu kat situ,”walaupun suara itu garau namun masih ada nada belas di dalamnya. Dia menggangukkan kepala dan duduk dengan selesa di atas sofa kecil itu.

            “Nama kau apa?”sekali lagi suara garau itu menyapa telinganya.Kali ini dia tidak terkejut.Mungkinkah deria pendengarannya sudah mula menerima kehadiran suara itu?

“Mi,”hanya itu yang keluar dari mulutnya.Selebihnya rasa takut yang masih bersisa mengunci lidah dari berkata-kata.

“Panggil je aku Abang Iqbal. Aku tauke kedai ni merangkap chefnya sekali. Kau dah makan?” terasa mahu menitis air matanya.Sudah lama dia tidak mendengar pertanyaan sebegitu. Seakan terdengar suara arwah ayahnya yang tidak pernah lepas satu hari pun menanyakan dia soalan ini.Dia mengelengkan kepala dan menundukkan wajah.Tidak mahu matanya yang sudah digenangi air jernih dilihat oleh Abang Iqbal.

“Tunggu situ kejap.Nanti aku suruh budak kat depan hantar makanan kat kau,” Abang Iqbal keluar dari dapur menuju ke bahagian depan.Mi hanya mengiringinya dengan pandangan mata.Tidak lama kemudian,seorang budak lelaki yang hampir sebaya Abang Iqbal masuk sambil menatang dulang dan meletakkan sepinggan nasi goreng dan segelas air di hadapannya.

“Kau makanlah ye.Aku nak gi luar kejap,”kata budak lelaki itu tanpa diminta. Mi memandang nasi goreng yang masih berasap nipis. Ya Allah,sesungguhnya besar nikmat-Mu Ya Allah. Terima kasih kerana ketemukan aku dengan orang yang masih mempunyai belas ihsan pada insan lain. Mi menjamah nasi itu dengan tangan kurusnya,sedikit terketar-ketar menyuapkan nasi ke mulut. Kunyahannya lama. Menghayati kenikmatan nasi goreng itu. Pada ingatannya,sudah lama dia tidak makan makanan sesedap ini. Jika tidak sisa makanan yang hanya tinggal tulang,saki baki makan malam yang dihidang untuk ayam belandalah yang akan dia curi untuk alas perutnya.Sekarang baru dia perasan lengannya yang cedera sudahpun dibalut kemas. Terima kasih Abang Iqbal.

Iqbal masuk semula ke bahagian dapur. Matanya meliar ke sekeliling,mencari budak lelaki yang cedera yang ditolongnya tadi.Terkejut sungguh dia bila mahu membuang sampah tadi bila melihat seorang budak lelaki terbaring dengan lengan berlumuran darah.Terus sahaja dia memanggil pekerja-pekerjanya untuk membantu. Lama dia amati budak lelaki yang kelihatan sungguh daif,kurus kering dan agak busuk,mungkin kerana dia tidak mandi beberapa hari.
“Mi..”panggilnya. Budak itu tiada di situ walaupun sudah banyak kali dia panggil. Dia ke tandas. Mungkin Mi ada dalam tandas kot. Namun meleset jangkaannya. Hatinya tersentap,terus dia ke pintu belakang,memulas tombol pintu dan berlari di sepanjang lorong itu. Jumpa! Hampir di penghujung lorong,budak lelaki itu seakan terpaksa menyeret kakinya  dengan kudrat yang telah ditambah untuk melangkah.Ada tujuankah dia? Iqbal pantas berlari mendekati tubuh itu.

“Mi!”Iqbal memegang bahu Mi. Mi terkejut.

“Maaf,saya tak sempat ucap terima kasih atas pertolongan Abang. Terima kasih ye Abang sebab sudi bagi makan pada pengemis hina macam saya ni. Semoga Allah akan memberikan rezeki berlipat ganda lagi kepada Abang,”Mi cuba mengukir senyum. Dia bersyukur kerana Allah memberikan peluang padanya untuk bertemu dengan insan yang berharti mulia seperti Abang Iqbal.

            “Mi,Mi ada tempat ke nak tuju? Mi ada rumah?”tanya Iqbal dengan  mengah yang masih ada. Mi tundukkan mukanya dan perlahan-lahan menggelengkan kepala.

            “Mi nak tak kerja dengan Abang?”tanya Iqbal lagi.Serentak Mi mengangkat kepala.Matanya bersinar.

            “Kerja dengan Abang Iqbal?”tanya Mi dengan mata yang masih bercahaya.Iqbal mengangguk. Namun tidak lama cahaya dalam mata Mi hilang. “Mi tak layak kerja dengan Abang Iqbal.Tengoklah keadaan Mi ni.Mi hanya pengemis jalanan je,” lirih sahaja Mi bersuara.Dia sedar siapa dia.

            “Jangan macam tu.Semua orang berhak diberikan peluang untuk membaiki hidup mereka.Mi jangan risau,Abang boleh uruskan semua itu.Jadi Mi nak tak ni kerja dengan Abang?”tanya Iqbal sekali lagi.Lama Mi termenung,memikirkan keputusan yang sepatutnya diambil. Akhirnya dia mengangguk.Iqbal tersenyum. Mereka bersama-sama menuju ke kedai itu semula.


            “Kau tak layak duduk serumah dengan aku! Anak kotor! Tak sedar dek untung! Kau tinggal je kat sini. Memang layak pun untuk kau!” matanya hanya mampu memandang sayu pintu reban itu ditutup dan kedengaran selak dikunci dari luar. Bau busuk dari tahi ayam-ayam yang kini menjadi temannya yang sangat menusuk hidung dia biarkan. Tubuhnya dikecilkan sekecil mungkin,memeluk lutut supaya ada sedikit haba akan berkumpul memanaskan badannya.Susah payah dia cuba memejamkan mata.Ini semua hanya mimpi ngeri,keesokkan bila dia bangun,semua ini akan hilang. Ayahnya akan datang mengejutnya dengan senyuman.Ibunya akan ada di dapur menyediakan sarapan pagi.

            “Oit! Bangunlah!!”suara nyaring bersamaan satu libasan hinggap di badannya. Dia terkejut,bingkas bangun.Peluh memercik di dahi. Dadanya berdebar hebat.Biarpun sejauh mana dia melarikan diri,semua memori-memori ini akan selalu menghantui dia. Dia  lega,sekarang dia bukan lagi di reban ayam itu.Dia di bilik kecil di dapur,yang diubah suai dari stor menjadi sebuah bilik.Idea dari Abang Iqbal yang sangat perihatin pada dirinya.Dilihat jam di dinding,sudah menunjukkan ke angka empat. Dia bingkas bangun dari baring menuju ke dapur. Memetik suis lampu dan menyediakan bahan-bahan masakkan yang patut. Sudah sebulan dia bekerja dengan abang Iqbal. Satu nikmat dan rezeki dari Allah yang sememangnya dia syukuri yang teramat.

            “Awal bangun mi?”suara abang Iqbal menyapanya dari belakang. Dia menoleh ke arah datang suara itu dan melemparkan senyuman. Kelihatan abang Iqbal masih dengan muka bangun tidurnya.


            “Mi terbangun abang,lagipun memang dah nak dekat masa kita masak,”jawab mi. Iqbal tersenyum mendengar jawapan mi. Tidak lama selepas mereka berdua ralit memasak menu untuk hari itu,sekali lagi pintu belakang kedai kedengaran seperti dibuka dan terjengul muka Asyraf,salah seorang pekerja di restoran Abang Iqbal.

Comments

Anna said…
aina....mane story ke 21 tu nk tgk smbungan dia..tp yg ni oun best..would u b my tutor...haha..seyes tau kn main2
Unknown said…
hehehehe... lom ade idea nk smbung. in sya allah tgk lepas final exam nt baru nk smbung. hukhuk.. JH..aina sendiri pun x tau cmne nk ajar org lain sb aina wat ni ikut cara aina sendiri. cuma kdg2 lau aina rasa nk tingktkn skill aina baca karya2 penulis2 lain. huhuhu...

Popular posts from this blog

KAU CINTA PERTAMA DAN TERAKHIR

Seketika Cuma