LEMAH TANPA CINTA


Dia berteleku di sisi pusara itu.Manik-manik jernih luruh bagai tiada penghujung dari kolam air matanya.Dia berteleku lagi,sesekali tangannya menguis daun-daun kayu yang berselerakan di sekitar pusara yang masih merah itu. “Abang,”gemersik suaranya kedengaran.  “Kenapa abang pergi dulu?  Kenapa abang tinggalkan Atul sendirian?”dia mengusap batu nisan putih di atas pusara itu.  “Abang,bagaimana harus Atul hadapi ranjau duka kehidupan yang penuh gelora ni bang? Atul keseorangan kini.Gembirakah abang kini? Melihat hidup Atul terumbang-ambing tak berpenghujung?”Air matanya yang tadinya mula mengering kini jatuh lagi,hangat,menuruni lekuk-lekuk pipinya.Dia mengosok matanya yang bundar. Sunyi,hanya desiran angin yang kedengaran, menjatuhkan bunga-bunga kemboja yang tumbuh subur di situ.Satu tangan menyentuh bahunya,Atul mendongak.


“Atul,dahlah tu.Biarkan dia pergi dengan tenang.”Atul tunduk kepala. Ahh.. senangnya dia berkata,tapi yang merasa adalah aku.
            “Jom balik sayang.Hari dah nak malam ni,”Atul akur dengan ajakan pemuda itu.Dia bangun dari silanya,menggulung tikar.Abang,Atul datang lagi lain kali.
            “Atul,janganlah terlalu bersedih.Biarkanlah rohnya bersemandi dengan aman di sana.Atul jangan risau,Atul masih ada abang,”pemuda itu mengenggam tangan isterinya erat sebelum dia menghidupkan enjin kereta dan berlalu dari pekarangan Tanah Perkuburan Islam Bachok.
            Atul hanya senyap,menundukkan wajahnya,menekur tangan.Entah apa yang bermain dalam fikirannya. Pemuda itu menyentuh dagu Atul,membawa wajah itu untuk memandang wajahnya. “Atul fikir apa sampai suami di sebelah pun diabaikan?” tanyanya. Ada sedikit rajuk dalam intonasi suaranya.
            Atul cuba mengukir senyum.Dia mencapai tangan suaminya dan mengucup tangan itu.Si suami tersenyum senang. Kereta membelok ke sebuah rumah banglo dua tingkat yang serdahana besar.Atul keluar dari kereta,beriringan bersama suami masuk ke dalam rumah itu.
            “Adam,datang sini kejap.Mak ada hal sikit nak cakap sikit dengan kau.”terpacul seorang wanita separuh umur.Adam mengeluh,apa lagi ni.Dia letihlah,namun semua itu hanya bergema di dalam hatinya.
            “Atul naik dulu ye,rehatkan badan.Jangan sedih-sedih lagi.Abang nak cakap dengan mak kejap,”Atul hanya mengangguk dan mendaki tangga menuju ke biliknya.
            “Mak letihlah,jiran-jiran duk mengumpat,mengata mengeji mak tahu tak?!”keras suara Puan Saffiyah. Adam yang berada di atas sofa hanya membatukan diri.Asyik-asyik perkara yang sama sahaja yang diulang,diungkit.Dia letih!
            “Mak,bukan kami tak usaha.Kami usaha mak,Cuma Allah belum beri kami rezeki tu lagi,”lembut  Adam menjawab.Api lawannya air.
            “Hah..tengok-tengok! Asyik nak bela isteri kesayangan kau tu! Adam tahu tak? Betapa tebalnya muka mak ni nak berhadapan dengan jiran-jiran kita? Sampaikan ada yang kata anak menantu mak ni mandul tahu tak?Tulah,mak dah kata,jangan bagi dia sambung belajar,biar je dia tumpu pada keluarga.Tapi kau degil,ikut je kemahuan isteri kesayangan kau tu”kali ini semakin kuat suara Puan Saffiyah.Bergema rumah itu. Atul yang baru sahaja melangkah menuruni tangga terkesima mendengar patah perkataan yang diucapkan ibu mertuanya.
            “Orang lain dah dapat cucu,cicit pun ada.Kau yang dah 3 tahun kahwin ni tak dapat-dapat lagi anak. Maunya tak dikata orang?”suara Puan Saffiyah mula mengendur. Naik tekanan darahnya.
            “Mak,kami akan usaha mak.Dahlah,Adam letihlah mak.Dahlah malam nanti nak balik dah,”Adam segera mengangkat punggung.Malas memanjangkan lagi perbalahan yang tidak berpenghujung.
            Atul segera menyeka air matanya yang mula turun.Dia cepat-cepat berlalu ke dapur. Mahu menghidangkan makan malam.  Baru sahaja dia mahu mengoreng ikan, satu tangan memeluknya dari belakang.Tersentak jantungnya.Nasib baik tidak melatah, kalau tidak habis sudip di tangannya melayang.
            “Abang,terkejut Atul,” katanya. Dia mengelus lembut rambut Adam yang meletakkan dagu di atas bahu isterinya.Adam tersenyum senang.
            “Abang,Atul nak goreng ikan ni,”katanya lembut.Tidak mahu mengguris perasaan suaminya.Adam masih tidak berganjak malah mengeratkan lagi pelukannya di pinggang Atul.
            “Abang….”Atul mula lemas. Bukan kerana perlakuan Adam tetapi kerana debaran jantungnya yang berdegup pantas.Sungguh dia tidak tega berada dalam situasi ini.Pelukan  Adam yang hangat membuatkan dia tidak tentu arah.
            “Amboi,romantik betul Romeo dan Juliet ni.”kedengaran suara seorang perempuan menegur.Muka Atul mula merona merah,dia cuba melepaskan diri dari pelukan Adam.Namun Adam semakin mengeratkan pelukan dia.
            “Eleh,dengkilah tu.Entah-entah dia nanti lebih dari abang,”Sarah hanya tersengih.  Sebenarnya dia suka melihat kemesraan abang dan kakak iparnya.
            “Okaylah sayang.Abang nak naik mandi.Lagipun nak kemas-kemaskan sekali barang-barang kita,”sempat Adam mengucup pipi Atul sebelum menuju ke biliknya.
            Atul meneruskan kerjanya yang terbantut. “Ehem-ehem,”terdengar suara Sarah berdehem.Atul panggung muka,melihat Sarah yang sudahpun mengukir senyum nakal.
            “Untungkan Kak Atul dapat abang Sarah? Dahlah hensem,bekerjaya,penyayang pulak tuh,”Sarah sudah melabuhkan punggungnya ke atas kerusi.Ralit memerhatikan Atul menyiapkan kerjanya.
            “Ha,ah,memang akak beruntung sangat-sangat,”dia tersenyum mengiyakan kata-kata Sarah.Ya,dia sangat beruntung kerana memiliki Adam namun dia juga bernasib malang kerana tidak mampu memilik cinta Adam.Dia hanya mampu mengeluh.


            “Adam,jaga Atul baik-baik.Jangan abaikan dia.Ingat,dia isteri kau,kau bertanggungjawab sepenuhnya atas dia.Dia dah tak ada sipa-siapa lagi,”pesan Encik Hakim.Adam mengangguk,dia sedar semua itu,dan dia sudah berjanji pada dirinya untuk menjaga Atul dengan nyawanya sendiri.Atul hanya diam di sebelah suaminya.Dia hanya mengeluh di dalam hati,fikirannya bercelaru,buntu memikirkan nasib diri.Ditahannya air mata yang sudah mula mahu keluar dari tubir matanya.
            “Adam,sini kejap,”panggil Puan Saffiyah yang berdiri tidak jauh dari mereka. Adam melepaskan keluhan berat sebelum melangkah ke arah maknya.Atul memerhatikan langkah Adam,hatinya berdebar-debar.Entah kenapa.
            “Kak Atul janganlah monyok je.Mak pinjam sekejap je tu,”Sarah yang perasan perubahan air muka Atul nakal menegur.Atul senyum kembali,pantas sahaja tangannya mecubit pipi Sarah yang gebu.Nakal betul budak nih.
            Adam memerhatikan tingkah mesra Atul dan adiknya.Mereka sungguh rapat,mungkin kerana Atul tidak mempunyai adik,jadi kasih sayangnya dicurahkan pada Sarah. Dalam diam dia memerhatikan Atul,senyum Atul,lenggok tubuhnya,jelingan matanya yang menawan dan yang paling dia gemar adalah senyum manis Atul yang tidak pernah lekang dari bibir.
            “Adam! Dengar  tak apa yang mak cakap ni?”kata Puan Saffiyah seraya mencubit lengan Adam.
            “Aduh mak,Adam ingatkan dah tak berbisa sepit ketam mak tu,tapi rupanya masih sama macam dulu,”seloroh Adam  sambil mengosok-gosok lengannya.Bisa!
            Puan Saffiyah memekakkan telinga. “Adam,mak nak kau ceraikan Atul,” untuk kesekian kalinya dia mengulang ayat yang sama.Bulat mata Adam mendengar permintaan maknya.
            “Mak,apa yang mak merepek ni? Adam sayangkan Atul dan Adam tak akan ceraikan Atul! Muktamad! Dahlah mak,masa untuk Adam berlepas dah hampir.Adam nak masuk dalam balai perlepasan,”Adam bangun meninggalkan Puan Saffiyah bersendirian, mendekati ayahnya,bersalam dengan mereka dan beriringan dengan isterinya masuk ke balai perlepasan.
            Atul memerhatikan kepulan-kepulan awan yang putih di luar tingkap.Bahagianya dia jika dirinya adalah awan-awan itu.Boleh bergerak ke mana sahaja,tiada masalah, tiada apa yang perlu difikirkan.Bebas sebebas-bebasnya.Dia mengeluh lagi, buat kesekian kalinya. Merenung Adam yang telah lena di kerusi sebelah. Mesti Adam letih, dengan kerja-kerja yang menimbun di pejabat,dengan masalah dia lagi.
            Atul memegang tangan Adam.Diusap lembut dan dibawa tangan itu ke pipinya. Masih dia teringat,betapa dinginnya tangan itu saat dia mengucupnya ketika upacara membatalkan air sembahyang.Perkahwinan yang dirancang oleh abang kandungnya, menjodohkan dia dengan Adam Asyraf yang mana juga merupakan boss di tempat abangnya bekerja. Walaupun dia cuba membantah,namun apabila memikirkan pengorbanan abangnya selama ini,akhirnya Atul akur jua.Maka dia selamat diijabkabulkan dengan seorang lelaki yang tidak dia kenali.
            Air matanya jatuh lagi.Ahh…sudah banyak kali dia menangis.Semenjak saat lafaz akad yang diucapkan oleh Adam bersaksikan kadi dan abangnya.Air mata adalah peneman setianya. Walaupun perkahwinan ini bukanlah di atas kehendaknya namun dia redha,dan cuba mencambah sedikit demi sedikit perasaan cinta,yang mana kini sudah meresap jauh ke dalam salur darahnya,mendenyutkan nadinya.Dia cintakan suaminya,walaupun tidak pernah bercinta,tidak pernah bertemu,namun dia pasti,dia sangat cintakan suaminya itu.
            Hidupnya penuh derita,walau tidak dilafaz namun semuanya jelas tergambar dari sirna matanya.Dia dibenci oleh ibu mertuanya sendiri,yang merestui perkahwinan mereka.Dia tahu apa yang ibu mertuanya hendak,anak.Ya,dia juga mahu zuriat,bukan dia tidak mahu.Tetapi Adam yang tidak mahu.Dia bagaikan tidak rela Atul mengandungkan zuriat dari benihnya di dalam rahim ini.
            Kapal terbang akhirnya mendarat dengan selamat di KLIA.Semua penumpang tergesa-gesa keluar dari balai ketibaan.Mengejar hal duniawi masing-masing. Atul jalan beriringan bersama Adam keluar dari KLIA.
            “Adam,”terdengar suara wanita memanggil nama Adam.Seorang wanita berbaju singkat  atas lutut berwarna merah garang menghampiri dia.Atul terasa seperti mahu menyembunyikan wajahnya di dalam jaket yang dipakai Adam.Dia malu dengan perempuan itu,jika dibandingkan mereka,ibarat langit dan bumi.
            “Honey,kenapa tak call I? Kan I dah janji nak fetch U kat sini,”Ain menggeselkan badannya di lengan Adam.Sengaja mahu menunjuk-nunjukkan kemesraan mereka di hadapan Atul.Adam menahan tangan Ain dari terus menjamah lengannya,dia menarik Ain jauh dari tempat Atul berdiri.
            “Ain,what do U think U doing?”Adam geram dengan tingkah Ain di hadapan isterinya.
            “What? Salah ke kalau I nak jemput boyfriend I kat airport?”Ain sudah mula memuncungkan mulutnya,tanda protes.
            “Ain,please okay! Our relationship is over! Kan I dah cakap,I hanya cintakan Atul and will always be.I’m begging U,please,don’t disturb us again.This is my last warning,if not,don’t blame me if I do something that will harm U,”kata-kata berbaur ugutan itu Ain telan dengan payah.
            “Tapi kenapa? U dah janji nak kahwin dengan I tapi alih-alih U kahwin dengan perempuan tu.Yang U sendiri pun tak kenal,tak cinta,”Ain berkata sayu.Cuba memancing secebis simpati dari Adam.Atul yang memerhatikan mereka dari jauh,hanya mampu memendam rasa.Ahh..biarlah.Untuk apa aku berharap pada yang tidak pasti. Atul mengangkat tangan,menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu di situ.Dia pasti Adam akan pulang bersama kekasih hatinya itu,jadi biarlah dia pulang sendiri.
            “Yes,maybe at first,yes, I don’t even know her.Tapi I start kenali dia selama tiga tahun perkahwinan kami.Perasaan cinta itu hadir tanpa dipaksa.Please,this is my last warning and don’t U even dare to do it!”Adam berlalu pantas ke Atul yang memunggah beg ke dalam bonet teksi.
            “Sayang,kenapa tak tunggu abang?”tanya Adam sewaktu sama-sama masuk ke dalam perut teksi.
            “Atul ingatkan abang nak balik sekali dengan dia tadi.Jadi Atul tahanlah teksi,” Adam dapat mengesan nada cemburu Atul.Dia tersenyum,merapatkan badan Atul ke badannya.Mengucup dahi isteri yang sangat di cintai.

           
            Seminggu berlalu setelah mereka pulang dari kampung halaman.Adam sibuk dengan urusan di pejabatnya dan Atul pula sibuk dengan pembelajaran di universiti. Sedang Atul menunggu di tempat menunggu bas,datang seorang budak lelaki duduk bersebelahan dengannya. “Assalamualaikum,”tegur budak lelaki itu.Atul memanggung kepala dari menatap nota di tangannya.
            “Waalaikumussalam.Tunggu bas juga ke Man?”sengaja berbasa-basi. Sebenarnya dia malas mahu berbual namun tidak mahu dikatakan sombong,terpaksa juga dia meringankan mulut.Lagi-lagi dengan budak sekelas.
            “Ha,ah.Saya memang pergi dan balik dengan bas.Saya tak ada kereta lagi,”Atul mengesat peluh di dahinya.Panas betul cuaca hari ni.Aiman mengeluarkan sapu tangan dari poketnya dan menghulurkan pada Atul.
            “Eh,kenapa bagi saya ni?”Atul memandang sapu tangan yang bewarna merah hati itu.Teringat dia kepada teman wanita suaminya yang nampak sangat elegan dengan dress singkat bewarna merah garang.Ahh…dia dan Ain ibarat langit dan bumi.
            “Ambillah,saya rasa Atul lebih memerlukan.Nanti kelas minggu depan,bagilah balik kat saya.”Atul memandang wajah Aiman yang penuh dengan harapan.Akhirnya dia menyambut juga huluran Aiman.Aiman mengukir senyum.Langkah pertama untuk mendekati gadis pujaannya berjaya.
            “Okaylah Man.Bas saya dah sampai tu.Nanti kelas minggu depan,saya pulangkan sapu tangan ni okay,”kata Atul seraya bangun dan masuk ke dalam perut bas.Aiman tersenyum dan melambaikan tangan pada Atul dan menuju ke tempat meletak kenderaan.
            Atul membuka pintu dengan kunci pendua.Baru sahaja dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi di ruang tamu utama,melepaskan lelah.Kedengaran handphonenya berdering lantang.Dia tersenyum taktala melihat nama ‘my superhero’ yang terpapar di skrin.
            “Assalamualaikum,”terdengar suara garau dari talian di sana.Bertambah lebar senyum Atul.Hilang segala penat lelah dia hari ini.
            “Waalaikumussalam.Abang tak busy ke ni call Atul,”dia mengerling jam.Sudah menunjukkan pukul 2.30 petang.
            “Taklah,abang rindukan isteri abang yang comel ni.Hari ni abang balik awal sikit.Dalam pukul 4.30,”Atul mendengar dengan tekun.Dalam hatinya berkira-kira mahu mengoreng pisang untuk minum petang hari ini.
            “Atul,dengar tak ni,”Adam gelisah setelah lima minit tiada jawapan dari Atul.
            “Eh,eh,Atul dengar abang.Abang bawa kereta elok-elok tau,”Atul sebenarnya sangat rindukan  suaminya.Mahu sahaja mulutnyameluah namun hati melarang.
            “Ye sayang.Okaylah,see U soon okay.Assalamualaikum sayang,”ucap Adam sebelum memutuskan talian.Atul segera bangun menuju ke dapur.Yosh,jum kita menggoreng!
            Setelah menghidangkan semunya di atas meja,Atul menutupnya dengan tudung saji.Dia mencapai novel yang baru sahaja dibelikan oleh Adam untuknya dan berlalu ke taman kecil di belakang banglo itu.Adam juga menyediakan sebuah buaian untuknya di bawah sebuah pokok yang rendang.Dia membaringkan badannya di atas buaian itu. Di fikirannya mengimbas kembali kenangan-kenangan sewaktu awal perkahwinan mereka dahulu.Betapa jelas lagi nyata yang Adam tidak bersetuju dengan perkahwinan mereka, namun demi memenuhi permintaan abangnya,seorang jurutera berkaliber di syarikatnya. Dia terpaksa menurut,jika tidak abangnya mengugut mahu menerima tawaran syarikat lain yang jauh lebih gah dari syarikat Adam.Ah..abangnya,memang dia sangat kenal dengan perangai abangnya itu.Sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapatkan apa yang dihajati.
            Hari-hari yang dilalui selepas perkahwinan mereka sungguh derita.Jika di awal perkahwinan mereka,dia ada Sarah dan Encik Hakim yang menjadi tempat dia mengisi waktu-waktu kesunyiaanya.Semua itu tiada lagi setelah seminggu dia berada di rumah mertuanya,mereka berpindah ke rumah Adam di Damansara.Adam tidak ingin untuk berkongsi bilik dengannya.Adam  telah siap sedia menyediakan sebuah bilik bersebelahan dengan biliknya untuk dia tidur.Setiap hari hanya diisi dengan air mata. Adam pula,tidak pernah lekat di rumah.Tiap-tiap malam keluar dengan teman wanitanya, Ain.Jika hujung minggu pula,dia akan berkurung di dalam bilik bacaannya,cuba menyibukkan diri dengan kerja.Namun,entah apa yang terjadi, semenjak dua menjak ini,perangai Adam semakin berubah.Hampir setiap hari dia balik untuk makan malam di rumah,memanggilnya dengan panggilan sayang.Entahlah,dia tidak tahu jika itu hanyalah sendiwara Adam semata atau mungkin dia sudah mula menerima kehadiran dirinya.Tanpa sedar.Atul sudahpun terlelap di atas buaian itu,ralit mengimbau kembali perjalanan hidupnya.
            Adam memulas tombol pintu rumahnya.Tidak berkunci,kenapalah isterinya agak cuai hari ini.Tidak pernah lagi isterinya secuai ini. “Atul,”panggil Adam.Briefcase dan kot diletakan di atas sofa.Mana dia ni? Adam mula cemas.Kakinya menapak ke dapur, hatinya sedikit lega melihat pintu belakang dapur terbuka.Mesti isterinya ada di sana. Dilihatnya Atul lena di atas buaian.Memerah mukanya dimamah mentari petang. “Sayang,”Adam menjamah wajah isterinya.Atul terjaga,membuka matanya dan bingkas dari pembaringan.Menguap dan mengosok-gosok matanya.Macamanalah dia boleh tertidur ni.
            “Abang,maaf.Atul tak sedar abang dah balik,”tangan Adam di capai dan dicium. Adam tersenyum senang.Suka dia melihat wajah Atul.Tenang dan mendamaikan.
            “Nape Atul tidur sini? Kan panas.Jom kita masuk dalam,”Adam memimpin tangan Atul.Dia menunggu di meja makan,memerhatikan Atul menuangkan jus oren ke dalam gelas.Dia mencapai sekeping pisang goreng dan memasukkan ke dalam mulut.
            “Sedapnya isteri abang masak.Malam ni kita gi makan kat luar ye,”Adam mengambil sekeping lagi  pisang goreng.Atul mengangguk.Sudah lama mereka tidak makan di luar.
            Malam itu,Atul hanya berpakaian ringkas.Dia dan Adam menjamu selera di luar.Hujan yang renayai-renyai menambahkan lagi kesejukkan malam.Adam memerhatikan Atul yang leka memerhatikan titisan-titisan air yang mengenai tingkap. Pandangannya jatuh pada bibir Atul.Dia sukakan bibir  itu yang merah mekar tanpa secalit pun gincu,juga mata budar yang sentiasa bersinar itu.Ingin sahaja dia mengucup bibir isteri kesayangannya itu namun hatinya menghalang.Makanan sampai sebelum dia habis meneliti wajah cantik mulus isterinya itu.Berselera sungguh dia makan malam ini,bertemankan isteri yang dicintai di hadapannya.
            Sesudah sahaja sampai di rumah,Atul dan Adam berpisah ke bilik masing-masing. Ingin sahaja Adam menyuruh Atul terus tinggal di biliknya namun keegoan lelaki menghalang dari dia meluahkannya.Hujan yang renyai semakin lebat.Atul leka membaca novel sebelum tiba-tiba eletrik terpAdam disusuli dengan halilitar membelah bumi. “Kyaaa…”Atul menjerit sebelum menarik selimut menutupi seluruh tubuhnya.Dia takutkan gelap dan guruh serta kilat yang sabung-menyabung.Peluh mula merintik di dahinya,badannya mula mengigil.
            “Atul,”kedengaran suara Adam.Atul membuka selimut ynag membaluti tubuhnya.Matanya silau dek cahaya dari lampu suluh yang dipegang Adam. “Jomlah tidur bilik abang.”bagai tidak percaya dia dengan perlawaan Adam.Dia berteleku sekejap di atas katil.
            “Atul,nak ikut tak ni?”soal Adam sekali lagi setelah melihat Atul yang kaku seperti patung di atas katil.Atul mengangguk dan cepat-cepat dia mencapai bantal dan selimut.Tidak sanggup dia tidur keseorangan di dalam bilik yang gelap itu.Lagi-lagi dengan suasana yang begini.
            Atul melangkah masuk ke dalam bilik Adam yang disinari dengan lampu automatik. Dia melabuhkan punggung di atas sofa di dalam yang ada di situ.Adam sudah leka di meja kerjanya,leka dengan laptop di hadapnnya.Atul membaringkan tubuhnya,entah bila dia terlelap.Dia terjaga apabila terasa tangan Adam bermain-main di rambutnya.Sesekali terasa kucupan demi kucupan hinggap di wajahnya.Atul membuka matanya.Kelihatan Adam di tepi,dengan wajah yang resah.
            “Atul,abang cintakan Atul,”terbit kata-kata itu dari mulut Adam.Atul tergamam.Tidak menyangka kata-kata yang sudah lama dia nanti akhirnya terluah juga dari bibir suaminya.Hatinya berbunga bahagia.
            “Atul,izinkan abang miliki Atul sepenuhnya.Izinkan abang menjadi raja untuk hati Atul,”Adam memeluk tubuh Atul.Atul juga membalas pelukan hangat Adam.Malam itu,hujan yang lebat menggila menjadi saksi pada cinta suci mereka.


Hari-hari dulunya yang suram kini penuh dengan warna.Tiada lagi air mata yang menemani malam-malamnya tetapi pelukan hangat dari Adam yang membuatkan dia lena.Layanan Adam terhadapnya berubah sama sekali.Terasa seperti sudah lengklap hidupnya dengan  kasih-sayang suaminya.Dia sangat cintakan Adam dan jika boleh,dia mahu menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama Adam. “Atul,jum keluar harini?” suara Shia mematikan lamunannya.Dia memandang Shia yang berdiri di sebelahnya.
“Nak gi mana je?”Atul mula mengemas buku dan barangannya di atas meja. Dia memerhatikan perpustakaan yang sudahpun lengang.
“Hurm…aku ingat nak gi Alamanda.Aku nak beli barang-barang dapur.Kat rumah aku dah nak habislah stok,”Shia buat  muka kasihan.Atul mengukir senyum,nak beli jiwalah tu.
“Yelah,yelah.Tapi aku tak boleh lama,takut superhero aku marah,”Atul bangun dari duduknya dan berjalan seiring dengan Shia.
Shia mencebik, “Eleh,takut sangat dengan suami kau tu.Takde nya dia nak kena kebas dek orang lain,”Atul menjeling sahabat baiknya yang sudahpun membuat mimik muka.Dia tersenyum kelucuan.
Leka dia membelek baju-baju mengandung yang bergantungan di situ.  Teringin dia mahu mencuba baju-baju itu,tetapi memikirkan dirinya yang masih belum ‘layak’,dia mengusir jauh hasrat tersebut. Tiba-tiba matanya menangkap dua susuk tubuh yang sangat dia kenali.Si gadis dengan lagak manjanya,memaut erat lengan si jejaka.Si jejaka pula hanya tersenyum senang.Hampir terkeluar biji matanya melihat aksi itu,luruh jantung.Tidak sangka kepercayaan yang diberikan sepenuhnya kepada suami tercinta dikhianati.Air matanya bergenang,hanya menunggu masa sahaja untuk jatuh ke pipi.Dia cepat-cepat menyorok di sebalik baju yang bergantungan apabila pasangan itu melintasi di hadapannya.
“Atul,buat apa kat sini?”suara seorang lelaki menyapanya dari belakang mengejutkan dia yang sedang bersembunyi.Atul memalingkan kepala melihat gerangan yang menegurnya.Dalam diam dia mengeluh lega,bukan Adam yang tercegat menahan tawa di hadapannya tetapi Aiman.
“Atul saje je tengok-tengok baju ni.Cantik pula,”Atul cuba meng’cover’ dirinya dan juga perasaannya yang mahu meletup.
“Atul,Atul.Ada-ada je tau.Atul datang dengan sapa ni?”Aiman melilau mencari pasangan Atul.Takkanlah Atul datang seorang diri.
“Saya datang dengan Shia tadi tapi dia pergi Careffour,nak beli barang katanya,”Atul mula resah.Apa yang dirasakan kini,dia Cuma mahu pulang ke rumah secepat mungkin.
“Erm..Man,boleh tak saya minta tolong?”Atul memandang muka Aiman penuh harap.Aiman Cuma tergelak kecil melihat muka Atul.Persis kanak-kanak mahu gula-gula sahaja.
“Insyaallah,kalau Man mampu,Man akan tolong.”Atul mengucapkan syukur.
“Boleh tak Man tolong temankan Shia.Atul ada hal penting ni,Atul nak kena pulang sekarang.Please,boleh ya?”Atul tarasa harapannya mula tipis apabila melihatkan muka Aiman yang berubah dengan permintaannya.
Aiman melepaskan keluhan berat.Baru sahaja niatnya mahu mengajak Atul menemankan dia makan tengah hari bersama.Nampaknya terpaksa dia memendamkan sahaja niatnya itu. Melihatkan muka Atul yang berharap,akhirnya Aiman mengangguk.Atul tersenyum kegembiraan.Setelah memberi nombor telefon Shia kepada Aiman,dia segera berlalu keluar dari Alamanda menuju tempat menuggu teksi.Dia mahu keluar dari situ,dia lemas,letih,kecewa.Maafkan aku Shia,aku terpaksa balik dulu.
Baru sahaja dia mahu menahan teksi,sebuah kereta BMW 5 series hitam metalik berhenti di hadapannya.Dia tersentak,dia kenal benar dengan kereta itu. Si pemandu menurunkan cermin kereta, “Masuk!” arahnya.Muka Adam yang tegang menakutkan Atul.Namun dia tak mahu,dia tak rela duduk di sebelah Adam.Dia lebih rela pulang dengan menaiki teksi.
“Atul tak mahu,”jawabnya berani.Namun keberanian itu lesap serta merta apabila melihat wajah Adam yang tegang semakin cemberut.
            “Atul naik sekarang atau abang keluar dukung Atul masuk dalam kereta ni!” garang benar bunyi suara Adam.Atul menelan liur.Dia takut melihat Adam dalam keadaan begini. “Tunggu apa lagi?!”ngaum Adam dari dalam kereta melihatkan Atul yang masih termaggu-maggu.Secepat kilat Atul meneroboskan dirinya ke dalam perut kereta.Malu melihatkan orang-orang sekeliling mula memandangnya.
            Suasana sepi menyelubungi mereka.Atul menjeling sekilas muka Adam yang kelihatan sangat tegang.Tidak pernah Atul melihat muka Adam sebegitu,kecut perutnya..Tapi kenapa harus dia takut? Apa yang telah dia lakukan?Lagi satu,macam mana Adam tahu dia ada di sini? Ahh..otaknya betul-betul tidak boleh berfikir dengan betul sekarang ni.Tanpa dia sedar,kereta sudahpun berhenti di tepi sebuah jalan di atas sebuah bukit yang sunyi sepi.Tiada satu pun kenderaan yang melintas di situ..Adam keluar dari kereta,membuka pintu sebelah pemandu dan mengheret Atul keluar.
            “Aduh,abang sakit tangan Atul,”Atul mengaduh apabila Adam mengenggam, tangannya kuat.
            “Tadi kau keluar dengan jantan mana hah? Owh..macam ni ye perangai kau yang sebenar? Masa aku tak ada,kau keluar dengan jantan lain.Berani kau curang belakang aku! Cakap,dah berapa kali kau keluar dengan dia? Apa yang kau dah buat dengan dia selama ni?!”suara Adam melenking kuat.Atul terkaku,tidak pernah seumnur hidup dia dijerkah sebegini kuat.Dia memejamkan matanya
            “Nape kau senyap?! Bila aku tanya jawablah!”Adam mengoncang-goncangkan tubuh Atul.Atul membuka mata,Adam sudah salah faham.Mungkin Adam terlihat dia dengan Aiman sebentar tadi.
            “Atul… ta..tak  pe..per..nah ke..luar den..gan dia,ta..di A..tul te..ter..jumpa..je,” terketar-ketar Atul menjawab. Air mata mula merembes keluar.
            “Tipu!!!!”jerit Adam dekat dengan telinganya menyentakan dia. “Kau memang tak kenang budi! Susu aku bagi tapi tuba yang kau balas! Dasar perempuan jalang!” serentak dengan itu Adam melayangkan sebiji penampar ke pipi mulus Atul.Atul menahan pipinya yang pijar dan panas.Dia memandang Adam,tidak sangka dengan kata-kata dan tindakan Adam.Namun kata-kata Adam lebih pedih dari tamparan yang hinggap di mukanya.
            Pandangan Atul mula kabur.Tubuh Adam di hadapannya mula menjadi dua,tiga dan empat.Kepalanya sangat sakit,pandangannya mula kabur.Dia tahu dia akan tumbang dan dia cuba memaut tubuh Adam tetapi Adam mengelak.Mungkin tidak mahu dia menyentuh.Terasa sakit sungguh tubuhnya apabila jatuh terhempas di atas tanah,kini yang tinggal hanyalah kegelapan yang hitam pekat.Sunyi dan dingin.


Adam mengelus lembut rambut isterinya.Dia terasa sangat menyesal.Jikalau bukan kerana Shia tidak menelefon isterinya tadi,mahu memarahi isterinya kerana meninggalkan dia,mungkin dia akan tetap salah faham dengan Atul.Maafkan abang,sayang.Abang meragui kesetiaanmu.
Atul mula membuka matanya,terasa berpinar-pinar pandangan dia.Perkara pertama yang dilihatnya adalah Adam yang lena di sebelahnya sambil mengenggam tangan dia.Air mata mula turun dari pelupuk mata,tergiang-giang kata-kata Adam padanya. “Dasar perempuan jalang!” sesungguhnya kata-kata itu merobek hatinya.meruntun jiwa.Dia menolak tangan Adam yang mengenggam tanganya namun tindakan dia membuatkan Adam terjaga.
“Sayang,dah bangun? Lama betul sayang tidur,”sengaja Adam berlelucon. Melihatkan air mata yang mengalir di pipi isterinya,dia cuba menyapu tetapi cepat sahaja Atul menepis tangannya.
“Dahlah abang,tak payah susah-susah nak sentuh perempuan jalang ni,”lembut tetapi tegas suara Atul menegah.Adam tersentak,perasaan bersalah mula menjalar ke dalam hati.
“Sayang,abang minta maaf sangat-sangat.Shia dah jelaskan semuanya.Lagipun tak elok sayang merajuk lama-lama,tak elok untuk baby kita,”kata Adam sambil mengelus lembut rambut Atul.Atul tersentak,baby kita?Dia tenung muka Adam,meminta penjelasan.
“Ye sayang,baby kita.Sayang mengandung 4 minggu,”Adam menggosok perut Atul yang masih belum berbentuk lagipun.Atul terkaku. Mengandung?Aku mengandung zuriat Adam? Perasaannya bercampur baur kala ini.Gembira,sedih dan takut.
“Sayang,doktor cakap sayang kena duk kat hospital hari ni.Esok baru boleh balik.Sayang stay sini dulu ok.Abang nak balik rumah,nak ambilkan baju sayang,”Adam bingkas bangun dan memberikan satu kucupan di dahi Atul.Atul hanya mendiamkan diri.


            Atul membaringkan tubuhnya di atas katil yang tidak bercadar itu.Dia mengeluh perlahan.Sudah seminggu dia lari bersembunyi di sini,di rumah pemberian arwah abangnya.Tiada siapa pun yang tahu.Tergiang-giang kata-kata Ain di corong telefon ketika dia masih di dalam wad.Disebabkan Adam tertinggalkan handphonenya,barulah semua perlakuan Adam terbongkar.Jika tidak,mungkin selama-lamanya dia akan terpedaya dengan cinta palsu Adam.
            “Kau jangan buat tak sedar dirilah perempuan.Adam Cuma cintakan aku je ok. Selama ni aku dan dia selalu bertemu,mengisi masa-masa lapang dengan kehangatan cinta kami berdua.Aku harap kau dapat mengundurkan diri dari perhubungan ini. Tolonglah,jangan kau rampas Adam dari aku.Dia tak cintakan kau,dia Cuma cintakan aku je,”air mata Atul mula mengalir.Tak sangka dia terpedaya dengan kata-kata manis Adam kononnya Adam mencintai dia dan mahu hidup bersama dia selamanya.Ahhh…  lelaki.Bukan boleh dipercayai,hanya tahu menanam tebu di tepi bibir.
            “Baby,tak mengapa jika baby tidak mendapat kasih sayang seorang ayah. Umi sanggup jaga baby berseorangan.Baby jangan risau,umi akan jaga baby sepenuh hati umi,”Atul mengelai lembut perutnya.Apabila memikirkan yang dia akan membesarkan anaknya keseorangan,hatinya dipagut pilu.Tak boleh,tak boleh!! Atul,kau kena kuat ok! Jangan mengalah terlalu cepat!
            Guruh yang berdentum kuat mematikan lamunan Atul.Dia sangat takutkan guruh dan kilat yang saling sabung-menyabung.Jika dulu,ada Adam di sisinya untuk mengurangkan ketakutan ini,tetapi kini dia keseorangan.Ahh..hati,jangan fikirkan dia lagi.Dia tak cintakan aku sepertimana aku cintakan dia.Enough heart,just forget him. Halilitar yang menyambar bumi kuat kedengaran menyentakkan Atul yang keseoragan di dalam bilik.Dia menyelubungkan badannya dengan comforter tebal itu.
            Kedengaran pintu utama diketuk bertalu-talu.Atul mula cuak.Ya Allah,selamatkanlah hamba-Mu ini Ya Allah.Setelah sekian lama,ketukan itu berhenti. Atul mengeluh lega namun tidak lama apabila kedengaran pintu utama dibuka. Dia mula mengigil.Pintu biliknya dipulas dari luar.Atul memejamkan mata,pasrah dengan apa yang akan terjadi.
            “Atul,”kedengaran suara garau.Ya,suara yang dia sungguh rindu,yang menemani lenanya selama di sini.Atul membuka mata,melihat Adam di muka pintu dengan raincoat yang sudah lencun.Mendepangkan tangan.Atul bangun dari pembaringannya meluru ke dalam pelulan Adam.Sungguh rindu dan cinta untuk Adam menggunung tinggi.Tiddak mampu ditahan lagi.


            “Macamana abang boleh tahu Atul ada kat sini?”tanya Atul.Adam hanya tersenyum.Dia mengelus-elus rambut Atul yang meletakkan kepalanya di atas dadanya.
            “Macam orang gila tau abang cari Atul selama ni lepas tu baru abang teringat yang abang Atul dulu ada cerita kat abang pasal rumah ni.Dia ada bagi abang kunci pendua,senang urusan katanya.Terus abang datang sini sebab abang yakin yang Atul akan ada kat sini,”Adam menghadiahkan sebuah kucupan di pipi isterinya.Dia rindukan isterinya separuh mati.
            “Tapi abang,kenapa abang cari Atul lagi.Kan abang dah ada Ain,”Atul cuba menahan pilu saat meluahkan kata-kata itu.
            “Adam tersentak dengan kata-kata Atul. “Atul,dalam hati abang ni tak pernah ada orang lain selain Atul tau.Abang Cuma cintakan Atul.Mungkin Atul ternampak abang dengan Ain kat Alamanda haritu kan? Sebenarnya abang ada kerja kat situ,tapi tahu jelah budak Ain tu,gedik tak bertempat.Duk pegang-pegang abang,padahal dah jenuh abang tepis,”bersungguh-sungguh Adam bercerita.Hampir tergelak Atul mendengar penjelasan ditambah sedikit rungutan daripada suaminya itu.Dia menjeling muka cemberut suaminya.Ahh..dia rindukan manusia yang di sebelahnya ini. Atul tersenyum lebar,dia mendekatkan wajahnya ke wajah Adam.Dia mahu melepaskan rindu itu.  Senyuman di wajah Adam semakin melebar,hilang sudah wajah cemberutnya, mengeratkan lagi pelukan di pinggang isteri kesayangannya.


            “Atul,jangan main panas.Masuk dalam ni.Hish budak ni,bukan nak dengar kata,”bebel Puan Saffiyah.Atul hanya tersenyum mendengar bebelan ibu mertuanya. Dia bahagia kini,dengan cinta Adam yang tidak berbelah bagi dan juga dengan layanan ibu mertuanya yang 360 darjah berubah setelah tahu dia mengandung.Kini kandungan dia sudahpun mencecah 9 bulan.Hanya menunggu masa sahaja untuk melahirkan.
            “Mak,Atul nak naik mandi jap ye.Nanti Atul turun makan,”Puan Saffiyah hanya menggeleng melihat menantunya yang sedang mendaki tangga dengan perut yang memboyot.Terima kasih Ya Allah kerana mendengar doa hamba-Mu ini.
            Pancuran air mengenai tubuhnya melegakan badannya yang terasa melekit. Bilalah Adam nak balik.Rindu sungguh dia dengan suaminya itu. Tiba-tiba perutnya terasa sakit.Dia menarik nafas perlahan-lahan,kesakitan itu hilang. Cepat-cepat Atul keluar dari bilik mandi,mengelap tubuhnya dengan tuala.Kesakitan itu datang dan pergi. Dia mengira dalam hati,kesakitan itu datang lima minit sekali dan kini kesakitan itu menjadi tiga minit sekali. Dia tahu kini sudah tiba masanya untuk melahirkan anak di dalam kandungan itu.Dia cepat-cepat menyarungkan baju ke tubuhnya.
            “Mak,mak..”Atul memanggil dari atas tangga.Puan Saffiyah terjengul dengan tangan masih lagi bersisa dengan nasi.Begitu juga dengan Encik Hakim dan Sarah.
            “Kenapa ni Atul,”Puan Saffiyah mendekati Atul yang berwajah cemas sambil memegang perutnya.
            “Mak,Atul rasa Atul dah nak bersalin mak.”terbuntang mata Puan Saffiyah melihat baju yang dipakai oleh Atul sudahpun dibasahi dengan air ketuban.
            “Ya Allah bang.Dah sampai masa Atul nak beranak ni.Cepat bang sediakan kereta!”Puan Saffiyah dan Sarah terkocoh-kocoh memapah Atul menuruni tangga manakala Encik Hakim menunggu di dalam kereta.


            “Terima kasih Atul hadiahkan mak cucu yang comel ni. Kembar pula tu,” Puan Safiyyah menghadiahkan satu kucupan kasih di dahi Atul.Atul hanya tersenyum.Puan Saffiyah dan Sarah keluar dari bilik itu.Mahu membeli makan katanya.Atul tersenyum melihat anak-anaknya di dalam peti bayi disebelahnya. Mohammad Adam Haikal dan Mohammad Adam Hakim menjadi nama pilihan Adam dan juga Puan Saffiyah. Walaupun terpaksa dibedah kerana tidak mampu melahirkan secara normal,namun semua kesakitan itu terasa amat berbaloi apabila melihat wajah-wajah comel anaknya.Persis suaminya,Adam.Tidak sabar dia menunggu Adam yang akan pulang malam ini.Atul cuba bangun dari baringnya,mahu ke tandas tetapi entah di mana silapnya dia tergelincir lalu terjatuh.
            “Allah,”hanya itu yang mampu diungkapkan.Kesakitan mula menjalar di segenap tubuhnya.Atul memegang perutnya yang berjahit,terasa cecair pekat mengalir dari jahitan itu.Ya Allah! Darah! Adam Haikal,Adam Hakim,menangislah sayang. Biar orang di luar tahu ibumu ini kesakitan. Namun bayi-bayi yang suci itu yang baru sahaja mengenal dunia masih lena kesedapan apabila melalui perjalanan yang panjang. Atul semakin lemah,darah yang membuak dari jahitan di perutnya semakin banyak.Dunia mula kelam.
            “Atul!!!!” hanya suara garau itu yang sempat menerjah di pendengarannya  sebelum pandangannya gelap sepenuhnya.


            Adam berteleku di sisi pusara itu.Dia menadah tangan mendoakan arwah yang telah pergi. Selesai mengaminkan doa,dia kembali berteleku.Sesekali dia menguis dedaun kemboja kering yang dibawa angin. “Rul,terima kasih kerana menemukan aku dengan adikmu Rul.Aku bahagia kini.Jika bukan kau yang beria-ia mahu menjodohkan aku dengan adikmu,mungkin aku tak akan sebahagia ini.” Dia menarik nafas panjang. Memandang baru nisan yang terukir nama ‘Mohhammad Khairul bin Azhar’. “Terima kasih Rul,aku doakan kau akan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman di sisi-Nya.”
            “Abang,”satu suara menegurnya dari belakang.Adam menoleh dan tersenyum melihat Atul yang mendukung Muhammad Adam Hakim. Adam bangkit dari duduk, menggulung tikar dan menuju ka arah isterinya. Ya Allah,aku bersyukur pada-Mu Ya Allah kerana masih memanjangkan umur isteriku dan masih memberi peluang untuk aku meneruskan sisa hidup ini bersama Atul dan anak-anakku yang dianugerahkan oleh-Mu.Syukur Alhamdulillah pada-Mu Ya Allah atas nikmat yang Engkau berikan.Sesungguhnya aku lemah tanpa cinta dari-Mu dan juga tanpa cinta dari isteri dan anak-anakku.Adam memeluk pinggang isterinya dang mengucup pipi Muhammad Adam Hakim dan bersama-sama beredar dari Tanah Perkuburan Islam Bachok.

P/S: ini adalah percubaan saya yang pertama.Semoga kawan-kawan terhibur membaca nukilan saya yang tak seberapa ini.Sebarang komen yang membina sangat diharapkan dan jutaan terima kasih kerana sudi membaca hasil nukilan saya ini.Selepas dipublish dalam P2U ramai kata saya ciplak karya orang dalam novel.Saya pergi search novel tu pastu jumpalah novel yang dimaksudkan. Tapi dalam novel tu sad ending. Tak perlah,kiranya ni saya buat yang Happy endinglah kirenyer ye.. -AinaLisa- ^_^

Comments

Popular posts from this blog

KAU CINTA PERTAMA DAN TERAKHIR

Seketika Cuma

CINTA SANG PENGEMIS BAH. 1