Cinta Dari Cermin

Dia merenung cermin itu.
Kemanakah dia? Tidak sudikah dia berbicara dengannya? Keluhan yang entah ke
berapa kalinya dilemparkan,letih sudah matanya setia merenung cermin itu.
Menunggu insan yang dirasakan istimewa buatnya.Walaupun sudah banyak kali dia
ceritakan pada semua orang,malah keluarganya sendiri tapi mereka lansung tidak
percaya malah dia dikatakan tidak waras,terlalu berimaginasi. Matanya semakin
memberat,angin malam yang meneroboh masuk melalui kerisi tingkap membuatkan
matanya semakin memberat. Akhirnya dia terlelap di sisi cermin bulat itu.
Sentuhan lembut bayu di
rambutnya sungguh mengasyikkan. Terbuai seketika sebelum matanya mula terbuka
taktala menyedari hanya dia seorang dalam bilik itu. “Aimia,” gemersik suara lelaki memenuhi ruang
pendengarannya.Aimia tersenyum.
“Suka sangat ye usik orang?”marahnya
dalam gurau. Lelaki itu terseyum cuma.
“Alah,sekali sekala nak usik
Aimia apa salahnya,”jawab lelaki itu dengan senyuman yang tidak lekang dari
bibir.
“Semalam awak pergi mana?
Lama Aimia tunggu,”rajuknya. Lebih dua jam dia tunggu lelaki itu.
“Maaflah,saya terpaksa
berjumpa dengan ayahanda saya. Tak lama lagi peperangan akan tercetus di negara
kami. Kami harus susun strategi untuk mengelak serangan pihak musuh dan juga
bagaimana untuk mengelakkan dari ditawan,”Aimia mengangguk.Ada sedikit risau
tumbuh di dalam hatinya buat lelaki itu. Perang? Macamana kalau ada sesuatu
yang terjadi kepada lelaki ini?
“Janganlah risau,In sya allah
tak ada apa-apa yang berlaku kalau kita percaya kita di pihak yang benar. Mesti
Aimia risaukan saya?” serkap jarang lelaki itu mengena. Dia tersipu malu namun
tetap mengangguk. “Terima kasih sebab risaukan saya,Aimia tak sekolah ke
esok?”tanya lelaki itu lagi. Dia merenung jam di dinding yang mana menunjukkan pukul 6 pagi.
“Sekolah.Saya nak mandi dan
solat dulu ye,”pintanya. Lelaki itu mengangguk. “Leanisi,” ucap Aimia.
“Leanisi so aer,”balas
lelaki itu sambil tersenyum sebelum hilang dari permukaan cermin. Lelaki itulah
yang mengajarnya perkataan itu.Katanya ‘leanisi’ itu bermaksud selamat tinggal
dan ‘leanisi so aer’ tu selamat tinggal juga. Entahlah,itulah kali pertama dia
mendengar perkataan yang sangat pelik.Aimia bingkas bangun dari katilnya dan masuk
ke dalam bilik mandi.
************************************************************************************************
“Weh,nerd.”terasa
kepalanya ditunjal.Aimia mengangkat kepalanya dari menatap buku di tangan. Tiga
orang budak lelaki berdiri di hadapannya. “Gi belikan aku nasi bungkus kat
kantin,”kata seorang budak lelaki yang paling tinggi antara mereka dan juga
yang paling hadsome.Kononnyalah....
“Tapi
sekarang ni bukan waktu rehat.Nanti kena tangkap dengan cikgu disiplin,”jawab Aimia
perlahan. Dia bencikan budak-budak lelaki yang berdiri di hadapannya sekarang
ini. Amirul, Fariz dan Syazwan yang selalu menjadikan dirinya sebagai bahan
buli.Namun antara mereka bertiga,Syazwanlah yang paling teruk membulinya. Harap
muka je handsome.
Aimia
memejamkan mata saat Syazwan mendekatkan muka ke mukanya. “Ada aku kisah? Tu
kau punya pasal,sekarang ni aku cuma nak nasi bungkus ada atas meja aku dalam
masa 3 minit kalau tak kau tahulah apa akan jadi dengan buku-buku kau yang kau
sayang sangat tu,”bisik Syazwan perlahan di telinga Aimia. Jantungnya berdebar
hebat. Terbayang di matanya beg sekolah dan juga semua barang-barangnya di
dalam lubang tandas sekolah seperti dulu. Tidak! Dia tidak mahu perkara itu
berulang kembali.Segera dia bingkas bangun dan keluar dari kelas.Terasa mahu
jatuh air matanya saat telinganya menangkap derai tawa mereka bertiga dan yang
paling pedih,bercampur dengan ketawa rakan-rakan sekelasnya yang sememangnya
suka melihat dia dibuli.
Mata
bundarnya yang terlindung di sebalik cermin mata berbingkai tebal itu meliar
melihat sekeliling.Jantungnya berdebar hebat. Janganlah aku kena tangkap kali
ni,aku tak nak buku-buku aku jadi mangsa. “Aimia!” suara garau yang
memanggilnya kuat serta merta menghentikan langkah kakinya yang kelam kabut.
Aduh! Masak aku!
“Ye
Cikgu Zul,”jawab Aimia tanpa berpaling kerana dia tahu cikgu itu sudahpun ada
di belakangnya.
“Awak
tahukan sekarang ni bukan waktu rehat?”tanya cikgu itu yang sudahpun berada di
hadapannya kini,berdiri dengan rotan panjang di tangan. Aimia mengangguk
perlahan,peluh dingin mula turun di dahi.Maaf cikgu,bukan saya sengaja keluar
sebelum masanya.
“Adu,dah
banyak kali saya tangkap awak. Ni dah masuk kali ke lima belas tahu tak? Ni
mesti kerja Syazwan lagi kan?”Aimia mengangguk lagi. Dia mengangkat
kepala,memandang wajah guru muda di hadapannya yang sedang memicit kepala.
“Saya
rasa kita kena bincang pasal ni. Datang bilik saya lepas tamat waktu
persekolahan,”katanya sambil berlalu pergi.Aimia menarik nafas lega sebelum
memecut ke kelasnya.
************************************************************************************************
“Lepas
tu cikgu tu denda apa kat Aimia?”tanya lelaki itu berminat.
“Saya
suruh dia faham situasi saya lagipun kalau boleh perkara kecil macam ni tak
perlulah dibesarkan nanti jadi benda lain pula.Lagipun Syazwan tu anak orang
berpengaruh.Banyak yang dia boleh buat tanpa boleh disekat,” jawab Aimia.
Lelaki di dalam cermin itu mengangguk faham.Aimia merenung wajah lelaki itu
yang kacak,sesuai dengan statusnya sebagai putera mahkota. Terimbau kembali
bagaimana mereka boleh bertemu.
************************************************************************************************
TIGA BULAN LEPAS:
“Aimia
kena pindah minggu depan. Papa dah aturkan semuanya,”kata papanya ketika mereka
sekeluarga makan malam.
“Kenapa
pa? Aimia ada buat salah ke?”air mata sudah bergenang di pelupuk mata. Papanya
mula berubah 360 darjah selepas kematian ibunya yang mana juga merupakan isteri
kedua. Selepas ibunya meninggal,dia dibawa ke rumah papanya di mana isteri
pertama dan juga empat orang adik-beradik tirinya tinggal.
“Ini
untuk kebaikan kamu juga. End of discussion.”jawab papanya tegas.Aimia hanya
tunduk menyuap nasi,dia perasan senyuman di wajah adik-beradik tirinya. Dia
sudah agak perkara begini akan terjadi kerana dia tahu kehadirannya di dalam
keluarga itu tidak disenangi.Cuma lambat atau cepat sahaja.
Seminggu
selepas itu dia dihantar bersekolah di tempat yang dia juga tidak tahu. Dia
tinggal bersama pembantu rumah,Mak Cik Nah dan tukang kebun juga merangkap
pemandu,Pak Cik Lan yang diupah papanya di sebuah rumah batu sederhana besar.
Pak Cik Lan dan Mak Cik Nah yang mana juga sepasang suami isteri sudah dia
anggap sebagai ahli keluarganya sendiri dan dia bersyukur kerana mereka
melayannya dengan baik.
Kehidupannya hanyalah
bertemankan kesunyian kerana tiada sesiapa yang tinggal di kawasan itu kecuali
satu kilometer jarak dari rumah yang dihuninya. Mak Cik Nah pula selalu sakit-sakit
disebabkan keuzuran dan akan masuk berehat awal. Namun semua itu berubah pada
suatu malam apabila dia secara tidak sengaja terjumpa cermin bulat itu di bawah
katilnya ketika mengemas bilik.
“Cermin datang dari mana ni?
Tak pernah pulak aku jumpa,”Aimia mengambil cermin bulat yang berukir cantik
itu. Dia meletakkan di atas meja sebelum kemabli mengemas biliknya yang masih
berhabuk dan bersepah.
Aimia
mengelap rambutnya yang masih basah.Terasa lega setelah dapat membersihkan
badan yang melekit dengan peluh dan habuk-habuk. Dia mencapai cermin yang
berukir cantik yang dia jumpa dibawah katilnya itu tadi sebelum menghempaskan
diri ke atas katil. Diperhatikan ukiran di belakang cermin itu, ukiran yang
sangat teliti,cantik dan kreatif. Tak pernah lagi dia jumpa ukiran secantik
itu.
“Azbha
kher..”terdengar suara lelaki. Cermin di tangan terlucut dari pegangan. Bulu
roma mula meremang.
“Siapa
tu?”tanya Aimia. Dia memeluk lutut. Menutup mata.
“Adsah jukher thir diquw
mit,”sekali lagi suara itu berbunyi. Seakan menjawab pertanyaan Aimia. Aimia
memejam mata serapatnya.Sungguh saat ini terasa seperti mahu pecah jantungnya.
“Jangan kacau aku.Aku tak
buat apa-apa pun kat kau!Pergi main jauh-jauh!” dia mula menangis ketakutan.Inilah
kali pertama dia berhadapan dengan situasi yang begini.Biasanya dia cuma baca
dalam buku sahaja.
“Aimia,jangan
takut. Saya tak akan apa-apakan awak. Saya cuma mahu berkawan sahaja,”suara
yang sama namun sekarang sudah bertukar bahasa percakapannya.
“Kau
sapa? Aku kurus je. Tak cukup darah nak bagi kau! Kau gi lah cari orang
lain!”masih mahu menjawab walaupun dalam esak tangis. Semakin meremang bulu
romanya apabila suara itu ketawa.
“Aimia,saya
mana ada nak hisap darah awak.Saya makan ayam dengan kambing je,tu pun yang dah
dimasak. Jangan takut ye,saya Cuma nak berkawan dengan awak je. Cuba awak ambil
cermin ni.” Dengan keberanian yang sememangnya di tahap yang paling rendah,dia
mencapai cermin itu yang terlungkup tidak jauh darinya.
“Haaa.....!!”sergah
lelaki itu bila sahaja Aimia membalikkan cermin.
“Kyaaaaa!!!!”lantang
jeritan Aimia.Cepat sahaja tangannya mencapai selimut dan menyelubungkan
badannya.Air mata mula merembes keluar.Ibu,tolong Aimia bu!
“Aimia...maaf,saya
bergurau sahaja,”Aimia dapat mengesan nada bersalah dalam ayat yang diutarakan
oleh suara itu. Dia mengintai di sebalik selimut yang membalutnya hingga ke
kepala. Wajah seorang lelaki dengan muka
bersalah jelas di dalam cermin bulat itu. Dia perlahan-lahan mengapai cermin
itu.
“Tengok,saya
bukan hantu. Manusia biasa je,”kata lelaki itu. Aimia merenung cermin itu tak
percaya.Menggosok matanya,mencubit pipi. Sakit! Memang dia bukan berkhayal.
“Macamana
awak boleh ada dalam ni? Lagi satu,awak ni apa? Macamana awak boleh cakap
bahasa saya? Awak memang tak makan orang kan? Awak masuk macamana dalam cermin
ni?”macam bertih jagung soalan yang keluar dari mulut Aimia.
Lelaki
itu tergelak. “Itu sudah lebih dari satu. Saya jawab satu persatu ye
soalan-soalan awak tu. Saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya bukan apa tapi
siapa. Nama saya Edward Loiser Hugrew. Saya putera mahkota negara yang diberi
nama Fertisinto Alexandrian. Saya diberi kelebihan oleh Allah Yang Maha Besar
mampu berbicara dalam pelbagai bahasa seperti sekarang ini. Saya makan ayam
panggang,saya tak makan orang,”jawab lelaki itu sambil tergelak kecil. “Saya
pun tak tahu macam mana saya boleh masuk dalam cermin ni tapi saya rasa saya
bukan masuk dalam cermin ini tapi lebih kepada saya boleh nampak awak di sana
dan awak boleh nampak saya di sini,”Aimia terkejut mendengar celoteh lelaki itu
yang agak panjang.
“Kejap,awak kata tadi Allah Yang Maha
Besar?”rasanya dia tidak salah dengar lelaki itu menyebut nama Allah Pencipta
Sekalian Alam itu.
“Ya.Kenapa?
Salah ke kalau saya memuji Tuhan sekalian alam itu?”ada kerutan di dahi lelaki
itu.
“Bukan,maafkan
saya.Awak ni orang Islam?”tanya Aimia.
“Ya
saya. Saya beragama Islam dan kita berdua adalah saudara sesama Islam. Apa kata
kalau Aimia ceritakan sedikit tentang diri Aimia?”pinta lelaki itu. Aimia
mengangguk dan tersenyum.Mungkin tidak salah untuknya berkawan dengan orang
dalam cermin ini.Semenjak itu banyak yang dia kongsi bersama lelaki itu,tentang
keluarganya dan juga kehidupan seharian. Walaupun lelaki itu tidak boleh dia
capai namun sekurang-kurangnya dia ada kawan untuk berbicara,berkongsi perasaan,meluahkan
rasa dan yang paling dia terharu lelaki itu sememangnya seorang pendengar yang
baik.Mungkinkah Allah menghantar insan ini untuknya?
************************************************************************************************
Aimia
membimbit beg-beg plastik itu,ke sana dan ke sini mengikut sekumpulan manusia
yang sedang berjalan di hadapannya. Sekali sekala tangan kurusnya mengesat
peluh di dahi. “Dah letih ke? Baru sejam kitorang bershopping, takkanlah dah
letih?”tanya Syazwan apabila melihat muka monyok gadis itu.
“Be
strong nerdy. Ada banyak lagi tempat yang kita akan jelajah,” sahut Amy,merangkap
teman wanita Syazwan disambut oleh ketawa beberapa rakannya yang turut sama
sertai mereka membeli-belah. Itupun dia sendiri yang mengelarkan dirinya tetapi tidak pula diiyakan oleh Syazwan.
“Dah,kau
duduk sini dulu aku nak masuk dalam tengok baju,”arah Sayzwan sambil
menunjukkan ke arah bangku berdekatan sebelum dia dan Amy serta rakan-rakannya
masuk ke dalam meninjau apa yang menarik di dalam butik itu dan Syazwan
menghilang entah ke mana.
Aimia melepaskan
lelahnya. Sungguh dia terpaksa buat semua ini. Bukan dia tidak melawan namun
sudah pernah dia cuba melawan namun pengakhiran yang ngeri akan menjadi kesudahannya.
“Nah!” terdengar suara Syazwan. Aimia mendongak dan melihat Syazwan
menghulurkan sebotol air mineral padanya.
“Tak
apalah,aku tak dahaga pun,”sengaja mencipta alasan walaupun tika ini tekaknya
sudah perit terasa.
“Ambil
jelah dah aku belikan ni.”meninggi suara Syazwan. Dalam diam dia tersenyum
kecil melihat kedegilan Aimia. Aimia perlahan menyambut huluran Syazwan dan
menundukkan kepalanya hingga menjatuhkan urai rambut yang memang sengaja
dibiarkan lepas. Tidak sengaja juga sebenarnya tapi tidak sempat nak diikat
bila hon kereta Syazwan yang sengaja ditekan berulang kali di depan rumahnya
menyuruhnya turun secepat mungkin membuatkan dia tergopah-gapah bersiap-siap.
“Kau ni
tolonglah ikat rambut. Dah macam pontianak aku tengok!”tangan Syazwan menyelak
rambut Aimia dan menyelitkan ke belakang telinga. Aimia tergamam,tidak pernah
selama ini Syazwan bertindak sebegini terhadapnya,tidak pernah menyentuhnya
Cuma sekali sekala kepalanya akan ditunjal. Mata bertemu mata,debaran di dada Syazwan
menjadi semakin menggila. Sungguh dia tak sangka tangannya boleh ringan
bertindak begitu. Cepat dia menarik
tangannya dan beredar masuk ke dalam butik di mana Amy dan kawan-kawannya
sedang memilih baju. Aimia hanya memandang kosong ke arah Syazwan yang sudahpun
beradar ke dalam butik itu. “Buang tebiatlah tu,”gumamnya perlahan.
***********************************************************************************************
“Aimia,tengok
apa tu?”tegur suara itu. Aimia masih menatap lama kad berwarna kuning cair itu.
“Undangan ke majlis sambutan ulang tahun kelahiran ke-17 Amy Farhana bt Dato’
Fahril.”kata Aimia perlahan. Kad itu diterimanya daripada Amy ketika mereka
menghantarnya ke rumah.
“Bila
tu?”tanya Edward.
“Esok,”jawab
Aimia perlahan. Sama dengan tarikh hari lahirnya. Tak sangka sungguh tapi jika
dulu,dia akan menyambut hari lahirnya dengan melawat pusara ibunya namun tahun
ini tiada lagi agenda itu.Dia mengeluh perlahan. Berat hatinya mahu ke majlis
itu tapi dia tahu jika dia tidak pergi,perkara akan menjadi semakin kusut.
Mungkin kejadian buli ini akan menjadi semakin teruk.
“Aimia
nak pergi ke?”tanya Edward. Jelas di pancainderanya akan keresahan di wajah Aimia.
“Entahlah
awak. Saya rasa berat hati mahu pergi tapi kalau saya tak pergi mesti diorang
marah,”sekali lagi keluhan dilepaskan.
“Aimia,kalau
boleh janganlah pergi. Bukan sengaja saya mahu menghalang tapi saya rasa tak
sedap hatilah,”ujar Edward. Hatinya terasa lain macam dengan undangan yang
penuh dengan syak wasangka itu. Siapa tahu mungkin mereka merancang sesuatu
terhadap Aimia. Dia tidak mahu lagi melihat Aimia berendam air mata.
“Tak
apalah Edward. Mungkin kita fikir terlalu banyak sedangkan mereka sememangnya ikhlas
mnejemput saya ke majlis tu,”kata Aimia mengakhiri perbualan mereka kerana Aimia
selepas itu terus sahaja berbaring di katil dan terlelap dek kerana ‘tugas’nya
bersama Syazwan dan kawan-kawannya tadi.
Jam sudahpun menunjukkan
angka 8. Dia keluar dari kereta dan selepas mengucapkan terima kasih kepada Pak
Cik Lan,dia melangkah perlahan-lahan ke banglo tiga tingkat itu yang gamat
dengan bunyi lagu dan suara orang.Pintu utama dipulas perlahan,dia sangat
janggal berada di situ walaupun rumah itu setanding dengan rumah papanya di
Kuala Lumpur.
“Ha...tengok
semua! Guys,our main character is here!!”dia disambut dengan suara kuat Amy
yang kemudiannya disusuli dengan nyanyian beramai-ramai lagu hari jadi dan
lampu dimalapkan.
“Happy
birthday to you,happy birthday to you,happy birthday to Aimia,” kedengaran
suara rakan-rakan sekelasnya dan juga tetamu-tetamu lain yang turut hadir
menyanyikan lagu untuknya. Buat seketika dia terasa dihargai. Adakah mereka
sudahpun mula menerima dia? Sedang asyik dia berteka-teki sendiri Amy dan
kawan-kawannya menarik tangannya ke sebiji kek yang sederhana besar di ruang
tengah. Disebabkan lampu yang malap,dia tidak nampak bagaimana dan apakah yang
menjadi hiasan kek namun yang dia tahu kek itu cantik dengan penuh hiasan
seperti blueberry di atasnya.
“Make a
wish sayang,”bisik Amy di telinganya dan dia tersenyum kecil. Amy
bersama-samanya memegang pisau pemotong kek dan memotong kek itu. Amy mengambil
secebis kek yang telah dipotong dan mahu menyuapkan ke mulut Aimia sebelum dia
menangkap perhiasan di atas kek yang seakan bergerak dan sebelum kek itu sampai
ke mulutnya akhirnya Aimia perasan yang semua hiasan di atas kek itu adalah
anak-anak katak yang mungkin berpuluh-puluh atau ratusan ekor! Aimia melarikan
mukanya apabila kek itu semakin hampir dengan mulutnya.
“Pegang
dia!”arah Amy dan dua orang kawannya memegang tangannya namun dia meronta-ronta
dan terlepas dari gengaman mereka. “Apa salah aku sampai kau buat aku macam
ni?”jeritnya. Dia sudah letih dilayan seperti sampah. Dia mahu tahu kenapa mereka
begitu membencinya.
“Kehadiran
kau kat sini tak diperlukan! Kau tu jijik! Anak buangan,anak luar nikah! Kami
jijik untuk bernafas seudara dengan kau! Ada hati kau nak rampas Syazwan dari
aku? Kau ingat aku tak nampak apa yang kau buat kat dia kat mall semalam? Dasar
perempuan sundal! Baik kau pergi mampus sama macam mak kau yang sundal tu!”kata
Amy lantang namun terdiam bila pipinya terasa pijar.
“Kau
boleh kata macam-macam kat aku tapi jangan sekali-kali kau hina mak aku!!”keras
suara Aimia bergema di dalam rumah besar itu.Air jernih mula mengalir deras
dari matanya. Amy memegang pipinya yang pijar dan memandang semua para hadirin
yang senyap tidak terkutik apabila pipi tuan rumah ditampar. Terasa jatuh air
mukanya apabila ditampar oleh perempuan murahan seperti Aimia.
“Kau
memang jalang!”kek di atas meja diambil dan dilempar ke atas kepala Aimia.
Kawan-kawan Amy membongkok mengambil sesuatu di bawah meja dan beberapa saat
kemudian tetamu-tetamu perempuan menjerit apabila ratusan ekor anak katak
menyimbah badan Aimia.
“Ini
yang kau dapat sebab bermain api dengan aku!”kata Amy angkuh. Dia ketawa puas
melihat Aimia yang terkaku dengan rambut dan baju penuh dengan anak-anak katak
yang masih hidup.
“Ya
Allah! Apa yang dah jadi ni??”kuat suara Syazwan kedengaran. Aimia yang
menunduk masih mampu menangkap susuk tubuh Syazwan di celah-celah orang
ramai.Mungkin baru sahaja tiba kerana terdapat sebungkus hadiah di tangannya.
“Sayang,
I dah punish orang yang cuba nak goda U”kata Amy manja sambil memeluk lengan Syazwan.
“Apa
yang U mengarutkan ni Amy! Get into your right mind! Tapi kali ni U dah
melampui batas Amy!”jaket di tubuh dibuka dan diletakkan di atas bahu Aimia yang
masih berdiri kaku di situ dan membawa Aimia dari rumah itu.
************************************************************************************************
“Aku
minta maaf dengan kelakuan Amy yang dah melampau.” Suara Syazwan setelah lama
menyepi di dalam kereta itu. Aimia hanya diam dan membuang anak-anak katak yang
masih melekat di baju dan rambutnya. Nasib baik dia bukanlah jenis penggeli
jika tidak mesti dia sudah pengsan ketika dia disimbah dengan anak-anak katak
yang tidak bersalah.
Mereka
tiba tidak lama kemudian di rumah Aimia dan sebelum masuk ke dalam rumah,Aimia
mengeluarkan beberapa not RM50 dan diletakkan di atas dashboard kereta. “Untuk
cuci kusyen kereta kau yang mahal ni.Thanks tumpangkan aku,” sempat dia
bersuara sebelum menonong masuk ke dalam rumah dan sebelum sempat Syazwan
membantah.
Dia mengelap air mata yang
jatuh menuruni pipinya. “Aimia,janganlah nangis. Kalau Aimia macam ni,saya pun
rasa sedih juga,”kata Edward.Dia terkejut apabila mendengar esakan Aimia dan
dengan keadaan Aimia yang basah kuyup.
“Saya
letih Edward hidup macam ni.Dipinggirkan oleh keluarga,dibenci oleh rakan-rakan.
Apa salah saya? Saya Cuma mahu ada kawan,saya juga mahu rasa diperlukan. Bukan
dilayan macam sampah,”air mata yang tadinya kering kembali berlinangan. Sungguh
dia sudah tidak tahan dengan layanan kawan-kawannya yang membulinya.
“Aimia kenalah kuat. Aimia
kan tabah.Jangan macam ni,Aimia yang saya kenal bukan yang jenis mudah
mengalah,”pujuk Edward.Luluh hatinya mendengar esak tangis Aimia.
“”Mungkin lagi bagus kalau
saya tidak wujud di bumi ni,”rungut Aimia.
“Astaghfirullah,apa
yang Aimia cakap ni? Jangan jadi orang yang tidak ada iman. Sesedih manapun
kita,kita kena ingat yang Allah sentiasa ada di sisi kita.”nasihat Edward.
“Aimia
dah tak tahan Edward.Apa salah Aimia hingga orang layan Aimia macam sampah? Aimia
pun nak juga orang sayang Aimia,macam arwah mak Aimia.” Esak tangisnya kembali
kedengaran.
“Edward
sayang Aimia. Semenjak kali pertama Edward bersua Aimia,Edward sudah jatuh hati
pada Aimia,”luah Edward tiba-tiba.
“Dahlah Edward.Kalau
nak pujuk saya pun janganlah menipu,”kata Aimia. Dia tidak mahu Edward
berpura-pura semata-mata mahu meredakan perasaan sedihnya.
“Tidak Aimia.Saya
tak tipu. Kan saya ada ajar,leanisi tu maksud dia selamat tinggal tapi
sebenarnya lenaisi tu maksudnya saya cintakan awak dan leanisi so er tu
maksudnya saya juga cintakan awak,”kata Edward. Membulat mata Aimia
mendengarnya.Jadi selama ni dia duk cakap saya cintakan awaklah kat Edward?
“Kenapa
tipu?”tanya Aimia.Sedih di hatinya sudah berkurangan. Air matanya juga sudah
kering.Ahh..sememangnya dapat berborak dengan Edward menghilangkan segala resah
di hatinya.
“Sebab
saya tahu Aimia tak akan cintakan saya.Lagipun saya ni makhluk asing yang
datang entah dari mana,”muka putera kacak itu bertukar mendung.
“Sebenarnya
saya memang sukakan Edward tetapi saya tahu kita tak akan mungkin bersatu. Sebab
tu saya tak berani nak luahkan,”kata Aimia.
“Betul
ke? Jadi selama ni saya tak bertepuk sebelah tanganlah?”suara itu sudahpun
bertukar ceria. “Sudikah Aimia menjadi isteri saya?”tanya Edward tiba-tiba.
Aimia
hanya terkebil-kebil.Terkejut dengan pertanyaan Edward yang tiba-tiba. “Awak
serius ke ni?” dia masih tidak percaya.
“Ya,saya
serius.”sungguh-sungguh Edward menjawab. Dia juga jika boleh tidak mahu Aimia
jatuh ke tangan orang lain.
“Mana
mungkin kita bersatu,”keluh Aimia.
“Ada
caranya Aimia. Setiap sesuatu akan ada penyelesiannya. Hanya bergantung pada
kerelaan hati kita sahaja,”tenang Edward menutur kata.
“Awak
bagilah masa pada saya. Nanti saya fikirkan,”kata Aimia sebelum meletakkan
cermin itu ke dalam laci. Edward hanya mampu mengeluh. Dia tahu semua ini
terlalu tiba-tiba tetapi dia hanya tidak mahu Aimia menderita lagi.
Dia ke
sekolah seperti biasa dan matanya menangkap sekumpulan manusia berkerumun di
papan kenyataan. Dia juga turut menghampiri tempat itu,manalah tahu jika ada
berita penting yang disampaikan oleh pihak sekolah. Jantungnya seakan terhenti
saat melihat papan kenyataan itu,yang penuh dengan gambarnya berlumuran kek dan
katak. Mukanya yang penuh dengan krim dan muka-muka orang sekelilingnya yang
mengetawakannya.
“Eh,tu
la budak dalam gambar tu.”bisik seorang pelajar pada kawannya yang perasan akan
kehadirannya di situ. Pelajar-pelajar lain juga turut berpaling dan
berbisik-bisik antara mereka. Ada yang ketawa sinis,ada yang membuat muka
simpati. Dia berlari ke kelas dan di kelas,gambarnya penuh bergantungan di
papan hitam. Gambarnya yang bermandikan kek dan anak-anak katak.Dia melihat
senyuman sinis di wajah rakan-rakan sekelasnya terutamanya Amy dan rakan-rakan
seperjuagannya. Air mata mula menuruni pipinya namun dia tahu tiada sesiapa pun
yang akan bersimpati padanya. Dia tidak diperlukan di sini.
Aimai
berlari keluar dari kelas dan berlari ke pintu pagar sekolah. “Eh,dik. Adik tak
boleh keluar,”jerit pengawas yang bertugas menjaga pintu pagar namun Aimia
tidak menghiraukannya. Biarlah dia pergi dari sini jika itu yang semua orang
mahu. Dia terus berlari sebelum tiba-tiba kedengaran brek dari depan dan dia
jatuh di atas jalan raya yang tajam itu. Kedengaran juga pintu kereta di buka.
“Aimia,kenapa
ni? Kenapa kau berlari tengah-tengah jalan ni?”tanya Syazwan. Dia membrek
secara mengejut apabila tiba-tiba sahaja Aimia muncul di sebalik selekoh.Nasib
baik Aimia tidak apa-apa.
Aimia
memberikan bangun dan memandang muka Syazwan tajam. “Kalau semua ni bukan
disebabkan kau,semua ni tak akan terjadi! Kenapa mesti kau layan aku macam ni?
Apa salah aku kat kau?”tanya Aimia lantang sambil mencekak leher baju Syazwan. Syazwan
terpingga-pingga.
“Apa
maksud kau ni?”tanyanya balik. Mungkin Amy sudah terlampau pada malam itu
tetapi itu semua bukan salah dia. Dia juga lansung tidak tahu menahu tentang
perancangan Amy mahu mengenakan Aimia.
“Dahlah,kalau
aku hilang dari dunia ni baru kau puas hati kan?”kata Aimia sebelum berlalu
dari situ dengan esak tangis yang semakin kuat meninggalkan Syazwan yang
terpingga-pingga.
Sampai
sahaja di rumah Aimia terus sahaja menerpa ke dalam biliknya dan membuka laci
dan mencapai cermin bulat itu. “Edward,”serunya dalam esak tangis. Beberapa
saat kemudian Edward muncul di cermin itu.
“Aimia,kenapa
menangis ni? Siapa yang buat awak macam ni?”tanyanya dengan wajah simpati.
Kalaulah boleh dia menyentuh Aimia,dia ingin hapuskan juraian permata jernih di
pipi gadis manis itu.
“Edward,awak
betul sayang saya? Awak akan cintakan saya sepenuhnya? Awak akan beri kasih
sayang pada saya dan tidak akan abaikan saya?”tanya Aimia tanpa menjawab
pertanyaan Edward.
“Ya
sayangku Aimia,saya akan sayang awak sepenuh hati,saya akan beri awak kasih
sayang sepenuhnya. Saya tidak akan buat seperti apa yang keluarga awak dan
kawan-kawan awak buat pada awak,”kata Edward. Jikalau sahaja dia dapat
menyentuh Aimia kala ini,mahu sahaja dia menyapu air mata yang mengalir di pipi
gadis itu.
“Kalau
begitu,ambillah saya Edward. Bawalah saya ke dunia awak. Saya ingin hidup
bersama awak. Saya tidak tahan lagi berada di sini.”rayu Aimia.
“Awak
pasti dengan keputusan awak ni Aimia? Awak tak akan menyesal? Kerana sekali
awak datang ke dalam dunia saya,tak akan ada lagi jalan pulang untuk awak,”tanya
Edward. Walaupun hatinya gembira mendengar permintaan Aimia tapi dia tidak mahu
Aimia menyesal kemudian hari.
“Ya Edward.
Saya tidak akan menyesal.Saya mahu hidup dengan awak,”pinta Aimia sekali lagi.
“Baiklah
kalau begitu.”kata Edward dan tiba-tiba sahaja cermin itu mengeluarkan cahaya
yang maha silau dan muncul tangan Edward seperti mahu Aimia menyambutnya. Aimia
sempat mencapai bingkai gambar ibunya sebelum menyambut tangan itu dan dia
masuk ke dalam cermin,ke dunia Edward. Cahaya itu hilang beberapa saat kemudian
dan cermin bulat yang cantik di atas meja itu retak dan pecah berderai.
************************************************************************************************
“Seorang
gadis bernama Nur Aimia Zahra,anak kepada seorang ahli perniagaan terkenal yang
dikatakan hilang secara misteri sehingga kini masih belum dijumpai setelah
lebih lima bulan usaha menjejaki gadis itu dan kini pihak polis mengumumkan
akan menghentikan pencarian mereka selepas semua usaha hanya menjumpai jalan
buntu,” suara pembaca berita itu menerpa ke telinga Syazwan. Dia hanya merenung
kosong skrin televisyen itu.
Syazwan merenung gambar Aimia
yang diambilnya secara rahsia dari dalam dompet gadis itu. Kemanakah dia
menghilang? Ah..adakah kerananya Aimia pergi secara tiba-tiba? Dia teringat akan
kali terakhir dia melihat wajah gadis itu yang murung,penuh dengan linangan air
mata yang mengalir di pipi.Amy sudahpun dikenakan hukuman yang setimpal dengan
perbuatannya oleh pihak sekolah. Mereka betul-betul terkejut dengan kehadiran
papa Aimia ke sekolah kerana mereka lansung tidak tahu yang Aimia adalah anak
ahli perniagaan terkenal. Walaupun berbu penyesalan datang ke hati namun
semuanya sudah terlambat. Salahnya juga kerana tidak mempertahankan gadis itu.Walau
kemanapun gadis itu pergi,dia hanya mampu mengirimkan doa agar kesejahteraannya
terjaga.Maafkan aku Aimia kerana selalu membuli kau. Aku jadi begitu kerana
cinta,aku jadi bodoh kerana cinta.Aku sangkakan dengan cuba mendapatkan kau
begitu akan membuahkan rasa cinta namun aku bodoh. Sekarang kau pergi dari aku.Gambar
itu ditekapkan ke dadanya,melepaskan rindu buat gadis pujaan di dalam senyap.
************************************************************************************************
Di sebuah istana yang cantik,di
taman bunga kelihatan seorang lelaki berpakian segak persalinan putera raja
menghampiri seorang perempuan yang sedang duduk di bangku di tengah-tengah
taman itu.
Mata perempuan itu ditekup.
“Cuba teka siapa saya?”tanyanya.
“Alah,abang tak perlu tekup
mata Aimia,dari suara pun Aimia dah tahu siapa. Siapa lagi kalau bukan suami
kesayangan Aimia,”jawab Aimia. Tangan yang menekup matanya dia ambil dan salami.
Punggung dilabuhkan
bersebelahan Aimia. “Sayang,abang ada hadiah untuk sayang,”satu bungkusan
berbalut cantik yang disembunyi di belakangnya disua. Aimia membuka bungkusan
itu dan sehelai selendang sutera jatuh ke atas ribaannya. “Cantik tak sayang?
Tanyanya.Aimia mengangguk. “Lagi cantik kalau Aimia pakai,lagi manis,”Aimia
merenung selendang sutera di tangannya lalu diletakkan di atas kepala.
“Cantik
ke abang?”sengaja dia mahu mendengar pendapat suaminya.
“Cantik
sangat sayang.Kalau bunga-bunga kat taman ni ada mata boleh tengok,mungkin
sekarang ni dah layu sebab mereka cemburu dengan kecantikkan isteri abang ni,”Aimia
tersenyum mendengar pujian suaminya.
“Ada-ada
jelah abang ni,”kepalanya dilentokkan ke atas bahu suami tercinta.
“Abang
harap kita akan kekal bersama hingga nyawa terakhir. Semoga Allah akan
merahmati cinta kita dan juga semoga cahaya mata kita yang bakal lahir ini akan
lahir dengan selamat. “ucap Edward.
“In Sya
Allah abang. Abang, leanisi,” ucap Aimia.
“Leanisi so aer sayang,”
balas Edward sambil menghadiahkan satu kucupan di pipi isteri tercinta,yang
datang dari alam yang berlainan namun dengan izin-Nya bersatu atas dasar cinta.
Mereka bersama-sama melihat pemandangan matahari yang terbenam petang itu
ditemani angin yang sepoi-sepoi bahasa.
Comments
cerita yang simple.. ada fantasi gituh.. hehe
ni kalau cerpen lain mesti ending aimia dengan syazwan.. tapi dah tajuk pun cinta dari cermin, mestilah ending dengan edward.. hehe