Suatu Masa Dahulu....

Semalam time golek-golek atas katil tak leh tidur,Aina tiba-tiba teringat tentang cinta Aina time dulu. Bila kenang balik memang sakit hati pastu pulak-pulak kita jadi pengusha tegar dia kat muka buku. Masa Aina kenal dia, yang mana berjaya menempah tempat istimewa di hati Aina, masa tu Aina muda lagi. Hukhuk... Sekarang pun muda lagi tapi time tu mudalah 2 tahun dari umur sekarang ni tapi yang tak leh blah dia muda setahun dari Aina. Hahaha... Bila fikir balik memang patut pun Aina tak ada jodoh dengan dia. Yerlah.. Budak-budak mana boleh seiring dengan orang tua cam Aina ni. Kitorang kenal melalui handphone,Aina tersalah nombor handphone pastu jadilah sesi kenal mengenali dan bersua mata. Dia memang handsome, adalah 2% Aina suka kat dia sebab dia hensem. Ahakz.... Lepas tu kitorang kapel selepas lebih kurang dua bulan kawan dan Aina sangat tak sangka dia akan terima Aina sebab Aina ni tak cantik,debab jek,rupa pun ala kadar je. Tiap-tiap malam Aina akan call dia dan hampir setiap hujung minggu ataupun bila ada masa luang Aina akan gi jumpa dia kat Salak Selatan ataupun tempat paling common kitorang akan bertemujanji dekat Mid Valley. Masa tu Aina ingat dia tak kisah sangat dengan keadaan Aina yang tidak secantik orang lain tapi Alhamdulillah sempurna fizikal. Dia memang layan Aina baik tapi dia pernah meluahkan sesuatu yang mengejutkan bagi Aina. Dia kata dia agak malu bila berjalan seiring dengan Aina kat tempat public sebab keadaan Aina yang berisi. Memang masa tu hati ni terguris tapi sayang punya pasal Aina sanggup diet demi dia. Aina memang sayang gler-gler kat dia.
Hubungan kami smooth je untuk lebih kurang 5 bulan sebelum kami putus. Aina tak tahu apa punca hubungan kami retak tapi Aina dapat rasa benda ni mungkin berkaitan dengan rupa dan fizikal Aina. Yelah, di facebook dia tak nak approve relationship status dengan Aina,gambar Aina tak ada satu pun dalam wall dia tapi semenjak kapel dengan perempuan cun,gambar diorang dijadikan banner lagi. huhuhu...bukan jeles tapi kadang-kadang hati ni terluka tengok semua tu. Ok,balik pada cerita,masa tu Aina tengah final exam. Bagi Aina,sayang Aina pada dia memang 80% dah. Kalau boleh Aina mahu dia jadi suami Aina tapi kami tak ada jodoh. Dengan perasaan sedih dan tertekan Aina ambil exam tu. Bila time cuti kami masih contact lagi tapi gitu-gitu jelah. Bila keluar keputusan exam Aina ada tak lulus satu subjek dan masa tu Aina sambung balik dengan dia tapi entah macam mana kami putus balik. Hubungan kami dah macam lampu kalimatan,kejap on kejap off. Tapi yang menyedihkan, time Aina ambik re-test tu Aina stress+sedih dengan putus hubungan ni dan malangnya Aina gagal dan ditendang keluar dari institusi tempat Aina belajar. Hidup Aina masa tu memang kucar kacir tapi nasib baik ada kawan-kawan dan keluarga di sisi,walaupun perit untuk Aina telan namun Aina bangkit jua.
Si dia mungkin diselubungi perasaan bersalah,dia mintak baik balik dan berjanji nak jaga dan hargai Aina sebaik mungkin. Tapi sebenarnya masa tu,lepas putus dengan Aina lepas Aina gagal re-test tu dia kapel dengan sorang budak perempuan ni tapi putus lepas 2 bulan kapel sebab perempuan tu mainkan dia.Mungkin dia hanya bosan so dia cari Aina balik untuk lepaskan bosan dia tu tapi Aina yang bodoh tak nampak semua tu. So,lepas tu Aina masuk 1 IPTS di negeri kelahiran Aina ni,lebih dekat dengan keluarga dan senang untuk Aina belajar.Aina ingat panas sampai ke petang rupa-rupanya taufan melanda. Entah macam mana,sekali lagi kami putus dan kali ni untuk selama-lamanya. Walaupun sekarang dah lebih setahun kami putus tapi hampir setiap hari dia bermain di fikiran Aina. Susah untuk Aina usir nama dan bayangan muka dia serta kenagan bersama kami dari otak ni. Makin Aina nak padam,makin kerap dia bermain-main dalam fikiran. Walaupun sukar untuk Aina terima tapi kadang-kadang Allah nak tunjuk pada Aina yang masih banyak lagi yang perlu Aina baiki pada diri Aina. Haritu Aina usha facebook dia dan dia dah pun bertunang dengan seorang gadis yang memang dia idamkan, manis,lawa,body kerengga. Perasaan Aina masa tu... Tak ada rasa macam nak nangis tapi macam satu bebanan dah terlepas di dada ni. Aina masih sayang kat dia tapi andaikata dia mahu pada Aina balik,tak mungkin Aina terima. Cukuplah segala kudrat dan tenaga Aina curah pada dia dahulu. Aina doakan yang dia akan menjadi suami yang baik dan berjaya di dunia dan akhirat. Dia ada call Aina mintak maaf untuk segala kesalahan dia dan Aina maafkan,Aina tak nak berdendam dan Aina kena terima yang Aina tak ada jodoh dengan dia.Sebenarnya banyak lagi yang Aina mahu cerita tapi cukuplah sekadar ala kadar sahaja. Kang tak memasal je Tsunami air mata. Huhuhu...Untuk diri Aina,buat masa ni hati ni Aina dah kunci rapatttt dah. Marilah abang Lambhorgini ke,Ferrari ke memang tak terbuka dah. Bila tiba masa yang sesuai barulah Aina akan buka itupun jika sememangnya dia pemilik tulang rusuk Aina. Cukuplah sekadar sekali tu Aina merasa macam mana perasaannya menyayangi seseorang tu sepenuh hati dan macam mana bila hati kita dilukai. Semua cerpen Aina, Aina suka buat sedih-sedih sebab Aina serapkan rasa sedih yang Aina rasai ni dalam karya Aina supaya tak melekat di hati Aina. Buat si dia, terima kasih bagi Aina peluang untuk rasa disayangi dan menyayangi. Semoga bahagia bersama orang yang disayangi.
p.p.s: sekarang ni pak we yang paling setia dengan Aina tinggal Naruto sorang je. Hari-hari kitorang dating dalam ipad. Ahakz... >___<
Comments