JANGAN PERGI CINTA 7 & 8

BAB 7

            Jam menunjukkan sudah pukul 11.30 malam.Lissa melangkah menuju ke biliknya yang dijadikan sebagai bilik pengantin.Dia berhenti sebentar di hadapan pintu biliknya,berselawat dan berdoa supaya Allah menenangkan jantungnya yang berdegup kencang dan hatinya yang tidak keruan.Lissa mengetuk pintu bilik dan setelah mendengar suara Fariz yang membenarkannya masuk,Lissa melangkahkan kakinya.Kelihatan Fariz sedang berbaring di atas katilnya sambil menghadap sebuah notebook.Fariz melihatnya sekilas pandang dan kemudian mengalihkan tumpuan ke notebooknya semula.Lissa tidak menghiraukan Fariz,dia masuk ke dalam bilik mandinya untuk mengambil wuduk dan kemudian solat Isyak.Setelah selesai solat,kedengaran suara Fariz.



            “Lissa,duduk sekejap.Aku nak cakap sikit dengan kau,”pinta Fariz.Amboi,taksopan lansung,main aku,aku aje.Lissa melabuhkan punggungnya di atas sofa yang terdapat di dalam biliknya.Fariz bersila di atas katil Lissa,membetulkan duduknya.Hensem juga dia ni,baju melayu warna peach tu sangat sesuai dengan dia.Hish! Lissa..apa kau melalut ni.

            “Biar aku berterus terang dengan kau,sebenarnya aku tak setuju lansung dengan perkahwinan ini.Kalau bukan sebab mama ugut aku,tak ingin aku nak kahwin dengan kau,”kata Fariz.Ceh,kau ingat aku nak kahwin sangat dengan kau tu?Aku pun tak ingin nak kahwin dengan kau.Hati Lissa berkata jengkel.

            “Aku nak kau patuh syarat-syarat yang aku kemukakan ni.Pertama,kau mesti panggil aku Tuan Fariz,”kemuka Fariz.Terlopong mulut Lissa sekejap.Mak oi,aku tahulah kau tu anak Dato’ tapi takkanlah dengan isteri pun mesti berTuan-Tuan? “Kedua,aku berhak buat sesuka hati aku,aku bebas.Kau juga begitu,bebas.Tapi,kau mesti ingat,kau hak aku tapi aku bukan hak kau.Ketiga,kalau ada orang tanya apa hubungan kau dengan aku,jangan sesekali kau kata kau tu isteri aku,pandai-pandailah kau buat alasan lain. Keempat,bila kita tinggal berasingan dengan keluarga kita,maksud aku di rumah sendiri nanti,kita akan tinggal di bilik yang berasingan.Kelima,aku tak mahu ada kau buat apa-apa aduan kat mama atau papa atau mana-mana orang asing.Kalau aku ada dengar apa-apa pasal aku kat orang tua aku,siap kau.Kelima,bila berada dengan ahli keluarga atau dengan mama dan papa aku,kau mesti panggil aku abang.Tapi depan mereka aje,belakang mereka kau mesti panggil aku Tuan Fariz.Hmm..tu aje syarat yang aku kenakan.Kau mesti patuh.Kalau tak,tahulah kau neraka kat dunia ni,”Fariz mengemukakan syarat-syaratnya beserta bonusnya sekali iaitu amaran keras untuk dirinya.Hatinya lega apabila semuanya berjalan lancar.

            Fariz merenung wajah Lissa.Tenang dan lansung tidak beriak,masih seperti tadi.“Okey,saya setuju dengan semua syarat itu.”Akhirnya Fariz mendengar Lissa bersuara. Lissa bangun dan menuju ke katil,dia mengambil sebiji bantal dan kain selimut. Kemudian dia berjalan semula ke sofa yang didudukinya tadi dan melabuhkan punggungnya di situ.

            “Tuan Fariz tidurlah kat situ.Saya ni jenis yang menghormati tetamu,jadi saya tak kisah kalau tidur atas sofa ni pun demi keselesaan tetamu saya,”ucap Lissa sebelum merebahkan tubuhnya ke atas sofa itu.

            Fariz mendengus.Berlagak aje lebih.Dia kemudian menutup notebooknya dan merebahkan badannya ke atas katil yang lembut dan selesa itu.Fariz perasan Lissa tidak membuka tudungnya semenjak tadi.Ah,biarkan.Sapalah yang nak tengok rambut dia tu. Tak lalu aku.Terbayang di matanya lenggok tubuh buah hatinya,Sarah yang seksi dan Mengiurkan.Potongan badan Sarah 36-24-38 itulah yang sentiasa menemani lenanya setiap malam,yang ingin ditatapnya setiap masa.Bukan macam perempuan yang kat depan mata dia ni,dah macam buah nangka kena balut dah aku tengok.Fariz terlelap bersama pelbagai imaginasi tentang kekasih hatinya itu.

            Jam menunjukkan pukul satu pagi.Lissa bangun perlahan-lahan bimbang Fariz akan tersedar.Dia turut membawa bantal dan selimutnya dan membuka pintu biliknya dengan perlahan.Lissa memboloskan dirinya keluar dari bilik itu.Yeah,misi berjaya.Panjang sahaja langkah Lissa diatur menuju ke bilik tetamu yang mana menempatkan Erah.Ketika kakinya masih melangkah menuju ke bilik Erah,satu suara menegurnya dari belakang.

            “Lissa!”Hampir terjerit Lissa dengan teguran itu.Lissa berpaling perlahan-lahan. Lissa menelan air liur.Alamak!Mak mertuaya tercegat di hadapannya sambil memegang segelas air.Lissa tersengih-sengih.

            “Lissa buat apa ni?Dah pukul satu pagi dah ni,”tanya Datin Kamilah.Dia hairan melihat menantunya berjalan menuju ke bawah pada pukul satu pagi.Sepatutnya Lissa berada di dalam biliknya,yelah ni’kan malam pertama dia menjadi isteri.Jadi,dia mestilah melakukan kewajipannya.Datin Kamilah menyedari kehadiran Lissa ketika dia sedang minum air di dapur.

            “Tak adalah mama,Lissa turun ni nak bagi Erah bantal dengan selimut ni.Kasihan dia tak ada selimut,”Lissa memberi alasan.Peluh dingin memercik turun di dahinya. “Lagipun Lissa nak minum air,panaslah pulak malam ni,”sambung Lissa lagi.Minta-mintalah Datin Kamilah menerima alasannya.Datin Kamilah tersenyum penuh makna.

            “Dahlah,cepat bagi Erah bantal dan selimut itu.Tak baik tinggal suami berseorangan dalam bilik,”pesan Datin Kamilah sebelum berlalu masuk ke dalam biliknya.Lissa menghantar Datin Kamilah dengan pandangan dan hati yang lega.




BAB LAPAN


            Erah tersedar dari lenanya apabila merasakan ada seseorang merebahkan badan di sebelahnya.Erah bingkas bangun dan mendapati ada seseorang yang tidur di sebelahnya.

            “Siapa awak ni?”tanya Erah cemas.Dalam keadaan yang gelap gelita,Erah tak dapat mengecam siapa empunya yang tidur di sebelahnya.Dia berkira-kira untuk menjerit jika orang yang tidur di sebelahnya itu adalah lelaki.

            “Yang kau cemas tak memasal tu apasal?Ni akulah,Lissa,”kata Lissa.Erah mengeluh lega.Ingatkan sapa tadi.

            “Tapi kau ‘kan pengantin perempuan.Mana boleh kau tidur dengan aku,”larang Erah.

            “Ah,kalau kau nak membebel,kau simpan esok boleh tak?Aku letih dan mengantuk ni,”kata Lissa.Erah tersenyum dalam gelap.Dia kembali merebahkan badannya di sebelah Lissa.Perangai Lissa yang tolol masih lagi tidak berubah,masih macam dulu.Lissa,dah sampai masanya aku sErahkan kau kepada orang lain.

            Fariz tersedar dari tidurnya pada pukul 6.00 pagi.Matanya melilau mencari Lissa.Baru Fariz menyedari Lissa tiada di dalam bilik itu.Aik,dia pergi mana?Semalam ‘kan dia tidur kat sini?Hmm..biarlah.Aku lebih selesa jika dia tiada.Naik menyampah aku lihat muka tembam dia tu.Fariz bangun untuk menunaikan solat Subuh.Tidak lama kemudian Lissa masuk ke dalam bilik itu.Dia melihat Fariz sedang mengadap notebooknya.Amboi,rajinnya,anak sapa la ni!

            “Kau pergi tidur kat mana semalam?Kalau ada orang nampak macam mana?”soal  Fariz tiba-tiba.Lissa buat derk aje.Nasib baik dia dah mandi,kalau tak…


            “Woit,apasal tak jawab hah?!”Fariz mula naik darah apabila pertanyaannya tidak dijawab oleh Lissa.

            “Saya pergi tidur  kat dalam bilik Erah.Lagipun,semalam time saya turun tak ada orang nampak,”kata Lissa.Dia tak menceritakan tentang kejadian dia bertemu dengan Datin Kamilah semalam.Malas rasanya nak memanjangkan cerita pagi-pagi ni,lagipun dia tak nak ‘Gunung Api Merapi’ meletup pagi-pagi ni.

            Fariz mendengus.Dia kembali menatap notebooknya manakala Lissa menunaikan solat Subuh.Kemudian Lissa keluar dari biliknya dan menuju ke dapur.Lissa nak menyediakan sarapan pagi.Dia memasak bihun goreng.Sedang asyik memasak,tiba-tiba satu suara menegurnya dari belakang.

            “Lissa buat apa pagi-pagi ni?”tanya suara itu dari belakang Lissa tanpa salam.Lissa terlompat kerana terlampau terkejut.Lissa mengosok-gosok dadanya sambil perlahan-lahan berpaling melihat siapakah yang menegurnya tanpa memberi salam terlebih dahulu.Laa..Dato’ Ismail rupanya.

            “Sedang buat breakfast papa,”jawab Lissa dalam kegugupan.Dato’ Ismail ketawa kecil apabila melihat muka Lissa yang pucat akibat terkejut dengan tegurannya tadi.

            “Maafkan papa,ya Lissa.Papa bukan sengaja nak buat kamu terkejut,”kata Dato’ Ismail.Lissa menggangguk perlahan.Ceh,kalau aku ada heart attack,dah lama dah aku kiok.Semua penghuni rumah banglo itu sudah mula bangun dan berkumpul di meja makan untuk bersarapan.

            “Lissa,pergi panggil Fariz,”arah Datin Kamilah setelah menyedari anaknya itu tiada di meja makan.Lissa akur.Lissa mendaki anak-anak tangga dan kemudian mengetuk pintu biliknya.Lissa membuka pintu bilik itu setelah tidak mendengar suara Fariz membenarkannya masuk.

            “Ya Allah,tertidur pula dia,”gumam Lissa geram setelah melihat Fariz sedang lena tidur.Lissa mendekati Fariz.Ditelannya air liurnya yang terasa pahit.Alamak,nak kejutkan dia macam mana ni?!

            “Tuan Fariz,Tuan Fariz,”panggil Lissa.Namun,lena Fariz lansung tidak terganggu dengan panggilan Lissa itu.Lissa menyentuh hujung kaki Fariz.Ketika masih bersekolah, ustazahnya mengajar untuk mengejutkan orang yang sedang lena tidur. Katanya kalau nak kejutkan orang yang sedang lena tidur,sentuh hujung kaki orang itu,maknanya sentuh jarilah.Fariz tersedar dari lenanya dan melihat Lissa sedang tercegat di hujung katil.

            “Nak apa?!”kasar pertanyaan Fariz.Marah apabila lenanya diganggu.Lissa ingin sahaja mencebik bibir kepada Fariz namun ditahannya.Tak baik buat macam tu kat suami walaupun suami yang kita kahwin paksa.

            “Mama panggil suruh turun sarapan,”kata Lissa.Kita letih-letih naik kejutkan dia,dia marah kat kita pula.Hati Lissa meradang marah.

            “Oh,tu je ke.Hm,kau pergilah turun dulu lepas ni aku turun,”kata Fariz.Lissa cepat-cepat keluar dari bilik itu,menyampah melihat muka Fariz.Tidak lama selepas itu,Fariz turun ke bawah menyusul Lissa dan melabuhkan punggung di atas kerusi di hadapan Lissa.

            “Hai,Riz.Letih aje papa tengok,”tegur Dato’ Ismail.Ada makna la tu.

            “Ha’ah,letihlah.Semalam seharian melayan tetamu,”jawab Fariz selamba.Dia menyuapkan bihun goreng ke dalam mulutnya.

            “Letih layan tetamu ke atau..”Dato’ Ismail tidak menghabiskan kata-katanya kerana dia sudah mula ketawa diikuti dengan ketawa penghuni rumah yang lain.

            “Ish,papa ni.Ke situ pula dia,”Fariz berpura-pura marah.Makin galak ketawa Dato’ Ismail. Fariz merenung Lissa yang berada di hadapannya.Wajah itu tetap tenang.Lansung tidak beriak.Fariz tidak dapat menyelami apa yang dirasakan oleh Lissa pada masa itu kerana wajah itu tenang dan tidak menunjukkan reaksi.Fariz tidak peduli,dia meneruskan suapannya.  

Comments

Popular posts from this blog

KAU CINTA PERTAMA DAN TERAKHIR

Seketika Cuma

Aku Bukan Perampas!! Part 2