JANGAN PERGI CINTA 11

“Ada apa Tuan Fariz?”tanya Lissa sopan.
“Duduk dulu,”arah Fariz .
“Lissa duduk di atas kerusi di
hadapan Fariz. “Aku nak kau berhenti kerja di Shah Marketing,”ucap
Fariz.Air muka Lissa berubah.
“Maafkan saya Tuan Fariz,saya tidak
boleh buat begitu.Saya betul-betul suka bekerja
di syarikat tu.”Lissa memberanikan diri membantah.
“Ada aku tanya kau suka atau tak kerja kat
situ?Aku suruh kau berhenti kerja aje!”Fariz
meninggikan suara.Fariz merenung wajah pucat Lissa.Fariz perasan,setiap kali Lissa
berdepan dengannya pasti muka wanita itu berubah menjadi pucat walaupun riaknya
tidak berubah.Takut kat aku la tu.
“Tapi kenapa?”Lissa masih tak puas
hati.Tak ada hujan,tak ada ribut tiba-tiba suruh
aku berhenti kerja.Hatinya terasa sebal.Mahu sahaja dia melawan kata namun takut masih bersisa dalam hati.Ah..Fariz,bukan aku boleh jangka apa yang dia akan buat.
“Papa aku yang suruh.Dia suruh kau
kerja satu syarikat dengan aku kat syarikat kami.”Lissa
serba salah.Dato’ Ismail menyuruhnya bekerja satu bumbung dengan Fariz? Alahai
papa,nak suruh aku mati ke?Fariz berasa sungguh menyampah.Papanya mengugut tidak
akan mewariskan sedikit harta pun kepadanya jika tidak menyuruh Lissa bekerja
di syarikat
mereka.Aku naik muak tengok muka dia kat rumah ni,nak suruh kerja sekali pula.Aku
tak ada pilihan terpaksalah menurut.
“Kalau saya tak nak boleh tak?”tanya
Lissa takut-takut.Mata Fariz membuntang merenung
Lissa. “Ba..baiklah.Nanti esok saya serahkan surat perletakkan jawatan,”Lissa terpaksa
bersetuju apabila melihat wajah Fariz yang garang itu.Dalam diam Fariz tersenyum
kemenangan.
Keesokkan hari,Lissa memandu
keretanya menuju ke syarikat Shah Marketing. Nasib
baiklah Fariz tidak memarahinya kerana meletakkan keretanya di porch yang sama.Selepas
memakirkan keretanya,Lissa melangkah masuk ke dalam bangunan syarikat
itu.Setelah sampai di pejabatnya,Lissa terus menuju ke bilik ketuanya.Selepas mengetuk
pintu Lissa melangkah masuk.
Encik Azmi terkejut bercampur hairan
menerima kedatangan Lissa. “Setahu saya,cuti
awak belum tamat lagi,”kata Encik Azmi kepada Lissa setelah Lissa melabuhkan
punggungnya di atas kerusi di hadapannya.
“Memang cuti saya belum tamat lagi.Saya
datang ni ada sedikit urusan.”Lissa menyeluk
beg sandangnya dan mengeluarkan sekeping sampul surat bewarna putih bersih.Dahi
Encik Azmi berkerut.
“Saya nak letak jawatan,”kata Lissa
sambil meletakkan sampul surat
itu di atas meja.Encik
Azmi mengambil sampul surat
itu dan membaca isi kandungannya. Lissa nampaknya
seperti benar-benar mahu meletak jawatan.Bukan notis sebulan yang diberi namun
notis 24 jam.
“Awak dah fikir masak-masak?”tanya
Encik Azmi.Lissa mengangguk.Encik Azmi
mengeluh,berat rasanya untuk melepaskan seorang pekerja yang rajin seperti Lissa. “Tapi
kenapa Lissa,tiba-tiba aje ni?”Encik Azmi masih tidak berpuas hati.
“Oleh kerana saya sudah berkahwin
sekarang ni,saya rasa saya nak menumpukan lebih
tumpuan kepada rumah tangga saya,”Lissa sekadar memberi alasan.Encik Azmi mengangguk.Dia
faham,kebanyakkan wanita yang sudah berkahwin tidak mahu bekerja.
Setelah bersalam dengan Encik Azmi,Lissa
mengemaskan barang-barang kepunyaanya
di atas meja kemudian dia bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal kepada
kawan-kawannya.Lissa kemudian memandu ke rumah teres yang dia duduki bersama
Erah sebelum dia berkahwin.Dia tahu Erah tiada kerana bekerja,jadi dia membuka
rumah itu menggunakan kunci pendua yang masih berada dengannya.Lissa melangkah
masuk ke dalam rumah itu dan menuju ke bilik yang dihuninya sebelum berkahwin.Apabila kakinya menjejak bilik itu,Lissa berasa sungguh terharu kerana kedudukan
barang-barang dan suasana bilik itu lansung tidak berubah.
Lissa membaringkan tubuhnya di atas
katil empuk miliknya.Selepas puas melayan perasaannya dan tidak lama kemudian Lissa terlena.
Comments