CINTA SANG PENGEMIS BAH. 1
.jpg)
Dia memegang luka di lengannya. Darah masih mengalir walaupun tidak laju. Badannya yang sememangnya lemah semakin tidak bermaya.Dia duduk di anak tangga di lorong belakang deretan kedai itu,melepaskan lelah.Perutnya yang berkeroncong ditahan.Nampaknya rezekinya tiada hari ini,tong sampah terakhir yang baru sahaja dia selongkar hanya ada plastik dan kertas,lansung tiada sisa makanan.