Posts

I'm Back!!

To be honest Aina memang dah lupa pasal blog ni. Habis je study dan grad Aina dah lansung tak amik kisah pasal blog ni *sapu sawang-sawang* Aina sekarang sibuk kerja dan sibuk dengan travel all around the asian country. Belum mampu nak masuk Europe lagi 😅 Lepas Aina godek ² wall Aina, lepas dua kali hantar novel Aina tu tapi sedihnya tidak berjaya, Aina decide nak publish je kat sini semua cerita yang Aina tulis tu. Tak apalah, Aina dah buat susah ² buat apa jugak kalau tak ada orang baca kan? Sooo slowly Aina akan update Jangan Pergi Cinta sampai la hingga habis. In sya allah ❤️❤️

Kembali Dari Gua

Image
Assallamualaikum.... Ya Allah lama gila Aina tak update blog ni. Baru lepas bertapa dalam gua. Hahhaha... Tak adalah Aina bz dengan intern dan sekarang Aina dah bebas!!! Alhamdulillah Aina dah berjaya habiskan perngajian Aina dengan jayanya. Hahhaha rasa bangga lak sebab tak sangka boleh tamatkan pengajian Aina ni dengan A+ dik non.... Memang tak sangka sangat sebab time present tu tergagap-gagap pastu dengan tak leh jawab soalan pensyarahnya dengan report tak staplernya. Fuhh bila tengok result rasa cam nak menangis sebab dapat A+. Moga Allah limpahruahkan lagi rezeki pensyarah yang baik hati tu. Hehehhehe... Puji mentang-mentang dapat A.  In sya allah dah lama Aina tak berkarya dan Aina akan meneruskan berkarya dalam masa terdekat. I. Hidup sekarang ni masa semakin lama semakin cepat berlalu. Memang tak sempat nak buat banyak-banyak kerja dalam satu masa. Haish... Time management Aina sangat teruk >~< Nantikan cerpen-cerpen terbaru Aina yang akan Aina masukkan dalam entri terba

Should I?

Image
Ya Allah..dah lama sangat Aina tak buka blog ni. Dah bersawang dah! Hahahaha.. Aina busy sangat sekarang. Busy dengan life...dengan problems...dengan macam-macam la.. Semakin kita dewasa semakin banyak masalah yang timbul sampaikan kadang-kadang Aina rasa macam tak mahu dewasa. Nak stay jadi kanak-kanak. *sigh* Sekarang yang bermain di dalam hati Aina adalah...Should I stop writing? Aina punya skill ayat..Aina punya kecekapan dan kepantasan menaip da makin pudar..sepudar dan selunturnya! Dulu tutup mata pun Aina boleh manaip sekarang ni menaip sikit da start cramp tangan.Adoi!! Entahlah...Aina rasa Aina menulis pun sia-sia juga. Tidak ke mana juga. Mungkin Aina patut stop...dan cari something new untuk Aina cuba. I don't know...semuanya kabur...terutama masa depan Aina. I'm stuck in a deep hole without an end... Then.. Should I stop??

THE RUNNING AWAY "PENGANTIN" PART 1

Image
        “ Sayang,bangun sayang. Subuh tinggal sikit je ni lagi,”terasa ubun-ubunnya diusap. Qistina mengeliat kecil sebelum membuka mata,dilihatnya ibunya duduk di sisi katilnya. “Emm…letihlah bu. Semalam banyak sangat kerja yang Qis kena buat,”adunya dengan mata yang masih tertutup. “Letih tak letih,tanggungjawab kita pada Allah kita tak boleh lupakan,”nasihat Puan Khadijah. Hendak tak hendak dia terpaksa memaksa dirinya bangun dan mengambil wuduk. Terasa segar saat mukanya bersentuh dengan air wuduk. “Allahuakhbar,”takbir diangkat.Betul kata ibunya,tanggungjawab pada Allah mana boleh dilupakan. Tak berkat hidup ni,walau berjuta malah berbillion sekalipun harta yang kita ada,tapi kita harus sedar siapa yang memberikan kita semua tu,tak lain tak bukan Allah S.W.T yang Maha Kuasa,Maha Kaya.

Aku Bukan Perampas!! Part 2

Image
Maaf sebab lambat pulak update bahagian kedua ni. Well lepas lebih kurang dua minggu Aina kenal dia,kami cuma sms atau berbual di telefon. Itupun kepadang-kadang sangat sebab hati Aina sebenarnya menegah Aina dari terus berkawan dengan dia sebab dia dah berkeluarga. Aina tak mahu jadi perampas,itu bukan sifat Aina. Sebab apa yang kita buat dekat orang sekarang mungkin akan terjadi pada kita nanti. Jadi hari tu dia ajak Aina keluar makan. Lama Aina fikir nak keluar ke tak. Sebab Aina dah tahu yang dia ni suami orang jadi kejanggalan tu jelas sangat terasa. Walaupun dia tu jenis yang Aina suka sebab dia macam Teddy Bear (heheheheheh) tapi Aina kena sedar yang dia tu dah jadi hak milik orang lain. Malam tu Aina keluar dengan dia temankan dia makan. Aina tenung je muka dia,tapi otak Aina berfikir sebenarnya. Berfikir macam mana mahu menamatkan hubungan kami. Aina kasihan kat dia sebab dia selalu mengadu kat Aina time kitorang bersembang di telefon. Katanya si isteri tidak ambik kisah

Aku Bukan Perampas!! Part 1

Image
Kadang-kadang dalam hidup kita banyak perkara yang terjadi tanpa diduga kan? Hujan turun tanpa diduga,eksiden tanpa diduga dan berbagai-bagai lagilah kejadian-kejadian yang tak diduga nih. Dan untuk Aina,apa yang tak diduga terjadi adalah Aina jatuh cinta. Hahaha..bunyinya simple. Alahh..jatuh cinta pun nak kecoh ke? Sabar...sabar...Aina belum habis ayat lagi. Aina tanpa diduga telah jatuh cinta dengan suami orang.. Wait..what?! Yup! Aina terjatuh cinta dengan suami orang. Perkenalan melalui wechat membuahkan perasaan senang Aina pada dia dan setelah lebih kurang dua minggu berbual di alam maya,kami membuat keputusan untuk berjumpa lagipun dia tinggal sekitar tempat Aina menyewa je. Jangan salah sangka,Aina tidaklah keluar sesuka hati dengan orang yang Aina baru kenali. Aina cuba menyelidiki perwatakannya,adakah dia ni jenis miang? Manalah tahu dunia zaman sekarang ni,macam-macam jenis orang yang kita boleh jumpa. Selepas hati ini yakin yang dia boleh dipercayai barulah Aina membua

Wangimu Semerbak Kasturi

Image
Assalamualaikum... Apa khabar kawan-kawan Aina yang Aina selalu rindu. Sorry sebab lama dah tak pos karya-karya Aina tapi kat sini Aina bukan nak pos cerpen atau novel tapi harini Aina nak cerita pasal hobi Aina. Aina ni sukaaa sangat a.k.a maniac sangat kalau bab perfume ni. Tapi Aina tak pakai perfume biasa,Aina suka pakai perfume overseas original. First perfume Aina beli CK ONE SHOCK STREET EDITION (LIMITED EDITION) RM215 kat KB Mall pastu adalah dua atau tiga botol lagi perfume  yang Aina beli tapi tak ingat dah berapa harganya tapi memang RM200++ lah. Rasa menyesal sangat sebab beli dekat atas mall memang mahal habis!