Google+ Followers

Sunday, March 16, 2014

No Title (draft purpose only)

Aku berjalan perlahan menapak ke bus stop itu. Hanya ada beberapa orang sahaja berada di bus stop itu. Sedang aku baru sahaja melabuhkan punngung tiba-tiba aku sebuah kereta mewah model ferrari berhenti tidak jauh dari bus stop. Aku hanya memandang sekilas. Alah di kota metropolitan ini berlambak kereta begitu. Hanya mereka yang bertuah sahaja mampu memilikinya. Tumpuan aku kembali dengan komik di tangan namun terganggu lagi bila kedengaran suara perempuan dari dalam kereta menjerit2 kecil menganggu deria pendengaran aku dan beberapa orang yang berada di pondok bas itu.  


"X nak lah" perempuan bertudung anggun keluar dari dalam perut kereta mewah itu.

"Jangan lah degil. Duk diam2." Jawab lelaki berkaca mata yang juga keluar dari dalam perut kereta itu.

"Janganlah! X nak lah mcm ni!" Perempuan itu menepis tangan lelaki itu yang merayap dipunggungnya. Di hadapan orang awam buat benda x senonoh? Aku mula berang. Aku paling benci orang lelaki yang mengambil kesempatan atas perempuan! Api kemarahan sudah sampai ke kepala... Aku berdiri dan menghampiri pasangan itu. Yang lelaki masih memegang2 bahagian belakang perempuan itu walaupun perempuan itu banyak kali merayu.
" Hey,ko wat per ni?" Aku memgang tangan lelaki itu yang rakus menjamah bahagian belakang perempuan itu. 

"Ko menyusah apa? Gi main jauh2! Jangan campur hal kitorang!" Marah lelaki itu pada aku dengan angkuhnya. Perempuan itu pula hanya melihat aku dengan mata kasihan.

Isk dia ni! Aku paling pantang tgk orang laki tindas pompuan. "Sialllah kau ni!" Sebiji penumpuk yang dari tadi aku kepal aku layangkan juga ke muka lelaki itu. Tepat ke bibrnya dan dia jatuh. Punggungnya terlebih dahulu menuembah tanah,bukan muka. Perempuan yang diraba lelaki itu serta orang2 sekeliling terjatuh rahang melihat aksi catwomen aku! Meowww!!

P/s: Guys...sorry cor this short cerpen. Final dah nak dekat. Idea nih datang time duk layan jiwang depan umah sambil tengok awan. Hehehe.. Tapi masalahnya dia datang sekerat jer. Geram betul! Ha.. Ada idea tak cmne nak teruskan cerpen Aina ni? Kindly leave some comments below okeyhs. *___^

P.p.s: abaikan kalau banyak typo, sebab ni draft jek. Hehe

1 comment:

Suha Fasihah said...

dah lama takde entry baru dr sis aina...

all the best for your finals :)